Friday 29 November 2019

Winter Trip 2019 Day 6: Rome


27 November 2019

Happy birthday to me!

Bangun pukul 6, Subuh dan terus prepare breakfast. Birthday tak birthday, tetap kena jadi mak. Haha. Pisang yang aku beli semalam aku bancuh dengan tepung cucur lemak manis Adabi, jadi pancake pisang. Sedap gak. Lebihan nasi semalam pulak aku goreng je bodoh-bodoh. Rumah ni ada kicap masin, bolehla goreng nasi. Kicap aku boleh tertinggal kat KL, tenang dan damai dalam rak dapur rumah.

Makan-makan breakfast semua, bersiap, dalam pukul 8.30 kami keluar. First sekali kena pi bayar parking dulu, EUR4 untuk sepanjang hari sebab Ayah tak jumpa free parking malam semalam. Barulah kami gerak ke St Peter’s Basilica, yang sangat dekat dengan rumah kami. Sepanjang jalan tu ada orang dok bagitau, today the church is closed. Rupanya setiap hari Rabu pope akan keluar jumpa Jemaah dia jadi nak masuk dalam church tu tak boleh. Kami nampaklah sekilas pope tu dekat skrin TV yang ada dekat situ. So tak jadi masuk church tu, kami jalan ke Castel San Angelo.

Of course knowing me, semuanya touch and go je, pergi ambil gambar. Malas plak aku nak masuk dalam muzium banyak-banyak. Kalau murah mahupun free sekalipun, the thought of being indoors in such a lovely weather is so not appealing. I told the kids, I introduce them to all this history, but kalau diorang nak mendalaminya, come back someday on their own and plan their own itinerary.

Kami jalan pula ke Spanish Steps di Piazza di Spagna. Dari sana kami ke Trevi Fountain yang penuhnya ya rabbi. Jenuh nak ambil gambar. Bagi syiling kat kids untuk campak dalam air tu macam kami buat dulu. Saja syok-syok.

Dekat situ dah dekat dengan satu kedai halal yang aku terbaca and ingat nak try. Dia kata authentic halal Italian food. Aku dah excited nak makan pasta ni. Tengok-tengok sampai sana, it’s just another kebab joint with some pizza as well. Blegh. Kids jelah makan, aku cubit-cubit sket je. Sebelum gerak tu terjumpa 1 family Melayu kita, couple dengan 3 anak. Sembang sekejap pasal Venice sebab diorang akan pergi esok.

Barulah kami teruskan perjalanan ke Pantheon, ambil-ambil gambar sikit. Pergi Piazza Navona pulak. Dekat situ kami beli gelato 3 , yang ada 2 flavours each. Layann.. Aku excited nak pergi Piazza Navona ni sebab masa aku datang sini dulu ada ramai orang buat performance, tunjuk skill melukis semua. Nak bagi anak-anak tengok. Tapi hari ni semuanya takde. Sayanglah jugak. So kami proceed lagi nak ke Colosseum.

Tapi it started drizzling, so apa kedai yang ada kat situ kami singgah je. Beli pizza untuk kids dan gnocchi sepinggan untuk aku n Ayah. Makan kenyang, hujan reda, sambung jalan. Pergi Colosseum pulak. Lalula Roman Forum tu.

Kat situ kena scam seround dengan mamat Africa. Dia sibuk dok high-five anak-anak aku, lepas tu bagi kami semua gelang sorang satu. We are Muslim, katanya. You take this, it’s free from me. Pastu bila kami gerak dia himpit laki aku bisik kisah sedih family dia miskin kat Kenya la bagai. Hulur jela duit sikit. Puihh.. Lepas pada tu, sapa yang ajak sembang pun aku ignore je dah.

Kat Colosseum tu bergambar puas-puas tapi langit dah makin gelap. Nak hujan. Google cari Masjid, ada satu within 15 minutes walk so we walked there. Nama apa masjid dia pun aku tak tahu, tapi dah tak jauh dari stesen Termini. Tumpang solat kat situ. Dalam tu ramai Africans and they make me so nervous. Siap smayang tu laju-laju aku ajak semua gerak. Walaupun hujan agak lebat kat luar. Aku ajak diorang lepak kafe minum hot chocolate. Tak mau dok dalam masjid tu lama-lama. Sat gi depa lock kami dalam tu mampuih.

Dah reda hujan baru kami menapak ke Termini,  sebab itinerary hari ni dah berjaya completekan. Nak cari tempat shopping la pulak. Dan anak-anak nak makan (lagi). Keliling Termini station tu ada banyak kedai halal, so kami pilih untuk makan di Chicken Hut. Ala-ala KFC gitu. Aku tak makan pun, curi fries diorang je. Masa tu dah gelap, dalam pukul 5 lebih. Nak sambung berjalan lagi pun, hujan lebat balik. Last-last kami naik Metro je balik ke rumah. Station Metro memang betul-betul sebelah rumah kami je sebenarnya.

