Saturday 13 February 2016

Honeymoon 2016: Lombok, Indonesia Day 7

10 Februari 2016

Last day! We have until 12 to do nothing, so kami tak bangun awal sangat. Dalam pukul 8.30 baru pergi breakfast. Lepas makan kami jalan-jalan dalam kawasan hotel, pergi tengok pantai dia. Ombak kuat dekat sini!

Dalam pukul 10 kami balik ke bilik dan mula mengemas. Kami dah janji dengan Pak Ono pukul 1. Elok je masa nak keluar bilik untuk check out, husband tersedar yang kad ATM dan kad insurans dia takde dalam beg. Berpeluh cari dalam bilik, memang takde. Cuak jugaklah husbandku. Kami pergi juga ke reception untuk check out.

Sambil-sambil check out tu dia dok log in ke website bank, nak report kad hilang. Tiba-tiba orang kaunter tanya, “Encik, encik ada kehilangan apa-apa?” Lepas tu diorang hulur sampul berisi kad-kad tu. Rupanya tercicir dekat dengan pantai. Nasib baiklah ada yang baik hati datang bagi dekat reception. Nasib baik jugak bilik ni atas nama dia so senang diorang nak identify siapa punya. Alhamdulillah.

Pak Ono sampai awal, tapi sama-sama dengan dia ada satu lelaki lain. Rupanya anak Pak Ono sakit jadi dia terpaksa pass kami dekat pemandu lain untuk hantar kami ke airport. Kami tak kisah pun. Asalkan sampai airport.

Memandangkan flight kami cuma pukul 6.35 petang nanti, dan masa tu baru pukul 12.30, kami decide nak berhenti shopping di beberapa tempat dulu. Ada 2-3 souvenir yang belum jumpa lagi, jadi bukanlah sekadar membuang masa.

Mula-mula kami berhenti di Art Market di Senggigi tu. Banyaklah juga pilihan, dan harga dia pun berbeza-beza, jadi kena rajin compare harga. Aku dapatlah beberapa barang. Kami teruskan perjalanan, driver ni bawak kami ke kedai Gandrung. Dia kedai jual souvenir Lombok, particularly T-shirt. Cantik-cantik juga design dia, tapi aku lebih berkenan yang jumpa di Sasaku semalam. So dekat sini husband beli keychain untuk kawan-kawan ofis dia, dan aku beli sehelai dress untuk anak daraku.
Tengok jam, baru pukul 2, jadi minta driver berhenti di Sasaku lagi sekali. Typical of me, souvenir untuk diri sendiri langsung tak beli lagi. So I figured since duit ada sikit lagi, I might as well beli baju yang elok sikit untuk aku.

So kami ke Sasaku pulak. Kali ni cawangan lain, yang lebih dekat dengan Airport dan lebih besar katanya. Lama jugak aku ambil masa nak pilih baju. Tak semua design ada lengan panjang, yang ada pulak tak semestinya ada saiz.

So finally, walaupun dah delay dan delay lagi, dah takde tempat nak disinggah dan terpaksa terus ke airport. Baru pukul 3.30 masa tu. Dah masuk tu, belum boleh check in pun lagi, sebab katanya dalam pukul 5 nanti baru kaunter buka. Jadi lunch dulu dekat kedai CFC. Kedai ayam goreng diorang. Haha. Siap makan pun banyak masa lagi, jadi pergi solat pulak.

Lepas tu barulah kami masuk check in. Kecik bebenor rupanya airport dia tu. Bila check masa departure, dah bertukar kepada 7.15 petang. So, yes, we still have about 3 hours to wait around. Akhirnya husband cakap ada kedai urut dekat situ, jomlah kita pergi tengok. Check harganya pun standard (in fact cheaper than it was in Gili Trawangan), dan ada kekosongan juga. Jadi kami masuk, ambil urut untuk 45 minit, Rp 100,000.

Dapatlah habiskan masa dengan bermanfaat. Lega sikit kaki aku yang kejang-kejang panjat air terjun semalam. Nasib kami pun baik. Lepas je kami masuk, berderet orang datang ke kedai tu nak urut, tapi dah penuh.

Pukul 6 lebih baru lepas imigresen dia, dan masuk ke waiting area. Sempatlah aku kerja sikit sementara tunggu boarding.

Flight gerak pukul 7.15. Sepatutnya ikut seating arrangement, aku dan husband tak dapat duduk sebelah-sebelah. Aku tak beli pun seat. Bila masuk plane tu, deret tempat duduk aku kosong. So tunggu punya tunggu, sampai pintu kapal tutup, takde orang datang duduk. Rezekilah tu namanya. Dapatlah encik suami datang duduk sebelah.

Flight semua ok, sampai di KL 10.30 seperti yang dijangkakan. Alhamdulillah. Selesai sudah trip kali ni.

Insyallah aku akan tulis satu entry pasal tips and insights tentang Lombok. Harapnya dapat segeralah. Hehe.


Oh, macam biasa, last day selalu takde gambar. Takde mood. Haha. 

Wednesday 10 February 2016

Honeymoon 2016: Lombok, Indonesia Day 6

9 Februari 2016

Kami dah janji dengan Pak Ono semalam untuk keluar jam 8.30. Jadi terpaksalah memaksa diri bangun awal, pergi breakfast dan terus keluar. Ramai juga orang duduk hotel ni, tapi majoritinya warga tempatan. Ada juga nampak kumpulan dari Malaysia, tapi biasalah orang Malaysia jumpa orang Malaysia kat oversea semua sombong-sombong belaka. Untuk 3 saat pertama mata bertentang kalau takde senyum dari muka orang Malaysia ni, aku pun malas dah nak bertegur sapa. Patutla aku suka berkawan dengan mat saleh je kat obersea. Diorang murah senyuman. Haha.

Anyway, 8.30 tu Pak Ono dah sedia terpacak di lobi. Destinasi kami hari ni ialah ke daerah Kuta. Dari Mangsit ni, ambil masa sejam setengah juga untuk sampai ke kawasan air terjun Benang Kelambu dan Benang Stokel. Macam biasa, sempat membuta beberapa ketika dalam kereta. Hari ni jalan raya di Lombok ke arah Kuta agak busy sebab kebetulan hari nilah presiden dia si Jokowi berada di Lombok untuk some perasmian apa tah. Serious tak kelakar beb, sepanjang jalan polis, askar, road block, segala mak nenek. Macam nak pergi perang.

