Sunday, 17 February 2019

Spanish Exploration 2019 - Barcelona to Doha to KL Day 11


Last day! Ya Allah, sekelip mata dah 11 hari!

Bangun Subuh lepas tu tidur balik sampai pukul 8. Bangun pun menghadap laptop dulu. Anak-anak bangun sendiri dan berebut nak mandi, so biar diorang siap dulu. Kami packing barang semua. Dalam pukul 10 lebih kami check out. Luggage semua kami simpan dekat luggage room dia dulu sebab flight kami pukul 9.30 malam ni je.

So keluar merayau dulu pagi ni. Kami jalan kaki ke Barceloneta Beach. Dalam perjalanan tu nampak ada perayaan something dekat dataran dekat-dekat hotel tu. Rupanya sekarang tengah musim festival keagamaan Kristian. Patutlah dari semalam nampak ramai orang pakai costume berjalan-jalan.

Dalam perjalanan ke Barceloneta tu ada banyak gerai-gerai dibuka, yang jual barangan specialty tempatan. Memandangkan dah jumpa ni, aku ajak jugak husband aku beli sikit. Takut terkilan kalau tak jumpa ke depan nanti. Beli kuaci salut gula yang sedap tu. Anak-anak minta homemade chocolate. Kami beli sebotol truffle oil.

Then pergi lepak tepi pantai. Cuaca sedap sangat. Suhu dalam 17 darjah, dan angin laut buat rasa segar je. Ada yang siap berbikini. Lama juga kami termenung dekat situ menikmati suasana. Sampai anak-anak bising lapar barulah kami gerak. Nak makan dekat kedai tepi laut tapi mahal-mahal harga semuanya. Jadi cari kedai Turki lagi. Ceria kejap aku, masuk-masuk kedai tengah pasang lagu Hindustan. Rindu weh dah seminggu dah dengar lagu hindustan.

Makan-makan, lepas tu gerak mencari masjid untuk solat. Hari ni jalan pun malas-malas je, slow-slow je. Jumpa masjid kecil dan solat di situ. Plan seterusnya nak masuk El Corte Ingles sebenarnya. Aku ingat nak beli olive oil lagi, anak-anak nak beli jajan, aku nak beli cheese juga, dan maybe biskut nougat specialty Barcelona tu. Tapi malangnya nasib, kebanyakan kedai tutup! Aku tak tahu itu memang culture diorang dekat sana kedai tutup hari Ahad, ataupun disebabkan festival yang aku sebut tadi. Tapi kecewa aku.

Nasib baik supermarket kecik-kecik ala-ala kedai runcit still buka. So belilah apa yang dapat jumpa ala kadar. Pukul 4.30 tu kami dah buntu dah tak tau nak buat apa. Jalan lagi dekat Gran Via tu. Kad metro semalam masih berbaki 3 kali ride pun tak terguna. Nak pergi tempat jauh takut tak sempat sampai balik. Nak pergi yang dekat-dekat, rasa macam semua dah pergi.

Pukul 5 kami pergi ambil beg dekat hotel, kemas-kemas sikit apa yang patut, lepas tu keluar ke jalan besar. Dah memang ada teksi sedia menunggu dekat situ, so laju je kami dah sampai airport.

Goodbye Barcelona! Goodbye Spain.

Tukar-tukar baju yang tebal-tebal tu, drop baggage kat kaunter Qatar Airways, uruskan tax refund untuk benda-benda yang kami shopping hari tu. Lepas tu pergi cari surau. Jumpalah multifaith prayer room dekat Arrivals, solat Maghrib Isyak dekat situ.

Baru naik atas lalu imigresen. Masa panjang lagi jadi pergi makan dekat Botiga café ke ape tah. Ada halal option kat situ, walaupun hanya 3 item je. Bagi anak-anak je makan.

Lepas tu pergi lepak dekat gate je, aku menghadap laptop kejap sampai boarding pukul 9 tu. Aku dapat duduk berdua je dengan si Adik. Lapang sikit. Dia tidur baring kemain sedap lagi, sampai ke Doha.
Dekat Doha pun tak lama. Sempat solat dan kerja sikit. Lepas tu terus boarding for next flight back to Malaysia. Dalam flight ni pun biasalah, makan sikit, tidur sikit, tengok movie sikit. Kami duduk berempat sederet. Akhirnya touchdown di Malaysia pukul 8.50 malam. Tamatlah sudah percutian kami kali ini. Sekian.

Kalau rajin nanti aku tulislah post trip apa yang patut. Doakan kerajinanku.

Saturday, 16 February 2019

Spanish Exploration 2019 - Malaga to Barcelona Day 10


9 February 2019 

Kami bangun pukul 5 sebab banyak yang perlu diuruskan pagi ni. Pertama sekali kena drive ke Malaga Airport dan return kereta sewa. Lepas tu nak check in flight Vueling Air balik ke Barcelona. Flight kami pukul 9.45.

Airport dekat je, tapi sebab airline kali ni level-level AirAsia, aku tak nak ambil risiko. Keluar dari rumah tu pukul 6 pagi, terus return kereta. Orang jaga kaunter kereta sewa pun belum ada sebab kaunter buka pukul 7 pagi. Tapi dah ada instruction dekat situ cara return kereta di luar waktu operasi. Just isi borang yang disediakan dan drop kunci je. Alhamdulillah, kami gunakan kereta tu 5 hari dengan selamat dan takde masalah apa-apa. 5 hari memandu sejauh lebih kurang 1000 km, kami isi minyak EUR 50. Kereta Audi A4 tu pakai Diesel, jimatlah sikit.

Anyway, naik ke airport dan drop baggage. Kami dah check in online. Flight ni pun murah sebenarnya. Harga untuk seorang ialah EUR15.99 kalau tak salah. So total untuk kami berempat hari tu dalam EUR 60 lebih bersamaan RM300 lebih kurang. Tapi sebab kami ada beg, kami add on 2 luggage, kena bayar extra. 1 luggage EUR 20, jadi kena bayar EUR 40. Harga luggage lagi mahal daripada harga seat ya tuan puan. Sekian terima kasih. Tapi masih lagi murah dan cepat berbanding naik train. Redha jelah.