Dekat area rumah tu baru kami memborong fridge magnet Rome dan beli T-shirt untuk anak-anak nan ramai di rumah. Itu jelah termampu nak beli. Beli sekali jajan sket untuk drive jauh esok, dan telur untuk breakfast esok pagi.

Dah sampai rumah dalam sejam macam tu, aku dah siap mandi, dah masukkan baju dalam mesin basuh, dah masak nasi untuk buat nasi goreng pagi esok, ready nak solat, baru aku perasan beg galas yang kami bawak tadi takde. Aku yang pakai, dan masa pilih baju beli souvenir tu aku letak bawah sebab kedai sempit, orang nak lalu tak boleh. Peh, boleh tertinggal kat kedai. Boleh teringat pun sebab sejadah dan telekung Kakak dok dalam tu. Nasib baik kedai depan rumah je, laju-laju Ayah turun pergi cari. Sib baik brader-brader Bangla tu simpankan. Diorang memang baik dengan kami. Mamat yang handle our purchase tadi ada 4 orang abang dekat Malaysia. Next year pun dia akan pergi melawat abang dia, dia kata. Rezeki ada lagi beg askar anak jantan aku tu. Dalam tu takde valueables, tapi masih barang kami yang sangat kami hargai.

So selesai tu, sidai kain bawah heater, pastu kerah anak-anak suruh tido. Esok nak beransur dari Rome ke destinasi seterusnya. Tapi pagi kena pi cover St Peter’s Basilica dulu sebab tadi tak dapat.

So all in all, it was a good birthday. I didn’t get cake or the pasta I really wanted. But we managed to see everything we came to see. So I’ll take that.


Winter Trip 2019 Day 5: Naples - Rome


26 November 2019

Bangun awal pagi sebab kami perlu gerak ke airport pukul 7. Flight kami ke destinasi seterusnya pukul 9.10 pagi. Bangun tu packing, budak-budak bersiap tukar baju semua. Subuh 5.30 so just nice je. Reception masih tutup jadi dia dah pesan semalam, tinggal je kunci dalam bilik. Dia pesan sekali, pergi je ambil apa makanan yang ada dalam breakfast room dia tu. Makanan kering jela ada macam biskut-biskut, paket Nutella kecil, jus-jus dalam botol macam tu.

Pukul 7 tu transport sampai, kami terus ke airport. 5 minit je dari hotel kami sebenarnya. Tapi standard charga dia EUR20 untuk 4 orang. Bayar jelah, demi kemudahan dan kelancaran. Airport pun lengang je, airport kecik. Drop baggage sume siap, masih ada masa dan gate mana pun belum keluar info lagi. Kami lepak dulu, beli jajan, makan-makan.

Masa boarding flight pukul 8.30 tu line kemain panjang. Flight sangat penuh. Nasib baik beli tiket dan online check-in awal. Siapa beratur belakang yang bawak beg troli carry on semua dia pasangkan tag masukkan dalam bonet kapal sebab ruang atas kepala tu dah penuh. Sib baik free je. Hehe.. Flight gerak dan sampai 10 minit awal. Alhamdulillah. Kami membuta je dalam flight tu, recharge energy.

Sampai di NAPLES dalam pukul 10.10 pagi. Sama macam di Venice hari tu, takde cop-cop passport ke pape, terus sampai kat tempat collect beg. Lepas tu terus keluar. Kami ambil shuttle ke tempat collect car rental. Masalahnye kaunter company car rental kami tu beratur panjangnya ya rabbi. Kaunter company lain sume kosong. Nampak sangat company ni bagi rate murah. Kami dapat sewa kereta untuk 5 hari pada harga dalam RM700 lebih. Okla.

Sementara Ayah beratur, kami berdiri tercongok kat luar sebab takde kerusi. Adalah sejam jugak. Baru selesai dapat kereta. Serabut sikit hari ni sebab by then dah kul 12 lebih. Kami nak ke Pompeii dulu, lepas tu nak kena gerak ke Rome yang ambil masa dalam 3 jam drive. Angan-angan asal nak pergi Sorrento lah, Amalfi Coast lah, semua harapan. Masa suntuk, siang pendek, cuti kurang. Kuikuikui…

Sampai di Pompeii dalam pukul 1. Terus pergi beli tiket masuk ke Ruins of Pompeii tu. Sorang EUR17, dewasa sahaja. Kids tak payah bayar. Dekat tepi-tepi tu ada banyak kedai orang jual makanan. Belilah pizza 2 potong bagi anak-anak makan. Sian diorang, dahla malam semalam tak dinner, hari ni pun belum makan proper lagi. Lepas tu baru kami masuk dalam.

