Friday 10 March 2023

Trip 2023 - Day 15 - Zurich - Doha - KL

 

5 Mac

Bangun Subuh pukul 5.30 tu dan memasak breakfast. Usaha nak menghabiskan apa yang boleh. Cheese ada seketul lagi belum guna, roti setengah buku belum habis, telur ada 4 biji lagi. Ha, masak semuanya. Tu belum kira pasta semalam tak habis, pun panaskan. Bila tak berjaya juga habiskan, aku bungkus jadi bekal. Beberapa barang aku tinggalkan, macam kicap manis, oyster sauce, mayonis yang tak habis semua aku tinggal dengan niat sedekah. Semoga adalah guest akan datang yang ambil guna lepas ni.

Start get ready. Most things memang dah siap kemas semalam. Tinggal baju-baju tidur kami gitu je. So dalam pukul 8 dah keluar. Satu yang bikin tak best pagi ni ialah aku baru dapat tahu Coop kebanyakannya tutup hari Ahad. Aku dah aim nak pergi beli coklat bawa balik. Haihhh… Entahlah apa yang lembap sangat berfikir. Masuk ni dah 3 kali aku ke Swiss, dan berbelas kali ke macam-macam negara Europe. Aku patut lebih tahu yang hari Ahad kat Europe ni memang useless. Aku cuba Google, ada jugalah cawangan yang buka, walaupun jauh sikit. Ayah kata ok je nak pergi, tak susah pun. Thank youuuuu Ayahhhh...

Kami jumpa hos kami Ursula, tengok-tengok lembu dan kambing di ladang dia. Cakap bye, dan gerak. Berat sungguh rasa hati nak balik kali ni. Kami sangat suka rumah dia. Anak-anak pun tak nak balik. Anyway, kami ke pekan Thun untuk ke Coop tu, tapi coklat yang aku aim tu takde. Sambar jelah dulu apa yang ada. Barulah teruskan perjalanan ke Zurich.

Flight kami hari ni juga, pukul 15:55 petang. Masih ada masa, paling lewat pun nak check in maybe dalam pukul 1. So plannye pagi ni nak pergi kilang coklat Lindt di Zurich. Adiklah pun yang minta. On the way tu ada rezeki singgah di satu RnR yang ada Coop dan aku jumpa coklat yang aku nak. Boronglah sket.

By the time sampai kilang coklat dah pukul 11 lebih. Tiket masuk untuk 2 adults dan 2 kids ialah CHF50. Tapi sebab masa agak suntuk, kami laju-laju aje dalam tu. Fokus lebih diberikan kepada merasa coklat free. Haha. Itu pun agak bebal sikit sebab ada chance untuk ambil coklat seberapa banyak yang kami nak, tapi semua kata takyahlah, dah muak makan coklat sebab try banyak sangat kat dalam. Adik je sorang bijak sikit, dia ambil setiap flavour sebijik, buat bekal katanya. Kenapalah kami tak berpandangan jauh macam dia. Haha. Sekarang teringat-ingat pulak.

By the time setel dekat situ dah 12 lebih, kena pergi isi minyak kereta sewa dulu bagi penuh. Barulah ke airport, drop kereta sewa. Alhamdulillah, semua okay. Automatik terbayang harga asal yang kami book tanpa insurance hari tu. Hahah. Kalau tau awal-awal semua okay, elok je ambik tanpa insurans kan? Kahkah..

Pergi ke kaunter check-in yang kemain panjang, beraturlah di situ. Turn kami sampai, jam dah pukul 2. Orang kaunter pula bagi cuak, dia kata I advice you to go in immediately now because your gate is far. Haaa, memang mencicitlah kisah dia. Dengan kena naik trainnye, nak cop passportnya, nak scan bagnya. Memang sampai gate tu tinggal 15 minit lagi nak boarding.

Flight Qatar Airways dari Zurich ke Doha memang selesa. Aku sempat terlelap sekejap, lepas tu berjaga lawan game dengan Adik dan sempat tengok 1 movie. Kami duduk bertiga lagi, terpisah dengan Ayah lagi. Dia dapat duduk dengan awek-awek France siap pakai selempang Miss Teen France ke apa ntahlah. Haha, bagi can.

Sampai di Doha lagi satu round berkejaran sebab transit cuma sejam setengah dan gate kami jauh. Dengan belum solatnya. Kiranya selesai solat tu tinggal 10 minit lagi nak boarding. Oklah, yang penting in the end semua selamat. Kali ni naik Malaysia Airlines ke KL. Maaf cakap, terasalah perbezaan kualiti dia. Kerusi dia sangat tak selesa bagi aku. Flight pula sungguh penuh dengan Jemaah balik umrah. Sepanjang jalan kami semua tidur je, atau at least try untuk tidur. Ayah duduk terpisah lagi. Masa makan pun aku je yang bangun menikmati food, anak-anak membuta. Aku sempatlah tengok 1 movie.

Akhirnya sampai di KLIA pukul 2.20 petang. Alhamdulillah, walaupun plan kali ni aku rasa sungguh ambitious, kami Berjaya melaluinya dan balik dengan selamat.