Kami sampai awal jadi lepas drop baggage kami pergi solat dekat multifaith prayer room. Ye, ada bilik untuk solat, tapi dia buat general lah. Semua agama boleh masuk. Biliknya diletakkan bangku panjang-panjang macam dalam church, tapi masih luas dan banyak ruang untuk solat. Cuma wuduk kena pergi ambil di toilet sebab tiada ruang wuduk disediakan. Bagi aku, ini dah cukup baik daripada perlu solat di tepi-tepi toilet dan sebagainya. At least it can be done privately.

Selepas imigresen semua, kami lepak minum kat Costa Coffee sebab gate pun belum diumumkan lagi. 15 minit sebelum boarding baru gate diberitahu dekat skrin informasi. Pukul 9 baru kami ke gate. Boarding semua lancar, flight dia pun selesa. Kami semua tidur je dalam flight yang ambil masa dalam sejam setengah tu. Sampai di Barcelona Airport dalam pukul 11.15. Collect luggage dan naik teksi ke hotel kami di La Rambla. Tak jauh daripada apartmen pertama kami masa first sampai dulu.

Kali ni kami booking Hotel Palermo dekat-dekat area Boqueria Market. Senang je nak jumpa hotel dia. Bila kami masuk, dia kata bilik dah sedia semua. Tapi bila anak-anak aku menjengukkan muka, masalah terus timbul. Mamat reception tu tak benarkan kami masuk bilik tu. Dia kata kami book bilik untuk 2 orang, tapi tetamu ada 4 orang. Ya Allah, kering darah kami masa ni. Sungguh, aku sentiasa akan baca terms and conditions betul-betul kalau book hotel especially kat luar negara disebabkan benda-benda macam nilah. Lagilah, aku memang kerja dalam bidang ni. All the fine prints hotel memang aku sangat ambil berat. Dan honestly yang aku faham ialah kami book bilik untuk 4 orang. Masa pilih configuration katil dah diberi pilihan yang kau kena klik. Pilihan 1) 2 twin beds OR Pilihan 2) 1 double bed, 2 bunk beds. Dan kami klik pilihan kedua.

Dia kata ayat tu sepatutnya 3 pilihan; 2 twin beds, OR 2 double bed, OR 2 bunk beds. Masalahnya OR yang terakhir tu tak wujud dalam ayat tu. Puas kami tunjuk dekat dia, dia kata it’s not our fault, it’s Booking.com’s fault. You contact them. Aku mintak refund, dia kata booking ni Non-refundable. Aku mintak dia bagi pengecualian sebab ada budak-budak, dia kata ini polisi hotel dan dia tak boleh letakkan risiko atas hotel dia. Dia kata hotel dia full, so 2 orang boleh duduk sini, 2 orang lagi kena pergi cari hotel lain. Aku bingung masa tu. Nak bergaduh pun ada. Aku langsung tak rasa kami salah sebab itu yang tertulis dalam booking kami. Aku mintak tengok bilik, just nice je untuk kami berempat, ada ruang untuk diorang tidur di bawah. Tapi dia kata it doesn’t work that way. So aku dengan husband dah termenung kat tepi sambil husband buka booking.com nak cari hotel lain dekat-dekat situ. Aku dah berkeras kata biar burn aje duit yang dah bayar ni; cari hotel lain untuk kami berempat sebab tak nak berpecah.

Tiba-tiba mamat tu berlembut sendiri. Dia datang balik dekat kami dari tempat dia di reception, dia kata dia boleh kawtim. Dia akan rekodkan kami sebagai book Triple Room instead of Double Room, dan dia akan rekod nama satu je anak kami. Tapi kami kena senyap-senyap. Cuma kena bayar tambahan EUR 10. Aku pun tak tahu apa yang buat dia berubah fikiran; mungkin tengok muka toya anak-anak aku. Tapi kita pun janganlah nak jadi bodoh kan. Orang dah bagi tu terima aje, dan cakap terima kasih banyak-banyak. Admit je kesalahan kita (walaupun aku tau aku tak salah), cakap ‘we appreciate this’ banyak-banyak kali, cakap sorry, cakap thank you. Bayar-bayar, dan masuk bilik senyap-senyap. Budak-budak tu pun dah cukup besar untuk paham, kali ni diorang senyap je dalam bilik. Takut kena halau agaknya.

By the time tu Zohor dah masuk. Kami solat, bersiap dan keluar. Pertama sekali pergi makan dulu di kedai Turki (lagi). Dekat Barcelona ni harga makanan memang mahal lah. Sekali makan EUR40 tak lari. Pejam mata jelah, nak balik dah ni esok.

Lepas makan husband aku nak ke Camp Nou, stadium Barcelona FC. Itu dah memang kontrak tetap masa sign borang nikah dulu. Aku kena teman dia tengok bola, dia kena teman aku tengok Hindustan. So fine. Walaupun aku merajuk sungguh tak dapat buat stadium tour Real Madrid. Nak ambik gambar dengan Ramos woiiii! Untuk ke sana kami beli multiuser train pass macam hari tu di Madrid. Beli 20 ride dengan harga EUR 20.40. Murah sikit berbanding di Madrid hari tu.

Sampai sana dia buat keputusan veto sendiri nak masuk stadium tour walaupun mahal kemain. Dewasa EUR 26, kanak-kanak EUR 20. Ada tax lagi. Peh peh peh. Sape nak pegi dia belanja lah kan? Kalau Real Madrid ari tu aku sanggup bayar. Hahaha.

