Friday 5 April 2013

Sabah Day 4: From Kundasang Back to KL

Championlah kami, pukul 8 dah tido dah malam semalam. Tapi tak nyenyak sangat. Dalam pukul 11 anak-anak start restless, sebab kena bersempit atas katil queen. Sampai kami terpaksa tido senget-senget, dan aku tidur betul-betul hujung katil. Nasib baiklah husband bangun tengok bola pukul 3-4 pagi tu. Barulah selesa sikit tidur.

Anyway, by 7 kami dah siap. Pergi breakfast di coffee house Felyn Resort. Bukan buffet breakfast, tapi kami diberi 2 pilihan breakfast: continental or Malaysian. Both of us pilih continental, dan pihak hotel bagi satu lagi free breakfast untuk kids. Meriah meja dengan scrambled egg, fried egg, toast, baked beans, sausage…

English Garden
After that we spent some time around the resort, ambil gambar. Dari resort ni sepatutnya boleh nampak pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat clear, tapi nasib tak menyebelahi kami pagi ni. Sampai 8.30 kami tunggu, langit memang berkabus dan berawan. Last-last kami check out aje.

First stop, War Memorial Kundasang. Secara jujurnya, this place was never in our itinerary and I never planned on going. Taulah aku ni, apa-apa yang mengandungi perkataan “war” di dalamnya memang aku tak selera nak tengok. Tapi salah seorang kawan husband bersungguh-sungguh recommend kami visit tempat ni. Sebenarnya sangat ramai kawan sepejabat husband sedang melancong ke Sabah serentak dengan kami, semuanya secara kebetulan dan tak dirancang. Dan kebetulan diorang baru aje melawat War Memorial ni sehari sebelum kami. So atas saranan mereka, kami singgah.
Australian Garden
It was a pleasant surprise and a good way to start our day. Dalam War Memorial ni cantik! Taman-tamannya terjaga rapi dan landscapenya sangat cantik. Basically ia sebuah taman yang memperingati tentera-tentera British dan Australia yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua akibat kekejaman Jepun.  Berhampiran pintu masuknya ada banyak keratan akhbar dan kisah-kisah yang berlaku pada zaman tu. Tapi bila masuk dalam, semuanya dihias dalam cara simbolik melalui hiasan taman. Ada sebuah taman Australia, sebuah taman British dan sebuah lagi taman Sabah. Ada juga satu dinding yang dipenuhi nama dan butir-butir setiap anggota tentera yang terkorban masa tu. Aku sangat terkesan dengan tempat ni. Recommended kalau sampai di Kundasang. Tak susah nak cari tempatnya, betul-betul sebelah pekan Kundasang, sangat dekat dengan kawasan kedai-kedainya. Dan kalau cuaca cantik, aku yakin pemandangan Gunung Kinabalu dari sini pun sangat cantik!

Rumah Terbalik
Anyway, we left this place at 9.30 dan singgah di Pekan Nabalu. Beli souvenir untuk diri sendiri, T-shirt sorang satu. After that teruskan perjalanan lagi dan kami singgah pula di Rumah Terbalik. Entrance fee di sini ialah antara yang termahal di antara semua entrance fee sepanjang kami melawat Sabah ni: RM10 seorang kalau tak salah. Dan terus-terang aku katakan, there’s nothing much to this place. Ye, rumah ni dibina terbalik dan semua perabotnya di dalam pun terbalik. It’s a different experience, yes, but all-in-all we spent barely 10 minutes in there sebab kecik sangat rumahnya.

Kami sampai di Kota Kinabalu semula dalam pukul 1 tengah hari, jadi kami singgah lunch dalam Suria Sabah dulu. Dari sana, terus ke airport. Flight kami dalam pukul 4.30, sampai di airport terus pulangkan kereta kepada  Afiq. Then check-in. Penuh sesak airport KK ni. Nasib baik flight kami on time. Anak-anak pun tidur dalam flight. Pukul 7 petang kami dah touchdown di LCCT.

Alhamdulillah, it was wonderful trip despite the turbulent times in Lahad Datu. Kami menghargai semua mesej dan panggilan telefon daripada rakan-rakan terdekat yang risaukan keselamatan kami sepanjang di sana. And Sabah is truly a beautiful place! Dalam satu trip kami dapat menikmati panorama laut yang sangat indah dan juga pengalaman berada di kaki gunung tertinggi di Malaysia. Kan berbaloi tu? 

Anyway, can’t wait for our next adventure!! *wink wink*