Tuesday 18 June 2013

Post-Korea Entry


Aaahhh!! It’s crazy just finding time to write! But at the same time it’s nagging in my head. So yeah, let’s just get it done and over with!

It’s been a week since I got back, and I’m missing Jeju! Wuwuwu… Especially the mild weather, because since I got back, KL hasn’t rained a drop.

So anyway…

Sorang dua member ada tanya aku, “Why Jeju?” bila dapat tahu kami pergi Korea tapi tak spend time di Seoul. Ya, aku faham kepelikan itu, since Seoul is definitely the in thing right now, with the shopping and the K-pop.

Aku tahu pasal Jeju at least 15 years ago, bila parents aku ke sana on a business trip. Diorang pergi Seoul-Jeju, dan hanya berada di Jeju selama 2 hari 1 malam. But they came back raving about Jeju. And of course I was immediately sold bila tengok gambar diorang di tengah-tengah lambakan rape seed flowers (bunga kuning) yang aku sebutkan sebelum ni. Aku penonton tegar filem Dilwale Dulhania Le Jayenge… so you can figure it out for yourself. It’s been a dream ever since, a forgotten one. But I was reminded of it all over again masa tengok Naughty Kiss hari tu. And this time I made sure I make it happen. J

So, here are my thoughts on Jeju after spending a bit of time there. I hope some people will find it useful.

  • Bila berada di Jeju, kita mungkin akan rasa tempted untuk pergi ke muzium-muzium yang sangat banyak ada di sana. Tapi saranan aku ialah, as much as possible, stay outdoors. Jeju is so so beautiful! Geografi di sana sangat berbeza dengan tempat lain. You can find everything there – sungai, air terjun, pantai, laut, gunung, gua. Selagi cuaca mengizinkan, pergilah tempat-tempat alam semula jadi yang ada dekat sana. Museums are fun, but make them your back-up plan on rainy days.
  • To plan your trip better, always check the weather forecast. Memanglah tak ada jaminan ketepatannya, tapi at least kita dah bersedia. Contohnya kita nak pergi sana 2 hari – ramalan cuaca kata hari pertama cerah dan hari kedua hujan – at least kita boleh rancang untuk tengok semua lokasi outdoors on the 1st day. Kalau hari kedua tak hujan pun, at least kita tak rugikan hari pertama tu.
  • Ada sangat banyak muzium dekat sana, tapi jangan terpedaya. Banyak muzium yang berkonsep sama. Contohnya macam Teddy Bear Museum dan Teddy Bear Safari – bendanya sama aje. Aku tak pergi dua-dua, jadi aku tak tau sejauh mana perbezaannya, but to me, how different can it be when both showcases teddy bears, kan? Begitu juga dengan Trick Art Museum sama konsep dengan Alive Museum; Loveland dengan Museum of Sex & Health; Jeju Mini Mini Land dengan Soingook Miniature Park. So plan wisely, and don’t make the mistake of going to the same type of museum. Rugi duit, rugi masa.
  • Ada banyak cara untuk go around the island – sewa kereta, naik bas dan teksi, sewa teksi dan driver untuk sehari, sewa motor. Semua pun okay, bergantung kepada preference kita. Kalau yakin selesa memandu sebelah kiri, sewa kereta memang disarankan. Most rented cars ada GPS sekali, so insya allah okay. Tapi kalau nak pandangan warga tempatan (dan diskaun bila masuk tempat-tempat berbayar), boleh dapatkan driver untuk sehari. 8 jam =KRW100,000 ke KRW150,000. Kalau pergi berempat memang sesuailah ambil driver macam tu, sebab bila bahagi tak mahal sangat.
  • Bas awam dia pun sangat okay kalau kita ada masa lama di sana. Harganya sangat murah, dan mesra pelancong. Almost every bus dekat sana ada pengumuman perhentian-perhentian dalam bahasa Inggeris, Korea, Mandarin dan Jepun. Ala-ala macam LRT kita kat sini. Bas pun agak kerap – generally about every 10 to 20 minutes. Teksi bermeter bermula dengan KRW2,200, so kalau nak pergi tempat jauh-jauh sangat tidak digalakkan. Lebih baik sewa teksi tu untuk sehari.
  • Orang di sana (particularly tour companies dan teksi sewa) mengatur lawatan di sana mengikut bahagian Utara, Selatan, Timur dan Barat pulau tu. Jadi untuk memudahkan kita jimat masa, mungkin boleh buat macam kami buat: tukar-tukar hotel setiap hari atau setiap 2 hari. Kalau esok dah rancang nak pergi round bahagian Barat, boleh cari hotel di belah sana dsbnya. This way kita boleh save on transport cost dan masa dari satu tempat ke satu tempat.
  • A tip that we got from owner of Happy House Pension – untuk ke Seongsan Ilchulbong, jeti ke Pulau Udo, Seopjikoji dan semua tempat-tempat di bahagian Timur pulau ni, lebih dekat dan lebih cepat kalau kita pergi dari Jeju-si berbanding dari Seogwipo.
  • Domestic flight di Korea sangat competitive harganya sebab ada sekurang-kurangnya 7 airline yang aku tahu: T’way, Asiana, Korean Air, JinAir, Jeju Air, Eastar Jet, Air Busan. Bila nak buat booking, kena rajin sikit dan buka satu-satu websitenya, sign up dengan website tu dan cari satu-satu. Jangan guna international travel websites macam Expedia, Travelocity semua tu, sebab harga dia berkali-kali ganda lebih mahal. Untuk trip kami hari tu, flight pergi balik (Pergi Asiana, balik T’way) total up menjadi lebih kurang RM350 seorang. Pengalaman aku hari tu, aku beli awal harganya lebih mahal. 2-3 minggu sebelum pergi aku check semula (saja menyakitkan hati), harganya semua lebih murah dan lebih banyak pilihan. Benda ni tiada jaminan sebab aku bukan pakar penganalisa harga tiket kapal terbang. I’m just sharing what we went through. 
  • Bila bab holiday ni, ikut kata hati. Jangan pergi sesuatu tempat sebab semua orang pergi. Pergi ke tempat yang kita nak pergi. Duit tak banyak, so bukannya boleh holiday tempat orang hari-hari. bila dah dapat pergi, puaskan hati kita cukup-cukup. :)
Hmmm… Apa lagi ya? I’ll edit this entry if I can think of anything else. Tapi buat masa ni, ini dulu. Dah lama sangat aku spend time menaip entry ni. Got to get back to work now! 