Dekat sini tak banyak write up dan info, jadi kalau masuk tanpa guide memang terpinga-pinga la sikit. Kami consider jugak nak beli tiket yang dapat guide tadi sebab Adik sangat interested pasal topic ni, tapi duration tour dengan guide ambil masa more than 2 hours, which we don’t have. Kami dah janji dengan tuan rumah di Rome untuk sampai dalam pukul 7. By 3 lebih kami dah kena gerak, taking into account masa nak solat semua sekali.

But it was interesting, looking at the ruins and imagining what it was like back then. Gunung Vesuvius tu ada je dekat belakang tu, about 10km away. And there is a high chance yang ia akan meletus lagi sebab ia masih aktif.

Ayah bagi masa sampai 2.30 untuk kami merayau dalam tu. Pukul 2.30 tu, sama ada sempat habis round ke tak, kami terpaksa gerak. Ambil wuduk siap-siap di toilet dalam ruins tu, lepas tu kami pergi solat dekat dengan tempat parking kereta. Ada taman kat belakang tu, solat je dalam alam sekitar.

Barulah tenang nak sambung perjalanan. Akhirnya sampai di Rome dalam pukul 7 lebih. Parking agak susah cari dekat kawasan tu, but we managed. Tuan rumah kami datang bagi kunci dan tunjukkan camane nak guna rumah dia. Kami book melalui Airbnb. It was okay, but not as okay as I hoped it would be. Some areas rumah dia rasa agak tak bersih and we ended up using selipar/socks dalam rumah sebab tak selesa. What we noticed was dia berusaha keras sangat untuk mencantikkan rumah dia sampai jadi serabut. I’d prefer a clean, sparse, spacious apartmen berbanding apartmen yang ada banyak benda unnecessary sebagai hiasan. Dahla dia jemur cadar-cadar dia dalam rumah tu dekat ruang tamu, so we basically couldn’t use the ruang tamu. Haihh..

Nasib baik ada washing machine. Itulah perkara pertama yang aku guna. Clearkan sikit baju kotor. Lepas tuan rumah tu balik, kami turun ke kedai runcit keliling area ni beli bahan makanan sikit. Susu, roti, telur dan pisang sebijik buat masak pagi esok. Lepas tu terus balik masak nasi putih, sup sayur dan telur dadar. Lega agaknya si Kakak dapat makan sup malam ni walaupun takde ayam.

Selesai tu memang terbongkang la semua. Penat wehh…

Thursday 28 November 2019

Winter Trip 2019 Day 4: Venice



Tidur nyenyak semalam walaupun lambat. Bilik kami selesa. Anak-anak tidur di sofa bed yang nampak cukup cosy. Masa kami sampai, sofa bed tu dah sedia setup dengan cadar, selimut tebal semua lengkap. Aku dan husband pulak dalam bilik. Ada 1 toilet, ada dapur kecil, ada meja makan. Alhamdulillah. Tapi celik-celik mata tu aku teringat pasal iron, puas aku bukak semua almari dan laci, takde. Maka kena repeat tudung semalam sebab yang tu paling kurang renyuk.

Bangun Subuh pukul 6 tu, terus berjaga kerja sikit. Kejut anak-anak semua, lepak-lepak sampai dalam pukul 8, kami keluar bilik. Disebabkan semalam reception dah tutup, kami diarahkan untuk pergi check-in pagi ni selepas pukul 8. Breakfast pun dihidangkan pukul 8. Booking kami termasuk breakfast. So pergi makan puas-puas. Ambil roti, butter, yogurt, biskut-biskut, air, telur rebus. Segala yang halal untuk dimakanlah.

Kami dapatkan bantuan reception jugak untuk info ke Venice dan jugak uruskan transport untuk ke airport semula esok untuk ke next destination. Dah dapat info semua, kami ke bus stop dekat depan hotel tu, naik bas ke Piazzale Roma, stesen untuk Venice.

Sampai sana kami beli day pass untuk 4 orang, EUR55. Dengan pas ni kami boleh naik turun water taxi unlimited sepanjang hari, including naik bas balik ke hotel petang nanti. Reasonable bagi aku, dan most importantly ialah convenient. Seterusnya kami pergi cari sim card untuk kegunaan the rest of the trip. Dapat pakej 30gb data for EUR 30. Ambik jelah memandangkan ada 4 orang nak guna.

