Friday 30 November 2012

Langkawi Trip 2012


Let’s start from the beginning: March lepas, masa AirAsia sale, aku telah terserempak dengan tiket ke Langkawi. Dan disebabkan kemurahan harganya (RM386 untuk kami 4 beranak – 2 adults, 1 child and 1 infant – termasuk 1 luggage check-in 15kg dan pilih seat RM6 seorang pergi balik), aku telah terjebak membelinya.

Fast forward 8 bulan kemudian (fuh, nasib baik masa beli tu tak termengandung, kalau tidak memang burn trip ni, sebab baby baru bakal lahir sudah. Haha) Langkawi here we come.

The truth is, this is my 6th time to Langkawi seumur hidup. Husband pun dah pernah pergi at least 4 kali. Tapi I feel this is the best place to take the kids bercuti dengan distance yang just nice untuk ajar diorang naik kapal terbang buat pertama kali. And the date is just perfect, we’d be celebrating my birthday there!

Day 1:26th November 2012

Our flight is at 12.30, so minta tolong Mama & Abah hantar ke LCCT. Kalau aku dan husband berdua je, kami set je nak naik bas. Tapi sebab ada kids, malas rasa. Sampai LCCT 11.30, terus check-in. Semuanya lancar, by12.45 flight berlepas.

Layla okay, excited tapi masih behave dalam flight. Cabaran kami ialah Ilhan, sebab dia sangat cranky. He has been that way for a few weeks now, sejak dia dapat selesema. Hanya nak Ayah, sangat crybaby bila anything at all doesn’t go his way, refuses to walk dan lebih rela berguling-guling sambil menjerit-jerit di atas mana-mana permukaan, tak kira lantai, jalan tar, rumput, lopak air, atau apa-apa sahaja. Kesian tengok husband kepenatan mendukung dia yang badan boleh tahan semangat tu.

Sampai di airport Langkawi at almost 2. Ambil beg, contact orang sewa kereta. By 2.40 kami dapat kereta kami, Viva manual. Kids dah kepenatan. Plan asal nak terus pergi cari lunch dulu, tapi dua-dua kanak-kanak dah terbongkang di seat belakang. Terus check-in dulu ke Holiday Villa Beach & Spa Resort. We got this hotel package dekat Matta Fair. Reasonable pricela: Triple sharing room (double bed plus 1 extra bed) untuk 2 malam, 2 breakfast, sewa kereta untuk 3 hari = RM818.

Our room was nice. Angkat kids masuk bilik, dua-dua terjaga dan tak nak tido balik. Haiyaaa… Keluarlah balik pergi makan dekat kedai depan hotel. Tak sedap sangat pun, so not worth mentioning the name of the restaurant. By the time sampai balik bilik dah 4.30 lebih. Try tidokan budak-budak gagal, diorang excited dengan environment baru. Dok melompat daripada kerusi ke atas extra bed yang orang hotel sediakan. Aku baca buku, husband tidur.

5.30 tu get kids ready, pergi pantai. Masih panas, tapi, oh bestnya, private beach so tak ramai orang. Best best, best! Bersih, pantai cantik. It was perfect. Main pasir dengan kids, bawak diorang main air. Tak berendam dalam laut sangat, sebab Layla penakut sikit. Sampai pukul 6 lebih, pergi pool pulak. Pun best. Masa nilah baru nampak Ilhan senyum, gelak, ceria je. Layla pulak ganti Ilhan, merengek-rengek, sebab dia takut air. Terkilan jugak rasa, sebab awalnya dia okay. Tapi dia tergelincir dalam air, sekali masa dekat laut dan sekali dalam pool. Terus lepas tu dia tak nak masuk dalam air dah. Kesian dia. Teringin, tapi serik. Lagi pujuk, lagi dia berkeras. Akhirnya aku give up.

Almost 7, balik bilik. Ilhan kemain melalak lagi bila angkat balik bilik. Tapi sambung pulak dekat bath tub. By 8 we head out for dinner. Makan di Aliah Seafood, Pantai Cenang. Kami order menu biasa yang kami order di mana-mana saja: nasi putih, ikan siakap sweet sour, kalian ikan masin, telur bistik. Tapi surprisingly harga dia lebih mahal daripada Vicchuda. Aku dah jangka dinner is not going to be fun, sebab both kids dah kepenatan sangat-sangat. And as expected, diorang asyik merengek, melalak, bergaduh, menjerit. Makan pun laju-laju je, tak enjoy. Plan nak window shopping dekat tepi-tepi Pantai Cenang tu pun dapat direalisasikan hanya untuk 5-10 minit. Lepas tu Ilhan dah mengamuk.