Tapi bila masuk dalam, feel dia tak sama la macam masuk Old Trafford. Masa masuk Old Trafford dulu aku macam sebak-sebak pun ya. Kali ni nak baca kisah dia pun malas-malas. Stadium dia tak berapa best. Stadium tour bayar mahal camtu tapi dressing room players pun tak leh masuk. Langsung takde chance nak ambil gambar dengan baju player atau duduk kat seat diorang dalam dressing room. Dahla lighting gelap, nak ambil gambar semua tak cantik. Dulu Old Trafford semua dapat, siap ada sijil lagi lepas keluar. Kesimpulannya tak best. Dahla current player Barcelona semua tak hensem. Kuikuikui.

Boring-boring pun dalam 2 jam jugak dekat situ. Keluar dari sana dah pukul 5 lebih. Kami dah takde hala tuju ni, sebab mood nak balik tu dah datang. Selalu memang macam ni. Rasa sentimental je sebab holiday dah nak abis. 

So kami naik train ke Passeig de Gracia. Husband pergi beli barang yang kawan dia order daripada store Barcelona FC (sebab dapat order lepas kami gerak daripada stadium. Nasib baik official store dia bersepah). Then masuk H&M perabih duit. Husband aku je beli jaket sehelai. Lepas tu ada kafe dalam tu jual semua makanan vegetarian nama Flax & Kale, kami lepak makan kek dan minum-minum. Lepas tu terus balik bilik je. Anak-anak kata makan kek je dah kenyang. Alhamdulillah. Selamat duit mak.

Mandi-mandi, sembang-sembang. Bilik kali ni walaupun kecil, selesa sebenarnya. The only hotel/apartmen/rumah yang kami duduk yang berkarpet. Takdelah seksa nak pijak lantai. Kami dah plan nak bangun lambat dan keluar lambat esok. Nak santai-santai aje last day. Anak-anak tidur, kami layan Memories of the Alhambra last episode kat Netflix. Hahah.

Friday, 15 February 2019

Spanish Exploration 2019 - Granada to Malaga Day 9


8 Februari 2019 

Bangun Subuh dalam pukul 6.45 tu terus turun memasak breakfast. Buat French toast untuk anak-anak dan cucur Adabi letak ubi untuk kami. Ibu cemerlang sangat aku bila travel ni. Tak pernah lagi dalam sejarah bangun pagi-pagi buta masak beria untuk breakfast kalau kat rumah. Paling rajin pun kukus pau atau goreng roti boom je. Weekend lagilah, ke mamak je terus. Kahkah.

Sambil tu husband kejut anak-anak, dan kemas beg semua. Kami 1 malam je di Granada ni, dan akan bertolak ke Malaga hari ni. Tapi takdelah nak gerak awal-awal sangat, sebab bukan ada apa pun Malaga tu. Kami pilih untuk ke sana sebab flight dari sana yang termurah untuk balik ke Barcelona, dan jarak ke Malaga pun cuma sejam setengah drive.

Lepas siap kemas dan makan breakfast, dalam pukul 8.30 kami keluar. Pergi jumpa dengan brader reception apartment tu, buat muka kesian sikit. Cakap kata kami dah check out dari apartment tu dan beg-beg dah letak dalam kereta. Cuma kami nak keluar dari parking je lambat sikit. Maklumlah, parking ni berbayar, EUR 15 setiap 24 jam. Nasib baik dia kata kami boleh keluar pukul 12.

So kami terus menapak ke Sacromonte dan Albaicin. Dua tempat ni berada di atas bukit dan menghadap ke Alhambra. Aku tahu pasal tempat-tempat ni daripada novel yang aku baru baca beberapa bulan lepas, yang berlatarbelakangkan tempat tu. Rumah-rumah dekat sana diukir dalam bukit dan dipanggil cave houses. Kebanyakan orang yang tinggal di sana 100 tahun lepas adalah daripada golongan gipsi. Sekarang ni tempat tu dah akan kosong dan banyak rumah dah ditinggalkan.

Nak naik ke sana boleh tahan mendakinya. Tapi view Alhambra dari sana memang cantik. Cuma aku suggest pergi sana belah petang untuk dapatkan gambar yang cantik sebab matahari naik dari belakang Alhambra tu, dan gambar waktu pagi jadi silau sebab menghadap cahaya. Nak lebih canticklagi naik ke sana bila hari gelap, boleh tengok Alhambra di waktu malam diterangi lampu di keliling dia tu. Itu satu penyesalan aku sebab tak usaha cari tempat tu semalam. Now it’s too late. Kalau nak cari spot cantik untuk ambil gambar seluruh Alhambra, cari Mirador San Nicolas. Tempat ni juga betul-betul di sebelah Mosque of Granada. View dari masjid tu pun superb.

Di plaza San Nicolas tu ramai orang menyanyi-nyanyi buat persembahan, melukis dan menjual barang dagangan diorang. Kami lepak sekejap je sebab masa tu pun dah pukul 11.15. Lepas tu turun ke apartmen balik, terus drop kunci dan keluar dari sana. Hati aku sayu tinggalkan Granada ni. Walaupun impak Alhambra tu tak berapa sampai ke jiwa aku masa masuk ke dalam sana, pemandangan seketul Alhambra tu pagi tadi rasa tak puas aku tenung. Haihhh… 

Aku kata impak dalam Alhambra tu tak sampai ke jiwa bukanlah sebab aku ni hati kering. Tapi sebab dalam bangunan tu sendiri kosong. Aku tak boleh nak bayangkan gaya hidup orang dulu-dulu. Bila dia tulis kata bilik tu bilik tidur pun takde katilnya untuk aku bayangkan. Bila dia kata bilik persidangan, takde dia cipta semula situasi zaman tu dengan meja meeting dia untuk aku berangan. Jangankan kata perabot, lukisan atau diagram pun takde. Aku ni manusia visual, nak kena tengok baru faham. Berbezalah dengan masa aku masuk ke Versailles, istana di Perancis dulu, setiap ruang dia lengkap dengan perabot, langsir, bantal, kusyen, sampai ke sikat dan cermin pun dia letak. Masa tu memang sampai ke jiwa. Kali ni pergi setakat tenung ukiran di dinding jelah. Dan aku bukannya faham seni architecture ni. Itulah maksud aku dengan "tak sampai ke jiwa".