Sampai di kawasan air terjun pukul 10. Sampai aje di pintu masuknya tu, kami disuruh masuk ke pejabat dia. Ingatkan harga dia macam di Tiu Kelep hari tu, setakat Rp10,000 ke Rp15,000 sorang. Rupanya diorang dah buat pakej bagai, untuk pergi 1 air terjun, 2 air terjun, atau 5 air terjun. Harga pun berbeza-bezalah. It starts from Rp 75,000 untuk 1 air terjun, 1 orang. Kami punya 2 air terjun, sorang Rp 90,000. Ketat lagi muka aku. Masalahnya dah sampai sini, takkan nak patah balik pulak. Bila bayar, kita akan dapat guide sekali. Nak guide ke, tak nak guide ke, bayar tetap kena bayar. Dah alang-alang bayar tu kita kerah jela orang dia buat kerja kan?

Jadi 1st air terjun ialah Benang Stokel. 7 minit aje berjalan dari luar tu. Ambil gambar sikit-sikit. Guide kami kata air terjun kedua lagi sedap mandi, jadi kami sambung jalan. Jalan tak jalan sangatla. Mendaki naik turun bukit. Putus nyawa aku rasa. Setengah jam jugak baru sampai ke Benang Kelambu. Cantikla jugak, walaupun tak memberi effect tersentak tergamam macam Tiu Kelep hari tu. Mula-mula ambil gambar je. Lepas tu guide tu tanya tak mandi ke? Dia bagi direction kolam mana nak masuk, angle mana nak ambil gambar semua. Last-last dia take over camera
kami, jadi jurugambar rasmi. Kami dapatlah bermandi-manda dengan tenang
sambil mendapat gambar candid penuh camera. Fresh rasa dapat mandi sungai. Tak sama feel dia dengan mandi laut. I always prefer air sungai.


Selesai di sana, selamat bertonggek-tonggek berjalan balik ke kereta. Pukul 12 kami dah sampai ke parking. Penuh parking dengan orang baru sampai. Pukul 10 tadi sunyi sepi, we were the first to arrive. Dengan basah-basah tu kami masuk kereta, menuju ke Kuta. Pak Ono kata kalau kami ok berbasah-basah, dia pun ok aje. Kereta boleh dilap.

Perjalanan diteruskan untuk sejam lagi. Kami terlelap lagi. Terjaga bila dengar siren banyak-banyak. Dah makin banyak askar dan polis di jalanan untuk Pak Jokowi. Tak cukup itu, sekali kereta kebal 3 biji berselisih dengan kami. Ya rabbi, kalau orang tak bagi laluan dia nak gelek dengan kereta kebal tu ke apa?

Akhirnya kami tiba di Pantai Kuta. Bergambar sikit-sikit, lepas tu terus lunch di kedai depan tu. Restoran Anda ke apa entah nama dia. Biasa-biasa aje makanan, harga standard restoran la. Mahal sikit.


Ramai orang jual-jual di tepi jalan tu mengikut bontot kita. Aku teringin sangat-sangat nak beli sebab kat sini diorang offer lagi murah dari semalam. T-shirt 4 Rp100,000. Kain sarung 3 Rp100,000. Murah banyakla daripada semalam. Tapi Pak Ono dah pesan jangan beli dekat sini takut nanti kena kerumun dengan ramai-ramai penjual. Dan sebab kami ni bendul, kami dengar je cakap dia walaupun memang kami nak kena beli pun. Dah gerak dari situ baru menyesal.

Seterusnya ke Tanjung Aan. Orang tak ramai jadi dengan penuh selesa kami pacak tripod dan berposing segala. Adala satu couple mat saleh kena kerah suruh tekankan butang kamera untuk kami lepas dah setting tripod. Jauh woi nak lari masuk laut, nak pasang timer tak sempat. Haha. Nampaklah dari sana Batu Payung, dan kawasan bukit-bukit jauh yang nampak cantik. Ada brader datang offer nak antar naik bot tapi lambat sangat dah time tu (dan duit aku dah habis lagi. Kena cucuk lagi. Muflis mak begini nak!)

Dari Tanjung Aan ni jugak boleh panjat bukit dia. Aku sangat yakin view dari atas tu terbaik, tapi kami kesuntukan masa. Dengan belum solat, dengan perjalanan nak balik hotel masih memerlukan masa sekitar sejam setengah. Masa tu dah dekat pukul 3. Jadi walaupun aku teringin sesangat, kami tak dapat panjat bukit tu.

So gerak balik. Masa dekat sini Pak Ono tunjukkan sekali shortcut untuk ke Pantai Pink. Jalan dia boleh lalu naik motor aje, tapi it takes less than an hour. Ish, rugi rasa tak stay 1 malam dekat Kuta. Kalau tak boleh merempit je ke sana.

So balik. Kami sebut dekat Pak Ono nak kena beli souvenir sikit. Jadi dia singgah di Sasaku dekat dengan Senggigi. Okla harga baju dia. Ada yang mahal sampai Rp120,000 sepasang. Ada yang murah sampai Rp30,000 sepasang. Sape badan kecik untunglah sebab lagi kecik lagi murah harga. Design pun cantik-cantik, tak sama macam yang kami beli semalam. Kami beli 5 pasang harga Rp40,000 each.

Terpaksa singgah ATM lagi, cucuk lagi sejuta. Beranganla nak travel berjimat macam ni. Duit nak bayar Pak Ono pun dah tak cukup ni. Kami janji dengan dia siap-siap untuk dia jemput kami ke airport sekali esok. Tanya dekat lobi boleh tak late check out sebab flight kami 6.30 petang je. Bluek, dia kata tak boleh sebab esok fully booked. So kenala keluar pukul 12 jugak esok.

Balik ke bilik, solat, lepas tu encik nak swim kat pool. Dia saja je tu nak ambil gambar tayang kat anak-anak dia. Kejam btul bapak. Aku bertenggek kat tepi, buat kerja. Ada job dah nak expired esok pagi. Nasib baik check!