Thursday 9 March 2023

Trip 2023 - Day 14 - Swiss Bernese Oberland

 4 Mac

Subuh di Switzerland pukul 5.30 jadi pukul 5.30 lah kami bangun, walaupun liatnya ya rabbi! Nasib baik rumah ni agak cosy, tak sejuk sangat. Siap solat aku terus masak breakfast. Dia punya efisyen, rajin, berkaliber dan mithali dekat oversea memang tak bleh dibendung. Kalau kat rumah jangan harap aku nak bangun masak breakfast camni. Laju-laju je aku sambung tidur balik, haha.

Semalam beli buffalo mozzarella, yang jenis lembik tu, so potong-potong buat grilled cheese sandwich. Kalau kat Malaysia, itu makanan kayangan orang panggil. Tapi kat sini sebiji 150gm tu harga dia cuma CHF1.65, jadi sekali 2 biji aku beli. Pastu buat scrambled eggs. Bancuh hot chocolate. Tunggu anak-anak siap solat, makan sama-sama. Sempatlah aku setelkan kerja sikit.

Pagi ni baru dapat chance betul-betul tengok keadaan sekeliling rumah kami ni. Masyallah, cantik sungguh. Kami dok di ladang rupanya. Hos kami tu sebenarnya menternak lembu daging. Sekeliling kami padang rumput, dok tinggi atas bukit. Nampak ke pekan di bawah. Musim sejuk ni memang penuh salji dekat sini. Selain hot tub, ada juga playground anak-anak dengan slide besar, ada trampoline. Cantiklah. Suka sangat.

Anyway, Ayah dah sound awal-awal semalam, nak keluar awal hari ni, sebab ni last full day kami di Europe. So siap makan tu tukar baju semua, by pukul 8 kami dah dalam kereta. Hari ni kami cover area dekat-dekat aje. First sekali pergi jambatan gantung Sigriswil lokasi penggambaran Crash Landing On You. Sempatlah berenti tepi jalan ambil gambar sikit tepi tasik apa tah on the way tu. Switzerland kan, kat ceruk mana pun view dia superb. Dekat jambatan tu sunyi sepi, langsung takde orang. So kami bergambar sikit. Tapi takut-takut sebab tulis kat tepi jambatan tu kata kena bayar, tapi tak tau nak bayar kat sape. Redah jela. By the time kami setel dan masuk kereta balik, ada 2 van sampai, daripada dressingnya kami teka diorang tu group Indonesia.

Dari sana kami ke Iseltwald pula. Lokasi Crash Landing On You lagi, tempat Hyun Bin main piano. Ramai dah orang kat situ. Beratur! Rupanya jambatan tu pun kecik je. Aku rasa masa tengok dalam cerita tu macam panjang. Haha. Kami pun terjebaklah beratur sama. Bergambar ala kadar. Takdelah posing lebih-lebih, ramai nar orang perhatinye. Lepas tu jalan-jalan sikit, kami bergerak ke Interlaken.

Sebenarnya takde hala tuju pun nak ke Interlaken tu sebab pekan dia kecil je, dan the last time kami datang kami memang duduk Interlaken. Tapi Ayah kesian kat aku, sebab belum berkesempatan nak ambil gambar dengan patung Yash Chopra kat situ, so singgahlah. Dan sebenarnya Ayah pun nak usha Swiss Army Knife dan jam dekat situ. So jalan-jalan, bergambar, dan di lorong belakang-belakang sikit dekat Interlaken tu ada banyak kedai halal, kedai India mostly. Anak-anak pilih nak makan kedai pizza halal, so lepak kejap, tumpang toilet sekali. Butcher halal pun ada beberapa kat situ, so kami take note.

Sempat shopping sikit, Ayah beli souvenir sikit untuk bosses. Dan kami meneruskan perjalanan. Kalau ikutkan Ayah nak bawa aku pergi tengok lokasi penggambaran filem DDLJ, di Saanen Bridge tu. Tapi Adik pulak sibuk nak revisit Grindelwald dan Lauterbrunnen. Nak recreate gambar katanya. So aku mengalah la, sebab bridge tu jauh dari sini, dalam sejam. Dan takde attraction apa pun kat situ bagi orang yang tak pernah tengok movie tu.

Pergi dekat-dekat summer ni, pada hari yang panas terik macam hari ni, kat Grindelwald dan Lauterbrunnen tu punyalah ramai orang. Kedai semua buka, kemain meriah. Berbeza sungguh masa kami pergi winter dulu. Tapi pergi kali ni takdelah chance nak main salji free, sebab hanya kawasan ski je bersaljinya. Budak-budak ni kemaruk, jadi Ayah drive sampai tempat parking satu ski area, menyelit masuk kat tepi trek ski, sentuh ais sikit, ambil gambar seklik dua. Hahah. Macamlah tak pernah main. Tak paham betul aku.

By the time setel dekat sana dah dekat pukul 4. Ayah ajak balik sebab nak settle down awal malam ni. Singgah balik Interlaken beli ayam untuk masak dinner. Ayah je sorang pergi beli. Barulah balik ke rumah. Ayam dah siap potong takde, kena beli sekor. So Ayah beli yang paling kecik, separuh masak kurma, separuh lagi bakar. Mentang-mentang rumah ada oven. Pasta semalam pun ada sepaket lagi belum masak, buat yang tu sekali. Dah macam kenduri aku tengok.