Anyway, Perjalanan ke Malaga straight forward je, masuk highway Autovia. Dan dari Madrid ke Cordoba ke Seville ke Granada ke Malaga semuanya takde tol. Kalau drive dari Barcelona ke Madrid baru kena tol. So untung jugaklah kami. Tapi baru drive dalam setengah jam, aku dan husband dua-dua mengantuk. Jadi kami exit highway dulu cari kawasan boleh parking dan tidur sekejap. Anak-anak kat belakang memang dah terbongkang dah. 10 minit jelah berentinya, lepas tu sambung drive balik.

Sampai di Malaga pukul 2 lebih. Kali ni pun kami duduk Airbnb. Rumah kali ni pun owner dia tak reti cakap English. Dok bermesej dengan dia aturkan check in kami, jenuh dok google translate. Masa kami sampai tu rumah tu masih tengah dikemas. First impression yang tak berapa bestla. Kami masuk juga rumah tu sebab nak letak beg, dan itu silap kami agaknya. Nampak rumah tu dalam keadaan tak terurus, terus rasa tak best. Niat asal nak freshen up dan solat dulu sebelum keluar, tapi rumah tu amat kecik dan takde ruang langsung untuk kami guna sebelum dia siap kemas. Jadi kami terus keluar solat di masjid je.

Masjid Malaga adalah dalam 10 minit jalan kaki dari situ. Lepas solat terus keluar merayau. Terus-terang memang kami dah takde mood nak sightseeing. Anak-anak lapar so Google kedai makan halal, jumpa kedai pizza. Kami beli pizza large 1 dan 1 pinggan sheesh tawook dengan nasi. Besar alam pizza dia, memang kenyang semua orang. Dan itulah meal paling murah kami makan sepanjang trip ni; dalam EUR 17.

Lepas makan tu kami google pulak mane boleh kami pergi. Tapi tak sempat jumpa attractions, dah ternampak ramai orang lalu jinjing beg Primark. Terus Google lokasi Primark je. Hahah. Mall tu tak jauh pun dari tempat kami makan so pergilah shopping sikit. Beli jaket untuk anak jantan je. Dengan 2 helai kemeja untuk aku. Level Primark takdelah mahal mana. Baju aku tu sehelai EUR 3 je. Hahah.

Sambung merayau lepas tu, pergi ke central area Malaga. Niat nak cari fridge magnet je. Meriah jugaklah center tu, ada cathedral besar, banyak kedai makan dan orang makan di luar, pemuzik jalanan, hiasan lampu-lampu. Banyak kedai untuk shopping. Kami masuk satu dua kedai tapi takde jumpa apa-apa berkenan. Bila hari mula gelap, kami pun jalan balik.

Sampai di rumah tu lepas dah siap kemas pun tak rasa happy. Aku tak nafi condition rumah tu yang kotor masa kami sampai memainkan peranan besar dalam membentuk perasaan ni. Ada bau yang tak sedap dalam rumah tu, bila husband dan anak aku buka peti ais diorang kata bau busuk (aku langsung tak bukaklah lepas tu. Tak sanggup). Lantainya berminyak. Toiletnya pecah-pecah, dan malap. Ada ruang dapur kecil tapi takde singki jadi basuh membasuh pinggan semua kena buat dalam toilet. Dan takde heater. Aduh, serba tak kenalah aku rasa. Nasib baiklah untuk satu malam je dan pagi-pagi buta esok dah kena keluar. Dan the highlight of the disaster ialah, bila mandi, shower area dah bertakung dan airnya tak surut-surut. Longkangnya sumbat agaknya. Masuk orang keempat mandi, dah tinggal 1 cm lagi air nak keluar membanjiri seluruh lantai toilet. Dah kena mandi dalam air banjir bekas air mandi diorang. Serabut betul aku. Nasib baiklah cecair daripada anak dan laki sendiri.

Kalau tau macam ni, baik aku cari hostel atau budget hotel. Ada dapur pun in the end aku geli nak guna. Memang susahla aku nak bagi good review kat dia ni. Anak-anak pun kemain complain tak boleh tidur, cadar dan sarung bantal bau hapak. Aduh duh.

Kami packing je semua barang siap-siap, anak-anak dah tidur atas katil sofa. Tidur je cepat-cepat supaya siang cepat sampai.


Wednesday, 13 February 2019

Spanish Exploration 2019 - Seville to Granada Day 8


7 Februari 2019

Bangun awal hari ni sebab kami akan bergerak ke Granada. Perjalanan akan ambil masa lebih kurang 2 jam setengah. So pukul 6 tu aku dah bangun masak French toast untuk breakfast. Sambil tu packing barang dan kejut anak-anak.

Kami akan bermalam 1 malam je di Granada, dan untuk masuk ke Alhambra, tiket yang dibeli mesti pilih tarikh kita nak masuk siap-siap. In fact, ada 1 bahagian dalam istana tu yang dah ditetapkan masa kita boleh masuk dalam dia masa beli tiket. Macam kami, masa untuk masuk ke Nasrid Palace ialah pukul 4 petang. Kami hanya boleh masuk dalam lingkungan setengah jam daripada masa yang ditetapkan tu je. Lepas pukul 4.30 dah tak valid tiket tu. Sebab tu kami nak sampai di sana seawal mungkin.