Lepas setel tu barulah start berjalan. Alhamdulillah rezeki hari ni cuaca cantik sangat. Matahari cerah. Since kami dah beli day pass tu, layankanlah anak-anak nak naik water bus. Kalau aku berdua je, memang kami menapak je sebab rasa lagi laju. Dapatlah experience lalu Grand Canal ni lagi sekali selepas 7 tahun. Masih cantik. Ambik-ambik gambar puas-puas.

Then sampai di Piazza San Marco. Barulah kami sedar rupanya masalah Acqua Alta hari tu masih belum selesai. Masa kami sampai air tengah pasang, dekat tengah dataran tu penuh air. Platform tempat orang berjalan masih penuh everywhere. I consider ourselves lucky sebab dapat menyaksikan something so significant and rare. Orang tetap ramai tengah dataran tu. Kami mula merayau di kawasan tu, masuk ke celah-celah Lorong, cuci mata tengok barang souvenir yang dijual. Sama macam dulu, aku memang fascinated dengan kaca-kaca tu. Tapi kali ni dah tua sikit, dah boleh kawal nafsu membeli. Sebab sedar diri, tak pakai pun.

Pergi bergambar di Bridge of Sighs, di Rialto Bridge semua. Lepas tu mula bincang pasal nak ke Burano dan Murano. Yang Kakak dok sibuk nak makan. Tapi kalau kami duduk makan, memang melepas la nak tengok semua benda sebab pukul 4.30 dah Magrib kat sini. So kerah dia ajak ke Burano dulu.

Perjalanan bot ambil masa dalam 40 minit. Orang agak ramai. Bot tu berhenti di Murano dan beberapa pulau lain dulu. Sampai di Burano jalan sekejap, kami terus cari kedai makan je. Ada 1 kedai tu menarik perhatian aku sebab ada gambar fish lasagna yang nampak kemain sedap. So kami decide untuk makan dekat situ. Malang nasib aku, fish lasagna habih. Memandangkan dah duduk dan orang lain semua dah order, terus jela. Aku tukar order kepada gnocchi. Makan puas-puas. Lepas tu beranikan diri tanya dekat waiter kedai tu untuk tumpang solat dekat situ. Dekat belah belakang kedai tu ada satu bilik, ruang makan juga yang ada kerusi meja semua tapi kosong. Macam diorang bukak tempat tu kalau ramai sangat orang or ada group besar datang. Kami mintak guna ruang tu. Dia bagi. So kami gilir-gilir la. Toilet dia pun selesa, ada sampai 3 cubicle.

Selesai semua barulah lega nak berjalan. Bergambar sampai dah senja. Barulah kami naik bot ke Murano. Cubalah nasib walaupun hari dah gelap. Dan memang takde rezeki kami, kilang-kilang buat kaca tu semua dah tutup. Tinggal kedai dia je bukak. So boleh window shopping jelah.

Tak lama pun dekat situ, kami naik bot balik ke main island. Dari sana kami jalan kaki nak ke stesen bas sebab nak ambil peluang window shopping sekali. Nak beli souvenir sikit. Adik beli topi captain Venice tu, dan Kakak beli subang kaca Murano dekat Murano tadi (walaupun lubang subang kat telinga dah kambus. Dia kata balik Malaysia dia nak tindik balik.)

Penat berjalan, kami naik juga bot sampai ke main station tu, dan terus dapat bas balik ke bilik. Adik dah tersengguk-sengguk dalam bas. Walaupun jumpa beberapa kedai kebab halal tadi, kami tak beli sebab dalam bilik ada dapur. Kakak dah kemaruk nak makan nasi sup so aku kena masak balik tu.

Sampai je bilik aku terus nak mulakan operasi. Bukak api dulu nak panaskan air sup. Tengok-tengok dapur dia tak working. Api tak mau nyala. Cari suis apa semua tak jumpa. Ayah pergi reception nak mintak tolong, reception kosong. Kakak dah bergenang-genang air mata. Nak buat camane, bukan aku saja tak mau masak. Nasib baik aku tak basuh beras lagi. Last-last apa lebihan roti yang ada jelah jadi santapan. Bukak paket sup Campbell. Itupun Kakak tak jamah. Dia makan roti kosong dengan Milo secawan. Haihhh…

Tido dalam tangis malam ni dia. Tengoklah esok camane pulak ye…

Winter Trip 2019 Day 3: Interlaken - Bern - Geneva



Pukul 4 pagi Adik terjaga kacau-kacau kata tak boleh tido. So aku pun terjaga sama. Aku kerah dia tido balik tapi aku bangun kerja. Pukul 5 tu aku masuk tido balik sekejap sampai pukul 6, lepas tu terus bangun prepare breakfast. Buat sandwich telur je, nak abiskan barang-barang yang tak leceh nak bawa masuk flight.