Memandangkan hotel kami ni jauh dari kedai dan dah takde transport malam ni, kami pejam mata jelah makan dekat hotel. Mahai sungguh! Nasib baik aku pun tak lapar sangat, jadi kami share burger dan chicken Caesar salad. Air sorang satu. Itu pun dah RM80 duit kita kau. Duduk betul-betul tepi pantai, romantic la gitu, sambil bagi nyamuk makan. Ombak dia kat sini kuat. Aku macam biasa, bayangkan kalau tiba-tiba tsunami, ke mana aku nak lari.

Esok dah nak balik oi! Dalam malas-malas nak pergi hari tu, enjoy jugak. 7 hari macam sekelip mata pun ada.


Tuesday 9 February 2016

Honeymoon 2016: Lombok, Indonesia Day 5

8 Februari 2016

Bangun pukul 8 tu kemas-kemas sikit, siap-siap pergi breakfast. Masih di spot sama. Sunyi sepi aje pagi ni, macam Gili Trawangan dah kurang orang sikit. Sebab pagi Isnin agaknya. Weekend hari tu mungkin warga Indonesia buat short trip dalam negara sendiri. Mungkinla.

Makan, bersembang sampai 9 lebih. Masuk bilik dan mula packing. Sedih pulak rasa nak tinggal Gili Teak Resort ni. Feel tempat ni kena dengan jiwa aku. Santai, kemas, bersih.

Belum pukul 11 kami dah berada di kaunter dia. Manager dia sendiri yang uruskan check out kami. Mat salleh dari England, Terry namanya. Sangat friendly dan prihatin. Aku yang blur ni tak perasan dia awal-awal tu. Husband aku yang tunjukkan dia dekat aku semalam, “I rasa itu owner tempat ni, sebab he is everywhere.” Dan memang betul, dia memang tak berenti buat kerja. Pagi tadi masa breakfast aku tengok dia sapu pantai sama-sama dengan pekerja dia. Dia rajin sembang dengan guest, dan rajin buat keje.

Masa check out tu dia tanya-tanya how was our stay semua. Lepas tu kami mintak dia panggilkan cidomo untuk kami ke sentral. Tak larat dah weh rembang terpacak tu nak menapak lagi, dengan beg lagi. Relalah aku berpisah dengan Rp75,000 itu untuk ke sentral. Harga cidomo ni mengikut kedudukan hotel kita juga. Lagi jauh dari sentral, lagi mahal.

Jadi sementara menunggu cidomo sampai, kami bersembang dekat situ. Tentang salasilah dia boleh duduk di Gili Trawangan ni. Dia polis dulu rupanya dekat Newcastle. Wife dia pun polis, dan diorang dua-dua dah pencen, datang sini jaga hotel. Diorang ada lagi satu resort di pulau yang sama, wife dia jaga. Dia invest dalam hotel ni dah lama, tapi baru pindah ke sini dalam 3 tahun lepas. Panjang lebarlah kami bersembang, kalau aku tulis kang dah jadi autobiografi Terry pulak kan? Tapi jangan tertipulah dengan perkataan pencen tu. Hensem lagi oi! Dah macam Jason Statham aku tengok dia tu.

Bila cidomo sampai, kami berlari-lari pegi cakap bye dekat Swedish couple tu pulak. Sempat berselfie segala. Tapi sampai ke sudah aku tak tahu nama diorang. hahah.

Sampai di sentral 11 lebih. Beli tiket bot tak sampai 10 minit dah boleh naik bot. Perjalanan bot semua ok, sampai di Bangsal terus diikut oleh beberapa orang teksi dah. Semuanya quote mahal-mahal untuk ke Senggigi. Kami bukannya sampai ke Senggigi pun. Hotel kami dah jauh meninggalkan Senggigi, lebih dekat dengan Bangsal. So kami tolak semuanya, jalan kaki menuju ke tempat banyak teksi Bluebird menunggu. Tengah berjalan kaki tu satu kereta panggil-panggil kami dari seberang jalan. “Nak ke Senggigi ke? Rp50,000 saya boleh hantarkan. Saya memang dari sana dan nak balik ke sana.” Murahlah tu Rp50,000. So kami setuju. Driver tu, Pak Ono, kata dia baru hantar orang ke Bangsal. Alang-alang kereta dia kosong, murah-murah pun at least dapat something daripada tak dapat langsung. Rupanya dia pernah kerja di Malaysia 12 tahun. Baru balik ke Lombok semula tahun 2013. Bolehlah nak bersembang pasal Puduraya lah bagai. Siap bagi kata pepatah, “dah biasa makan asam garam di Malaysia.” Kehkeh.

Dia kempen pakej dia untuk round Kuta esok dia caj Rp450,000. Tadi lagi masa di Gili husband dah kata, kalau ada orang offer Rp500,000 dia on. Ini lebih murah daripada tu, jadi kami setuju jelah.

Sampai di Holiday Resort Lombok pukul 1. Tunggu sekejap sementara bilik siap, lepas tu dah boleh masuk bilik. Lepas tinggal di Gili Teak, this room is a little bit of a disappointment, to be frank. A little but rundown, a little bit unkempt. Walaupun dari luar nampak cantik, dan di bawah pengurusan Holiday Inn. Tapi takpelah, nak buat macammana. Internet dia down pulak tadi, jadi tak dapatlah terus rasmikan Wifi. Haha.

Bersiap, solat semua. Kami terus keluar, sewa motor untuk merayau ke Senggigi dan Mataram. Rp75,000 untuk 24 jam. Berpatutanlah tu.

Apa lagi, merempitlah! Terus ke Mataram. Sampai di Mataram terpinga-pinga. Apa attraction dekat sini? hahaha. Dahla tak research, takde internet pulak tu. So last-last kami stop di kedai Mataram Juice, lunch dekat situ. Tumpang wifi dia sekali, check Google maps segala. Makan pun murah dan sedap, total Rp75,000 untuk 2 pinggan nasi goreng dan 2 air yang sangat sedap. Yelah kot, nama pun Mataram Juice, haruslah jusnya sedap kan?

Waitress kat situ sangat helpful dan friendly bila kami tanya-tanya direction. Jadi lepas makan kami teruskan perjalanan. Last-last masuk ke Epicentrum Mall. Adoiyyaiiii…. Dengan selipar jepun, seluar track yang aku guna untuk mandi sejak Day 2, muka tak siap, masuk mall. Yang penting jiwa mesti confident. Pedulik hape dressing macam kampong, aku rasa macam aku Erra Fazira je tadi. Cun abih! Hahahah.