Kami plan nak gerak pukul 8.30 hari ni, dan jadual berjaya diikuti dengan tepat. Tinggal aje kunci dalam apartment macam yang diarahkan oleh Susana tu. Then terus ke sana. Kami sampai sana dalam pukul 11 lebih dan terus check in masuk ke Real de Cartuja Apartments & Suites. Apartmen ni ada parking sekali, yang kena caj EUR 15 satu malam. Oklah tu. Apartmen yang kami dapat ialah dupleks, tingkat bawah dapur dan ruang tamu, tingkat atas bilik tidur. Tapi kali ni takde sofa bed, jadi kami guna kusyen sofa tu jadikan katil budak-budak. Bentang atas lantai. Toilet ada 2. Kalau nak kata lengkap tu, rumah di Sevilla lebih lengkap. Tapi yang ni pun takde lah kurangnya. Selesa.


Sebab masih awal, kami letak beg dan terus keluar balik. First sekali cari lunch dulu. Bersepah rupanya makanan halal dekat Granada ni. Boleh kata selang satu kedai memang kedai halal. Masalahnya semua kedai jual benda sama. Nasi arab, kebab, hummus, sheesh tawook. Haiih, aku dah tak boleh nak telan dah, tapi apakan daya.

Selesai makan dalam pukul 1.30 lebih tu, kami terus menapak ke Alhambra. Memang mendakilah ceritanya. Bukannya takde public transport, banyak je. Tapi alang-alang dah sampai tempat orang ni kita explore lah sikit. Kalau naik public transport terus sampai je, tapi tak dapatlah lalu kedai-kedai, lorong-lorong dalam pekan dia ni. Anak-anak membeli sikit barang diorang.

Budak-budak ni sebelum datang hari tu diorang bukak tabung, kira duit dalam RM100 sorang dan tukar ke Euro. Nak buat belanja sendiri. So layankan jelah apa diorang nak beli. Adik tu masih otak budak-budak lagi. Hari tu dekat Madrid dia beli pistol Nerf kecik dalam Le Corte Ingles. Beli Kinder Surprise lah. Ni hari ni dia beli pedang kayu ala-ala askar lama dulu. Habis dahlah tu duit dia, RM100 tu dapat EUR20 je. Kakak beli note book dengan pen. Kakak dah besar sikit, membeli pun dah pandai berhati-hati.

Anyway, sampai di Alhambra dalam pukul 2 lebih, terus masuk dengan tiket kami tu. Ayah decide nak sewa audioguide sekali, dalam EUR6. Lepas tu explorelah Alhambra tu. Besar tempatnya. Cantik. Penuh dengan taman-taman. Memang boleh nampaklah pattern seni bina Islam ni sangat menitikberatkan halaman, taman dan alam semula jadi. Elemen air memainkan peranan besar untuk menyegarkan ruang, beri ketenangan, menambahkan cahaya melalui pantulan, dan memberi suasana ruang yang luas. Ukiran ayat al Quran penuh di mana-mana.

Sambil-sambil menyelami sejarah, kami perhati sekali spot-spot cerita Memories of the Alhambra. Aku dan husband tengah tengok sama-sama, kami start hanya beberapa hari sebelum ke sini. Masih ada beberapa episode belum tengok. Tapi jumpalah beberapa spot dalam cerita tu. Ehehe. Yang pasti kami jumpa spot Jin-Woo nak masuk ke dungeon untuk selesaikan quest mencari Se Ju tu. Tempat tu dalam Alcazaba. View dari atas tu pun sangat cantik, menghadap ke pergunungan Sierra Nevada yang bersalji.

Kami masuk ke Nasrid Palace tu tepat pukul 4. By the time kami keluar dari Nasrid Palace dan menghala ke Generalife, kami dah agak rushing sebab masa tu dah pukul 5 dan tempat ni tutup pukul 6. Lagi pulak kami belum solat. So laju-laju jelah. Dekat Generalife tu pun menarik juga, ada banyak kawasan tanam sayur, banyak taman, pokok-pokok buah. Jumpa pokok oren, pokok buah delima. Aku geram sungguh bila tengok pokok buah ni.

So by 5.30 tu kami keluar dari Alhambra dan jalan kaki turun ke Granada. Kami terus cari masjid dan jumpa Masjid At-Taqwa, yang agak terceruk di dalam lorong. Tapi dalamnya moden, cantik dan bersih. Selesa aku nak pergi toilet dan solat. Keluar dari tu baru lega nak sambung merayau. Pergi makan dekat Nemrut Kebap Pizza sebab anak-anak teringin pizza. Eloklah, daripada kena makan hummus, roti, sheesh tawook dan nasi arab lagi. Tapi orang kedai dia kurang mesra alam dan couple kat meja belakang kami pulak sakan beromen sampai aku nak makan pun tak tenang. Hahaha.

Lepas makan kami berjalan-jalan cari souvenir. Mak mertua aku pesan nak beg Alhambra. Jenuh mencari tapi tak jumpa. Kalau ada sama ada kecik sangat, macam beg mekap tu, tak pun dia tulis Granada saje. Dan rata-rata semuanya beg kain ala-ala shopping beg tu. Last-last sebab tak jumpa sangat, beli jelah jugak shopping beg Alhambra. Daripada takde langsung. Masa tu hari dah gelap, cuaca pun dah sejuk. Kami start berjalan balik ke apartmen. Singgah kedai runcit je beli roti dan ubi seketul untuk goreng cucur pagi esok. Dan jus untuk minum masa breakfast. Jumpa beberapa family melayu kita sepanjang dekat Granada ni. Senyum gitu jelah.

Sampai di bilik terus mandi, solat dan rehat je. Niat asal nak masak maggi lepas anak-anak tidur, nak perabih telur yang belum habis. Tapi sebab dapur dia kat bawah, dah tak kuasa aku nak turun sejuk-sejuk tu. Menghadap laptop je atas katil, sambil husbandku pasang Memories of the Alhambra, nak bagi khatam sebelum balik. Perut aku berkeroncong sepanjang masa tu. Tapi antara malas dan lapar, malas menang. Kahkah.