Friday 14 June 2013

Day 5: Jeju Island – Seoul


Flight t’way Air dari Jeju ke Gimpo International Airport adalah pada jam 11.15 pagi. Kami mula bersiap dalam pukul 8. Breakfast bancuh sup Campbell, cicah roti dari Paris Baguette semalam.

Check out pukul 9 dan terus ke airport dan terus juga check-in flight. T’way Air ni lebih kurang macam AirAsia kita. Tiket yang murah boleh mencecah KRW15,000 (RM40) one way untuk ke Jeju. Masalahnya cuma satu, websitenya dalam bahasa Korea sepenuhnya. Kami berjaya beli tiket ni hasil panduan daripada blog Budget Travel to Korea.

We didn’t expect much since they are known as a budget airline, but we were pleasantly surprised. In spite of being ‘budget’, there are many things that our own budget airline can learn from them, particularly on being systematic. Dan diorang tak berkira. Bab ni dah banyak review yang aku baca. Walaupun secara rasminya baggage maximum hanya 15kg, dan beg kami terlebih 2kg, they didn’t charge us anything. They didn’t even comment on it. Kalau ya pun diorang charge, per kg of excess baggage hanya dikenakan caj KRW2,000 (tak sampai RM6). They even serve (free) drinks on the very short flight. Amazing. Recommended!

Flight was on time. We reached Gimpo at about 12.30p.m. Terus cari A’Rex (Airport Railway Express) untuk ke Seoul Station. Kami berjaya cari penginapan semalam dekat dengan Seoul Station, so that kami tak payah lompat-lompat train. Naik satu train, terus sampai destinasi, dan tak payah pikir banyak nak turun kat mana, nak tukar train apa dsbnya.

Kami berada di Seoul tak sampai pun 24 jam, sebab flight balik ke KL esok pagi jam 9.35. Tak expect untuk dapat tengok apa-apa attraction pun. Misi utama ialah mencari souvenir untuk family di rumah. Cuaca di Seoul subhanallah, panasnya! Memanglah dah biasa panas di Malaysia, tapi ini Seoul! Tak sangka pula perbezaan cuaca yang amat ketara dengan Jeju. Dah macam Malaysia dah panasnya. Rentung, dan semakin rentung aku.

Seoul Backpackers Hostel
Arex dari Gimpo ke Seoul Station ambil masa lebih kurang setengah jam, dengan harga hanya KRW1,350 seorang. Yang mencabarnya ialah bila sampai di Seoul Station, yang bersamaan dengan KL Sentral kita, dengan saiz 3 kali ganda. Kami perlu cari Exit 8 tapi nak ke sana punyalah jauh berjalannya. Heretlah beg baju tu naik turun escalator, naik turun tangga. Dah keluar Exit 8, berjalan pulak mencari Seoul Backpackers Hostel. Naik turun bukit. Sampailah juga. Terceruk-ceruk celah-celah restoran, di lorong-lorong belakang kedai-kedai. Tahan ajelah untuk semalam. Aku ni kalau bab hotel memang taste tinggi sikit sebenarnya. Huhuhu…

Bilik kami di tingkat 6, tapi lif sampai tingkat 5 aje. Lagi satu tingkat kena naik tangga kecil. Biliknya kecil aje, sangat basic. Nak buat air panas semua kena pergi lobby dekat bawah. Towel takde, sabun takde. Kena mintak baru dapat. Disebabkan bilik kami tinggi sangat, wifi pun hidup segan mati tak mahu. Sekali lagi, tahan ajelah untuk semalam.

Namdaemun Market
Satu je advantage hostel ni, lintas satu jalan besar dah sampai Namdaemun Market. Lepas je solat terus keluar ke sana. Haa… ini barulah betul syurga shopping. Dia ala-ala Petaling Street gitu. Nampak sangatlah orang kita banyak bagi bisnes kat diorang, rata-rata penjualnya dah boleh berbahasa Melayu. Nak tergelak pun ada bila sembang dengan orang Korea cakap bahasa Melayu. Ada satu pakcik tu sampai boleh sembang panjang dalam bahasa kita. Amazed and impressed! Bahasa dia memang formalla, tapi the fact that he tries and he makes an effort to learn is amazing.

Terus setelkan souvenir untuk family dulu. Cuma malangla sikit nasib family aku, sebab aku yang datang Korea. Aku ni kalau bab shopping, memang gagal tahap kronik. Tak reti beli barang. Sedangkan untuk diri sendiri pun kalau nak beli barang, berjam-jam pikir, apatah lagi untuk orang lain. Pastu bila dah terlepas baru menyesal. Ia adalah gabungan sifat kedekut+takut membazir+tak reti agak apa orang suka. So, kaum keluarga sekalian, semoga berlapang dada mendapat t-shirt I Love Korea sorang satu. Maaf, bidang ini bukan kepakaran saya.
Jumpa satu kedai kebab halal, kecik aje kedai dia menghadap ke jalan besar.  KRW4,500. Beli ajelah, lunch kami. Siap je beli barang untuk semua yang ada dalam senarai, kami balik hantar di bilik. Dan keluar balik ke Namsan Tower. Menapak beb! Tak mainlah naik cable car. Tak backpackers aa, bak kata husbandku. Mencungap, lebih 1km kami berjalan, yang kebanyakan masanya mendaki tangga. Akhirnya sampai juga di lokasi yang banyak padlock tu, konon-konon tempat immortalize your love with your loved ones. Ambil gambar ala kadar sebab dah takde mood. Beli aiskrim, makan lepas tu turun balik.


