Thursday 28 June 2018

Couples Trip 2018: World Cup Russia!


Another year, another couples trip.

This time it’s that much more meaningful. Because this time, we finally get to experience the WORLD CUP! Moscow here we go!

Aku mulakan dengan yang paling basic; how we decided to go. Kami memang dah lama nak tengok World Cup live, tapi selama ni rezeki bukan milik kami. 2014 kami dapat offer yang kemungkinan juga ajak-ajak ayam untuk ke Brazil, tapi kami terpaksa tolak kerana World Cup berlangsung sepenuhnya dalam bulan Ramadhan. Impian tera macam sekalipun, Ramadhan perlu diberi priority. Kali ni pun kami takdelah berharap sangat untuk ke Russia sebab it’s Russia. It’s supposed to be this scary, unfriendly, unsafe country.

Dan tiba-tiba Allah bukan jalan, bila kawan rapat kami, kawan-kawan sejak kami sekolah rendah (husband and wife) dapat posting di Moscow. Sejak dari awal diorang dah ajak kami ke sana, jadi kami pun mula buat plan.

Perkara pertama yang kami uruskan ialah tiket bola, yang perlu dibeli secara sah di website FIFA. Pilihan game pun secara random, sebab kita berebut nak membeli dengan manusia dari seluruh dunia. Masa penjualan dibuka untuk kali pertama dan kedua, kami gagal dapat tiket. Hampir putus asa. Kami berjaya beli tiket semasa penjualan kali ketiga dibuka, itupun game di Moscow semua dah sold out. Jadi lokasi yang terdekat dengan Moscow yang masih available ialah di Kazan, game Spain vs Iran. Harga USD165 seorang.

Lepas selesai beli tiket, kami boleh proceed dengan permohonan FAN ID, yang perlu dipakai oleh setiap individu yang nak masuk ke stadium. Nama pada tiket dan nama pada FAN ID perlu sepadan baru boleh masuk, siap ada gambar lagi pada FAN ID. Dan ia juga berfungsi sebagai ganti kepada visa untuk masuk ke Rusia. Percuma saja untuk dapatkannya, asalkan dah beli tiket bola.

Lepas dah muktamad dua perkara tu barulah kami beli tiket flight masa Matta Fair. Etihad Airways, harga dalam 3400 seorang. Expectedlah harga macam tu memandangkan kita pergi ke tempat event terkemuka.

17 Jun 2018

Fast forward ke raya ketiga, kami berangkat ke KLIA jam 3.30 petang dan flight jam 7.45 malam. Transit di Abu Dhabi dalam 4 jam, dan berangkat ke Moscow jam 2 lebih pagi. Sampai di Moscow 7 lebih pagi.

Perkara pertama yang kami buat di airport ialah tukar duit Euro kepada Rubles sebab dekat Malaysia tak jumpa money changer yang tukar ke Rubles. Di sana hanya terima Rubles; Euro pun tak diterima. Kami tukar sikit je dulu, cukup untuk survive beli sim card dan naik public transport sebab duit selebihnya kawan kami suruh tukar dengan dia. Rate duit dekat sini lebih kurang 1000 Rubles = RM60++. Seterusnya kami beli simcard dengan harga RUB1500. Barulah teruskan naik Aeroexpress train ke Pavaletskaya station. Dari airport ke pusat bandar ambil masa dalam 45 minit.

Dari Pavaletskaya station tu kami kena naik metro ke station yang paling dekat dengan rumah kawan kami. Sepatutnya tak ada masalah sebab kami dah biasa naik turun metro di negara orang. Tapi dekat sini cabaran dia lain macam sikit. Tulisan di station semua dalam Russian sahaja. Orang sana pulak langsung tak nak berbahasa English. Jadi nak beli tiket pun dah terpinga-pinga, naik salah train sekali dua, dan akhirnya kami sampai di Kiveskaya station. Kawan kami dah menunggu dekat sana untuk bawa kami ke rumah dia. Walaupun segan, lepas dipujuk oleh dia beberapa kali, kami setuju untuk duduk rumah dia sepanjang kami ada di Moscow.

Dia bawak kami tour rumah dia (yang besar kemain tu), bilik kami kemain selesa, siap ada toilet dalam bilik, serba lengkap. Wife dia (yang juga kawan aku sejak sekolah rendah, walaupun tak rapat) dah siap masakkan lunch untuk kami walaupun dia terpaksa keluar attend event di skolah anak diorang. Jadi kawan kami tinggalkan kami di rumah sebab dia kena balik ofis. Kami freshkan diri, mandi-mandi, kemas barang, makan, solat. Dalam pukul 1 lebih kami keluar.

Disebabkan trip kali ni ialah untuk World Cup, jujurnya kami takde survey pasal tourist attractions yang patut kami lawat. Yang tahu cuma ada Red Square dengan bangunan berkubah-kubah colourful tu. Jadi kami teruskan hala ke sana. Sempat terserempak dengan kawan-kawan kami tu di lobi apartmen, jadi diorang bagi tip sikit macam mana nak keluar.

Cuaca panas rupanya dekat sini masa summer. Well, dah namanya summer, kan. Cuma aku tak expect negara yang winternya -30 boleh jadi sepanas terik ni masa summer. Naik pening berpinar mata aku berjalan dalam panas terik. Sesat naik metro jugak beberapa kali lagi. Dan akhirnya sampai di Red Square. Ramainya umat manusia. Semuanya pengunjung World Cup yang macam-macam gaya, pakai bendera, pakai costume negara masing-masing, riuh rendah. Sangat happening. Kami pun join sekaki, pergi amik gambar dengan entah sesiapa. Bila penat, masuk mall cari air dan aiskrim, lepas tu keluar balik sambung lagi.

Dekat sini security dia ketat, untuk masuk kawasan Red Square, mall, train station, semuanya kena lalu scanner. Kadang-kadang botol air pun tak boleh dibawa masuk. Leceh, tapi kalau fikirkan dari sudut keselamatan nyawa, redhakan ajela.

Disebabkan panas yang melampau, aku dan husband akhirnya lepas bawah teduhan pokok dekat tepi-tepi Kremlin sambil tengok gelagat orang. Dalam pukul 5 petang kami decide untuk gerak balik. Siang masih panjang sebenarnya, sebab Maghrib pukul 9.30 malam. Tapi kami keletihan sebab tak berapa tidur pun dalam flight semalam. Kawan kami pulak kata wife dia nak masak dinner, kami tak nak buat orang tertunggu-tunggu nak makan. Kami tetamu kena hormat tuan rumah. Jadi balik.

Sampai rumah just nice untuk makan. Anak-anak dia pun dah balik sekolah. Bersembang, makan, tengok bola. Lepas je mandi aku terus lembik. Terus je tidur. Tak sempat tunggu Maghrib pun. Bila husband aku habis tengok bola pukul 11 tu baru dia kejut aku bangun jamak, dan tidur balik. Subuhnya pukul 1.45 pagi dah masuk, dan 3.30 pagi dah cerah.