Sunday, 10 February 2019

Spanish Exploration 2019 - Sevilla Day 7


6 Februari 2019

Hari ni relax sikit. Bangun Subuh dan masak breakfast. Semalam dekat kedai runcit tu aku beli pisang 2 bijik, campur dengan tepung cucur manis Adabi yang aku bawak dari Malaysia. Jadilah cekodok pisang a la Sepanyol. Lepas tu buat scrambled egg makan dengan roti, semua tu pun beli dekat kedai tu semalam.

Sambil-sambil tu kejut anak-anak suruh diorang bersiap. Kami masukkan baju sikit dalam mesin basuh, untuk melegakan otak aku yang serabut bila nampak banyak baju kotor. Dalam pukul 9.45 jugak baru kami keluar.

Kereta memang kami tinggal dekat parking lot je untuk 2 hari ni. Lebih selamat untuk kami berjalan kaki atau naik public transport sebab tak pasti macam mana konsep parking dekat sini. Bila lalu dekat kedai souvenir, jumpa fridge magnet yang agak-agak reasonable harga dia, kami beli je terus. Lepas tu sambung perjalanan ke Real Alcazar.

Tempat ni ialah sebuah istana di Seville, yang asalnya ialah kota Islam yang kemudiannya ditawan dan diambil alih oleh Kristian. Aku tak berapa arif sangat kisah dan salasilah dia, kami pergi pun harapkan write up yang ada dekat sekeliling monument tu je. Tiket masuknya EUR11.50 setiap orang dewasa. Kanak-kanak free je. Tapi kami dapat tiket yang tak complete. Sepatutnya ada satu lagi section yang memerlukan tiket berasingan, tapi untuk hari ni tiket tu dah sold out. So apa yang ada jelah.

Luas kawasan dalam tu. Taman dia saja tak terlarat kami nak explore. Ukiran-ukiran dalam dia masih sangat banyak elemen islam. Water feature, courtyard dengan pokok-pokok buah dan bunga, kubah-kubah dan ayat suci al-quran di mana-mana. Sangat cantik. Aku dok geram dengan pokok-pokok limau dan lemon dia yang bersepah di merata-rata. Buah besar-besar pulak tu. Eh, geram betul! Naluri pemetik buah seorang warga Malaysia sejati membuak-buak dalam diri aku. Semua aku rasa nak petik. Patutlah ramai orang Malaysia kerja petik buah kat Australia. Aku berjaya hasut anak-anak petik sebiji buah limau, tapi diorang kata masam giler! Hahah!

Sedar tak sedar dalam 3 jam kami dekat sana. Honestly kami pun tak larat nak tengok semua benda, terlalu banyak yang nak dihadam. Anak-anak pun dah merengek lapar, so kami gerak dari sana. Lintas aje Seville Cathedral, La Giralda. Dah tak larat nak masuk.

Instead kami ke BBQ House, kedai makanan Spain halal dekat sini. Akhirnya dapatlah juga kami merasa makan tapas. Itu pun order yang agak-agak kena dengan tekak je; sotong goreng tepung, chicken strips, mix paella, dan cheese goreng. Kakak order chicken sandwich, ala-ala kebab gitu.

Selesai makan, kami dah takde mood nak bersiar-siar. Aku lebih concern tak dapat cari barang-barang specialty Spain yang aku nak beli, antaranya olive oil. Memang aku dah plan nak beli beberapa botol sebab Spain ialah antara pengeluar olive oil terbesar di dunia. So kami menghala ke shopping street dia, dan masuk supermarket. Dapatlah 2 botol besar dan 2 botol kecil. Layankan anak-anak beli coklatlah, beli stok telur untuk masak later, sambung merayau lagi. Jumpalah kedai Lush lah, apelah. Tapi trip kali ni takde hati nak membeli sangat. Untuk orang kat rumah pun kami takde beli apa-apa, sebab itinerary kami penuh dengan tempat yang nak pergi. Harapkan anak-anak je dapat baju dekat Primark hari tu. Tahu jelah aku dan shopping tidak begitu serasi. Malas pun ye nak mencari barang. Bukan hobi. Anyway, since tangan pun dah sakit usung olive oil, kami balik.

Actually memang kena balik awal pun, sebab malas nak solat dekat luar. Lagipun malam ni kami ada plan nak pergi tengok flamenco dance show. Tuan rumah kami ni yang recommend kan show ni. So balik dulu, mandi-mandi, rehat, aku sambung kerja sikit. Anak-anak nak makan maggi so masakkan maggi untuk diorang. Sampai pukul 8.45 macam tu kami jalan kaki ke bar La Carboneria, dalam 500 meter dari rumah kami.

Masa kami sampai orang masih belum ramai. Kami dapat spot yang menarik. Disebabkan show ni free, kami rasa obligated untuk order air. So minum-minum dulu, sampai pukul 9.30 baru show start. Masa tu orang dah ramai. Dalam ramai-ramai tu ada 1 mamat Korean yang bila dia masuk je, aura dia lain macam. Gaya dia macam dia tu somebody famous, selebriti ke ape ke. Duduk menghadap aku pulak tu, puas cuci mata. Lagi aku syak dia somebody sebab dia sangat conscious orang tengok dia. At 1 point aku angkat phone nak ambil gambar husband aku, dia pusing tengok berkali-kali, perasan orang ambil gambar dia. Tapi memang aku ambil gambar dia pun. Hahah. Sapelah agaknye ek? Aku bukan kenal pun.

Anyway, the flamenco dance show was interesting. Cuma agak kecewa sikit sebab aku nak tengok lady dancer, tetiba malam ni dancer dia lelaki. Syariah compliant la sikit. Haha. Konsep nyanyian, gitar dan penari dia tu unik. I just wish aku dapat tengok yang pakai full costume. Tadi dia pakai kemeja dan jeans biasa je.

Habis tu pukul 10, kami jalan kaki balik, packing sikit untuk nak check out esok. Then tidur.