N Seoul Tower, the padlocks, the beautiful view and the delicious ice cream!


       

   

Pergi Namdaemun semula, sebab bila kira-kira tengok duit ada lagi KRW200,000. Kali ni nak beli barang untuk diri sendiri pulak, sebab aku belum beli apa-apa for myself. But as I’ve said before, I couldn’t find anything that I need, or even want. OMG im such a loser! Last-last husband la yang suruh, nah beli ni, nah beli tu. Beli baju Korea 2 pasang, t-shirt lengan panjang biasa 1, pencuci muka The Face Shop sebab dutanya hero kesayanganku Baek Seung Jo (Kim Hyun Joong) dan baju anak-anak sikit.


Going mental

Untuk dinner kami beli kebab yang kami beli untuk lunch tadi. Balik bilik, dan settle untuk hari ini.
Lunch and dinner. We bought this twice!
Duit ada berlebih KRW150,000 lagi. Ya Allah, apa yang tak normal sangat aku ni? Penah ke orang pergi bercuti duit tak habis? Pernah ke orang pergi shopping duit berlebih? Aku ni perempuan ke bukan? Ahhh… stress dengan diri sendiri! Aku menyesal tak paksa husband beli baju Running Man yang dia jumpa tadi. Siap ada velcro tanda nama Kim Jong Kook kat belakang baju yang boleh cabut-cabut macam dalam cerita tu. Mana bleh dapat kat Malaysia tu. huhuuhuhuh…

So, this marks the end of my Korea trip, sebab esok pagi-pagi buta, sebelum ada kedai mahupun destinasi tarikan pelancong dibuka, kami dah pun berada di dalam kapal terbang pulang ke Malaysia.

I will return with one more entry, a post mortem of this trip. insya allah yer, sebab bila balik Malaysia ni aku kembali menjadi bionic woman. Nak bernafas pun mungkin tak sempat kalau badan tu tak beroperasi secara automatic.



Wednesday 12 June 2013

Day 4: Jeju Island

It’s our final day in Jeju before we leave for Seoul tomorrow morning. We are leaving Seogwipo to go back to the city supaya senang dan cepat untuk ke airport esok pagi.

We woke up to a beautiful, sunny day. Alhamdulillah. My first words to my husband was, “Udo Island!”

Tapi banyak benda nak dipertimbangkan dulu. Disebabkan kami kena naik public transport, dan kami perlu check out dari pension hari ni, agak susah untuk kami nak terus bergerak ke mana-mana tempat yang kami nak pergi. First sekali kena juga check-in di hotel di Jeju-si so that kami boleh hantar beg baju yang sebesar alam tu. Jadinya, dah macam dua tiga kali kerja, nak naik bas sejam ke Jeju-si, lepas tu nak naik bas sejam setengah pula ke Seongsan Port untuk ke Udo Island.

Dengan berat hati, kami terpaksa batalkan rancangan tu. Nak tak nak, kami kena cari tempat yang tak jauh dari Jeju-si untuk aktiviti hari ni, supaya kami tak buang banyak masa dalam bas. Sedih aku, sebab Seogwipo pun kami tak habis pusing lagi. Aku belum dapat tengok Jeongbang dan Cheonjiyeon Waterfall (jangan tertipu ya, ada 2 waterfall di sini yang namanya hampir sama. Yang kami visit semalam ialah Cheonjeyeon. Perbezaan ejaan hanya pada huruf ‘e’ dan ‘i’).

Nak ke Manjanggul Cave, bila baca review dari blogger lain, katanya di sana dari perhentian bas nak keluar masuk ke dalam agak jauh dan susah nak dapat transport. Cancel juga. Lepas bincang, akhirnya kami decide nak ke Hallim Park aje walaupun aku sebenarnya tak berminat.

Happy House Pension
Lepas breakfast dan packing semua, Uncle hantarkan kami ke bus stop bas 600 dalam pukul 9.45. By 10a.m. bas dah bertolak ke Jeju-si. Kami bermalam sehari lagi di Jeju December Hotel. Disebabkan kami sampai masih awal (before 11) kami belum boleh check-in, tapi beg boleh ditinggalkan di hotel. Tanya reception macam mana nak ke Hallim Park, dia suruh naik teksi ke terminal bas Jeju-si dan naik bas dari sana. Ada satu bas aje ke belah sana.

Going crazy over a lavender bush
Dengan pantas kami ke sana, just in time to catch the 11.15 bus, yang dah pun bergerak keluar parking masa tu. Tempatnya tak jauh, tapi disebabkan dia berhenti setiap beberapa ratus meter, perjalanan kami ambil masa lebih dari sejam. Aku dah letih naik bas sebenarnya. Kepala tak habis-habis terbayang banyak mana masa yang boleh kami jimat dan banyak mana tempat lain yang boleh kami lawat kalau ada kereta. Terkilan.

Hyeopjae Cave
Sampai di Hallim Park dalam pukul 12.30. Tiket masuk KRW9,000 seorang. Tempatnya besar, banyak benda boleh tengok. Tapi it’s nothing unique. Macam pergi zoo+taman burung+muzium+FRIM. Lebih kurang gitulah. Yang unik dan excited sikittt pun bila masuk Hyeopjae dan Ssangyong Cave je. Itupun excited sebab camera baru kami boleh capture gambar elok dalam gelap. Heheh.