15 minit dah abis pusing dah mall nyer. Aku kata kat husband, kalau orang Lombok ni datang Malaysia masuk OU, mau sesat dalam tu. Sini kecik je mallnye.

Jadi balik jelah. Tak tau nak tengok apa dekat Mataram ni. Nak shopping ole-ole pun tak tau dekat mana. Dekat nak sampai Senggigi tu husband ajak lepak makan jagung dan minum air kelapa. Lepak lah kejap walaupun panas berdengung.

Sampai di Senggigi kami berhenti cucuk duit kejap. Tapi tak lepas pulak. Kad aku pun tak boleh, kat husband pun tak boleh. Berpeluh ketiak kejap aku. Duit tak cukup dah ni, ada 2 hari lagi ni. Nasib baik bila sampai hotel internet dia dah ok. Maybank2u lah kita, uruskan apa yang patut. Rupanya nak cucuk duit dekat oversea kena setting dulu dalam Maybank2u tu. Kena enable Oversea Withdrawal, masukkan tarikh dari bila sampai bila dan sebagainya. Lepas ni baru boleh draw money. Lega! Aku cuma pelik kenapa dekat India hari tu senang je aku keluarkan duit…

Lepas Maghrib baru kami keluar balik, ke Senggigi semula cari dinner. Merempit la lagi. Motor tu kami punya sampai esok. Makan di kedai Banana Leaf Café - ikan bakar, udang galah kecik, sotong, sup dan nasi. Husband aku tak mau ambil seafood tu, tapi brader kat situ kata rugila tak cuba. So husband ambil udang yang kecik je, sekali ngap. Sotong dia bagi free sekor, untuk rasa. Semoga tak gout lah suamiku ye!

Lepas makan kami tengok souvenir di situ. Kami tak masuk ke kedai-kedai, tapi beli daripada orang yang duduk tepi jalan. Dapat fridge magnet 1 Rp10,000. (Pejam matalah walaupun rasa masih mahal). Beli T-shirt 3 Rp100,000. Anak-anak pun beli baju sepasang sorang satu, Rp 30,000 each. Kain pelikat beli untuk Abah dan Ayah, sepasang Rp60,000. Harganya semua standard Malaysia. Atau kalau kami yang kena tipu, itu hal dia lah. Aku dah berada di tahap malas nak pikir. Lusa dah nak balik. Motor kami pegang sampai tengah hari esok je. Kawasan hotel kami duduk ni jauh dari kedai. Kalau tak beli sekarang, entah nak tunggu bila. Trip berdua camni kena beli jugak ole-ole bawak balik, sebab semua orang berganding bahu jagakan anak-anak aku. Kalau kami pergi 4 beranak, aku balik berlenggang je. Tak beli apa pun kat orang kat rumah.


Selesai mengosongkan beg duit, balik ler. Lembik dah ni. Nasib baik aku tak tidur atas motor. Esok nak kena mangkit awai lagi. Wuwuwuw….

Monday 8 February 2016

Honeymoon 2016: Lombok, Indonesia Day 4

7 Februari 2016

Bangun Subuh 5 lebih tu, lepas tu tidur balik sampai pukul 8. Takde hati nak bangun awal memandangkan kami pun takde specific plan hari. Kali ni holiday yang betul-betul holiday la. Berehat. Santai.

Bangun tu bersiap pun tak rushing, pergi breakfast di pantai. Mejanya bawah pokok, atas pasir pantai. Memang terbaiklah. Satu yang best resort ni, biliknya ada 8 biji aje. Jadi guest tak ramai, tak serabut.

Kami diberi menu untuk pilih makanan breakfast. Masa bincang dengan husband tu, aku sebut juga. Kena tanya dekat waiter tu, bacon tu maksudnya beef/chicken bacon ke, atau memang bacon babi. Mula-mula husband kata eh, ini Lombok, semua daging halal je. Tapi aku kata tanya aje. Nasib baik tanya beb! Memang daging babi! Haha… Bila kami tanya tu baru waiter tu macam terperasan aku ni bertudung segala. Jadi kami minta dia kecualikan bacon daripada hidangan tu nanti.

Makan-makan breakfast sambil bincang ape aktiviti hari ni. Aku serahkan dekat husband sebab aku takde idea. Tapi syukur jugaklah bila dia kata kita tak payahlah pergi snorkelling tu. Aku ni bukan penggemar aktiviti dalam air sangat. Lagilah kalau nak masuk laut dalam ni. Seram je rasa. So lepas makan, golek-golek atas hammock dia kat tepi pantai tu. Bila dah mula panas, kami masuk bilik.

Kata husband, kita rilek-rilek ajelah hari ni. Petang-petang sikit baru keluar mandi laut. Jadi raja membongkang terus melaksanakan aktiviti kepakarannya, sementara aku sempat kerja 1 job, lepas tu baca buku. Sedar-sedar dah pukul 1.

Aku kejut husband ajak solat terus. Lepas tu terus get ready untuk keluar. Pulangkan balik basikal semalam sebab dah cukup 24 jam. Kami berjalan kaki hari ni. Kali ni kami menghala ke arah bertentangan dari arah kami datang hari tu. Saja nak explore pantai sebelah sana. Bila jumpa pantai yang best, kami berhenti mandi. Lepas tu sambung jalan lagi, berhenti pulak ambil gambar sana-sini. Sejam setengah jugaklah kami berjalan nak sampai ke hujung. Sampai tu kami pergi ke kedai makan dekat situ, makan lunch. Okla harga dia, fries, chicken sandwich, pizza, air sorang satu Rp145,000. Kenyang la.

Siap makan kami jalan balik. By the time kami lalu di buaian-buaian dekat Ombak Sunset tu, cahaya matahari memang just nice untuk ambil gambar cantik. Orang pun tak ramai. Tapi kami nampak ada official photographer kerja dekat situ, jadi kami tak pasti kalau orang luar saja-saja nak pergi ambil gambar boleh ke tak. Entah-entah kena bayar ke apa ke. Last-last husband kata malaslah, tak payah ambil gambar. Muncunglah sekejap aku. Ingat boleh datang sini hari-hari ke apa?


