Thursday 31 August 2017

Sydney Day 3 - Atok Nenek Tengok Negara Omputih!

29 August 2017

Memandangkan semalam tak jadi ke Blue Mountains, kami tukar plan ke hari ni. Bangun awal macam semalam juga, dalam pukul 5.30. Aku kerja sekejap sampai pukul 6 baru start prepare breakfast. Husband start memasak dulu simple-simple. Kami bawa roti bom frozen dari Malaysia, jadi goreng tu aje pagi ni. Untuk bekal pulak, aku dah masak nasi siap-siap malam semalam, pagi ni goreng telur, dan bawak bekal kicap manis. Kita makan nasi bujang buat bekal hari ni. Hehe.


Kelam-kabut dengan anak-anak segala, dalam pukul 7.50 keluar. Naik bas ke Central Station, kemudian dari Central Station kami ambil intercity train ke Katoomba. Tambangnya dalam AUD6.50 je. Itupun sebab kami naik masa peak hours. Kalau luar peak hours kalau tak silap harga lebih murah. Seperti biasalah, semua perjalanan memang gunakan Opal Card. Pagi tadi ada yang dah kena top up kad sebab duit dalam tu kami masukkan AUD 30 je dulu.

Perjalanan dari Central ke Katoomba ambil masa lebih kurang 2 jam. Jadi sempatlah aku kerja dalam train, yang lain-lain pulak sempat tidur dulu. Baguslah, dapat recharge energy dulu.

Kami sampai di Katoomba dalam pukul 11.15 pagi. Dekat atas ni lagi sejuk dari di bawah. Cuaca pun berawan tebal hari ni, mendung-mendung sikit. Destinasi pertama kami ke Echo Point untuk tengok 3 Sisters, formasi gunung yang simbolik bagi kaum orang Asli Australia.


Selama ni dah berpuluh kali aku tengok gambar tempat ni, even adik aku sendiri pernah pergi, tapi dalam gambar aku rasa macam takde menarik pun tempat ni. Tapi bila sampai sini sendiri baru tau. Pemandangan dia, saiz gunung dan batu dia, memang something yang kita tak jumpa dekat tempat kita.

Lepas puas bergambar, kami pun menjadi tipikal Malaysian dan bukak bekal dekat bangku-bangku dekat situ. Sedap betul makan nasi sejuk beku dengan telur goreng dan kicap. Haha. Mak mertua aku siap dah goreng nasi, ada sambal, ada telur dadar. Berselera betul semua makan!

Dah kenyang, kami proceed ke 3 Sisters and Honeymoon Bridge, iaitu satu jambatan kecil yang membawa kita betul-betul ke batu 3 Sisters tu. Perjalanan dalam 15 minit dari Echo Point, dan untuk sampai ke jambatan tu kena turun tangga yang sangat curam. Orang yang gayat mungkin akan bermasalah. Dan tangga curam tu memang mencabar jugaklah bila nak mendaki dalam perjalanan patah balik. Aku, husband, anak-anak dan kakak ipar aku berjaya sentuh batu 3 Sisters tu. Yay! Semput mak nak!


Dari sana kami berjalan kaki pulak ke Blue Mountains Chocolate Factory ke , chocolate shop ke something like that lah. Malas nak beriya-iya sangat berjalan, especially bila bawak kanak-kanak dan orang tua ni. Kami lebih prefer santai. Jadi beli kopi, teh, hot chocolate, order kek 2 potong, dan lepak dekat tempat duduk luar, tengah-tengah matahari panas. Nyaman betul, sejuk-sejuk panas gitu. Aku sempat interview pekedai tu pasal ingredients kek dan coklat dia. Nampaknya dia sangat well-versed tentang Islam. Dia sendiri sebut kata diorang memang takde guna anything with pork. Tapi anything with marshmallow jangan ambil sebab guna gelatin lembu. Dan ada coklat dia yang guna arak jadi dia akan advice benda tu kalau kami nak order. Dia kata dia ramai kawan Muslim jadi dia faham. Alhamdulillah. Dengan senang hati aku order chocolate mud cake dan blueberry cheese cake. Sedap gila plak tu! Harga tolak tepilah, sebab cost of living dekat Australia ni sama dengan Malaysia. Kalau dekat Malaysia sepotong kek Secret Recipe dah dekat 8 ringgit, dekat sini jadilah 8 dolar gitu. Pejam mata, order, makan je!