Dalam 2 jam juga kami dalam tu, sebab jalan slow-slow. Kami dah menyerah kalah, dah tau itu aje tempat yang kami dapat pergi hari tu. Signboard di luar kata Glass Castle dekat-dekat situ, tapi dekat tak dekat pun dalam 8km jugak. Takkan nak menapak lagi? Dari sana nanti belum tentu ada bas nak balik ke town. Tak sanggup den nak bayar teksi sejauh tu. Haihhhh…

Lunch on Hyeopjae Beach
So komprominya, lepas keluar tu, kami beli roti dan air untuk lunch macam biasa, dan jalan kaki ke Hyeopjae Beach. Tak sampai 5 minit pun berjalan kaki dari Hallim Park. Lunch atas batu-batu di tepi laut. Ala-ala menyedapkan hati gitu, walaupun Hyeopjae Beach kami dah singgah masa Mr.Park bawa kami berjalan hari tu.

Hampir pukul 4 gerak pulang. Sampai di terminal, hujan. Kami masih belum dapat beli souvenir, jadi cuba merayau kedai-kedai dekat situ cari kedai souvenir. Langsung tak ada. Akhirnya ambil teksi balik. Sampai sana dalam pukul 5, check in dan tanya reception dekat mana kami boleh beli souvenir Jeju, T-shirt semua tu. Kata mamat tu, “You should try Dongmun Market, but it closes at 7 or 8pm.” Macam ribut kami naik solat, terus keluar balik dalam hujan tu, naik teksi ke Dongmun Market.

Nasib tak menyebelahi kami. Dongmun Market yang kami jumpa penuh dengan kedai jual ikan, sayur, buah dan daging. Berapa ekor kepala babi juga kami jumpa. Sengih ajela. Kalau ada jual baju pun, semua baju pakaian harian warga tempatan. T-shirt imitation dsbnya. Kecewa lagi. Tak tahulah kalau kami yang tak pandai mencari, tapi setakat yang kami jalan tu, memang tak jumpa.

Jungang Underground Shopping Mall
Jungang Underground Shopping Mall terletak betul-betul di depan Dongmun Market. Pun kami pergi. Memang banyak kedai, tapi semua kedai baju berjenama dan pakaian harian, serta kosmetik. Langsung takde satu pun yang jual souvenir. I was feeling defeated by then. Kepala tak boleh berhenti teringatkan baju-baju di Ilculbong semalam. Nak menyesal pun, manalah kita nak sangka keadaannya macam tu. Selama ni, mana pun aku pergi, souvenir cukup senang nak dapat. Antara mahal dengan murah aje. Dekat sini punyelah pelik, walaupun tourism merupakan antara industri utamanya, they don’t try to cash in on it.
Maggi Kari & Asam Laksa! woohoo!

Balik lagi. Mandi-mandi, dinner makan Maggi, nak clearkan ruang dalam beg. Husband tengok aku monyok aje, pukul 8 tu dia ajak keluar cari barang di sekitar hotel. Sekadar menyedapkan hatila tu, sebab area situ kami dah round pun hari tu. Belilah teddy bear sekor untuk anak sedara aku. Beli roti untuk breakfast esok.

Pukul 9.30 tu kami dah sampai ke bilik. Kepenatan, bukan sekadar fizikal tapi mental dan emosi jugak. Malas nak fikir, terus tidur aje. Esok kami dah ke Seoul. Goodbye Jeju, you will definitely be missed. I’ll try to come again someday, when I’ve gone to all the other countries in my list. Next time I’m gonna make things right!

Oops, wait a minute! I'm sounding wayyyy too negative here. It's okay, in spite of the few glitches here and there, I got to see the side of Jeju that not many tourists get to. Lalu ceruk-ceruk kampung, pergi pasar ikan, naik laluan bas yang cuma warga tempatan guna. Cool huh?!







Tuesday 11 June 2013

Day 3: Jeju Island


Don’t you just hate it when the weatherman is right?

Well, it really did rain this morning. Luluh jantungku. Hujan tak lebat sangat, tapi angin punyalah kuat, seriau tengok.

breakfast
Kami bersiap-siap juga, walaupun kepala buntu tak tau apa patut kami buat. Kalau kami decide nak pergi muzium-muzium sekalipun, kami masih perlu menunggu bas dan kemudian berjalan kaki menuju ke semua muzium tu. Kecualilah kalau sanggup bayar teksi lagi. Hmmmm…

Dalam pukul 9, owner pension datang hantar breakfast, which is included in the rate. Awal-awal kami dah minta dekat dia suruh bawak roti kosong aje. So dia hantar roti sekeping, ban sebiji, cereal dan susu, dan buah limau. Alhamdulillah, at least save duit kami beberapa ribu Won daripada membeli breakfast.

Bila nampak cuaca dah agak-agak reda sikit, kami decide untuk keluar juga. Mana boleh jadi, datang jauh-jauh duduk dalam bilik. Kalau kami ni honeymooners lainla… hahaha…

Uncle kata cuaca macam ni pakai payung pun tak guna, jadi dia bawakan kami ke kedai runcit, beli raincoat. Dari sana, dia hantarkan kami ke bus stop. Save lagi duit daripada bayar teksi. Thanks uncle. Kami decide untuk ke Seogwipo-si. Kalau hujan lebat sangat, ada banyak juga muzium kat situ yang boleh kami masuk. 

Dari perhentian bas di Jungmun Entrance, naik aje apa-apa bas yang berhenti, minta nak ke Seogwipo Bus Terminal. Harga KRW1,000 seorang je. Sampai sana, kami tak terus masuk dalam terminal. Husband ternampak Jeju World Cup Stadium yang berada betul-betul di belakang terminal tu. Jadi kami detour ke sana dulu.

Sanggup meredah hujan tu, demi stadium bola sepak. Suami, suami… Kami buat satu pusingan tawaf stadium, ambil gambar dalam hujan. We must make the most of every situation! I will not let a little bit of rain ruin my trip!