*Kalau berminat nak book accommodation di Airbnb atau and tak pernah sign up sebelum ni, boleh klik sini and boleh dapat diskaun untuk 1st trip korang. Macam rumah dekat Seville ni, memang puas hatilah! Serba cukup! Kalau korang ada rumah or bilik kosong nak sewakan dekat tourist pun boleh sangat.

Friday, 8 February 2019

Spanish Exploration 2019 - Cordoba to Sevilla Day 6


6 Februari 2019

Bangun Subuh pukul 6.45 tu, terus bersiap. Hari ni pun masak nasi sup lagi untuk habiskan ubi dan carrot yang aku beli hari tu. Sambil tu packing, uruskan baju-baju yang basuh semalam. Kami keluar pukul 9 lebih, sebab attractions dekat sini buka pukul 10 je. Lambat la sikit. Hantar barang ke kereta dulu, lepas tu kami merayau. Pertama sekali masuk ke rumah mandian zaman khalifah dulu. Ala-ala spa hamman gitu. Dari sana kami terus ke Mezquita-Cathedral de Cordoba. Harga tiket EUR 10 setiap orang dewasa. Kanak-kanak masuk free.

Dalamnya cantik sangat. Kubah-kubah belang-belang, ukiran-ukiran, ditambah pula dengan keunikan senibina Islam dan Kristian dalam satu bangunan. Terus-terang aku tak berapa tahu kisah dekat situ. kami pun takde ambil apa-apa guide sebab takut lama sangat dekat sana. Kami rushing sebenarnya pagi ni. Niat asal nak ke Medina Azzahra yang terletak lebih kurang 7 km dari situ pun kami tak dapat pergi. In fact, pagi tu kami sempat ke masjid Cordoba tu saja. Taman Alcazar dekat luar tu pun tak dapat masuk.

Masa kami gerak dari Cordoba dah pukul 12. Owner Airbnb yang akan kami tinggal di Sevilla hari ni dah mula mesej-mesej nak tahu pukul berapa kami sampai untuk aturkan pengambilan kunci. So kami terus je ke sana, takde stop-stop lagi.

Perjalanan dari Cordoba ke Sevilla cuma sejam setengah. Kami sampai di Sevilla dalam pukul 2. Owner Airbnb kami Susana dah masuk kerja, jadi dia dah tinggalkan arahan untuk ambil kunci dalam kotak kunci dan bagi instruction untuk parking kereta. Alhamdulillah, semua jelas dan lancar.

Rumah kali ni amatlah memuaskan hati lepas dapat rumah-rumah sebelum ni yang ala kadar. Kali ni ada 2 bilik dan 1 katil sofa di ruang tamu. Jadi anak-anak pun boleh tidur bilik diorang sendiri. Yay! Keperluan yang disediakan cukup lengkap, baik dalam toilet, dekat dapur, dan juga maklumat penting tentang Kawasan sekitar. Aku cukup puas hati kali ni. Buka cabinet dapur dia, segala tepung, gula, garam, serbuk air coklat, teh, kopi semua ada. Dalam peti ada butter, sos-sos, jem. Dia sediakan jugak semangkuk muffin untuk kami makan. Semua maklumat dah tertaip elok dalam fail, apa saja kita nak tahu dah ada. Mesin basuh dengan ampaian pun ada.

So aku happy kali ni. Lebih-lebih lagi kami akan duduk di sini 2 malam, terus rasa lega. So kami solat dulu, bersiap semua, then keluar berjalan. Cuaca di Sevilla pun sedap-sedap aje, dalam 19 darjah. Disebabkan kelaparan, kami tuju ke kedai makan dulu, dekat area Universidad de Seville, dekat kedai el Rincon de Beirut. Sebab cuaca sedap, kami decide untuk makan dekat luar. Nyaman gitu. Tapi hadaplah beberapa kali kena taik burung. Hihih.


Makan typical arabian food again, dan kali ni price dia much cheaper. Kami makan berempat total harga dalam EUR 28. Lepas tu kami berjalan kaki ke Plaza de Espana. Biasalah, bergambar dengan family. Anak-anak sibuk sangat nak naik kereta kuda. Mula-mula malas jugak nak naik sebab harga dia EUR 45 untuk pusingan dalam setengah jam. Tapi lepas tu si Ayah ni cair pulak dengan anak-anak. Layankanlah jugak.

Buat satu pusingan Kawasan tu, tapi pemandu kami takde bercerita apa-apa, jadi buta-buta jela naik kereta kudanya. Sampai balik ke tempat berhenti, hari dah hampir gelap. Kami bergambar sikit-sikit lagi, sampai pukul 7 lebih, kami jalan balik.

Tuan rumah Airbnb kami nak jumpa kami sebenarnya pukul 7.30 tu, tapi kami terlambat sebab jalan kaki dan singgah beli barang dapur. Beli benda simple-simple je, telur, susu, minyak dan roti. By the time kami sampai rumah, Susana tu kata dia dah balik. So kami settle down dekat rumah. Pukul 8 lebih macam tu dia datang balik untuk explainkan apa yang patut. Baguslah host ni.

Kami dah tak keluar malam ni. Rehat aje dekat rumah. Anak-anak tidur pukul 9 lebih. Aku kerja. Dalam pukul 11 baru tidur.

*Kalau berminat nak book accommodation di Airbnb atau and tak pernah sign up sebelum ni, boleh klik sini and boleh dapat diskaun untuk 1st trip korang. Macam rumah dekat Seville ni, memang puas hatilah! Serba cukup! Kalau korang ada rumah or bilik kosong nak sewakan dekat tourist pun boleh sangat.


Thursday, 7 February 2019

Spanish Exploration 2019 - Madrid to Cordoba Day 5


6 Februari 2019

Bangun Subuh pukul 6.45 tu, terus bangun. Belek laptop dulu sampai 7 lebih, baru start packing. Kami akan meninggalkan Madrid hari ni, dan meneruskan perjalanan ke Cordoba. Kali ni kami akan drive sendiri. Kami dah sewa kereta untuk 5 hari, dan hari ni kami akan pergi ambil kereta di train station Madrid pukul 10.