Anak-anak seronok main dekat playground sebelah tempat main. Kami bersembang sambal makan. Lepas tu gelakkan diri sendiri, sebab kalau cuba buat perangai makan tengah panas dekat Malaysia camni, mungkin viral sebab orang kata gila. Haha.

Lama juga kami dekat sana. Sempat tumpeng solat dekat sana semua. Dalam pukul 3 lebih baru kami beransur. Seterusnya kami ke Scenic World. Plan asal nak tengok-tengok aje. Tapi bila dah masuk tu anak-anak melompat-lompat nak naik cable car segala. Mak mertua dan kakak ipar aku gayat. Tapi cucu punya pasal ku redahi jua katanya.

Entrance fee agak mahal, tapi masa kami sampai dah agak lewat, dan ada 1 ride yang tengah repair, jadi cashier tu kata dia bagi kami diskaun 25%. Oklah tu. Belilah juga. Harga untuk family (2 adults plus up to 5 kids) ialah AUD99. Dewasa sorang AUD34 agaknya.
Kami terus naik Scenic Railway dulu. Train yang menjunam ke bawah, macam kereta api Bukit Bendera tu. Tapi berapa saat aje. Elok kami turun kereta api tu, kereta kabel yang repair tadi dah okay balik. Jadi rezeki kami lah dapat tiket murah tapi dapat naik semua. Merayau di walkway, sampai di sky way, dan akhir sekali naik cable car.


Masa kami keluar dari situ dah dekat pukul 5, tempat tu pun dah nak tutup. Naik bas terus ke stesen kereta api, berlari-lari masuk train yang patut bertolak pukul 5.22 petang. Alhamdulillah sempat!

2 jam dalam train tu tempoh bertenang untuk semua. Ada yang lelap, ada yang main phone, ada yang menaip (aku). By the time sampai Central Station semula, dah segar sikit. Kami top up Opal Card untuk kegunaan esok, dan proceed balik ke Randwick Junction.

Anak-anak dah excited. Dah janji dengan diorang petang ni balik boleh makan Maggi. So balik belum sempat letak beg diorang dah kerah aku masak. Selaku ibu mithali, aku kerjakan jua. Dahla berlaku insiden batu belah batu bertangkup bila telur tinggal 2 biji tapi manusianya ada 4 orang. Seperti biasa, anak-anaklah dapat telur dalam Maggi diorang. Ayahnya pergi cari di kedai dekat stesen minyak sebelah ni, takde jual telur pulak dah. Maka aku makan roti bakar dengan butter, Ayahnya makan nasi goreng kosong. Sian…


Siap makan tu anak-anak pun dah mandi semua, suruh diorang tidur. Esok sehari lagi nak merayau ni. Aku sambung kerja, Ayahnya streaming tengok bola final Sea Games Malaysia vs Thailand.

Tuesday 29 August 2017

Sydney 2017 Day 2 - Atok Nenek Tengok Negara Omputih

28 August 2017

Day 2 in Sydney

Subuh dekat sini pukul 4.56 pagi. Jadi pukul 5.15 macam tu kami bangun, dan terus berjaga. Aku macam biasa, belek kerja dulu. Selesai apa yang patut, mula prepare breakfast. Buat sandwich telur dengan sandwich Nutella aje. Disebabkan dapur apartment in laws aku tu ada problem, diorang datang masak dekat apartment aku. Diorang pun masak French toast aje. Tapi itu pun dah havoc pagi-pagi buta bila smoke detector alarm berbunyi. Ya rabbi, cuak betul aku, takut kena marah dengan management ke apa. Nasib baik husband berjaya off kan dia.