 

Sampai balik di hotel kami, terus landing dekat lounge chair dia kat tepi pantai. Belek henfon, sempat bertegur-tegur dengan couple Sweden tu. Lepas hilang penat, husband ajak pergi pantai ambik gambar.

Barulah aku senyum balik. Matahari tengah turun masa tu, cahaya dia cantik sangat reflect atas air. Banyak jugak kami posing, berlari-lari sebab pasang timer, pacak tripod kat pasir. Pedulik hape aku orang tengok.Datang sini bayar guna duit aku.

Last-last kami terdiam aje, duduk atas pasir tengok matahari turun. Cantik! Hari ni ada rezeki nak tengok pemandangan ni. Alhamdulillah.

Hilang je matahari, kami masuk bilik, mandi semua. Tengah aku mandi blackout pulak. Yang tragisnya dekat hotel ni, bila elektrik takde, air kat paip semua pun tak keluar. Tabahlah, shampoo penuh rambut, bertenggek dekat 15 minit.

Solat, then pukul 8 tu kami jalan ke town. Eh, berapa puluh kali aku menapak kat jalan tu. Dahla jauh. Pegi makan dekat pasar malam tu lagi, hari ni makan tilapia goreng dengan nasi. Beli apam balik lagi buat bekal berjalan. Ingat nak pi berurut, tapi semua tempat urut dia open sangat. Kejap lagi dia selak seluar aku sampai paha, naya pulak. Kedai yang tertutup pulak takde tukang urut lelaki untuk husband aku malam ni. Takde rezekilah. Next time.

Jalan kaki balik, lepak tepi pantai sekejap bagi hilang peluh, barulah bersurai untuk hari ini. Esok nak kembali ke Lombok semula. Dekat dah nak balik! Haram 1 souvenir tak beli lagi, untuk diri sendiri pun belum, apatah lagi orang lain. Typical masalah aku bila travel.

Sunday 7 February 2016

Honeymoon 2016: Lombok, Indonesia Day 3

6 Februari 2016

Bangun Subuh macam biasa, terus mengemas beg. Hari ni kami akan meninggalkan Sunset House Lombok dan Senggigi untuk ke Gili Trawangan. Kami bakal bermalam di sana untuk 2 malam.

Pukul 7.15 kami turun breakfast. Hari ni buffet yang agak limited. Nasi goreng, satay ayam, kuah kacang, buah-buahan, telur made to order, roti. Aku tala kepada roti dan telurlah seperti biasa. Selesai makan kami nak naik ke bilik ambil beg. Sebenarnya belum ada perjanjian lagi dengan mana-mana pihak untuk hantar kami ke Pelabuhan Bangsal. Kebetulan masa nak ke bilik kami terserempak dengan Pak Emi, chief security di Sunset House. Dia tolong aturkan pakej semalam, dan hari ni dia tanya kami agenda kami lagi. Kami sebut tentang ke Pelabuhan Bangsal jadi dia tolong aturkan lagi.

Rp 150,000 untuk hantar kami terus ke pintu tiket feri. Itu perjanjiannya. Kata Pak Emi, teksi Bluebird biasa tak boleh masuk sampai ke tepi laut tempat naik bot tu. Kalau naik Innova atau Avanza, iaitu kereta standard yang digunakan oleh tour operators, boleh masuk sampai ke dalam. Jadi kami tak perlu berjalan kaki sekitar 100 ke 200 meter untuk masuk ke dalam. Memikirkan tu, kami pun setuju dengan Rp 150, 000 tu.

Check out pukul 9, terus ke Pelabuhan Bangsal. Oh, sebelum tu kami singgah di Holiday Resort Lombok, iaitu hotel seterusnya yang akan kami tinggal lepas balik dari Gili nanti. Tujuannya, kami nak tinggalkan beg besar. Haha. Benda ni kami dah pernah buat dulu di India, di Australia. Dan clearly it’s so convenient for everyone. Pada aku, buat apa penat-penat heret beg besar tu naik turun bot kalau boleh ditinggalkan aje. Jadi isi nama, dapat kad simpanan bagasi, terus sambung perjalanan ke Bangsal.

Sampai dekat sana, driver kami masuk ke parking. Di luar tempat parking tu kami nampak banyak teksi Bluebird parking dan drivernya dok bersembang-sembang. Aku terpinga-pinga sekejap sebab aku tak nampak mana lautnya, apatah lagi botnya. Dia terus mintak Rp 150, 000 tu. Ok, kami bayar Rp 200,000 takde tukar. Untuk beberapa saat dia macam nak redha je dapat extra Rp 50,000 tu. Tapi kami pun tak turun, menunggu baki. Barulah dia kelam kabut cari duit baki. Mintak dekat orang lalu-lalang di luar. Lepas tu dia bagitahu kami boleh turun, kena jalan dalam 100 meter untuk ke jeti.

Dengan terpinga-pinga kami keluar. Mula-mula aku terima beb. Aku ingat semua orang memang tak boleh masuk dalam, walaupun dalam kepala aku masih dok dengar lagi jaminan Pak Emi tadi. Tapi, sambil kami dok berjalan masuk tu, punya banyak kereta Innova dan Avanza lintas kami menghantar penumpang ke dalam. Dengan serta-merta darah aku menyirap. Cilakak betul mamat ni tipu aku! Selling point dia untuk kami ambil transport dia tadi ialah “Hantar sampai dalam” tapi kami ditinggalkan di luar, masih kena jalan kaki. Isunya bukan pasal jalan kaki. Aku pernah jalan kaki dari pagi sampai petang, gagah. Isunya ialah tidak amanah. Jenuh laki aku menyabarkan aku.

Anyway, sampai di kaunter tiket, seperti biasa, pengusaha private boat akan promosikan boat diorang. “Pantas, tak perlu menunggu lama”. Tapi kami nekad nak naik public boat aje, total price 2 orang Rp 39,000. Konsep public boat ni, bila bot dah cukup 45 penumpang baru dia akan jalan. Tapi tak jadi masalah untuk kami. Kami sempat duduk dalam 10 minit aje, dah dipanggil naik bot sebab orang dah cukup. Maklumlah, pagi Sabtu pulak tu.

Perjalanan dalam bot tu ambil masa 45 minit, terus ke Gili Trawangan. Hampir pukul 11 kami dah sampai ke Gili Trawangan.