And then off to terminal. Tanya tentang Udo Island di tourist information centre. Ahjumma yang jaga kaunter made a call to the port asking whether ferry service operates as usual, sebab hujan kan. Katanya okay aje. Dia ajar kami naik bas ke Seongsan Port, beli tiket di kaunter tiket di luar. Harganya KRW3,000 seorang. Okay, di sinilah tempatnya kami tertipu semalam. Remember we decided not to go sebab orang di Jungmun Tourist Information Centre cakap “Thirty thousand” seorang? Haa… Inilah pentingnya English Educationnnn….

Hati agak menyumpah-nyumpah kerugian kami. Kalau pergi semalam cuaca mesti cantik. Tapi lepas tu pujuk pula hati, kalau pergi semalam, tak dapatla jalan-jalan ke Seaes dan Jungmun Beach. Semua ada hikmah, insyallah…

Perjalanan mengambil masa dalam sejam setengah, sebab sepanjang perjalanan tu sentiasa berhenti di pelbagai bus stand. Kalau nak mencari the bright side, dapatlah kami ni tengok kehidupan sebenar di Jeju, sebab lalu pekan-pekan kecil dan kampung-kampung. Sampai di Seongsan Port dalam pukul 12.45. 

Berjalan kaki pula Seongsan Port, sambil berkira-kira sama ada kami patut pergi ke Udo. Seongsan Ilchulbong dah melambai-lambai kami. Kalau pergi Udo, kami takut tak sempat nak naik Ilchulbong dan ke Seopjikoji pula. Tapi masuk juga dalam tempat tiket, tanya harga. Orang sana agak terpinga-pinga dengan soalan kami. Nasib baik ada 1 kaunter yang ada basic English. Katanya seorang KRW5,500. Yang buat kami tak jadi pergi ialah the lack of information on how long does the journey take to and from Udo, berapa kerap feri berulang dan sebagainya. Masa dah suntuk. Banyak lagi tempat nak pergi, naik public transport pula tu. Jadi dengan berat hatinya aku merelakan.

Patah balik, jalan kaki ke Seongsan Ilchulbong. Dalam kamus kami sekarang ni dah tak ada istilah jauh nak berjalan kaki. Setakat 5-6km tu memang pejam mata aje. Darurat. Pemandangan di Ilchulbong cantik! Dan kami nekad untuk mendaki juga. Dah puas exercise dan warm up dari semalam, so kami yakin boleh!
Signboard di sana mengatakan 50 minit aje naik turun. Azam kami untuk dapat tepat seperti waktu yang dianggarkan. Masuk kena bayar KRW2,000 seorang. The climb was okay, walaupun ada tempat-tempatnya yang agak curam tangganya. Orang ramai, surprisingly, memandangkan cuaca agak suram.
Sampai di atas kami lepak makan sekeping roti, lunch kami untuk hari tu. Bergambar sikit dan turun balik.


Belek souvenir di bawah, tapi disebabkan kami belum buat budgeting betul-betul, tak berani nak shopping. Aku pulak ingatkan semua tempat sama, ada banyak jual souvenir. Nasihat aku ialah, kalau di Jeju ni, nak beli souvenir pergilah ke tempat-tempat macam Ilculbong ni. Standard harga sehelai T-shirt KRW10,000 ke KRW20,000. Jangan tunggu sampai ke bandar baru nak cari. Alamatnya jadilah macam kami, berputih mata.

The flowers!!
Dari Ilchulbong kami tahan teksi untuk ke Seopjikoji. On the way ke sana, kami jumpa a few patches of rape seed flowers (bunga kuning) yang aku gila-gilakan tu. Bunga tulah sebab utama kenapa Jeju merupakan destinasi idaman aku. Sebelum datang dulu aku dah redha yang aku tak ada rezeki tengok bunga tu, memandangkan ia kembang hanya pada musim bunga selama kira-kira 3 minggu. Rupanya Allah makbulkan doa aku. For tourism purposes, ada beberapa kawasan yang ditanam dengan pokok tu supaya orang-orang macam aku dapat bergambar. Kena bayar KRW1,000 seorang, but who cares?! Kesian pakcik teksi kena kerah jadi photographer. Hihiih.. Alhamdulillah, makbul sudah.

The cliff at Seopjikoji
Perjalanan diteruskan ke Seopjikoji. Ia satu lokasi tepi laut yang sangat cantik. Ada laluan untuk ke rumah api, dengan pemandangan ombak menghempas batu-batu berwarna hitam di pinggir laut. Ada sebuah rumah dekat sini yang dipanggil “All-In House”, katanya rumah tempat penggambaran drama All-In. Drama apa itu? Wallahualam. Cantik tempat ni! Kalau cuaca cerah mesti lagi cantik! Masa kami datang ni angin sangat kuat dan cuaca mendung.

Kami tak dapat lama di sini sebab hari dah petang. Perjalanan nak balik ke Seogwipo hampir 2 jam lagi. Teksi pula tak ada nak keluar dari Seopjikoji. Kami nekad berjalan kaki. Hero sungguh! Jauh beb! Nasib baik lepas 15-20 minit berjalan, ada teksi yang berhenti. Ke perhentian bas, dan perjalanan diteruskan ke Seogwipo.
Dinner
Sampai di Seogwipo dah hampir gelap. Singgah beli telur di e-mart untuk dinner malam ni. Beras ada sikit lagi untuk dihabiskan malam ni. Hari mula hujan lebat, suasana makin sejuk jadi husband ajak naik teksi je balik ke pension. Kena KRW9,000. Pejam mata ajelah bayar.


Bersihkan diri, masak nasi, goreng telur 5 bijik (hambekkk kau!) dan panaskan kari ayam Brahims, tuang kicap. Alhamdulillahhhhh… The best meal I’ve ever had. Hahahha…








Saturday 8 June 2013

Day 2: Jeju Island

Tak kuasa nak bangun awal hari ni. Pukul 9 baru celik mata. Lepas siap-siap semua, breakfast makan roti cicah Milo panas.