Sambil-sambil tu siapkan anak-anak. Kerah diorang breakfast, then kami pun bersiap dan breakfast. Itupun terlambat sikit daripada plan asal. Plan nak keluar pukul 7.30, tapi kami keluar pukul 8. Sejuk oi! Dalam 9 darjah pagi tadi.

Naik bas ke Central Station, dan dari sana kami naik train ke Blacktown di mana terletaknya Featherdale Wildlife Park. Train kosong, journey pun tenang, tengok rumah-rumah di kawasan luar bandar. Comey-comeynya rumah diorang. Sampai di Blacktown dalam pukul 9 lebih. Kami ni bergerak takdelah laju-laju sangat. Kejap berenti beli air lah, nak pergi toilet lah, biasalahkan berjalan ramai-ramai. Sempat anak jantan tumpahkan hot chocolate aku secawan yang baru sempat aku hirup seteguk dua. Haihhhh!

Dari Wespoint Shopping Centre tu kami ke perhentian bas dekat bawah, naik bas 729 ke Featherdale Wildlife Park. Katanya tempat ni lebih interaktif berbanding kalau pergi zoo, sebab boleh sentuh-sentuh kangaroo, suap-suap dia makan gitu. Entrance dia agak lumayan harganya. Kami 2 dewasa dan 2 kanak-kanak ada pakej Family A: AUD88. Mak dan Ayah mertua aku dah melebihi 60 tahun, jadi dapat harga Senior Citizen AUD 21. Kakak ipar aku kena harga AUD 32.


Masuk dalam tu anak-anak jelah yang excited. Beli makanan kangaroo secawan, pakat dok ligan kangaroo penuh taman. Kenalah tegur dengan pekerja taman tu sekali, sebab kejar kangaroo sangat. Ha, barulah reti nak jalan elok-elok. Sekali dalam tu tengoklah wombat, burung-burung, buaya, ular. Kami berada dekat sana adalah dalam 3 jam. Pukul 1 tu kami dah berada di stesen bas menunggu untuk pulang.

Plan asal nak ke Blue Mountain sekali hari ni sebab satu jalan. Tapi rupanya train direct ke Blue Mountain tu tengah ada maintenance, jadi kami nak kena naik turun bas jugak. Dahlah naik train pun ambil masa sejam setengah, apatah lagi kalau kena naik turun bas. Nanti sampai sana dah nak senja, nak tengok apa?

Jadi kami tukar plan, hari ni balik ke city, mungkin ke Bondi Beach. Esok insyallah ke Blue Mountains. Sampai di Westport Shopping Centre tu kami tak terus gerak ke Sydney. Sebabnya, anak-anak aku ni dah berbulan-bulan bekerja keras dekat rumah buat chores untuk dapatkan duit untuk shopping di Sydney ni. Sasaran mereka ialah ke Smiggle. Ya, aku tahu dekat Malaysia ada Smiggle. Tapi untuk buat benda tu lebih meaningful untuk diorang, aku suruh diorang rajin tolong aku buat kerja rumah, dapat upah, dan simpan duit untuk beli dekat Sydney. Dapatlah souvenir yang lebih special berbanding beli T-shirt Sydney atau keychain seketul.


Lama jugaklah kami dalam Smiggle tu menunggu anak-anak decide apa yang diorang nak beli. By then dah pukul 2 lebih. Naik train dari Blacktown ke Town Hall station di bandar Sydney. Kemudian bertukar train ke Bondi Junction. Beberapa pitstop jugak untuk ambil wuduk siap-siap, pergi toilet segala. Naik bas ke Bondi Beach. Pakat-pakat solat dekat taman tepi pantai. Romantik gitu.

