Friday 10 March 2023

Trip 2023 - Day 15 - Zurich - Doha - KL

 

5 Mac

Bangun Subuh pukul 5.30 tu dan memasak breakfast. Usaha nak menghabiskan apa yang boleh. Cheese ada seketul lagi belum guna, roti setengah buku belum habis, telur ada 4 biji lagi. Ha, masak semuanya. Tu belum kira pasta semalam tak habis, pun panaskan. Bila tak berjaya juga habiskan, aku bungkus jadi bekal. Beberapa barang aku tinggalkan, macam kicap manis, oyster sauce, mayonis yang tak habis semua aku tinggal dengan niat sedekah. Semoga adalah guest akan datang yang ambil guna lepas ni.

Start get ready. Most things memang dah siap kemas semalam. Tinggal baju-baju tidur kami gitu je. So dalam pukul 8 dah keluar. Satu yang bikin tak best pagi ni ialah aku baru dapat tahu Coop kebanyakannya tutup hari Ahad. Aku dah aim nak pergi beli coklat bawa balik. Haihhh… Entahlah apa yang lembap sangat berfikir. Masuk ni dah 3 kali aku ke Swiss, dan berbelas kali ke macam-macam negara Europe. Aku patut lebih tahu yang hari Ahad kat Europe ni memang useless. Aku cuba Google, ada jugalah cawangan yang buka, walaupun jauh sikit. Ayah kata ok je nak pergi, tak susah pun. Thank youuuuu Ayahhhh...

Kami jumpa hos kami Ursula, tengok-tengok lembu dan kambing di ladang dia. Cakap bye, dan gerak. Berat sungguh rasa hati nak balik kali ni. Kami sangat suka rumah dia. Anak-anak pun tak nak balik. Anyway, kami ke pekan Thun untuk ke Coop tu, tapi coklat yang aku aim tu takde. Sambar jelah dulu apa yang ada. Barulah teruskan perjalanan ke Zurich.

Flight kami hari ni juga, pukul 15:55 petang. Masih ada masa, paling lewat pun nak check in maybe dalam pukul 1. So plannye pagi ni nak pergi kilang coklat Lindt di Zurich. Adiklah pun yang minta. On the way tu ada rezeki singgah di satu RnR yang ada Coop dan aku jumpa coklat yang aku nak. Boronglah sket.

By the time sampai kilang coklat dah pukul 11 lebih. Tiket masuk untuk 2 adults dan 2 kids ialah CHF50. Tapi sebab masa agak suntuk, kami laju-laju aje dalam tu. Fokus lebih diberikan kepada merasa coklat free. Haha. Itu pun agak bebal sikit sebab ada chance untuk ambil coklat seberapa banyak yang kami nak, tapi semua kata takyahlah, dah muak makan coklat sebab try banyak sangat kat dalam. Adik je sorang bijak sikit, dia ambil setiap flavour sebijik, buat bekal katanya. Kenapalah kami tak berpandangan jauh macam dia. Haha. Sekarang teringat-ingat pulak.

By the time setel dekat situ dah 12 lebih, kena pergi isi minyak kereta sewa dulu bagi penuh. Barulah ke airport, drop kereta sewa. Alhamdulillah, semua okay. Automatik terbayang harga asal yang kami book tanpa insurance hari tu. Hahah. Kalau tau awal-awal semua okay, elok je ambik tanpa insurans kan? Kahkah..

Pergi ke kaunter check-in yang kemain panjang, beraturlah di situ. Turn kami sampai, jam dah pukul 2. Orang kaunter pula bagi cuak, dia kata I advice you to go in immediately now because your gate is far. Haaa, memang mencicitlah kisah dia. Dengan kena naik trainnye, nak cop passportnya, nak scan bagnya. Memang sampai gate tu tinggal 15 minit lagi nak boarding.

Flight Qatar Airways dari Zurich ke Doha memang selesa. Aku sempat terlelap sekejap, lepas tu berjaga lawan game dengan Adik dan sempat tengok 1 movie. Kami duduk bertiga lagi, terpisah dengan Ayah lagi. Dia dapat duduk dengan awek-awek France siap pakai selempang Miss Teen France ke apa ntahlah. Haha, bagi can.

Sampai di Doha lagi satu round berkejaran sebab transit cuma sejam setengah dan gate kami jauh. Dengan belum solatnya. Kiranya selesai solat tu tinggal 10 minit lagi nak boarding. Oklah, yang penting in the end semua selamat. Kali ni naik Malaysia Airlines ke KL. Maaf cakap, terasalah perbezaan kualiti dia. Kerusi dia sangat tak selesa bagi aku. Flight pula sungguh penuh dengan Jemaah balik umrah. Sepanjang jalan kami semua tidur je, atau at least try untuk tidur. Ayah duduk terpisah lagi. Masa makan pun aku je yang bangun menikmati food, anak-anak membuta. Aku sempatlah tengok 1 movie.

Akhirnya sampai di KLIA pukul 2.20 petang. Alhamdulillah, walaupun plan kali ni aku rasa sungguh ambitious, kami Berjaya melaluinya dan balik dengan selamat.

No comments:

Post a Comment