Sambil memasak tu tengok view kat luar, sunset di ladang ni. Siap masak, makan sama-sama. By the time siap makan semua dah kepenatan. Yang tadi semua beriya nak mandi hot tub last time, tiba-tiba Kakak kata tak jadilah, dah takde mood. Lepas tu Adik pun sama. Teruslah Mama dan Ayah pun kendurlah semangatnya. So lepak jela pastu. Aku dok sibuk dengan fireplace, pasang api asyik padam je. Sampai dekat nak tidur baru dia marak elok. Takpelah, puas la juga. Packing siap-siap semua yang boleh dibuat malam ni sebab esok pagi-pagi dah kena drive balik ke Zurich untuk balik.

Sekelipan mata dah 2 minggu.

Wednesday 8 March 2023

Trip 2023 - Day 13 - Marrakech to Geneva

 3 Mac

Kami bangun sejam sebelum Subuh, dalam pukul 5.30 untuk get ready. Dah siap dengan wuduk semua, siap pakai baju untuk keluar, toiletries pun dah simpan. Masuk je Subuh, solat dan terus keluar ke airport. Tak jauh pun, dalam 15 minit je drive. Sampai di airport kami kena drop kereta sewa, tapi agak terkial-kial sebab arahan daripada ejen tu agak samar-samar. Dengan call dia tak angkatnya. Agak kabutlah sikit. Ada unsur-unsur panik juga sebab masa tu dah 7.30, dan kami tak berjaya buat online check-in flight semalam sebab tak available dekat sini.

So, dengan tak sure pasal ketepatan tempat kami park kereta tu, kami tinggalkan juga. Angkut beg-beg ke departure dulu. Ayah kata kita check in dulu flight, nanti kita betulkan parking kereta. So tergesa-gesa jelah pergi. Nak masuk pintu airport pun dah kena 1 round scan beg. Masa tu juga baru ejen sewa kereta tu call confirmkan tempat kami park tu ok je. So kami pun setel, masuk check in flight, beli food sikit. Lepas tu barulah *ting*, kami blah dari kereta tergesa-gesa dengan full expectation untuk patah balik betulkan parking, so beberapa aksesori kereta macam charging port, car phone holder semua tertinggal kat kereta. Too late now. Walaupun frust sebab car phone holder tu nak guna juga di Swiss semula nanti, tapi niat jelah sedekah. Nak buat macam mana, kan?

Dah lepas imigresen, kastam semua, sempat melepak dalam setengah jam, lepas tu dah kena boarding kapal. Flight dari Marrakech ke Geneva ambil masa 3 jam. Kami tidur je dalam kapal. Sampai di Geneva pukul 1.30 macam tu. Setelkan cop passport semua, collect luggage dan pergi ambil kereta sewa.

Kali ni macam sakit hati sikit sebab tiba-tiba sampai dekat tempat collect kereta, harga yang kena bayar is more than double apa yang kami book, sebab katanya booking kami hari tu kosong, tanpa insurance. Entahlah. Biasanya Ayah sangat particular benda macam tu, dia akan check semua details sebelum dia book. So macam tak berapa logic bila orang tu kata harga asal tak termasuk insurance. But then, what can we do, kan? Plan kami memang melibatkan kereta sewa, dan kalau kami kata tak jadi ambil pun dia tetap akan charge juga. Kami cuma nego untuk ambil insurance yang murah sikit, ada some things tak cover. Tawakal jelah.

Setel urusan tu, naik shuttle bas ke tempat kereta. Dia bagi pula kami kereta sebesar alam kali ni. Dah macam van. It’s actually seven seater. Nama kereta tu Berlingo. Perli ke apa ntah. Haha. Tapi at least takde issue pasal tak muat luggage.

Check waze untuk ke accommodation kami di Bern, tiba-tiba waze kata hampir 4 jam perjalanan. Terkejut berukla kejap. Selama ni check tak sampai 2 jam pun. Ingatkan ada jam ke apa, tapi takde pun. Buntu dah masa tu, sebab macam bertimpa-timpa benda kena fikir. Aku search aje masjid terdekat dulu, sebab kalau perjalanan 4 jam kami akan miss Zohor Asar.

Pergilah solat di Islamic Foundation of Geneva. Cantik juga masjidnya, terurus, dan ramai orang dekat sana, yang tengah buat discussion, yang mengaji. Even budak-budak local pun ada pergi singgah solat. Barulah lega nak sambung perjalanan. Dapat idea untuk compare perjalanan dengan Google Maps. Ternyata Google Maps kata dalam 2 jam je perjalanan. Kami decide untuk ikut Google Maps. True enough, by 6 petang kami dah sampai. Kalau ikut Waze tu kami patutnya sampai dekat pukul 8 malam. Tak tahulah ceruk mana dia nak bawa kami lalu.

Sebelum sampai ke rumah Airbnb tu, kami singgah Coop beli barang untuk masak. Barulah terus ke rumah tu. Sesat-sesat sikit sebab hari pun dah gelap, tapi alhamdulillah, akhirnya sampai juga. Hos kami Ursula dah sedia tunggu. Macam ayam itiklah juga sebab dia cakap German, tak berapa pandai English. Tapi rumah dia superb. Lengkap serba-serbi, siap ada jacuzzi dan fireplace. Dan jacuzzi tu dah sedia penuh air dan terpasang untuk kami masuk. Waduhhh… Anak-anak sungguh happy, melompat-lompat.

