Thursday 2 March 2023

Trip 2023 - Day 9 - Chefchaouen to Fes

 

27 Februari

Subuh masuk pukul 6.30, bangun solat dan kejut anak-anak. Aku ada kerja jadi belek laptop dulu. Dalam pukul 8 baru mula bersiap, tukar baju, tutup luggage semua. Dekat hotel ni kami tak dapat breakfast. Tengok menu dia pun, takde sangat food yang anak-anak makan, so kami tak beli. Check out pukul 9 tu, sambil lalu nak ke kereta kami beli roti-roti dekat bakery untuk makan dalam perjalanan. Beli mint tea sekali, suruh dia letakkan dalam thermos kami, buat bekal air panas minum dalam kereta.

Perjalanan ke Fes ambil masa dalam 3 jam setengah. Kalau semalam ada juga lalu highway 2 lane, hari ni sepanjang jalan memang jalan kampung. Tapi pemandangan kiri kanan memang cantik. Kebun zaitun, kebun oren, padang sejauh mata memandang. Dan kerap ada polis. Dua kali juga kami kena tahan, dia suruh turunkan tingkap nak tengok penumpang belakang. Pastu tanya kami dari mana. Ada sekali tu dia tengok muka Ayah, dia teka “Filipina?” Haha. Anyway, bila sebut Malaysia diorang akan senyum dan suruh gerak je.

Anak-anak membuta kat belakang, which is good sebab bila diorang tak tidur, dengan takde internet pulak, aku yang jadi stress tengok muka stress diorang. Aku meneman Ayah, segala apa yang beli kat bakery tadi, dengan snek yang kami bawak, asyik dok mengunyah aje.

Sampai di Fes pukul 1.30, terus dapat check-in hotel Ibis Budget. Ambil 2 bilik kali ni, tapi leceh sikit sebab takde connecting room. Terus solat, lepas tu keluar balik ke Fes Medina. Ini jelah tumpuan kami pun kali ni. Sampai-sampai je ada sorang mamat yang dok ikut kami, nak guide katanya. Aku bila jadi camni dah mula lemas. Aku suka pace sendiri, sangat sangat tak suka bila orang dok arah pergi situ, pergi sini. Masa tu dia dok sibuk nak heret kami ke tannery terus. Bila kami cakap nak pergi lunch dulu, dia bawa kami pergi kedai yang penuh dengan mat saleh. Aku kata dah, mesti kedai mahal, dan memang betullah, setiap dish dia dalam 150 dirham. Kami keluar je balik, jalan-jalan lagi.

Tapi lepas tu lama juga berjalan takde jumpa restoran apa-apa. So the next restoran yang kami jumpa, kami masuk jela. Anak-anak dah lapar. Harga lebih kurang macam kedai tadila jugak, tapi pejam mata jelah. Kami order 2 dish buat share-share macam biasa, roti dapat banyak, dan side dishes dekat sini pun banyak. Sementara tunggu tagine sampai, sebakul roti kami dah habiskan cicah dengan side dishes. Kali ni try makan couscous sekali. Sedap juga, walaupun agak plain rasa dia. Siap dapat fruit platter besar as dessert dan buah dia semua manis, baik strawberry, baik oren. Yelah, tempat dia kan.

Barulah kami berjalan. Terus-terus je masuk ke tannery, ada satu betul-betul sebelah kami ni. Nasib baiklah bau dia tak teruk sangat. Kata orang tu, musim sejuk kurang busuknya. Tapi dia tetap bagi each of us setangkai mint untuk dihidu. Tengoklah orang memproses kulit binatang dekat bawah, untuk dijadikan produk kulit. Lepas tu start round kedai dia. Aku ni memang dah set dalam otak nak beli leather jacket. Tapi bila sampai sini, rambang mata pulak. Dan bila pakai rasa nampak gemuk sangat. Entahlah. Kat kedai first tu kami tak beli apa-apa, sebab orang dia muka ketat je. Tapi sebab dia bawa tengok tannery tanpa kami membeli apa-apa, dia minta kami 100 Dirham.

Mula berjalan di medina, macam-macam ada jual. Kami berhenti di satu kedai kulit, orang dia mesra. Kakak dah bawa duit nak beli wallet, ganti wallet dia yang dah koyak di rumah. And memang dia jumpa yang dia berkenan dekat sini. Ayah pulak diamanahkan oleh team kat ofis untuk belikan hadiah farewell untuk boss diorang. So dia decide nak beli beg laptop. Okla, untuk 2 item tu harga 350 Dirham.

Jalan-jalan lagi, cuci mata. Aku dan Ayah belikan leather handbag simple untuk mak-mak kami. Beli magnet sikit, keychain anak-anak sikit, argan oil lagi nak buat souvenir sikit. By then dah dekat Maghrib. Katanya dekat sini kedai buka sampai 8 malam, tapi Adik dah boring. Yelah, nak salahkan dia pun tak boleh, dari tadi aktiviti kami cuma shopping dan window shopping. Dia manalah minat benda gitu. Awal-awal dia dah tanya, kat sini takde muzium ke? Kami jawab je takde. Hahah. Padahal aku pun tak tahu ada ke tak.

So dari sana kami gerak ke kereta. Ngam-ngam hujan pun start. Eloklah kami decide nak balik. Tapi sebelum sampai hotel diorang minta nak makan dulu, so bawa diorang ke satu kedai pizza, bagi makan dulu. Baru balik bilik. Mandi, solat dan berselubung bawah selimut.

No comments:

Post a Comment