Airport Limo stops
Hari ni kami check-out dari Jeju December Hotel dan meninggalkan Jeju-si untuk ke Seogwipo, which is on the other side of the island. Tanya uncle di reception cara termudah dan termurah untuk ke Seogwipo. Dia ajar kami untuk naik bas nombor 600 (Airport Limousine) ke sana. Bus stop kami ialah di hadapan The Hotel. Bas ni fokusnya ialah kepada Jungmun Tourist Complex, particularly hotel-hotel mewah di situ. Jadi dia takkan stop di sebarangan bus stop.

Kami jalan kaki ke bus stop, study perhentian-perhentiannya dan identify stop yang kami perlu turun, dalam 5 minit lepas tu bas sampai. Kami akan ke berhenti di Jungmun Tourist Centre, jadi tambang kami ialah KRW3,900 seorang. Perjalanan ambil masa lebih kurang sejam.

Sampai di perhentian kami, terus turun dan tahan teksi untuk ke Happy House Pension, penginapan kami untuk 2 hari seterusnya. Di Jeju ni ada sangat banyak pension, yang lebih kurang maksudnya macam rumah tumpangan+apartmen. Antara karakteristik pension ialah biasanya dikendalikan oleh keluarga secara kecil-kecilan, biliknya bersaiz besar dan lengkap dengan dapur untuk masak, dan lebih bersifat peribadi dan mesra.

Sebab utama kami pilih untuk tinggal di pension ialah dapurnya. Aku dah tahu trip kali ni kami akan sangat bermasalah untuk makan. Bukan sebab Jeju susah nak cari makanan halal, tapi sebab aku tak lalu dengan makanan dia. Ada dapur ni, senang sikit. Ada telur je dah cukup untuk mengenyangkan perut. Kalau nak banding dengan budget hotel atau dorm, memanglah pension mahal. Tapi harganya setanding dengan hotel 3 bintang, with the added advantage of kitchen.

Anyways, bila sampai di pension, ownernya kata kami belum boleh check-in sebab masih dalam proses mengemas. Tapi dia bagi kami tinggalkan beg dan keluar explore. Dia siap hantar pulak kami ke Jungmun Tourist Information Center di tengah-tengah Jungmun Complex to get all the info we need. Kamsa hamnida ahjussi!

Kami bercadang nak ke Seongsan Ilchulbong, Seopjikoji dan lokasi-lokasi di bahagian Timur Jeju. Bila tanya pekerja tourist info centre, dia bagitahu mana nak tunggu bas, bas apa kena naik dan turun di mana. Tapi bila kami tanya harga tambang, dia jawab “Thirty thousand”. Alamak! Pergi balik dah KRW120,000. Terdiam sekejap kami. Kalau ikutkan macam tu, lagi murah kalau kami ambil taxi tour.

Serba salah jadinya. Masa tu dah pukul 12. Kalau nak ambil taxi tour, rugi pula sebab dah tengah hari. Kalau tak pergi semua tempat outdoors hari ni, kemungkinan besar kami takkan dapat pergi lagi sebab ramalan cuaca Jeju mengatakan esok dan lusa hujan. Cuaca vs Duit. Akhirnya Duit menang. Kami tak sanggup berhabis sebanyak itu. Mungkin akan jumpa alternatif lain nanti. Mungkin nasib menyebelahi kami esok dan hujan tak turun.

Cheonjeyon Waterfalls. From left: The pond, 1st waterfall and 2nd waterfall


Lunch bajet
So instead we decided to explore Jungmun – on foot! 1st stop was Cheonjeyeon Waterfall. Cantik tempatnya! Nyaman aje! Tapi tak dibenarkan mandi. Mungkin sebab sejuk sangat. Or maybe dalam sangat. Cheonjeyeon consists of 3 parts – 1 kolam, waterfall pertama dan waterfall kedua. Lepas explore semua dengan termengah-mengahnya (iyer, tah zaman bile last aku workout), kami naik jambatan besar yang merentasi sungai tu. Sampai ke Yeomiji Botanical Gardens. Tapi aku dah decide nak stay outdoors hari ni dan betul-betul nikmati landscape dan scenery Jeju. We wasted our day indoors semalam, so not again today.

Eceh cehh... Secret Garden sketttt
Beli sikit roti dan air, teruskan berjalan. Seterusnya kami ke Seaes Resort & Spa. Mungkin tak ramai yang menjadikan hotel ni sebagai destinasi tumpuan bila ke Jeju, tapi aku dah lama aim nak ke sini. Walaupun semua yang mengenali aku sedia tahu aku bukan peminat K-Pop mahupun K-Drama, tapi aku merupakan peminat GILERR satu drama Korea. Satu ni je, dan satu ni je drama Korea yang aku pernah tengok. Tak famous langsung kat Korea, mahupun di Malaysia. Tapi dah aku minat, nak buat camane. Nama citernya Jangnanseureun Kiseu’ ataupun ‘Playful Kiss/Naughty Kiss/Mischievious Kiss’. Alkisahnya, ada beberapa scene dalam drama tu dibuat di Seaes resort. Aku ke sini untuk itu…

Rupanya Seaes ni famous sebagai tempat shooting drama – Secret Garden, Boys Over Flowers antara yang famous. Lobbynya penuh dengan gambar adegan-adegan daripada drama-drama yang famous yang dibuat di sini. Macam yang aku cakap, citer yang aku minat tu tak famous langsung. Jadi takdela gambarnye. Satu bangku di garden dia ialah lokasi satu adegan Secret Garden -siap diletak gambar adegan tu dekat bangku tu. So cute!

Setel di sana, hati dah puas, kami berjalan di Jungmun Saekdal Beach. Husband ajak lalu Olle Trail 8. (Boleh Google ‘Olle Trail’ kalau nak tahu apa bendanya). Trail ni berjarak 13km, tapi sampai di Hyatt Jeju, tracknya ditutup sebab ada tanah runtuh.  Kami potong through Hyatt and jalan, lalu depan Teddy Bear Museum, Chocolate Land, Ripley’s Museum semua. In total aku rasa kami berjalan hampir 10km hari ni. Kejang kaki!
Olle trail passing Jungmun Beach
Lepas decide untuk balik, kami singgah beli telur di kedai runcit. Yay, malam ni boleh masak nasi! Ambil teksi ke pension dan check-in.