First impression bila sampai Bondi Beach tu memang tersentak nafas. Sebab apa? Sebab tengok ombak dia. Sepuluh juta kali dah aku tengok gambar Bondi Beach tu, tapi tak pernah jumpa gambar yang dapat gambarkan suasana sebenar. Picture just doesn’t do justice. Orang kita memang jarang-jarang nak nampak ombak besar gitu. Anak aku siap jerit “Mama, tu tsunami ke?!” kuikuikui…

Bergambar ramai-ramai. Anak-anak sibuk mengejar burung camar, main pasir. Angin sangat kuat. From there kami pergi cari makanan. Nak cari kedai halal tu, senang memang senang. Tapi kami pun tak naklah 4 hari dekat sini 8 kali makan kebab. Nak jugak cuba benda lain. Tapi bila benda lain tu, cabaranlah sikit. Terutamanya bila nak memujuk Mak dan Ayah. Sebab apa, dekat sini walau sehalal mana pun food dia, kedai mesti akan jual arak sebab orang diorang memang minum arak. Mak dan Ayah tak biasa bab ni, jadi kami pujuk-pujuklah sikit. Nanti berlapar pulak.


Kami decide untuk makan kedai India, Namaste. Harga dia amboi amboi amboi. Kemain mahalnye. Tapi pejam-pejam mata bayar ajelah. Order nasi putih, 3 jenis lauk, nasi beryani 1, dan kids meal untuk anak aku (nasi dengan butter chicken). Lazat berkrim. Nasib baik berbaloi dengan harga yang dibayar.

Selesai makan, kami singgah kedai runcit beli roti dan telur, terus balik. Naik turun bas, dan akhirnya sampai ke apartment pukul 7.30 malam. Hampir 12 jam lah kami keluar hari ni. Bengkok bahu bawak beg dengan bekal segala.


Esok sepanjang hari lagi!

Monday 28 August 2017

Sydney 2017 - Atok Nenek Tengok Negara Omputih!

Januari lepas masa aku gatal-gatal tangan bukak website Airasia seperti biasa, aku telah terjumpa tiket flight murah ke Sydney. Dan masa tu jugak aku pun gatal-gatal tangan whatsapp family mertua aku ajak pergi berfoya-foya di sana. Dan proposal aku approve.

Jadi fast forward ke 7 bulan kemudian. Hari inilah harinya.

26 August 2017

Flight kami 11.40 dari KLIA2. Jadi santai-santai aje hari ni. Pukul 7 malam kami naik Grabcar ke KLIA2. Mak mertua, ayah mertua dan kakak ipar aku dihantar oleh adik ipar aku. Kali ni family trip kami tak lengkap sebab dua-dua orang adik ipar aku sedang dalam proses keibuan – sorang baru lepas pantang, sorang lagi tengah mengandung 7 bulan. Jadi, kami jalan dululah ye. Eheheh.

Anyway, sampai di airport dalam pukul 8.30 malam. Drop baggage semua, lepas imigresen, makan-makan dulu, lepas tu baru proceed ke gate. Masa tu pun baru pukul 10 lebih sikit. Lamalah kami melepak. Sedikit kisah selingan untuk kenangan aku, si Adik telah terpatah gigi dekat tempat lepak depan gate tu. Of all places nak pilih untuk patahkan gigi kan…

Anyway, pukul 11 lebih tu terus board the plane. Tempat kami kali ni dekat belakang sekali. Kami pun malas nak memberi sumbangan wang dekat Airasia lagi untuk beli-beli seat bagai. Duduk jelah mana pun.

Si Kakak seperti biasa nak duduk dengan Ayah. Si Adik pun reject aku, nak duduk dengan Mak Long dia, Atok duduk dengan Nenek. Jadi aku lone ranger semalam. Baru je berangan nak tidur sakan sebab tak payah jaga budak. Tapi duduk sorang lagi aku tak boleh tidur. Cerah sangatlah, sempit sangatlah. Macamlah first time naik kapal terbang.

Pukul 6 pagi tu diorang dah buka lampu, edarkan makanan segala. Jadi memang zombielah aku. Flight touchdown pukul 9.25 pagi. Go through all the process as usual. Lepas imigresen, ambil beg, lalu kastam. Tapi kastam dia mencabar sikit, kena beratur dan anjing akan keliling kita untuk hidu beg kita semua. No problem though, sebab bukan jenis anjing yang air liur berjejeran bagai. Kami pun lepas je, sebab jujur je bagitau ada bawak beras, kicap, sambal ikan bilis sikit-sikit.

