Kali ni majority penginapan yang aku duduk ialah Airbnb. Secara keseluruhan ia lebih economical sebab anak-anak dah besar, we need space. Kalau tempah hotel pun kami terpaksa ambil 2 bilik juga sebab mostly di luar negara dia tak benarkan sumbat-menyumbat ni. Also, sebab anak-anak dah besar dan makanan kami dah masuk kategori 4 dewasa, lebih ekonomi juga untuk aku masak 2 kali sehari; breakfast dan dinner.
So every time kami buat search, filter yang kami gunakan ialah mesti ada 1) 2 bilik; 2) parking; 3) dapur; 4) mesin basuh. Begitu konsisten kami membasuh baju sampai ada baju yang bawa tapi tak terpakai.
Di sini aku kongsikan link semua accommodation yang aku duduk including honest review pasal diorang:
1. Manchester:
Rumah ni okay, no fuss no frills. Just a regular apartment. Ticks all our filters. Location dia, kalau korang datang untuk tengok bola, memang superb. Jalan kaki ke Old Trafford in 5 minutes. Plenty of hypermarkets di sekitar kawasan rumah, juga walking distance. Tram untuk ke bandar pun just 5 minutes away. Quiet, convenient.
Tapi kalau korang mencari charm, pretty houses with extras, memang takde. Dia sediakan yang basic sebasicnya. Hanya ada garam, pepper dan kopi. Sabun basuh baju pun tak sediakan. Tapi kali ni kami dah well-prepared. Kami dah siap-siap bawa pods cuci baju, beli kat Lotus. So takde issue lagi. Kami hadapi masalah dengan air panas pada malam kedua, tapi ada pekerja yang datang attend to it pada malam yang sama.
Satu je komplen aku pasal rumah ni. Lepas kami blah dari sana dan sampai di Scotland, Kakak baru sedar yang dia tertinggal telekung kat sana. Sebab telekung tu berbalut elok dalam beg dia dan berwarna purple pulak tu, aku fully confident kami boleh dapat balik, especially since kami akan ke Manchester semula at the end of the trip. Bila aku mesej mamat yang handle check-in aku tu personally, dia kata nak check dengan cleaner, dan cleaner dia jawab takde jumpa pape.
Aku sangat disappointed sebab aku rasa cleaner dia tak jujur. Aku pernah tinggal di Airbnb banyak kali dan pernah je tertinggal barang atau saja tinggalkan barang. Most of the time host akan ambil gambar dan tanya balik, kata you left this, do you still want it ke apa. Kami baru je gerak pagi tu, dan petang tu bila sampai Scotland baru perasan takde dalam luggage. So mustahil ada anywhere else sebab kami tak buka luggage hari tu. Kami pun tak singgah solat di mana-mana hari tu, sampai Scotland baru kami solat.
Kalau dah terbuang sekalipun, aku appreciate kalau dia cakap, sorry we threw it away thinking it was trash. Entahlah, itu je satu aku disappointed. Itu telekung, yang most probably takde function pun untuk diorang. Kalau tertinggal cincin emas ke, barang berharga? Camane? Hmmm...
2. Blackridge, Scotland:
Lokasi rumah ni betul-betul di tengah-tengah antara Glasgow dan Edinburgh. Kami duduk dalam halaman yang sama dengan tuan rumahnya, Duncan. Pakcik yang friendly dan mudah nak dihubungi sebab dia duduk depan rumah saja. Parking luas kat depan rumah, senang nak load barang.
Rumahnya 2 tingkat. Anak-anak bilik kat bawah, ada toilet sendiri dan 2 single beds. Bilik diorang siap ada 2 heater so cosy sangat dan luas. Di tingkat atas ada 1 lagi toilet, dapur, ruang tamu dan master bedroom. Tingkap rumah dia jenis skylight jadi boleh tengok bintang malam-malam (but we never did). Rumah ni pun cosy, tapi terasala lived in sikit barang-barang dia tu. Usang sikit, karpet pun ada kesan-kesan kotor. Sofa dah lembik-lembik sikit. Selesa, tapi terasalah duduk di rumah orang tu.
Dekat rumah ni banyak rempah-ratus dan barang masa yang dia tinggalkan. So ada juga yang aku ambil guna. Oh, and the best part bagi aku ialah sesampainya kita tu dia dah sediakan sebuku roti, satu blok butter 250gm ye, susu sebotol dan telur 6 biji. Sangat dihargai sebab kami memang tak sempat grocery shopping hari tu. In fact butter satu blok dia tu aku bawa sekali dengan aku, sampai dekat nak habis trip baru habis. Kami tak perlu pun beli butter.
