Friday 16 February 2024

UK Trip 2024 - Day 2 - Manchester & Liverpool

11 February 2024

Biasalah, bila bercuti tempat winter, gelap awal jadi tidur awal. Dah tidur awal, bangun pun awal. Tapi pagi ni sebenarnya tiada keperluan untuk aku dengan Kakak nak menggelabah pagi-pagi buta. Sebab Ayah dan Adik ada stadium tour yang hanya akan start pukul 10.10 pagi. Jadi tengah hari la baru aku dengan Kakak dapat jejak tanah. Bagus jugalah sebenarnya, sebab aku ada pending kerja kena siapkan. Macam biasa juga, bila aku tengah travel memang job rajin masuk. Rezeki kot situ, kita terimalah.

Kisah pengalaman Ayah dan Adik masuk stadium tour Old Trafford tu, tak dapatlah aku nak story dekat sini sebab aku takde di sana. Apa perasaan diorang, keterujaan diorang dan sebagainya, memang tidak aku saksikan. So korang bayangkan sendiri jelah.  Seorang jejaka pertengahan umur yang dah 30 tahun minat MU membawa anaknya yang baru setahun dua kenal apa itu bola sepak dan memutuskan untuk menyokong MU juga kerana mengikut jejak ayahnya. Ha, bayangkan jelah situasi dan perasaannya kay?

By pukul 11.15 tu kami dah ready menunggu Ayah dan Adik balik dan terus keluar menuju ke Liverpool. Aku rasa macam tak perlu explore Manchester dulu sebab balik nanti pun melalui Manchester so kami akan ke sini lagi.

Perjalanan ke Liverpool ambil masa sejam. Cuaca agak suram-suram pada mulanya. Kami park kereta di Liverpool One dan berjalan ke sekitar Albert Dock. Sejuknya ya rabbi. Menusuk ke tulang, dengan angin lagi.

Kami gagahi jua, pergi bergambar dengan statue Beatles, jalan-jalan tengok air. Dan slowly cuaca mula cerah. Kami cross jalan dari area Albert Dock dan pergi ke The Cavern Club pula, saja tengok tempat The Beatles perform dulu. Jalan-jalan sekitar situ. Jumpa pula Poundland, anak-anak excited membeli jajan. Dekat luar tu ada perarakan protes untuk Palestin. Terharu tengok mat saleh buat perhimpunan aman macam tu. Siap polis iring lagi.

Dari sana kami beredar untuk ke Stadium Anfield pula. Aku dengan Kakak mengekor ajelah. Puas diorang bergambar dekat situ, kami pergi cari masjid. Di sinilah masalah sekejap, bila Waze bawa kami pusing entah ke mana hala. Sampai 2 kali kena lalu tol yang sama, masuk terowong bawah laut segala. Last-last masa jumpa masjid tu tinggal 10 minit nak azan Magrib. Aduhai, ampunkan dosaku.

Tapi siap solat tu kami sempat beli ayam dan sayur sikit di kedai halal berhampiran situ untuk balik masak. Perjalanan pulang dalam 45 minit. Sampai rumah aku masak nasi putih dengan ayam kurma. Sementara nak masak tu aku suruh semua mandi dulu. Tapi problem dengan air panas pulak. Sampai melalak la si Kakak tu, air tak panas-panas. Maklumlah, kulit dia tu duduk Malaysia pun mandi air mendidih.

Aku contact tuan rumah, dia balas mesej, tapi masalah tak selesai jugak. Sampai ke sudah, siap makan semua masih takde orang datang. Anak-anak pun dah mengantuk. Maka tak mandilah kami malam ni. Lepas anak-anak dah tidur, kami pun dah bawah selimut dah, pukul 9 lebih malam baru ada tukang datang check air panas. Itupun katanya ambil masa untuk air dipanaskan. So tido jelah dengan bauan semula jadi. Nasib baik musim sejuk.

 

No comments:

Post a Comment