Bilik dia besar, lengkap semua macam di hotel, plus dapur. TV besar, 42 inci kot. Siap ada computer dan wifi. Dapur cukup perkakas semua (tapi kami tak guna barang-barang dia, kami dah bawak periuk camping sendiri).


So lepas settle down, get cleaned up, masak ala kadar. Bukak paket Brahim's je yer. Jangan tertipu!

Alhamdulillah. That’s all for the day. It’s been a long but wonderful day!

Friday 7 June 2013

Day 1: Jeju Island

Lepas tidur nyenyak semalaman, Alhamdulillah, kami bangun dengan kepala yang lebih lapang. Breakfast Maggi bekalan keramat dari Malaysia, lepas tu kami keluar. Lambat dah masa tu, dalam pukul 10 lebih.
First sekali kami ke bawah, cuba tanya reception pasal sewa motor. Nasib masih tak menyebelahi kami, motor pun tak ada. Aku ajak husband pegi airport semula, tanya kereta sewa lagi, mana tahu ada orang cancel ke, atau company lain yang takde booth dalam bangunan airport tu sendiri – tapi dia tak nak. Tawar hati agaknya…

Keputusannya, kami jalan kaki sampai nampak cab, tahan cab dan minta dihantar ke Loveland. Kenapa Loveland? Kerana dekat kawasan Jeju-si (Bandar Jeju) tu, Loveland je yang ada dalam senarai tempat kami nak pergi. Apa itu Loveland – sila Google sendirilah. Heheheh…
Lunch ala bajet

Anyway, kami berada di sana dalam sejam. Keluar tu, terus pikir-pikir nak ke manalah pulak. Ada beberapa lokasi dalam kepala, so bincang-bincang sikit, dan naiklah satu teksi yang ada dekat perkarangan Loveland tu. Pakcik tu tak pandai English, kami tak pandai Korean. Tapi dalam komunikasi ayam-itik tu, dia terus assume kami nak ambil taxi tour dengan dia. Tercengang-cengang kami; nak tolak tak pandai. Bukan tak pandai aje, tak sampai hati, segan, serba salah… Semua ada.

Mr. Park
Dia atur dengan kami KRW15,000 sejam, dan dia boleh dapat diskaun untuk masuk ke semua tempat-tempat yang kami nak pergi. Disebabkan kami memang dah tak ada back-up plan lain, nak tak nak kami iyakan. Maka bermulalah adventure kami.

Mr. Park (nama driver tadi) bawa kami ke Teseum (Teddy Bear Safari), Locadia, Soingook Theme Park dan O’Sulloc Tea Museum.

Teseum tu macam Teddy Bear Museum jugak. Kata Mr. Park, di Teddy Bear Museum patungnya tak boleh pegang. Teseum ni patung-patungnya boleh dipeluk-peluk digomol-gomol sambil ambil gambar. Betul ke tidak, bukannya kami tahu. Ikutkan aje. Sempat belikan teddy bear 2 ekor untuk 2 kenit yang ditinggalkan di rumah.


Dari sana kami ke Locadia. Camane ye aku nak explain tempat ni? Sebuah muzium untuk filem, drama dan budaya Korea. Ada beberapa tema, antaranya drama dan filem mengikut peredaran zaman (1970-an sampai sekarang), dan budaya dan sejarah Korea, lengkap dengan kostum-kostum yang boleh kita pakai, set serta prob yang boleh kita guna. Menarik. Aku dapat pakai dalam 3 jenis pakaian tradisional Korea. Interesting, tapi tempat tu sunyi je. Tak de orang pun.

Soingook Theme Park
Dari sana, kami ke Soingook Theme Park. Sama juga, tempat ni pun tak pernah masuk senarai aku. Tapi masa awal tadi bila kami minta dia hantar kami ke Mini Mini Land, dia kata Soingook lagi best. Katanya Mini Mini Land tu kecik. Seperti biasa jugak, aku dengan husband ni jenis mengikut aje. Letih dengan diri sendiri kadang-kadang. Kami anggapkan dia lebih arif tentang tempat ni memandangkan ini tempat dia. Dan dengan harapan dia jujur orangnya.

So ke Soingook kita! Okla tempatnya. Monumen-monumen seluruh dunia, dalam skala kecil. Kami kepenatan dah masa tu. Walaupun cuaca dia panas-panas Cameron Highland gitu, tapi mata dah ala-ala ngantuk. Satulah pergi dengan Mr. Park ni, semua tempat kami masuk, semua dia masuk sekali jadi photographer- guide-director. Letih mak nak, kena paksa posing kat setiap lokasi. Baru masuk Locadia bateri camera satu dah habis. Boleh agak sendirilah banyak mana gambar kami ambil.
Dia nak bawa kami ke Jeju Glass Art Museum, O’Sulloc dan ke Hallim Park. Tapi kami dah penat. Mintak nak ke O’Sulloc untuk try green tea ice cream. Ramainya orang! Beratur jugakla nak beli aiskrimnya. Takdelah sedap mana. Pahitlah, rasa green tea pure kan?