Kalau nak naik train ke bandar pun, ada je train dekat sini, tapi kami berkereta. Kami happy dok sini. Heater dia panas so banyak baju kami basuh dekat sini, semalaman je dah kering.
3. Clayton West, Huddersfield:
Rumah ni kami hanya duduk semalam. Bila masuk tu, ruang bawah dia impressive. Ruang tamu besar, sofa besar, TV besar, ada ruang kerja, dekat tepi meja makan siap ada fireplace. Oh, and singki dapur dia sebijik macam iklan China yang selalu keluar kat Facebook tu. Canggih gile. Merasa aku try guna sekali.
Tingkat atas dia ada 2 bilik dan 1 toilet. Toilet dia pun luas dan shower sedap. Bilik-bilik dia agak kecik dan lantai tak berapa rata. Tapi oklah untuk satu malam. Aku cuma kecewa kat sini dengan communication dia. Sebab bila aku mesej pasal penggunaan fireplace dia tak jawab. Kayu-kayu dia tak sediakan, dan dia pun tak bagitau aku kalau nak guna kayu kena pergi cari sendiri ke apa. Heater dia pun macam tak berfungsi. Bila aku mesej tanya, dia hanya jawab ringkas, ada thermostat kat sekian tempat, sila guna. Masalahnya guna pun tak jadi apa. So kesejukan satu malam di sini.
Parking dia betul-betul depan rumah tapi tepi jalan, so tidur malam pun rasa tak berapa tenang. 1) takut kereta kena pecah ke apa, sebab luggage semua kami tinggal dalam kereta. Satu luggage je kami keluarkan untuk barang kegunaan 1 malam. 2) takut kereta kena langgar dengan kereta yang lalu-lalang laju-laju.
4. London
Rumah ni actually aku book kat Agoda. Tapi lepas pengalaman aku dengan Agoda, aku suggest kalau nak duduk dengan dia ni, book kat Airbnb jela kot. Serious hampeh gila Agoda weh. Aku selama ni memang tak pernah guna Agoda jugak. Tapi sebab through Agoda hari tu paling murah rumah kat London. Entah apa masalah dia block communication antara guest dengan host pun aku tak tau. Kalau tak nak bagi kita communicate sendiri, at least jadilah mediator. Tukang sampaikan soalan dan jawapan. Ini kita terpinga-pinga tak dapat info, tak dapat jawapan kepada soalan, daripada dua-dua pihak pulak tu. Guest kata host hampeh, host kata guest hampeh. Last-last rupanya Agoda yang hampeh. Lagi best, host kami Michael kata diorang tak pernah advertise kat Agoda pun. Diorang cuma advertise kat Booking.com dan recently start guna Airbnb. Ntah mana datang Agoda ni.
Tapi rumah ni in terms of location memang bagus. Dia masih lagi dalam zone 2 London. Kalau nak jalan kaki ke city pun masih lagi possible. Bas pun banyak, tube station Old Street pun walking distance. Rumah ni macam flat, parking kat bawah dan kena naik tangga ke tingkat 1. Hanya hari pergi dan balik jela pun kena usung beg sikit. Tapi selebihnya memang okay.
Ada 2 bilik with queen beds, heater yang fully functioning, cosy. Hiasan dalam dia agak quirky sikit, terang-terang, patung pelik-pelik. Dia takde meja makan. Ok, itu satu kekurangan tapi something yang boleh overlook. Dapur dia banyak sediakan benda yang kita boleh guna. Rempah-ratus dia aku rasa sampai tahap nak masak nasi beriani pun lepas. Segala serbuk pelaga, serbuk jintan semua dia ada. Susu, jus oren, butter dia sediakan. Dia siap bake cookies untuk kami sepinggan, sedap gila plak tu. Once aku dah dapat phone number dia, dah senang nak deal pasal semua benda lain.
Kalau nak cakap pasal harga, masa aku dapat rumah ni kat Agoda hari tu, memang aku agak skeptical. Sebab rumah dia murah untuk location dan kemudahan yang dia sediakan. Ini aku cakap dari sudut standard harga London ya. Rata-rata masa aku cari, purata harga untuk London ialah RM1000 untuk 1 malam. Rumah ni aku dapat harga RM2500 untuk 3 malam.