Dan untuk beberapa ketika diorang sungguh busy explore rumah tu and was impressed with everything. Dalam bilik anak-anak ada katil double decker, itu je dah cukup buat diorang excited. Lepas tu ada sediakan typewriter pulak untuk anak-anak main. Adik terus berbelah bahagi, nak mandi jacuzzi ke nak main typewriter. Di ruang tamu ada game monopoly, tapi dalam French. Dapur dia ada banyak benda disediakan, segala garam, gula, pepper, macam-macam jenis sos dan rempah, sekotak macaroni, sebotol pesto, dalam peti ais ada jus oren, perkakas dia lengkap, oven, microwave, dishwasher semua ada. Even dalam toilet ada sedia berus gigi, tampon, pad, shampoo, sabun, cotton bud, losyen, towel ada 3 saiz untuk setiap guest. Sungguhlah diorang impressed, sebab rumah-rumah yang sebelum ni nan hado kan?

Aku terus bersilat di dapur. Di Coop tadi kami tak jumpa ayam halal, atau mungkin kami yang tak tau label apa yang patut kami cari. So dinner petang ni ialah gnocchi dan spinach cheese tortellini dalam sos tomato. Laju je masak cam gitu, sebab gnocchi dan tortellini tu beli yang dah siap buat dekat Coop tadi. Rebus je kejap, lepas tu masak sos dia kejap. Laju semua makan. Sambil makan tu pasang pulak api dekat fireplace. Bila kami gagal, aku mesej hos dia tadi, laju je dia naik atas tolong ajar kami guna fireplace dia. Syok!

Siap makan dan mengemas, semua orang dah solat siap-siap, kami pakat pergi berendam dalam jacuzzi/hot tub tu. Memang terbaik weh! Cuaca sejuk, tapi masuk dalam air suhu 40 darjah di open air, dengan pemandangan pekan dia dekat bawah, langit cerah ada bulan dan bintang, bersembang dengan family. That was a perfect ending to our long day. It was definitely the highlight of our trip according to our kids. Aku seronok semua orang dapat enjoy this part, sebab masa awal hari tu dok kira-kira, ada potensi Kakak akan ‘cuti’ masa kami di rumah ni, jadi dia takkan dapat berendam. So far, ada rezeki dia.

Puas berendam barulah semua bergilir masuk mandi, dan bersiap untuk tidur. Jenuh memujuk Adik suruh berhenti main typewriter tu. Aku takut ganggu tuan rumah dekat bawah. Huhu.

Tuesday 7 March 2023

Trip 2023 - Day 12 - Marrakech

 

2 Mac

Bangun Subuh lepas tu bermalasan. Walaupun dekat-dekat Marrakech ni ada banyak je attractions yang boleh pergi, tapi Ayah kata hari ni kita santai-santai jelah. Dah 4 hari long drive, hari ni nak bertenang sekejap. Kami ada 1 full day di Marrakech hari ni sebelum balik semula ke Swiss the next day.

Aku siapkan kerja, lepas tu lelap balik sekejap sampai pukul 9. Barulah turun ke dapur, rebus bihun sup instant PaMa 3 paket, buat breakfast, makan dengan telur rebus. Ayah dengan Kakak makan bihun sup, aku makan telur rebus dengan roti morocco, Adik makan Nestum 3 in 1 je. Oklah tu, sebab kami memang nak habiskan makanan dalam beg juga.

Sementara tunggu baju dalam mesin siap basuh, kami bersiap. Ngam-ngam ready nak keluar, baju pun sedia untuk disidai. Hari ni kami decide untuk berjalan kaki je ke sekitar medina tu lagi. Ayah kata ada muzium dekat situ. Jalan kaki pun dalam 15 minit, sama je macam naik kereta. Bezanya jalan kaki takyah cari dan bayar parking. Haha. Cuaca pun sedap-sedap je, temperature dalam 17 darjah macam tu.

Sampai di sana terus ke Moroccan Heritage Museum. Kena caj 150 Dirham untuk 3 adult. Dalam dia ok-okla. Aku cam biasa, kena masuk muzium je aku menguap. Melayan Adik je ni bila masuk muzium ni. Orang muzim sempat hidang the dekat rooftop diorang, so lepak minum-minum jap.

Sambung berjalan lagi, kami ke taman pula. Sebenarnya takde hala tuju pun. Semua dah malas nak beriya. Dalam kepala dok pikir, duit Dirham ada lagi. Especially anak-anak punya; diorang each ada dalam 500 lebih dirham untuk berbelanja. Every time pergi mana-mana memang aku suruh diorang ambil sikit duit dari tabung, tukar kepada currency tempat kami nak pergi, supaya bila teringin apa-apa boleh beli. Bukan aku tak boleh belikan, tapi budak ni dia excited lebih bila duit dia sendiri. Wallet Kakak hari tu dia beli dengan duit sendiri.

Sampai je taman, anak-anak sibuk lapar pula. Yalah, pagi tadi makan gitu je. So google-google sikit, kami menapak ke satu kedai. Macam biasa, order tagine. Hahah. Kena rasa setiap bandar punya tagine. Kali ni tagine ayam juga dan juga tagine kefta (meatball). Kedai ni antara yang termurah kami makan, tapi roti dia antara yang tersedap. Sekali dia hidang sekeping, 3 kali lagi kami minta tambah. Anak-anak dah dewasa oiii…

Siap makan kami sambung berjalan dalam medina. Adalah membeli sikit-sikit lagi. Rempah ratus, minyak argan, adik beli jersi Yassine Bono sehelai guna duit dia. Then kami teringat aiskrim sedap yang kami makan masa dinner semalam, so pergi lepak kedai tu balik, makan aiskrim je. Maklumlah, cuaca pun panas hari ni, dalam 25 darjah. Hahaha.