Black rocks
Dari sana kami mintak nak balik. Dia okay aje, tapi dia bawa kami lalu coastal road. Tengok Hyeojae Beach, black rocks,  seterusnya ke Yongduam Rock. Sempatlah dia belanja kami iced chocolate dekat lori tepi jalan.
Kami akhirnya sampai hotel semula pukul 6.30 petang. Total charge kami termasuk entrance fees (dan sedikit diskaun ihsan daripada Mr Park) ialah KRW145,000. Tersedak mak nak! Sempit tiba-tiba poket vacation ai…

Dinner ala bajet
Rehat sekejap di bilik, masak bubur nasi instant – bekalan keramat lagi. Pukul 9 malam baru kami keluar tengok night life di bandar Jeju. Butik dia kemain banyak, tapi baju dia bagi aku mahal. Kami tak shopping apalah. Souvenir shop pun tak banyak, dan asyik-asyik keychain, magnet, keychain, magnet. Cari T-shirt Jeju tak jumpa pulak…

Sempat beli roti di bakery (sebab roti tak dijual di kedai-kedai runcit yer.. sila pelik sekarang)… Dan kami berlabuh untuk hari pertama ini. Oh, balik panaskan instant sup dan Brahims cicah roti. Record ni, kami langsung belum makan di restoran lagi, sebab memang tak lalu tengok makanan Korea. Heheheh…

Thursday 6 June 2013

The next adventure

Selepas berbulan-bulan merancang, akhirnya hari ini sampai juga.

5 June 2013

We leave for Korea today. Just the 2 of us.

Perjalanan bermula seawal 4 pagi, bila adik aku menghantar kami ke stesen bas di OU untuk ke LCCT. Very efficient and convenient. RM15 seorang, dan bas paling awal bertolak dari OU adalah pada jam 3 pagi.

Kami sampai di LCCT tepat jam 5 pagi, terus check in flight dan masuk ke dalam. Flight kami pukul 8 pagi, jadi sangat banyak masa lagi. Solat dulu, dan tercangak-cangak sampai pukul 7 lebih, baru masuk dalam kapal terbang. Ramai jugak orang kita dalam flight, tapi ramai lagi orang Korea. Rajin jugak diorang ni melawat Malaysia, kan? Kalau orang kita gi Korea tu aku biasa dengar, sebab ramai peminat K-pop. Diorang ni pulak minat sape? Siti Nurhaliza? Rosyam Noor?

Anyways, the flight was supposed to take about 6 ½ hours. We were sooo exhausted sebab tak tidur semalaman. Terbang je aeroplane tu, kami pun melayang. Dapatla jugak lelap beberapa kali, in between makan makanan yang dah preorder.

Sampai di Incheon jam 3.15 petang. Hampir-hampir on time. Alhamdulillah. Kami ada masa 4 jam sebelum perlu naik flight ke Jeju. Cari surau dulu untuk solat. Nampak di signboard ada prayer room jadi pegila cari. Terceruk jauh di wing D, tingkat B1. Tapi bila masuk dalam, yang ada cuma church dan bilik sembahyang Buddha. Pening-pening sekejap. Kami cuba Google information dan jumpa beberapa blog orang Malaysia yang cerita pasal surau Incheon. Nampaknya semua cakap diorang solat dalam tokong Buddha tu. Jadi kami pun tawakal, solat dekat sana. Wuduk kena ambil di toilet yer. Bawak botol air, tadah air dari sink, sebab nak basuh kaki tak ada paip.

Selesai di sana, naik ke departure hall, check in flight Asiana Airlines untuk ke Jeju. Duduk-duduk sejam lebih juga,  baru dapat masuk balai berlepas. Kami saja orang Malaysia. Yang lain semua orang Korea. Baru aku teringat yang minggu ni long holiday untuk orang sana. Masa beli tiket flight ke Jeju dulu aku dah puas menyumpah diri sendiri seround, sebab salah pilih tarikh. Minggu ni semua benda mahal: tiket flight, hotel, kereta…  Sebab minggu ni kira macam peak time untuk holiday di Korea. Dah nasib…
Flight kami sepatutnya jam 7.20 malam waktu Korea. Tapi ada masalah teknikal, flight delay sampai pukul 8. Kami memang tak fahamlah apa berlaku sebab pengumuman semua dalam bahasa sana. Yang penting, pukul 8 kapal terbang berlepas. Belum pukul 9 dah sampai.

Setakat ini semuanya lancar, walaupun mungkin sedikit lambat. But this is when things went awry.

Okay. Mukadimahnya, sejak berbulan-bulan dulu kami struggle dengan sewaan kereta. Masa betul-betul baru lepas beli tiket flight, masa tengah berkobar-kobar, nak book kereta tak boleh lagi sebab too early. Paling awal boleh book ialah 2 bulan sebelum tarikh sewa. Lepas tu, aku dah busy. Dan bila cari-cari, jumpa website yang harganya sangat murah. Masalahnya, semuanya dalam bahasa Korea. Kami cuba dan berjaya book. Tapi banyak benda kami tak faham. Minta tolong sana sini, tak ada yang dapat tolong. By then aku cuba juga buka KT Kumho yang biasa orang Malaysia guna untuk book kereta sewa, tapi aku dah ragu-ragu, patut ke aku buat double booking. Takut jadi masalah kemudian pulak. Pening sana sini, bincang-bincang semua. Akhirnya decide nak tawakal dengan booking pertama.

Dengan nervousnya kami keluar balai ketibaan dan cari booth-booth sewa kereta. Tunjuk print out booking kami, orang di sana semua tak faham. It doesn’t exist! Kecut perut aku masa tu. Lebih kecut lagi, bila kami minta nak sewa kereta on the spot, katanya “everything sold out”. Di SEMUA syarikat kereta sewa. Subhanallah, dugaan apa ini.

Lemah longlai kami keluar dari airport, naik teksi ke Jeju December Hotel. Check in, dan terus tanya reception pasal kereta sewa. Jawapannya sama – dia baru cuba tolong satu guest cari kereta sewa, tapi semua sold out disebabkan oleh long weekend yang aku sebutkan tadi. Dia cadangkan kami ambil taxi tour (yang berharga kira-kira RM450 sehari). Semakin lembik aku rasa, sebab kami di sini 5 hari.


Okay, my head just couldn’t function anymore right then. It’s been a long day. Had shower, solat, doa BANYAK-BANYAK… dan tidur dulu. Dengan harapan tomorrow is a better day.