Saturday 4 March 2023

Trip 2023 - Day 10 - Fes to Casablanca

 

28 Februari

Bangun Subuh, kejut anak-anak. Dekat hotel ni kami dapat breakfast, so bersiap dan ajak anak-anak turun makan. Okla selection dia. Basic je, tapi better than nothing. Makan roti, scrambled egg, telur rebus, yogurt, ada 2 jenis roti Morocco, jus, teh. Adik bedal yogurt sampai 3 bekas. Okla, semua dapat alas perut. Naik balik untuk zip-zip luggage semua, by pukul 9 kami dah keluar.

Kat luar hujan gerimis, tapi kami dah diskas kata nak ke medina sekali lagi. Maybe cari sikit lagi souvenir. Sesat-sesat sikit, lepas tu parking agak jauh, by the time masuk dalam medina dah dekat pukul 10. Tapi malangnya, kedai semua masih tutup! Yang buka semuanya kedai makanan saja, dan adala very selected few souvenir and grocery shops. Aduhai.

Satu je yang aku dok fikir. Plan asal kami hari tu nak sampai ke Fes lewat petang/malam dan nak shopping next morning saja, dan tengah hari gerak ke next city. Kalaulah kami stick to that plan, memang balik tangan kosong je kami ni. Kedai dia pun buka tengah hari agaknya.

So kami patah balik ke kereta lepas jalan-jalan kejap dalam tu walaupun takde apa nak ditengok. Sempat kena pau dengan anak-anak beli pringles dan air kat kedai. 2 pringles dan 1 air mineral botol besar 58 Dirham ye kawan-kawan, dekat 30 ringgit duit kita. Aku pun tak tau aku yang kena tipu atau barang kat sini memang mahal.

So perjalanan ke Casablanca ambil masa 3 jam lebih. Naik highway je, so laju, tapi agak boring. Tapi pemandangan kiri kanan jalan tetap cantik. Sempat jumpa McD drive-thru kat RnR highway, anak-anak semua excited nak. So belilah, walaupun harga double daripada di Malaysia. Tapi sedapla, panas-panas plak tu.

Sampai di Casablanca dalam pukul 3.30, check in hotel Campanile Casablanca Centre Ville di tengah bandar. Ok hotel ni, selesa. Kami dapat connecting room juga, so amat senang. Masuk bilik, solat dan terus keluar balik. Cuaca sedap-sedap je dekat sini, dalam 18 darjah. Kami drive ke Marina Casablanca Mall. Dari dalam mall tu boleh keluar ke kawasan tepi laut yang bersambung terus ke Masjid Hassan II.

Seronok tengok ombak Laut Atlantik, kuat ombak dia. Kena angin laut, jalan dalam matahari tapi masih sejuk. Bergambar, Ayah dan Adik masuk solat sunat dalam masjid. Ada rezeki diorang, sebab masa kami sampai situ masih dalam waktu Asar. Masjidnya hanya buka sekejap setiap waktu solat, lepas tu semua dikunci. In fact masa aku dan Kakak lepak tunggu Ayah dan Adik keluar, kami dah disuruh beredar sebab masjid akan tutup. Nak lepak di perkarangan pun tak boleh ya, sebesar-besar halaman dia tu. Entahlah, apa significance. Katanya semua masjid macam tu di Morocco.

Dari sana berjalan pula patah balik ke mall, Ayah ada bungkus makanan awal tadi, so Ayah makan sekejap. Oh, masa bungkus makanan Ayah tadi terjumpa satu group orang Malaysia. Diorang dari Kuantan, started their trip kat Turki seminggu lepas tu fly ke Morocco dan travel lagi seminggu. Semua orang dewasa la, anak-beranak rasanya. Sempatlah bersembang sekejap.

Anyway, lepas Ayah makan, layan anak-anak pula. Semua teringin makanan berbeza. Kami berpecah bungkus makanan, tapi kedai pasta yang Kakak nak tu pelawa kami masuk je makan dalam kedai dia walaupun Adik beli pizza dari Pizza Hut. So masuk lepak makan dalam kedai tu, pemandangan pula menghadap ke Laut Atlantik. Layanla. Banyak couple lepak kedai tu, walaupun mostly couple pertengahan umur. Satu yang aku perhati, diaorang semua dating sambil bersembang beriya. Takde sorang pun yang pegang phone. Respect betul!

Siap makan, kami berjalan di dalam mall, tengok kedai-kedai baju. Kesimpulannya, cost of living dekat sini tinggi betullll. Masuk LC Waikiki pun satu baju blouse biasa dah 200 Dirham, iaitu dalam RM100. Memang tak beli apalah jawabnya. Masuk dalam hypermarket Marjane juga, saja tengok barang. Pun mahal. Cuma belikan snek untuk Adik. Dekat luar tu ada money changer so tukarlah sikit lagi duit, in preparation for Marrakesh.

Kemudian balik saja, mandi, solat dan berkubang bawah selimut macam biasa.

No comments:

Post a Comment