By then dah pukul 4 lebih petang. Medina baru nak start meriah, tapi kami dah kepenatan berjalan. So start jalan balik slow-slow. Sampai rumah pukul 5 lebih tu baru solat, lepas tu lepak je sampai dekat Maghrib, mandi, mula mengemas sikit. Lepas je Maghrib kami keluar dinner di kedai depan ni. Last ni nak makan tagine authentic. Order tagine ayam, tagine lamb (sedap dah hujung-hujung trip ni baru aku discover kesedapannya. Haha) dan chicken skewer. Siap makan tu balik jelah. Apa yang boleh kami zip dalam beg siap-siap, kami dah buat. Tinggal apa yang ada di badan dan last minit toiletries je. Tidur awal sebab esok kena bangun awal.

Sunday 5 March 2023

Trip 2023 - Day 11 - Casablanca to Marrakech

 1 Mac

Bangun Subuh, kejut anak-anak, kerja. Di hotel ni kami tak dapat breakfast, jadi bersantai je dalam bilik walaupun perut dah kruk kruk. Bancuh nestum sikit buat alas perut. Dalam pukul 8.30 baru kami mula bersiap untuk check out. Tukar baju, packing semua. Pukul 9 lebih keluar.

Drive dulu dalam Casablanca ni, ingat nak cari pantai yang boleh lepak kejap, buat celup-celup kaki dalam air laut, pijak pasir pantai Morocco sikit. Tapi yang paling dekat dengan kami ni cuma benteng aje, ombak kuat. Mungkin kena drive jauh lagi dari bandar baru jumpa. So kami lepak makan aje di restoran atas benteng ni, tenung ombak lauk, makan Moroccan breakfast. Sedap juga. Ayah gamble order scrambled egg dengan daging sebab teringin. Sedapla. Semoga tidak diserang gout.

Setel makan tu kami pergi isi minyak dan bergerak ke Marrakech. Hari ni perjalanan panjang terakhir. View cantik sepanjang jalan, cuaca elok, cerah. Naik highway jadi lancar juga. Tol kena dalam 80 dirham. Total perjalanan ambil masa dalam 2 jam setengah.

Kami sampai di accommodation kami dalam pukul 2. Kali ni kami pilih untuk duduk riad. Rupanya dia dalam kompleks perumahan local. Mungkin rumah ni ada advertise dalam Airbnb juga, tapi kami buat booking ni di Booking.com. Nama dia Riad DAR ZAO.

Bila masuk dalam rumah tu, kami agak terkejut walaupun kami yang pilih rumah ni. Sebab memang dapat seluruh rumah, ada 4 tingkat semuanya. Ruang tamu besar, full sized kitchen dan dining, 2 bilik on 2 different levels, ruang TV pun di tingkat berbeza, dan atas sekali ada teres, mesin basuh dan tempat ampaian. Of course no house is perfect, but this house is as close as you can get. Baju kami banyak kena basuh, so lepas the lady yang hantar kami tu balik, kami terus masukkan baju dalam mesin, lepas tu solat dan bersiap.

Tunggu baju siap, sidai dulu, kemudian kami mula keluar exploring. Pergi ke Koutoubia dan Jamaa El Fna je. Sementara nak sampai walaupun hanya 10 minit, sempatla 3-4 kali aku sakit jantung dengan cara driving orang sini.

Anyway, sesampai di sana, memang takdelah aktiviti lain, window shopping dan shopping saja. Beli magnet lagi, jumpa beg yang aku berkenan so tawar-menawar sampai half price, sambar jugalah something leather untuk dibawa balik supaya tak teringat-ingat sampai ke tua. By then Kakak dah senyap sunyi. Aku tau dahla tu, dia kelaparan. So aku ajak pergi makan dulu, since dah petang pun. Ayah nak makan di kedai yang ada terrace untuk ambil gambar pemandangan dari atas. Tapi first kedai kami masuk tu slow ya amat servicenya. Tunggu menu dah berejam, lepas tu tunggu orang amik order sampai ke sudah tak nampak bayang. Kami belah jela.

Masuk kedai lain, okla, walaupun teresnya tak setinggi yang tadi, food dia pun ok-ok je. Tapi Adik order aiskrim, sedap gilo aiskrim dia. Lama dah tak jumpa aiskrim coklat dan vanilla yang rich macam tu. Siap makan tu dah senja, view sunset sangat cantik. Kami sambung berjalan, beli rempah ratus sikit, souvenir lagi. Puas pujuk Adik suruh beli something sebab dia belum beli anything untuk diri dia. Kang bila dah balik, telinga aku yang sakit dengar dia mengeluh. Apa-apa hal, kalau diorang tak belanja duit Morocco diorang, aku kena take over dan habiskan juga di sini. Nak tukar balik rugi, bawa balik Malaysia lagilah takde money changer yang terima.