Sampai aje di pulau tu, penuh dengan kedai-kedai, foreigners. Riuh! Memang meriah pulau ni! Hotel yang kami pilih jauh dari pekan. Ikut e-mail daripada hotel, kalau berjalan kaki akan ambil masa 30 ke 45 minit. Kami ada pilihan untuk naik cidomo, iaitu kereta kuda kecil. Tapi aku dan husband dua-dua malas nak pergi bertanya harga. Rilek-rilek kami jalan, walaupun beg galas kemain berat! Panas terik pulak tu. Dalam setengah jam tu sampai ke Gili Teak Resort.

First impression aku masa sampai ialah, alamak, hotel ni belum siap ke? Sebab pool dia takde air, dan masih ada orang dok bertukang. Check in aje, kami diberi welcome drink. Husbandku macam unta, sekali sedut abis. Aku jugak yang penuh bersopan. Sekali gelas aku bawak masuk bilik. Bilik dia superb!

Very airy, open concept. Cermin sekeliling, ada seating area di luar dan di dalam bilik. The best part is, open concept bathroom. Selalu
tengok dalam gambar aje, hotel-hotel di Bali ada open concept bathroom. Hari ni baru merasa. Kekok beb! Nak kencing pun rasa macam kena endap. Hahahah. Macam biasa, perkara pertama yang dirasmikan adalah Wifi. Hihi.

Lepak-lepak tunggu Zohor, terus solat. Lepas tu barulah keluar. Husband ajak sewa basikal seorang satu. Harganya Rp 50,000 setiap basikal, sewanya 24 jam. Walaupun aku super nervous sebab tak biasa dah naik basikal ni. Lagi-lagi kat jalan tak rata cam pulau ni. Bagi tak mengecewakan suamiku, ku gagahi jua. Baru nak suruh dia carry aku je, aku dok belakang. Haha.

Jadi mulalah episode kami pusing island. Berhenti satu tempat bila nampak swing yang jadi gambar standard Gili Trawangan tu. Baru dok bincang-bincang nak ambil gambar ke tak, datang sorang pompuan mat saleh offer nak ambilkan gambar kami. Jadi on ajelah. Dia dari Australia rupanya. Hehe.
Sambung perjalanan lagi. Satu pusingan pulau tu kalau takde berenti mungkin ambil masa sejam kot. Kebas beb bontot aku. Kena hentak-hentak di jalanan tu, nak nangis rase. Sampai satu tahap aku merayu dekat husband aku, aku kena rehatkan bontot aku kejap. Jadi kami berenti lunch. Masa tu betul-betul dekat tempat kami sampai dari bot tadi. Kedai yang kami pilih ialah kedai Ocean 2, berhadapan dengan Sama-Sama Lounge yang ada gambar Bob Marley. Sebab apa kami pilih kedai tu? Sebab banding dengan semua kedai yang aku sempat usha menu dia, yang tu paling murah. Hahahahha. Wifi laju plak tu. Husband aku order nasi goreng ayam Rp 25,000. Aku order pasta Rp 32,000. Gagahla tu kan. Total price dengan air Rp 87,000. Murah daripada kat Senggigi semalam.

Barulah kenyang perut suka hati. Sambung mengayuh pulang ke hotel. memandangkan matahari dah tak terpacak atas kepala, kami tak masuk bilik pun. Pilih satu katil tepi laut, pergi terbongkang dekat situ. Raja membongkang di sebelah aku ni memang sekelip mata hanyut. Aku la terkebil-kebil sorang-sorang. Keluarkan tripod, ambil gambar sendiri. Dan daripada aku buang masa termenung, aku pun pegi ambil laptop tulis blog ni. Haha. Special tau post yang ni. Bila baca ni takde bau-bau angin laut ke? Kuikuikui.

Sedar tak sedar, dalam 3 jam aku dan husband duduk di pantai. Itu pun kami masuk sebab tiba-tiba hujan rintik-rintik. Aku dahla bawak laptop ke tepi pantai ni. Alang-alang dah masuk bilik tu, mandi-mandi. Badan melekit sebab masuk dalam laut kejap tadi, amik gambar kat buaian tu.

Masa kami sampai di bilik, ada satu couple mat saleh tegur kata hai. Bila kami bagi respond baik, si aweknya patah balik datang ke bilik kami. Dia tengah tak puas hati rupanya pasal swimming pool kat resort ni tengah repair, tak boleh guna. Dia kata diorang tak diberitahu langsung pasal benda ni, jadi diorang rasa tertipu. Yela, masa booking tengok gambar va-va-voom kan. Dia kata dia frust sebab diorang datang nak celebrate anniversary parents boyfriend dia. Dia tanya kami, kami ada dapat notification tak pasal pool tu tak boleh guna. Memang kami pun tak dapat. Bila boyfriend dia datang join sembang sekali, kami dapat tau diorang dari Sweden.
Anyway, sunset tu kami lepak pantai lagi, lepas tu pergi ke town. Asalnya nak naik basikal, sebab alang-alang dah bayar kan, lenjan la. Tapi ya rabbi, gelap gelita jalan. Dahla rush hour crowd kemain busy jalan. Aku ni dahla bawak siang-siang pun melelong. Apatah lagi malam. So aku merayu kat husband mintak parking basikal, kita jalan kaki. Dia redha jela dapat bini camni.

Menapaklah kami ke town. Makan di art market dia, makanan tradisional Indonesia. Adalah ikan bakar segala. Kami share sekor ikan, 2 pinggan nasi, 2 air. Rp 105,000. Beli apam balik dia, terangbulan. Dekat sini murah, Rp13,000 dah boleh dapat sebijik yang basic. Beli jagung bakar sekali buat bekal berjalan balik. Kejang kaki woiiii… entah berapa ribu langkah aku berjalan ari ni. Nak pergi urut, tak pegi-pegi gak lagi. Takut duit tak cukuppppp…

Letih betul badan aku agaknya, suara aku pun dah mula hilang dah ni. Esok orang ajak bersembang, suara aku dah macam Saleem Iklim. Ish!