Makan-makan, aku mengadap laptop sikit. Lepas tu masuk bilik lelap sekejap. Kami plan nak keluar lambat hari ni sebab dah nak check out dan hari ni perjalanan dia panjang. So nak mengumpul tenaga selagi boleh.

Pukul 8.30 bangun packing semua, kerah anak-anak bersiap semua, tepat pukul 10 kami keluar dari apartment tu. Pekan Interlaken tu lengang, langsung takde orang. Begitulah pemerhatian kami kalau hari Ahad dekat Europe ni. So terus je gerak ke Bern. Waze bawa lalu jalan kampung, tak naik highway, jadi ada beberapa location yang cantik dan kami stop bergambar.

Pukul 11.30 sampai di Bern. Pekan dia cantik, bangunan lama-lama, ada jambatan yang sangat tinggi. Kami tak plan nak stay kat sana lama, sebab destinasi akhir kami ialah Geneva untuk naik flight malam ni. Aku ingat nak merayau dekat Bern dalam sejam, lepas tu terus gerak ke Geneva dan spend the whole day kat sana santai-santai.

Tapi perut budak-budak ni macam berlubang, asyik lapar je. Dah terpaksa pergi cari kedai kebab yang agak jauh dari town center. Jalan kaki ke sana dan used up all the time to eat. By the time selesai dan jalan kaki balik ke town, kami dah berada kat sana almost 2 jam. Yang lebih mengecewakan aku ialah hari Ahad kat tengah town Bern tu, semua kedai tutup. SEMUA. Even some restaurants tutup. Macam-macam kedai ada kat situ, branded mahupun butik tempatan dan pasaraya, semua tutup. Hish! Duit Swiss aku banyak lagi woi!

Anyway, alang-alang dah pukul 1, kami cari masjid sekali, solat terus so tak kelam-kabut bila sampai Geneva nanti. Masjid Assalam nama dia. Bilik solat perempuan dia ada ramai orang dok bersosial, riuh-rendah. Kami tumpang solat je, pastu terus gerak. Sempatla Ayah dan Adik selitkan duit 10 franc yang kami jumpa semalam tu dalam tabung. Hihih.

Perjalanan ke Geneva ambil masa dalam sejam 45 minit. Aku suruh budak-budak ni tido untuk save energy, langsung tak nak dengar kata. Aku malas nak cakap banyak. Malam kang sampai lewat sapa melalak aku tangankan je. Huhuh.

Sebab gerak pun dah pukul 2 lebih, kami sampai Geneva dalam pukul 4. Bandar Geneva ni meriah sikit, banyak kereta. Tapi orang ramai-ramai kat town tu pun aku still tak faham diorang buat apa, sebab kat sini pun sama, SEMUA tempat shopping tutup. Kami punya menggagau cari parking, pukul 4.45 baru dapat.

By that time, hari pun dah senja. Keluar jugakla berjalan keliling Lake Geneva tu, ingat nak tengok Jet D’eau, air pancut tinggi yang famous dekat sini. Tapi air pancut tu pun tutup pukul 4. Kami ada time to kill sampai pukul 6 baru nak ke airport sebab flight malam ni pukul 9.30. Tapi masa tulah diorang merengek pasal nak makan lagi. Haduh menyirap terus aku. Padahal dalam kereta tadi diorang dok mengunyah je. Mana tempat singgah pun dia mintak makan. Abis aku ni kat semua town memang nampak rupa kedai makan jelah.

So terus patah balik ke kereta nak ke airport terus. Kalau nak cari makan pun kat airport jelah sebab kat sini takut ralit dan terlambat. Pusing cari stesen minyak dulu, lepas tu pergi return kereta sewa. Semua selamat alhamdulillah. Takde extra charge apa-apa. Anak-anak dah kepenatan by then, so jenuh nak memotivasikan untuk bertahan lagi beberapa jam.

Naik Shuttle bus ke Terminal 1 Geneva Airport. Drop baggage di kaunter. Kami naik Easyjet sebab itu paling murah. Aku dah beli luggage 46kg (23kg + 23kg) untuk mengangkut luggage kami. Tapi agak poyo sket sebab orang kaunter tu hanya benarkan 2 luggage walaupun beratnya masih belum mencapai 46 kg. “Because you bought weight for 2 luggages only,” katanya. Kalau korang approve 46kg tu untuk kami maknanya ada jelah ruang untuk tu tak? Puih! Takpelah, nasib baik lagi 1 luggage kami tu cabin size, so boleh je bawak naik kapal.