Sekianlah untuk hari pertama. Pukul 9.30 dua-dua kanak-kanak setel tido. Dugaan betul bercuti bawak anak-anak ni yer! Kepala aku dok terbayang-bayang semua aktiviti yang boleh kami buat. Berjalan dekat pantai di waktu malam, window shopping di Cenang, lepak di kafe tepi pantai sambil bersembang, atau just drive around Langkawi… tapi semuanya berkubur kerana anak-anak tidur. Huuuuuuuu….

Thursday 29 November 2012

…On turning 29…


*Written on 27th November 2012

Happy birthday to me!

Oh em gee! I’m celebrating my last twenties number! Dulu-dulu, kalau dengar orang  berumur 29 tahun, impression yang timbul mesti, “Oh, tua dah!” Tiba-tiba sekelip mata aku berada di angka itu. Tua ke? Honestly, I don’t feel like I’ve grown one bit (literally), apatah lagi menjadi tua. Ceewaahhh… Masih rasa sweet 17 lagi.

Pencapaian di usia 29? Married, check. Kids, check, check. Career… er well, I do have regular freelance translation job. So yeah, check. Happy, Alhamdulillah. It has its ups and downs, but that’s life, so check.

This birthday is different, because I’m celebrating it exclusively with my husband and kids, in Langkawi. As I’m typing right now, all 3 of them are snoring away, enjoying the comfy bed and the luxury of aircond. Well, it is 6.45 in the morning. Why am I up? I’ve had sleep overdose, went to sleep before 11 last night and having had almost 8 hours of sleep. Tak biasa! Hahahha.

Bukanlah selama ni pun birthday aku special tara mana. Very quiet, hardly ever celebrate it anymore sejak sekolah menengah berakhir. Dapat pulak boyfriend (yang kemudiannya menjadi suami) yang tak pandai bab-bab meraikan isteri ni. Layankan aje. Lagi-lagi dah beranak-pinak ni, birthday tak birthday, berak anak masih perlu dibasuh. Hahah.

Since aku dan husband berkongsi social network accounts, dan ia didaftar di atas nama dia dengan details peribadi dia, birthday aku juga tidak diketahui ramai. Tapi itulah specialnya, ye tak? I get to know who REALLY remembers without needing FB reminders and notification. Aku sendiri dah berhenti wish orang happy birthday sekarang, boleh tak? Sejak ada Frienster, Facebook semua ni. It has spoiled the fun. Ramai orang wish, yes, but nobody really cares.

I am cursed with good memory. I can remember many, many, many people’s birthdays. Tapi Facebook membuatkan kuasa luar biasa aku tenggelam. Jadi kini aku hanya wish birthday kepada really close friends and family members, serta mereka yang tidak publish birthday mereka di Facebook. Kerek tak? So I expect the same from others.

Anyways… Twenty-nine. Masa berada di puncak zaman remaja dulu, 29 tu nampak jauhnyeeeeeee…. 29 year old women memberikan bayangan seorang wanita yang matang, serius, sangat wise buah fikirannya, experienced. Am I all of that? Do younger people view me that way? Because I surely don’t feel that way about myself.

Azam tahun ini:

  • Be a better mother. Seriously aku nak kurangkan marah-marah. Kena belajar tingkatkan sabar, banyakkan ilmu psikologi.
  • Be healthier. I am, to be honest, at the heaviest weight I’ve ever been outside pregnancy. I need to exercise!
  • Travel. I want to see the world. Therefore I need to work more, get more money.
  • Be a better muslim, insyallah. Misi utama sekarang ialah untuk buat haji. Targetnya untuk pergi dalam beberapa tahun terdekat. As soon as duit cukup and the kids are big enough untuk ditinggalkan selama 2 bulan.

Insyallah. Semoga usia ini lebih diberkati. Semoga aku dan keluarga aku sentiasa dirahmati. Semoga hidup dan matiku dalam iman. Aminnn.