Lepas bersiap dan breakfast ala kadar, kami check out dalam pukul 9.30 dan naik metro ke stesen Atocha Renfe. Terpinga-pinga sekejap mencari office car rental, tapi lepas tu jumpala. Kami sewa kereta daripada Thrifty, dengan harga dalam EUR 115 untuk 5 hari. Oklah, semuanya nampak macam lancar. Kami dibawa ke kereta kami menaiki shuttle van ke tempat parking kereta sewa tak jauh dari stesen kereta api tu.

Tapi bila sampai je dekat sana, kereta yang diberi dekat kami tu bootnya kecik sangat. Kami memang dah sediakala book kereta yang boleh masuk 2 large luggage. Tapi kereta ni cuma boleh muat satu. Hati aku dah panas. Bila panggil officer tu, cara dia cakap macam kami yang salah bawa beg besar. Masalahnya kami memang tahu kami akan bawak beg besar, sebab tu kami pilih kereta yang tulis capacity bag 2 luggage.

Dan typical of orang yang mudah lepas tangan dan hanya nampak untung, jalan penyelesaian yang dia boleh bagi ialah, “You can take a bigger car but you have to pay more.” Begitulah sebenarnya permainannya, kan? Aku nak bising lama-lama kat laki aku pun, masalah kami tetap takkan selesai. Hotel semua dah book untuk agenda seterusnya, nak tak nak kami kena gerak. Orang tu pulak kata kami kena tambah EUR 150. Eh, panas betul hati aku. Sedangkan sewaan asal hanya EUR 115, tiba-tiba nak add sampai more than double. Apakan dayakan? Husband aku pun dah malas nak layan.

Kami proceed dengan cadangan dia. Dapat kereta Audi apa tah. Selesai tu kami terus je gerak dari situ. terus menghala ke Cordoba. Stop dekat stesen minyak je untuk anak-anak pergi toilet.


Perjalanan ke Cordoba dari Madrid ambil masa 3 jam 30 minit. Kiri kanan jalan penuh dengan pokok zaitun. Untuk orang yang first time datang ni memang excited la kan? Tapi untuk orang diorang agaknya sama lah mengantuk drive macam kita drive nampak pokok kelapa sawit. Heheh. Anak-anak dah terbongkang dekat belakang, which is good supaya diorang recharge energy diorang.

Kami akhirnya sampai di Cordoba dalam pukul 4 petang. Landscape bandar tu memang lain; bangunan lama-lama, banyak feel Morocco. Dari awal lagi kami dah bermesej dengan tuan rumah yang kami akan tinggal ni, jadi dia dah tunggu kami dalam kereta dekat tepi jalan untuk lead kami ke rumah dia. Kami pilih apartmen yang ada dapur dan parking. Masalah cuma satu je, dia langsung tak boleh cakap English. Selama ni dia mesej dalam Spanish, kami translate di google translate dulu, baru reply dia balik dalam English. Dia pun nak faham kami dia google translate ke bahasa dia. So agak ayam dan itiklah jugak. Husband dia bolehlah sikit-sikit English.

Kami park kereta di bawah bangunan, dan biar je dekat situ sampai nak check out nanti. Bandar ni memang sesuai untuk jalan kaki je. Rumah kami ni okay, ada 1 bilik, dalam bilik ada 1 katil double dan 1 katil single. Kami rapatkan katil je, tidur berhimpit malam ni. Facilities dia ok, cukup, tapi mungkin agak blur sikit sebab takde instructions. Apa yang dia explain kat kami pun entah paham tak paham je. Yang penting ada washing machine, memang aku basuh kainlah! Penting woo ada mesin basuh baju ni. Ibu-ibu je tahu betapa seksanya lepas balik travel nak uruskan laundry. Sebab tu kalau tengah travel dah boleh basuh sikit-sikit, memang lega banyak hidup.

Selesai solat dan freshen up, kami keluar. Tapi masa tu pun dah pukul 5 lebih, dan semua attractions dia tutup pukul 6. Agak malang, especially since kami kena keluar awal esok untuk sampai ke Sevilla. So petang ni kami cuma jalan-jalan sekitar Mezquita dan ke Roman Bridge. Makin petang dah makin sejuk. Masa kami sampai tadi suhu dalam 17 darjah.

Time Maghrib tu kami ke kedai makan halal; Restaurante Damasquino. Order makanan typical kalau pergi kedai Arab; shish tawook, hummus, roti arab dengan cheese, dan moussaka. Order banana milkshake dan air lemon mint. Total harga EUR49. Kalau ikut currecy diorang, standard la harga. Macam kita pun kalau pergi makan di kedai satu family, RM50 tak lari kan. So paham-paham jelah. Yang penting kenyang, balik boleh terus tidur. Hehe.

Niat nak berjalan sikit lagi, melihat suasana malam. Tapi sebab siang tadi cuaca panas, kami pakai tak tebal. Bila dah malam ni sejuknya mencengkam pulak. Terpaksa balik jugak.

Sampai di bilik, nak mandi pun mencabar. Heater air panas dia dekat dapur, dan bila bukak air, api menyala-nyala dari dalam kotak heater tu, seram aku tengok. Lantai rumah pun kemain sejuk. Tapi setakat ni semua rumah yang kami duduk macam tu. Takde pun yang letak karpet.

Pukul 10 tu kerah anak-anak suruh tidur. Akulah paling lambat tidur, menunggu kain siap basuh dalam mesin. Nak sidai kain pun kena kreatif sebab takde ampaian. So kena susun atas kerusi meja makan, letak keliling heater. Hidup ini perlu invoatif. 

Esok jangkaannya pagi akan kelam kabut sebab kami hanya sehari di sini. Haihhh…