Anyway, Sebelum tidur kita sambung lepak tepi pantai lagi. I can so get used to this man… 


Saturday 6 February 2016

Honeymoon 2016: Lombok, Indonesia Day 2

5 Februari 2016

Hari kami bermula seawal 7 pagi. Well, Subuhnya 5 lebih, tapi lepas Subuh sambung tido la beb! Bangun kul 7 tu get ready semua, terus pegi breakfast. Ala-ala kadar je, a la carte. Dari tempat duduk kami tu kami boleh nampak ada macam kuil jauh di hujung pantai. Tanya pada pekerja hotel tu, katanya tempat tu Pura Batu Bolong. Dia kata boleh pergi dari pantai. Jadi kami telah menemui misi pertama. Maklumlah, orang memang tak merancang misi kali ni. So apa-apa yang ada, tangkap muat jelah. Haha.


Jalan di sepanjang pantai Batu Bolong sampai ke hujung, adalah dalam 15 minit. Pura tu kami tak boleh naik. Ada signboard kata tak boleh naik kecuali kalau nak sembahyang. So kami bergambar di sekitar batu bolongnya. Yang frustnya, sebab misi ini tangkap muat, tripod kami tak bawak. Takde orang pulak tu nak jadi cameraman. Namun begitu kami tidak berputus asa. Sangkut aje kamera dekat batu. Asal boleh!

Seterusnya kami berjalan pulak sampai ke hujung sana pantai, panjat batu ke pantai sebelah. Nak cari Pantai Senggigi sebenarnya, sebab nak pergi pekan dia. Tanya-tanya orang dekat situ, dia kata “jauh lagiii… 2 kilometer.” Jadi atas sifat mempercayai, kami pun patah balik (padahal hakikatnya lepas tu kami dapat tahu yang tak sampai 5 minit pun jalan ke depan tu dah sampai). On the way nak ke bilik tu jumpala mamat-mamat yang dok promote tour pakej.


Seperti yang kami kata tadi, kami takde agenda. Jadi bila baca-baca pakej yang diorang offer tu, kami decide nak ambil 1. Pilih tour ke Rinjani, tengok waterfall. Diorang offer harga Rp 500,000. Naik bersiap, tukar baju mandi siap-siap, dalam 10.45 pagi kami gerak.

Perjalanan ke Rinjani, Lombok Utara mengambil masa 2 jam ye! Terkejut sekejap aku masa driver tu bagitau. Kalau kat rumah ni, dah macam nak ke Melaka dah. Eloklah pulak, sepanjang jalan tu hujan lebat! Tertido-tido aku dan husband. Pukul 1 kami sampai di Senaru. Memandangkan hujan masih sangat lebat, kami decide untuk lunch dulu. Lagi sekali rasa nak tercekik aku tengok harga makanan dekat sana. Husband ambil set menu nasi, ayam goreng, sup dan buah, air teh o. Aku ambil nasi goreng sayur dengan teh susu. Total harga Rp 132,000 yer tuan-tuan sekalian. RM40 tu! Siap dengan tax 10%, siap dia tak pulangkan lagi duit aku Rp 10,000. Hangat je hati aku masa tu.

Selesai makan hujan dah reda sikit, tapi masih perlu beli baju hujan demi keselamatan handphone. Tiket masuk ke air terjun pulak Rp 10,000 seorang. Kami dah mula kena ikut dengan tour guide dekat situ. Rp 100,000 harga diorg letak. Masalahnya, based on perbincangan dengan driver dan juga boss dia di hotel tadi, kata diorang nak ke air terjun tu straightforward aje. Ada 2 air terjun dekat situ katanya. Satu jalannya menurun, satu lagi jalannya landai. Tapi tiba-tiba tour guide ni punya sembang macam kalau takde guide tu akan hilang, sesat, mati lemas, tak dijumpai selama-lamanya. Makinlah aku panas hati. Muka aku ketat je sepanjang tu. Nasib baiklah laki aku dah cukup kenal muka ketat tu. Jadi cepat-cepat dia kata takpe, kalau kami nak guide kami patah balik. Gitu!

Kami menapak ke air terjun pertama iaitu air terjun Sendang Gila. Tinggi betul, memang gilalah! Mula-mula malu-malu kucing, amik gambar dekat atas, tercangak-cangak tak tau nak buat apa. Datang segerombolan mat saleh, diorang bukak t-shirt, terus turun bawah masuk dalam air terjun tu. Terus husbandku terinspirasi sekali. Lepas tu aku offer kat couple mat salleh tu kata biar aku ambilkan gambar diorang berdua dalam air terjun, sebab kesian tengok bini dia serba tak kena tak dapat amik gambar. Sebagai balasan, diorang pulak offer nak ambil gambar kami. Jadi aku pun turun sekali. Peh peh!

Kebetulan guide kepada mat saleh ni friendly. Suami aku tegur-tegur, tanya pasal air terjun lain. Dia terus bagi direction. Takde pun poyo sangat kata nanti boleh matilah bagai. Cara dia cakap tu macam senang je. Jadi kami tawakal, jalan sendiri cari air terjun seterusnya. Dalam setengah jam juga jalan kaki, lalu jalan yang dah disiapkan. Cumanya takde signboard, jadi kena yakin jela. Masa aku rasa was-was, husband aku confident. Masa dia was-was, aku confident. Jadi dengan cara kerjasama itu, kami akhirnya sampai di air terjun Tiu Kelep. Subhanallah! Serious yang ini memang breathtaking! Ambil gambar best-best. Sekumpulan 3 orang perempuan Malaysia pun ada sekali di sana dengan guide diorang. Kami mintak diorang ambilkan gambar kami.

Tak lama dekat situ, kami gerak balik. Satu kepuasan la bila dapat jumpa tempat tu tanpa guide. Terbukti it’s not impossible. Sampai di atas semula dalam pukul 4 petang. Solat, bergambar sikit. Kami teruskan perjalanan balik. Sempat singgah di Masjid Kuno di situ. Perhentian yang seterusnya adalah di Malimbu 2. Ini adalah satu bukit tinggi, the perfect spot untuk tengok sunset katanya. Dari sana boleh nampak ketiga-tiga Gili: Gili Air, Gili Meno dan Gili Trawangan. Cuma kami kurang bernasib baik tadi, cuaca masih cloudy jadi no sunset view.

So lepas bergambar sikit, balik. Sampai di Sunset House pukul 7 petang. Alhamdulillah, driver kami pun jujur, takde mintak duit lebih. Kami bayar cukup-cukup Rp 500,000. Balik bilik untuk freshen up. Padahal lapaq wei, ketaq lutut dah.