Sunday 4 November 2012

Im baaaackkk…!! (For now)

Jadi kepada peminat-peminat sekalian, bolehlah berhenti berleter kepada saya sekarang. Heeeee…

Untuk menjelaskan keadaan, aku bukan saja-saja syok-syok nak berhenti blogging. Rindu, mestila rindu. Tapi kesibukan melanda dan keadaan tidak mengizinkan aku meluangkan masa untuk mengarang. Bila idea datang, ia terpaksa dilepaskan pergi kerana aku tak mempunyai kemewahan masa untuk duduk menaip.

Sejak bulan puasa hari tu, Alhamdulillah, aku dah mula dapat job semula. Sebelum ni, sejak bersalinkan Ilhan, setahun aku goyang kaki kat rumah. Suri rumah sepenuh masa. Sebulan dua bestlah rilek macam tu. Tapi lepas tu mula rasa serba tak kena. Kesian tengok husband kerja sorang-sorang, nak menyara 4 perut. Dahla perut western pulak tu. Hihihihi…

Nasib baik adalah savings sikit daripada job-job dulu. Itupun sikit-sikit kena tarah. Sampailah masuk bulan puasa tu, kami dah berada di tahap hidung. Akaun bank aku dah kosong. Simpanan yang kami dah janji takkan sentuh, iaitu di dalam Tabung Haji, pun dah terpaksa usik, memandangkan nak raya. Yang lebih merisaukan, lepas raya tu insurance dan road tax kereta perlu dibayar.

Tapi, itulah. Tuhan dah aturkan semuanya bab rezeki ni. Dalam bulan puasa tu sendiri aku dapat job assignment baru, yang akan berjalan berterusan selama beberapa bulan berikutnya. Alhamdulillah…

Tamatlah sudah tugas suri rumah tangga sepenuh masa semata-mata. Bermulalah episode fulltime housewife + fulltime freelance translator. Ini pengalaman pertama bertugas sepenuh masa selepas beranak dua. Hohohoho… it’s not funny, my friend! Layla yang sedang berada di puncak curiousity dan sentiasa bertanya soalan selagi berjaga, dan Ilhan yang tengah lasak memanjat, melompat dan bereksperimen.

Job scope harian aku merangkumi:
  •  Melayan kerenah anak-anak,
  •  Memastikan kerja-kerja rumah asas berjalan seperti biasa,
  • Memastikan anak-anak (dan diri sendiri) tidak kebuluran,
  •  Memastikan kerja penterjemahan berjalan seperti yang dikehendaki klien,
  •  Mengawal kemarahan, memupuk kesabaran dan memastikan diri sendiri tidak melakukan kekerasan ke atas anak-anak yang boleh mengakibatkan aku terpampang di muka hadapan Harian Metro.

So, aku tak segan untuk mengaku di sini bahawa aku jarang-jarang menyapu, mop dan vacuum rumah. Ada hari-harinya aku jamu anak-anak makan maggi goreng sebab tak sempat masak. Aku biarkan diorang tengok kartun sepanjang hari asalkan tak kacau aku bekerja. Dan aku jadi kerap marah-marah bila diorang terlalu banyak kerenah. Aku tak lagi ada masa untuk main-main, ajar diorang ABC, alif bata ta dan 1,2,3.

Sedih, ya memang sedih. Tiap-tiap malam bila tengok diorang tidur, hati rasa kesal. I’m here, but I’m never here for them. Aku berada di rumah hanya untuk memastikan diorang tak terlibat dalam sebarang kemalangan dan memastikan diorang tak kebuluran. Other than that, aku tak pernah ada untuk mendidik diorang. I suppose that’s the sacrifice I have to make. Aku terpaksa pujuk hati yang aku buat semua ni supaya diorang hidup senang. Mungkin ibu-ibu yang bekerja di pejabat rasa benda yang sama aku rasa. Aku cuma takut bila besar nanti satu-satunya memori diorang tentang Mama diorang ialah, “Mama sentiasa duduk depan laptop, dan selalu marah-marah”… Huuuuu….

Mom-feelings aside, I LOVE my job! Seriously, I feel alive again lepas dapat kerja semula. Rasa berfungsi, rasa diri ada makna, rasa tak lagi membebankan suami, dan rasa otak tidak lagi berkarat. Yay! And the income is the icing on the cake!

Alhamdulillah!