Kami merayau sampai pukul 9, barulah balik. Sampai di rumah, baru nak mandi dan settle down, elektrik rumah trip pulak. Ayah berkelam-kabut call owner, dia guide untuk cari fuse segala. It took about 15 minit tapi lepas tu selesaila. Kepenatan lepas tu. By the time kerah anak-anak tidur dan aku siapkan kerja yang deadline esok, dah pun 12 malam. Fuh, sejak travel tak pernah tidur selewat ini!

 

Saturday 4 March 2023

Trip 2023 - Day 10 - Fes to Casablanca

 

28 Februari

Bangun Subuh, kejut anak-anak. Dekat hotel ni kami dapat breakfast, so bersiap dan ajak anak-anak turun makan. Okla selection dia. Basic je, tapi better than nothing. Makan roti, scrambled egg, telur rebus, yogurt, ada 2 jenis roti Morocco, jus, teh. Adik bedal yogurt sampai 3 bekas. Okla, semua dapat alas perut. Naik balik untuk zip-zip luggage semua, by pukul 9 kami dah keluar.

Kat luar hujan gerimis, tapi kami dah diskas kata nak ke medina sekali lagi. Maybe cari sikit lagi souvenir. Sesat-sesat sikit, lepas tu parking agak jauh, by the time masuk dalam medina dah dekat pukul 10. Tapi malangnya, kedai semua masih tutup! Yang buka semuanya kedai makanan saja, dan adala very selected few souvenir and grocery shops. Aduhai.

Satu je yang aku dok fikir. Plan asal kami hari tu nak sampai ke Fes lewat petang/malam dan nak shopping next morning saja, dan tengah hari gerak ke next city. Kalaulah kami stick to that plan, memang balik tangan kosong je kami ni. Kedai dia pun buka tengah hari agaknya.

So kami patah balik ke kereta lepas jalan-jalan kejap dalam tu walaupun takde apa nak ditengok. Sempat kena pau dengan anak-anak beli pringles dan air kat kedai. 2 pringles dan 1 air mineral botol besar 58 Dirham ye kawan-kawan, dekat 30 ringgit duit kita. Aku pun tak tau aku yang kena tipu atau barang kat sini memang mahal.

So perjalanan ke Casablanca ambil masa 3 jam lebih. Naik highway je, so laju, tapi agak boring. Tapi pemandangan kiri kanan jalan tetap cantik. Sempat jumpa McD drive-thru kat RnR highway, anak-anak semua excited nak. So belilah, walaupun harga double daripada di Malaysia. Tapi sedapla, panas-panas plak tu.

Sampai di Casablanca dalam pukul 3.30, check in hotel Campanile Casablanca Centre Ville di tengah bandar. Ok hotel ni, selesa. Kami dapat connecting room juga, so amat senang. Masuk bilik, solat dan terus keluar balik. Cuaca sedap-sedap je dekat sini, dalam 18 darjah. Kami drive ke Marina Casablanca Mall. Dari dalam mall tu boleh keluar ke kawasan tepi laut yang bersambung terus ke Masjid Hassan II.

Seronok tengok ombak Laut Atlantik, kuat ombak dia. Kena angin laut, jalan dalam matahari tapi masih sejuk. Bergambar, Ayah dan Adik masuk solat sunat dalam masjid. Ada rezeki diorang, sebab masa kami sampai situ masih dalam waktu Asar. Masjidnya hanya buka sekejap setiap waktu solat, lepas tu semua dikunci. In fact masa aku dan Kakak lepak tunggu Ayah dan Adik keluar, kami dah disuruh beredar sebab masjid akan tutup. Nak lepak di perkarangan pun tak boleh ya, sebesar-besar halaman dia tu. Entahlah, apa significance. Katanya semua masjid macam tu di Morocco.

Dari sana berjalan pula patah balik ke mall, Ayah ada bungkus makanan awal tadi, so Ayah makan sekejap. Oh, masa bungkus makanan Ayah tadi terjumpa satu group orang Malaysia. Diorang dari Kuantan, started their trip kat Turki seminggu lepas tu fly ke Morocco dan travel lagi seminggu. Semua orang dewasa la, anak-beranak rasanya. Sempatlah bersembang sekejap.

Anyway, lepas Ayah makan, layan anak-anak pula. Semua teringin makanan berbeza. Kami berpecah bungkus makanan, tapi kedai pasta yang Kakak nak tu pelawa kami masuk je makan dalam kedai dia walaupun Adik beli pizza dari Pizza Hut. So masuk lepak makan dalam kedai tu, pemandangan pula menghadap ke Laut Atlantik. Layanla. Banyak couple lepak kedai tu, walaupun mostly couple pertengahan umur. Satu yang aku perhati, diaorang semua dating sambil bersembang beriya. Takde sorang pun yang pegang phone. Respect betul!

Siap makan, kami berjalan di dalam mall, tengok kedai-kedai baju. Kesimpulannya, cost of living dekat sini tinggi betullll. Masuk LC Waikiki pun satu baju blouse biasa dah 200 Dirham, iaitu dalam RM100. Memang tak beli apalah jawabnya. Masuk dalam hypermarket Marjane juga, saja tengok barang. Pun mahal. Cuma belikan snek untuk Adik. Dekat luar tu ada money changer so tukarlah sikit lagi duit, in preparation for Marrakesh.

Kemudian balik saja, mandi, solat dan berkubang bawah selimut macam biasa.