Lepas scan beg sume riuh sekejap sebab Adik tercicir glove pulak sebelah. Hadaplah sebakul kena berleter dengan aku. Walaupun glove ada 2 pasang, yang tercicir tu yang lebih sesuai dipakai lepas ni sebab cuaca dah tak sejuk sangat. Ski glove tu dah boleh simpan dah. Terpaksa beli barulah nampaknya nanti.

Ada masa lagi, jadi kami pergi ke meditation room dia untuk solat. Dalam kawasan transit, aras mezzanine. Agak jauh ke belakang, tapi toilet dekat jadi senang. Ada beberapa lelaki pun tengah solat dalam tu. Saja suruh solat siap-siap sebab sampai destinasi nanti dah dekat tengah malam. Sure budak-budak ni dah tak boleh berfungsi dengan waras. Setelkan je semua siap2.

Lepas tu tunggu di gate, beli sandwich sikit buat alas perut. Boarding pukul 9.30 dan off we go. Flight ambil masa sejam je.

Dalam pukul 11 malam kami sampai di Venice. Beg pun terus keluar, dan takde beratur-beratur cop passport bagai. So terus keluar. Ambil teksi terus ke hotel kami. Venicegreen Agriresort.

Kami masuk sendiri je dulu sebab reception dia dah tutup. Esok pagi baru pergi check-in officially. Kids tak mandi, tak apa, tukar baju tido dan terus tido. Kami pun bersurailah for the day. It’s been a long day.


Monday 25 November 2019

Winter Trip 2019 Day 2: Grindelwald - Lauterbrunnen - Interlaken


23 November 2019

We all had a real good night’s sleep, sebab pukul 7 dah tido. Aku terjaga pukul 5 pagi so aku terus bangun kerja sekejap. Pukul 5 is acceptable la bagi aku. So we all got over our jet lag pretty fast. Aku dah letak nasi malam semalam, so pagi ni lepas Subuh dan siap kerja tu aku goreng nasi guna rencah nasi goreng aku bawak from KL. Nasi goreng bodoh je, letak telur 3 bijik. Malas aku nak letak sayur-sayur, kang budak-budak ni tak nak makan.

Breakfast dengan milo panas, roti sikit, lepas tu semua melepak je sebab lambat cerah. Dekat pukul 8 baru kami mula bersiap. Nasi goreng lebih aku bungkus buat bekal. Dekat pukul 9 tu kami keluar merayau dulu sekitar rumah ni. Cantik! Keliling ni pun dah nampak gunung-ganang semua, ada sungai jernih. Memang best. Puas dekat sini, kami gerak ke Grindelwald.

Perjalanan tak jauh pun, dalam 30 minit je. The view all the way was superb. Some places dah ada salji pun. Kids la excited. Sampai di Grindelwald, kami parking dalam bangunan parking, lepas tu keluar jalan-jalan. Angin agak kuat, tapi bukan all the time.

Kami hala ke kawasan bergambar yang disediakan, tapi kawasan tu penuh berais. Sangat licin. Dan aku pun tergolek terduduk atas ais tu di hadapan khalayak ramai. Aduh, jatuh saham betul. Terpeleot sikit pergelangan tangan kanan aku sebab reflex menahan badan sendiri yang dah semakin montok ni. Tapi control macholah, amik2 gambar. Gelak-gelak, bergurau-gurau. 

Ada 2 orang student from Indonesia datang tolong amikkan gambar kami berempat, and kami amik gambar diorang. Lepas tu rilek je bagi anak-anak main snow kat situ. Kami takde packed itinerary pun ari ni. Go with the flow je. Budak-budak sambung main dekat playground pulak sampai puas. Sampai it started drizzling baru kami ajak diorang masuk dalam kafe dekat situ. Order 2 hot chocolate dan sepinggan besar fries. Pastu lepak sembang-sembang sambil tengok ada competition ice skating dekat bawah kafe tu. This is the kind of vacations that I like and I see that the kids really enjoy. Takde mengejar nak tengok banyak benda sangat.

Abis makanan tu, pergi toilet semua siap-siap, kami gerak dari sana. Sempat kena pau 2 bijik kinder joy dekat Coop sebelah parking tu. Haha.

Kami gerak ke Lauterbrunnen pulak. Pun tak jauh, dalam 20 minit perjalanan je. And surprisingly tempat tu sunyi je walaupun popularity dia lately macam agak tinggi. Kami park di parking terbuka, lepas tu merayau kat area situ. Cuaca sedap-sedap je, agak mendung, tak berangin, suhu pun tak rendah sangat. Kami boleh keluar tanpa berbungkus dan tak perlu pakai glove tu says a lot la kan.