Jangan lupa, ini rumah yang kau boleh masak, basuh baju dan tinggal 4 orang. So kau jimat lebih lagi kat situ banding dengan hotel yang kau kena beli 3 meals a day dan hantar baju ke dobi kalau perlu. Dan selesa la of course. Aku rasa aku tua dah, tak kuasa dah nak duduk hostel backpackers ke apa. Nak holiday biar rasa selesa macam kat rumah. Kalau tidak, baik duduk rumah je.
5) Brighton
https://www.booking.com/Share-gf5MS4
Inilah satu-satunya hotel yang kami duduk trip kali ni. Itu pun sebab payah sangat nak cari rumah yang berpatutan kat kawasan ni. Tapi memandangkan satu malam je, kami okay. Bilik dia sebenarnya bilik double, tapi dia buka sofa bed satu. Sempitlah sikit, tapi cukuplah untuk semalam. Selesa, shower sedap. Specialty kat sini ialah steakhouse dia, tapi of course kami tak boleh nak makan. Ada bus stop kat depan hotel untuk nak ke bandar. Lokasi dia jauh sikit dari bandar, tapi kalau tak salah ingatan aku, kami pilih dekat sini sebab dia je yang sediakan parking free dan harga not bad.
6) Wiltshire, Cotswolds
Rumah nilah yang paling aku tunggu sepanjang trip ni. Untuk fireplace dia. Kalau nak diikutkan, rumah ni bukanlah first choice kami. Ada satu lagi rumah yang lebih cantik, tapi takde rezeki kami, masa bincang masih available tapi bila nak book dah ada orang ambil tarikh kami. But yang ni pun cukup selesanya. Dan sebenarnya Allah nak bagi apa aku mintak. Sebab aku nak sangat fireplace dan kat rumah kami duduk ni fireplace dia tiada tandingan. Majoriti rumah yang aku jumpa, fireplace dia kecik dan tertutup. Yang ni besar dan terbuka. Aku sangat enjoy 3 hari main api kat rumah ni.
Rumah dia terpencil, jalan masuk kecil je dan parking pun 100 meters away, depan rumah host dan kena jalan kaki ke rumah kami. Ada sikit tangga juga jadi agak mencabar untuk luggage. Dalamnya 2 tingkat tapi tingkat atasnya ada 2 bilik semata-mata. Tingkat bawah ada dapur, ruang tamu dan toilet. Kat dapur dia tak sediakan banyak barang. Tisu dapur pun aku terpaksa minta refill. Teh tinggal 2 uncang. Banyak benda yang dah nak habis dan dia tak refill. Toilet dia air agak low pressure. Little things that could ruin a stay, tapi aku tetap menangkan fireplace dia. Bilik-bilik dia deco comel, heater, katil dia semua selesa. Sangat tenang. Kat simpang jalan dari rumah kami tu siap ada sungai. Cantik. In the end it depends on apa priority kita. Aku akan rate dia 5 bintang sebab aku dapat main api.
7) Manchester
Rumah last ni rumah tangkap muat. Dua hari sebelum duduk baru kami book sebab plan kami berubah. Dapat pula di bangunan yang sama dengan accommodation 1st. Bezanya cuma kuantiti bilik. Kali ni hanya 1 bilik dan sofa bed di ruang tamu. Perkakas kat dalamnya majority sama. Kali ni dia takde sediakan apa-apa makanan langsung macam garam, gula, teh kopi semua zero. Masa kami sampai, sofa bed pun dia tak setup. Tapi selesalah. Even sofa bed dia bukan jenis yang bila baring rasa spring. Lokasi tak perlu dibincangkan lagi, ideal untuk kami. TV dia tak berfungsi. Aku rasa remote dia habis bateri sebenarnya, dan takde bateri spare disediakan.
Itulah sekali aku nak try buka TV sepanjang trip ni, sebab masa Ayah dan Adik kat stadium aku ingat nak tengok bola juga kat rumah. Ironinya sepanjang kami kat UK ni, satu rumah pun takde tayangan bola. Every weekend Ayah dan Adik akan explore TV cari channel bola, semua takde. Kena subscribe. Padahal bola tu EPL; English Premier League. Kita kat Malaysia pulak, kan mamak pun ada pasang.
So anyway. That's all about accommodation. Kalau rajin aku tulis pasal benda lain pulak, other tips I can think of.
No comments:
Post a Comment