Thursday 2 March 2023

Trip 2023 - Day 9 - Chefchaouen to Fes

 

27 Februari

Subuh masuk pukul 6.30, bangun solat dan kejut anak-anak. Aku ada kerja jadi belek laptop dulu. Dalam pukul 8 baru mula bersiap, tukar baju, tutup luggage semua. Dekat hotel ni kami tak dapat breakfast. Tengok menu dia pun, takde sangat food yang anak-anak makan, so kami tak beli. Check out pukul 9 tu, sambil lalu nak ke kereta kami beli roti-roti dekat bakery untuk makan dalam perjalanan. Beli mint tea sekali, suruh dia letakkan dalam thermos kami, buat bekal air panas minum dalam kereta.

Perjalanan ke Fes ambil masa dalam 3 jam setengah. Kalau semalam ada juga lalu highway 2 lane, hari ni sepanjang jalan memang jalan kampung. Tapi pemandangan kiri kanan memang cantik. Kebun zaitun, kebun oren, padang sejauh mata memandang. Dan kerap ada polis. Dua kali juga kami kena tahan, dia suruh turunkan tingkap nak tengok penumpang belakang. Pastu tanya kami dari mana. Ada sekali tu dia tengok muka Ayah, dia teka “Filipina?” Haha. Anyway, bila sebut Malaysia diorang akan senyum dan suruh gerak je.

Anak-anak membuta kat belakang, which is good sebab bila diorang tak tidur, dengan takde internet pulak, aku yang jadi stress tengok muka stress diorang. Aku meneman Ayah, segala apa yang beli kat bakery tadi, dengan snek yang kami bawak, asyik dok mengunyah aje.

Sampai di Fes pukul 1.30, terus dapat check-in hotel Ibis Budget. Ambil 2 bilik kali ni, tapi leceh sikit sebab takde connecting room. Terus solat, lepas tu keluar balik ke Fes Medina. Ini jelah tumpuan kami pun kali ni. Sampai-sampai je ada sorang mamat yang dok ikut kami, nak guide katanya. Aku bila jadi camni dah mula lemas. Aku suka pace sendiri, sangat sangat tak suka bila orang dok arah pergi situ, pergi sini. Masa tu dia dok sibuk nak heret kami ke tannery terus. Bila kami cakap nak pergi lunch dulu, dia bawa kami pergi kedai yang penuh dengan mat saleh. Aku kata dah, mesti kedai mahal, dan memang betullah, setiap dish dia dalam 150 dirham. Kami keluar je balik, jalan-jalan lagi.

Tapi lepas tu lama juga berjalan takde jumpa restoran apa-apa. So the next restoran yang kami jumpa, kami masuk jela. Anak-anak dah lapar. Harga lebih kurang macam kedai tadila jugak, tapi pejam mata jelah. Kami order 2 dish buat share-share macam biasa, roti dapat banyak, dan side dishes dekat sini pun banyak. Sementara tunggu tagine sampai, sebakul roti kami dah habiskan cicah dengan side dishes. Kali ni try makan couscous sekali. Sedap juga, walaupun agak plain rasa dia. Siap dapat fruit platter besar as dessert dan buah dia semua manis, baik strawberry, baik oren. Yelah, tempat dia kan.

Barulah kami berjalan. Terus-terus je masuk ke tannery, ada satu betul-betul sebelah kami ni. Nasib baiklah bau dia tak teruk sangat. Kata orang tu, musim sejuk kurang busuknya. Tapi dia tetap bagi each of us setangkai mint untuk dihidu. Tengoklah orang memproses kulit binatang dekat bawah, untuk dijadikan produk kulit. Lepas tu start round kedai dia. Aku ni memang dah set dalam otak nak beli leather jacket. Tapi bila sampai sini, rambang mata pulak. Dan bila pakai rasa nampak gemuk sangat. Entahlah. Kat kedai first tu kami tak beli apa-apa, sebab orang dia muka ketat je. Tapi sebab dia bawa tengok tannery tanpa kami membeli apa-apa, dia minta kami 100 Dirham.

Mula berjalan di medina, macam-macam ada jual. Kami berhenti di satu kedai kulit, orang dia mesra. Kakak dah bawa duit nak beli wallet, ganti wallet dia yang dah koyak di rumah. And memang dia jumpa yang dia berkenan dekat sini. Ayah pulak diamanahkan oleh team kat ofis untuk belikan hadiah farewell untuk boss diorang. So dia decide nak beli beg laptop. Okla, untuk 2 item tu harga 350 Dirham.

Jalan-jalan lagi, cuci mata. Aku dan Ayah belikan leather handbag simple untuk mak-mak kami. Beli magnet sikit, keychain anak-anak sikit, argan oil lagi nak buat souvenir sikit. By then dah dekat Maghrib. Katanya dekat sini kedai buka sampai 8 malam, tapi Adik dah boring. Yelah, nak salahkan dia pun tak boleh, dari tadi aktiviti kami cuma shopping dan window shopping. Dia manalah minat benda gitu. Awal-awal dia dah tanya, kat sini takde muzium ke? Kami jawab je takde. Hahah. Padahal aku pun tak tahu ada ke tak.

So dari sana kami gerak ke kereta. Ngam-ngam hujan pun start. Eloklah kami decide nak balik. Tapi sebelum sampai hotel diorang minta nak makan dulu, so bawa diorang ke satu kedai pizza, bagi makan dulu. Baru balik bilik. Mandi, solat dan berselubung bawah selimut.