Sampai di luar tu, kami pergi beli sim card. Kebiasaannya bila travel kami tak pernah pun beli sim card. Tapi sebab kali ni bawa mak ayah, banyak orang bawah tanggungan kami yang perlu dipastikan keselesaannya, jadi kami kena make sure information sentiasa di hujung jari. Kalau berdua bolehlah nak berjalan aje ikut kaki sesuka hati. Tapi harga tak mahal sangat pun. Sim card Vodafone pakej data 3GB dengan unlimited call plan, AUD20. Tapi disebabkan kami duduk 4-5 hari aje, dia tambahkan data kami jadi 8GB. Yay!

Seterusnya kami pergi beli/topup Opal Card untuk kemudahan travel. Sebahagian kad kami dah ada, pinjam daripada kawan-kawan yang dah pernah datang sini. Jadi selebihnya kami beli sendiri. Kad tu dapat aje bila kita kata nak beli Opal Card, berapa banyak kita nak top up terpulang kepada kita. Kami isi semua jadi AUD30. Tapi sebenarnya kad Child tak perlu isi sebanyak kad Adult sebab caj untuk diorang lagi murah daripada kita.

Selesai semua tu kami nak ke hotel. Aku tempah service apartment untuk senang nak prepare makanan, supaya tak belanja banyak sangat untuk makan. Lepas ditilik transport ke hotel, kami decide nak naik teksi sebab train dia mahal. Sorang harga AUD17, sebab ada caj airport. Bila search online katanya harga dalam beberapa puluh dollar je kalau naik teksi, jadi kami ambil 1 van. Tapi rupanya bila sampai, kena harga AUD115. Tercekiklah jugak. Tapi apakan daya, dah sampai dah pun, jadi bayar ajelah.

Check in apartment, terus dapat masuk walaupun masa tu baru pukul 12. Alhamdulillah, bilik selesa. 1 bilik untuk aku dan family. 1 lagi bilik untuk mak mertua, ayah mertua dan kakak ipar aku. Senang macam tu, ada 2 dapur, ada 2 toilet, ada 4 katil double (2 katil double dan 2 katil sofa). Perkakas masak semua lengkap, siap microwave, oven, dishwasher, pinggan mangkuk, periuk belanga. Ada mesin basuh dan dryer, peti ais full size, cerek, toaster. Completelah! Kami dapat harga apartmen ni 1 malam dalam RM400. Total 2 bilik kali dengan 4 malam sama dengan RM3200++.

Masuk bilik freshen up, solat semua, lepas tu terus keluar merayau. 1st destination ialah ke Paddy’s Market sebab katanya kat situ tempat souvenir murah. Tetiba Mak dan kakak ipar aku pulak yang sakan shopping. Ayah aku siap beli baret untuk pakai. Beli sayur-sayur untuk masak, beli buah.


Dari sana kami berjalan kaki mencari makanan. Jumpa kedai kebab, jadi makan dekat sana. Bungkus ayam goreng dari kedai halal dekat sebelah dia. Macam kedai korea pun ye jugak. Siap makan kami naik bas ke Circular Quay. Dekat sinilah nampak depan mata Harbour Bridge dan Sydney Opera House. Bergambar. Tapi tak sempat puas sebab masa tu dah dekat senja jadi sejuk! Hujan pulak tu.

Berlari-larian mengejar bas untuk balik. Puas cari roti kat kedai kecik-kecik, semua tak ada. Nasib baik dekat dengan apartment kami ada. Beli susu, telur, butter, Nutella untuk breakfast esok. Lepas tu balik bilik dan berehat untuk hari ini.


Padahal baru pukul 5.30 masa tu. Letihnya ya rabbi! Dah maghrib pulak tu, jadi terus rasa macam malam sangat. Haha. Terus tidur je.