7.45 kami keluar semula ke Pekan Senggigi. Menapak ye! Sebenarnya tak jauh sangat pun. Dalam 15 minit je. Cari-cari kedai makan, semuanya lebih kurang tu juga harganya, mahal. Jadi pilih kedai The Taman Restaurant. Ada live band. Tapi food dia tak sedap pun. Aku order set indian food: butter chicken dengan nasi briyani dan roti naan. Sekali dapat nasi minyak dengan ayam masak merah. Baiklah! Husband makan ayam taliwang. Air sorang satu, lepas tu encik order nachos lagi sepinggan, dengan nachosnya lemau. Total price Rp 250,000. Amboi, begini gayanya, 3 juta tak cukup ni!


Round-round di situ survey souvenir. Lepas tu balik. Sampai bilik dalam 10.15. Rehat ajelah, belek gambar siang tadi.  Letih dah ni, mata tak boleh bukak. Kami pun kejang dah ni. Tabahlah, nak adventure sangat kan…

Thursday 4 February 2016

Honeymoon 2016: Lombok, Indonesia

Bismillahirrahmanirrahim

Dah 3 bulan sejak kami balik dari Jepun. Sejak masa tu lagi aku dah gelisah semacam sebab belum ada destinasi untuk tahun 2016. Banyak sangat benda nak kena fikir; currency Malaysia yang teruk, terrorism di sana-sini, anak yang dah mula sekolah rendah, ketandusan musim cuti memandangkan banyak cuti sekolah bertembung dengan puasa dan raya haji…

Untuk trip berdua ni, nak tak nak, kami kena juga pilih tarikh raya cina ni. Masa ni aje yang cuti panjang, public holiday banyak, dan sesuai dengan jadual kerja husband. Cuma tempatnya tak boleh decide.

Jadi lepas berpuluh-puluh kali bukak website Skyscanner, AirAsia, Emirates, Etihad, Qatar, MAS dan sebagainya, akhirnya kami memilih: Lombok.

Nak cerita jujur? Aku tak excited. Sebab, huhuhu… jiran sebelah je kot! Tak thrill la! Tapi nak pegi jalan punya pasal, ku gagahi jua. Punyelah malas nak research dan plan, sampaikan hotel pun cari last minute, seminggu sebelum pergi baru finalize. Di saat-saat akhir tu (yakni sehari sebelum pergi) aku sempat lagi belek tiket untuk anak-anak. Tiba-tiba rasa macam nak bawak diorang aje ikut sekali. Tapi mahal sangat pulak, return flight aje dah RM2300. Baik aku simpan duit tu bawak pegi Europe je.

Sorry kids, we’ll plan something with you guys later in the year yeah?

4 Februari 2016

Flight kami pukul 3.35 petang, jadi pagi tu sempat hantar anak-anak sekolah dulu. Peluk-peluk, cium-cium di khalayak ramai. Pastu balik kemas apa yang patut. Sempat briefing warga-warga yang akan membantu jaga anak-anak aku. Hati sebak-sebak sikit nak tinggal anak. Menyampah tak? 10 kali pegi, 10 kali gedik. 365 hari setahun asyik cari tiket pegi holiday, pastu bila nak tinggal anak sebak, sedih. Haha. Pastu pagi tadi extra sebak sebab tak sempat jumpa mak mertua aku sebelum pegi. Gedik lagi. Biasanya sebelum pegi mana-mana mesti salam dia dulu, dengar dia pesan jalan elok-elok. Hari ni tak sempat pulak, dia takde di rumah masa kami singgah. Wuuu…

Anyway, pukul 12 ambil bas dari One Utama ke KLIA2. Sampai sana pukul 1 lebih, terus check in dan terus masuk. Tenang-tenang aje. Lepak makan Burger King santai-santai pun, masih ada masa lagi. Board plan dekat 3.30, plane jalan lewat 10 minit.

Perjalanan ambil masa 3 jam aje. Flight penuh dengan orang dia balik kampong. Ada la seketul dua warga Malaysia dan warga asing. Sampai sana 6.45 petang tu, dah senja. Proses nak keluar imigresen dan kastam lambat sikit, sebab dekat situlah nak isi borang bagai. Biasanya masa pegi tempat lain, borang dia dah bagi siap-siap dalam flight, kita dah siap-siap isi. Dah tu orang dia takde konsep beratur pulak tu. Muka tak bersalah menyelit depan kita. Hangin pulak aku!

Seterusnya, keluar dari airport, kena serbu dengan orang teksi. Tawar-menawar harga untuk ke Senggigi. Dia letak harga Rp200,000. Kami kata mahal. Last-last seorang mamat ni kata boleh ikut dia, dia pasang meter. Walaupun ada risiko rate dia jadi lagi mahal daripada Rp200,000, husband aku lebih rela ikut dia. Transparent, takde rasa was-was kena tipu. Driver tu cakap Malaysia fasih, tak rasa macam sembang dengan Indonesian. Dia pernah dok Johor 2 tahun katanya, dok Yong Peng.

Perjalanan ke Senggigi ambil masa sejam, dengan harga Rp197,000 ++. Keep the change jela kan. Kami menginap di Sunset House Lombok. Okla. Ambil bilik Garden View, kena duduk seberang jalan, bukan menghadap laut. Tapi sempat lepak-lepak minum welcome drinks dekat tepi laut.

Naik bilik, seperti biasa, kita testing Wifi dulu. Antar khabar berita kepada anak-anak. Sedikit tragedy melanda apabila aku membuka laptop ini. Iaitu, skrin laptop aku pecah sikit. Worst decision I’ve ever made in my life: Putting the laptop inside the luggage and checking it into the plane. Entah kena campak macam mana la beg ni tadi sampai pecah skrin laptop. Nasib baik masih boleh nampak nak menaip. Kalau tak jenuh menjawab aku, dah la kerja kena continue buat sebab ada deadline. Balik ni tadahla, nak kena repair laptop pulak.

Maka dengan ini, selesailah hari pertama. Nak keluar pegi cari jajan kejap. Lapar pulak! Esok sambung naaaa….

Sorry, gambar takde sebab aku malas nak transfer daripada henpon. Alaa, gambar dari dalam flight je pun. Takde mende sangat.