Wednesday 1 March 2023

Trip 2023 - Day 8 - Tangier to Chefchaouen

 26 Februari

Bangun Subuh pukul 6.30, dan aku terus pergi membancuh cekodok, anak-anak mintak dari semalam. Pisang dah siap beli. Cerdiknya aku, laju je aku bancuh cekodok tu tapi tak check dapur. Elok nak start masak tu, tengok-tengok dapur dia jenis yang kena cucuh dengan lighter atau kena ada alat spark api tu. Dan dia tak sediakan ya! Aduhhhh…. Letih betul aku dengan hos-hos wannabe, yang ada hati nak buat homestay tapi tak reti sediakan keperluan guest ni.

Aku try jugak nak creative, maybe bancuhan tu masuk dalam oven je jadi macam kek ke apa, tapi oven dia sediakan, dulang untuk oven takde. Memang hiasan jelah perkakas kat rumah kau ni. Letih dah aku. Mesej dia, langsung tak view sampai pukul 8 pagi. Sambil menunggu tu kami kemas beg, aku kerja sikit. Ayah ada keluar ke kedai kat bawah, tapi awal tu kedai pun tak buka lagi. Lepas pukul 8 tu baru dia try semula, Alhamdulillah, dapat beli lighter. Barulah kelam-kabut nak masak. Dekat pukul 9 baru makan semua. Padahal plan nak gerak awal ni, perjalanan agak jauh.

Sambil aku pakai tudung dan last minute kemas tu, kami mesej hos tu kata dah nak gerak. Eh, bab ni laju pulak kau jawab kata coming now. Serah kunci dekat dia depan kereta je. Kemudian kami gerak. Ayah kata tayar kereta agak lembik so kena cari stesen minyak nak isi angin. Itu pun buat aku berbulu lagi, sebab inilah kereta yang digesa-gesa suruh kami upgrade semalam, katanya better condition untuk jalan jauh bagai. Lagi sakit hati tu, sampai stesen minyak nak isi angin, tayar kena paku pulak.

Kenalah cari kedai tayar untuk tampal. Nasib baik kami belum masuk highway, dan ada kedai buka walaupun pagi Ahad. Sekejap je orang tu buat kerja, dan dia caj 20 Dirham je. Barulah kami dapat mulakan perjalanan ke Chefchaouen.

Pemandangan sepanjang jalan cantik. Hijau, berbukit-bukau. Langsung tak macam Afrika yang aku bayangkan. Bagi aku, vibe dia macam gabungan Switzerland masa musim panas dan suasana di India dari segi orang-orang dan bangunan di kiri kanan jalan. Really unique experience. Tempatnya sebenarnya dekat je, dalam 100 km dari Tangier, tapi sebab jalan berbukit, ambil masa 2 jam. Anak-anak sempat tidur dalam kereta. Perjalanan smooth je, tak banyak kereta.

Sampai di Chefchaouen pukul 1 tengah hari, owner hotel kami datang turut di kereta untuk tunjuk di mana untuk parking. Lepas tu kena tarik beg sikit masuk ke dalam old city ke hotel kami. Memang kami dah expect benda tu, jadi kami dah asingkan baju-baju untuk dipakai malam ni dan esok pagi saja, masukkan dalam 2 luggage kecil. Selebihnya tinggalkan dalam boot kereta saja.

Uruskan proses check-in, dan bilik kami pun dah siap. Very traditional décor, ada 2 bilik dan 1 bilik air. Okey, memuaskan untuk 1 malam. Kebetulan dah azan Zohor pun, jadi kami setelkan solat terus, dan keluar jalan-jalan. Cantik pemandangan dalam old city ni, serba-serbi biru, daripada biru cerah kepada biru gelap. Bergambar, tapi lebih distracted dengan barang jualan. Belum apa-apa aku dah terjebak beli minyak argan haha. Belilah sikit, buah tangan untuk diri sendiri. Berjalan je, belikan banana Nutella crepe untuk anak-anak sorang satu untuk alas perut. Sampai dekat pukul 5 baru kami jumpa kedai makan yang owner hotel recommend dekat kami; Babsour. Order tagine lagi, 1 lamb dan 1 chicken, telur dadar, kuih macam samosa 3 biji dan sup ikan semangkuk. Makan dengan roti Morocco tu. Food hari ni lebih sedap daripada yang semalam aku rasa. Tak tahulah, mungkin kami yang extra lapar agaknya. Haha. Anak-anak dah start suruh aku cari resipi tagine ni, balik suruh masak kat rumah. Tapi nak pair dengan nasi. Hahah. Nasi pun diorang dah start cari dah ni, rupanya orang Morocco ni makan roti, bukan nasi. Jenuh nak makan roti seminggu.

Selesai makan kami sambung berjalan lagi. Beli souvenir. Aku beli handmade soap sikit, my favourite kind of souvenir to bring home. Adik dan Kakak beli keychain untuk kawan-kawan. Ayah beli jaket tradisional yang orang pakai dekat sini sepasang.

Dekat pukul 6 tu kami balik bilik. Aku kena kerja, ada deadline awal esok pagi. Mandi, terus bersantai bawah selimut. Adik datang mengendeng kat sebelah, cari kepanasan ketiak mak dia. Sampai dalam pukul 9.30 malam, baru bawa diorang masuk tidur. Relax sikit bila tak perlu masak ni.