Since tempat tu takde orang dan sangat cantik, kami pun finally dapat utilize our tripod untuk bergambar berempat banyak-banyak. Puas hati aku. Kids pun seronok dapat berlarian dan main puas-puas. Kami jalan kat pekan dia tu sampai ke station kereta api gunung, tapi we decided not to go up sebab 1) parking dah bayar untuk 2 jam saja, 2) nak balik solat kat bilik dan 3) harga dia confirm mahal.

So balik ke kereta, kami lepak situ dulu makan bekal nasi goreng tadi bagi kenyang-kenyang. Tengah budak-budak tu dok main, diorang jumpa sekeping not CHF 10 terbenam dalam salji. Kawasan parking tu memang kosong, kami je ada. Nak tanya orang pun tak tau nak tanya sape. Parking pun mana ada attendant, ada mesin je. So fikir punya fikir, kami amik je, esok kalau ada singgah masjid mana-mana kita masuk tabung.

So balik ke Interlaken semula. Masa tu baru dalam pukul 2.45 petang. Perjalanan balik pun dalam 20 minit je. Sampai bilik sempat solat, freshkan diri sikit, simpan barang-barang yang tak perlu bawa. Then kami keluar merayau di pekan Interlaken pulak. Jalan kaki je. Depan rumah kami ni je, dalam 5 minit jalan. Banyak kedai luxury items dekat sini. Hotel mewah pun ada beberapa. Kita jalan-jalan cuci matalah. Teringin nak membeli, dan nak merayau sampai lewat. Tapi si Kakak pulak dah start selesema dan tak larat. Dalam pukul 5 lebih tu dia dah ajak balik. Hari memang dah gelap, dan aku rasa mind set budak-budak ni typical bila malam je kena balik. So baliklah.

Sementara diorang mandi dan solat, aku pulak masak ravioli dan tomato sauce yang aku beli dekat Coop semalam. Perabihla apa yang boleh. Esok nak naik budget flight, bukan boleh bawak banyak sangat benda. Rebus telur sekali siap-siap, esok pagi breakfast makan sandwich je.

Siap masak, makan semua, sumbat ubat dekat kakak, lepas tu kerah suruh pegi tido. Aku pun mandi solat semua dan melepak kat sofa sampai 8 lebih. Pastu aku pun bersurai untuk hari ini. 

Bagus betul pegi holiday ni, kualiti kehidupan terjaga. Tidur awal, bangun awal, makan kurang, berjalan banyak, rajin masak. Tu tandanya apa? Tu tandanya kena pergi selalu. Hahah.



Sunday 24 November 2019

Winter Trip 2019: Day 1 - Zurich - Lucerne - Interlaken


I thought of quitting this blog thing. But somehow I can’t haha.

So here goes.

Winter Trip 2019

Our flight is at 8 p.m. so we left for the airport at 4 p.m. Semua lancar je. Naik Qatar Airways ke Doha. Flight penuh sepenuh-penuhnya. Tapi kami dapat seat sederet 4 orang kat tengah so all is good.
Transit 3 jam, sempat solat semua. Next flight pukul 2 pagi waktu Doha. Pun semua lancar. Anak-anak tido most of the way dalam both flights. Kakak perlu disumbat ubat mabuk supaya kami semua tenang. Dia pun tido je the whole way. Dapat kids meal dalam flight kemain fancy pun dia langsung tak sentuh. Adik at least jamah la jugak sikit2.

Anyway, touchdown at 6.30 pagi waktu tempatan. HELLO ZURICH! Suhu semasa ialah 4 darjah Celsius.

Go through immigration, all good. Dia mintak nak tengok tiket balik so just bukak email tunjuk kat dia. All okay. Collect baggage. Then off we go. Since waktu awal lagi, no point keluar dulu. So kami cari prayer room dekat dalam airport untuk solat Subuh. By the time jumpa, hari dah cerah. Solat jugalah.

It’s not a proper surau. It’s a meditation area, signboard dia letak lambang suma agama: Islam, Kristian, Jewish dan beberapa lagi. In one of the rooms dah diletakkan rak dengan sejadah dan telekung so we used that. Cuma toiletnya agak jauh. So angkut semua barang ke toilet dulu, ambil wuduk, then baru ke prayer room semula.

Lepas solat baru gerak ke car rental area, pick up kereta. Kami sewa kereta untuk 3 hari dekat sini. Kali ni awal-awal sewa kereta besar supaya tak jadi isu luggage tak muat. Lancar semua, terus ke kereta. Awal lagi, hari pun baru je cerah. Masa tu dalam pukul 8.30. So kami merayau bandar Zurich dulu.

Parking kat sini agak mencabar sebab bayar mahal. Pastu dia ada limit pulak, maksimum boleh park 2 jam je. So kami park di satu kawasan tepi tasik dan pegi merayau kawasan sekitar. Kami belum pecah duit Franc, jadi ada 1 perempuan Swiss tolong kami explain how it works nak membayar parking tu. Tapi terpaksa bayar guna syiling Euro yang kami ada. Rugilah sikit sebab harga dia caj sama, tapi currency lain. Bayar guna currency mahal, lagi mahal la nilai dia.

Anyway, merayau je dekat area situ. kami takde pun research apa benda nak tengok dekat Zurich ni. Sebab pegi jalan memang sekadar nak tengok tempat orang je. Kami end up dekat satu pasar pagi yang jual sayur, bunga-bunga dan produk tempatan. Memang hilang akal lah kisahnya. Beli buah buat gigit-gigit, beli sayur untuk masak petang, beli croissant buat hilangkan lapar anak-anak. Begitulah. Jalan-jalan sekejap tepi tasik. Ambil-ambil gambar depan church. Sampai cukup 2 jam parking, kami gerak dari sana.

Terus ke Lucerne pula. HELLO LUCERNE, we meet again! Perjalanan dari Zurich ke Lucerne ambil masa dalam 40 minit.

Satu bagusnya dekat Swiss ni, dia banyak sediakan bangunan khas untuk parking. Walaupun bayar dia mahal, isu parking tak cukup tu tak wujud. Kami pun park dalam tu, siapkan anak-anak pakai tebal-tebal, then keluar. Diorang dah merengek lapar, which is the thing that happens most often in all our travels.

So depan tempat parking tu ada kedai India. Bolehla setakat nak order vegetarian stuff. Tapi bila tengok harga, beruban kepala aku. Satu pinggan lauk simple dah CHF25, which is about RM100. So aku estimate kalau 1 family makan harga dia jadi dalam RM600 duit Malaysia. Oh, lemah jantung aku. So Ayah kata kensel. Kami jalan kaki sampai ke train station, cari apa ada dalam tu. Singgah Bucherer, 1 kedai jual branded stuff untuk tumpang jamban jap. Hehe.

End up kami beli vegetarian pasta dekat kedai Bachmans. Makan terus dekat dalam station tu. Beli 1 penne pomodoro, 1 spinach ricotta ravioli with pomodoro sauce and 1 gnocchi in pesto sauce. Sedap btul makan.

Siap tu barula anak-anak boleh berfungsi seperti manusia normal kembali. Pegi ambil gambar dekat Chapel Bridge, masuk kedai souvenir beli souvenir sikit. Pergi Lion Monument yang dipenuhi tourist China n Korea. Lepas tu kami singgah Coop untuk beli groceries apa yang nak masak sikit. Best gak Coop ni. Aku jumpa mozarella cheese 600 gm harga CHF3.10. Dalam RM14 duit kita. Sayangnya tak bleh bawak balik sebab perjalanan masih panjang. Wuwuwu... Pastu coklat plak 1 bar yang besar tu harga CHF0.50. Eh geram plak, apa lagi aku borong la sket. Tetap coklat Swiss walaupun brand pasaraya. kehkeh..

Dari sana kami drive ke masjid dekat Lucerne ni. It’s an Islamic Centre yang terletak dalam 1 bangunan. Agak tricky nak cari dia. But we managed to find it. Solat Zohor Asar jamak dekat situ.

Then kami teruskan perjalanan ke tempat tinggal kami di Interlaken. Perjalanan ambil masa sejam suku. Anak-anak dah terbongkang kat belakang. Kami jela enjoy the awesome view. Tapi aku seriau sebab jalan-jalan dia agak sempit dan kereta orang tempatan agak laju. Dengan hari dah senja, mata pun nampak tak nampak je ni. Cik abang pulak dah ngantuk. Nebes ai takut jatuh gaung. Wuwuwu…

Sampai homestay pukul 5, dah Maghrib dah pun dekat sini. Tony, the owner, dah tunggu untuk explain pasal rumah dia. Aku kena mengadap adik yang bermasalah beroperasi seperti manusia normal bila tak cukup tido. Melalak seround, pastu sambung tido lagi atas sofa tanpa mandi dan makan. Last-last kami bogelkan je, tukarkan baju tido dan suruh dia masuk tidur. Tak kuasa nak layan.

Pukul 7 malam semua dah masuk tido. Makan pun gigit-gigit je apa snek yang ada. Mak tak kuasa dah nak masak. Esok pagi breakfast jelah.