Wednesday 21 February 2024

UK Trip 2024 - Day 10: Brighton

19  February

Hari ni kami akan meninggalkan London. Lepas Subuh aku bangun masak French toast dan buat sandwich telur sebagai breakfast dan bekal. Siap masak terus mengemas, packing, Bersiap. Kami bagitau Michael kami nak gerak pukul 9, tapi 8.15 kami dah siap. Lepas load kereta dengan barang, buang sampah, double dan triple check rumah semua, ngam-ngam kul 9 kami keluar dari sana.

Drive out of London menuju ke Brighton untuk satu malam. Okla, traffic takdela jam apa pun. Perjalanan ambil masa dalam 2 jam including toilet break. Kami terus menuju ke Seaford Head View Point, iaitu tempat untuk tengok view Seven Sisters Cliff. Ada banyak tempat untuk tengok view ni, tapi aku pilih yang ni sebab trek untuk ke view tu tak lama sangat. Parking kat sini pun free.

Masa keluar kereta tu, angin kuat dan sejuk. Tapi ramai locals pun tengah berjalan juga so kami agak confident. Semua pun tegur dan sapa kami bila berselisih. Friendly locals.

Bila dah start berjalan tu, trek dia lecak. Tapi kami redahi jua demi view. Sampai di tepi Pantai, trek yang kami pilih takde laluan untuk menghampiri cliff wall. Rupanya itu trek yang lain, yang perjalanan dari parking jauh. So takpelah, we take what we can get. Setakat tu je rezeki hari ni.

Puas bergambar, kami trek balik lalu jalan lain. Kali ni view cliff dari atas another cliff. Sangat cantik. Peaceful sangat sebab hanya sesekali berselisih dengan locals walking their dogs atau orang tengah trekking. Takdela jumpa orang Malaysia kat sini.

Dekat-dekat nak sampai kereta, di kawasan yang super berlecak, aku telah menempa sejarah dengan jatuh di dalam lumpur. Syabas! Dari awal dok ingatkan anak-anak suruh jalan elok-elok, tengok maknya yang jatuh. And ruined my one good Levi’s that still fits me. Oh, sedih! Habis bahagian kanan seluar aku penuh selut, dari lutut sampai ke betis aku la juga. Sampai kat kereta cubalah bersihkan apa yang mampu dengan wet wipes. Pastu kita jalan lagi.

Mulanya nak ke Brighton Beach terus, tapi by then dah dekat pukul 2 dah. Aku fikir, kalau dah check in dan solat terus, kita boleh stay dekat beach sampai malam. Boleh tengok sunset. So kami decide untuk cuba nasib check in terus. Untuk satu malam ni kami duduk di Miller & Carter Brighton. Ambil satu family room dalam inn. Berhimpitlah kita dalam 1 bilik. Kami pilih di sini sebab 1) paling murah untuk satu malam dan 2) parking dia free.

Sesampai bilik aku proses seluar aku, cuci apa yang patut. Sementara solat dan tunggu semua siap, aku sangkut kejap seluar tu kat heater. Masa nak keluar tu masih lembab tapi pakai jela. Itu je seluar yang kami bawa keluar dari kereta. Yang lain semua dalam luggage besar. Stay satu malam ni kami cuma asingkan keperluan saja untuk dibawa keluar kereta.

Untuk ke Brighton Beach kami naik bas, sebab parking di bandar sangat mahal. Kebetulan naik bas hanya dewasa kena bayar. Kalau ada paying adult, up to 4 kids aged up to 19 tak perlu bayar tambang. Oklah.

Terus berhenti di Brighton Pier. Masuk bersiar-siar dalam Brighton Palace Pier yang ada theme park rides. Anak-anak dah paham dah konsep mahal murah, convert duit dan sebagainya. So diorang tak mintak pun nak naik rides apa-apa. Kita cuci mata saja. Alas perut dengan beli donut dekat situ. Pastu berjalan cari food. Nak digelar lunch pun macam dah tak kena sebab dah pukul 4 lebih. Combine la tu lunch and dinner.

Kedai pertama kami jumpa is (of course) kedai kebab. Ayah dah lapar sangat jadi kita layankan jelah. Habis makan tu sambung jalan kat Pantai, tengok sunset.

On the way ke bus stop kami lalu di sebuah bangunan yang architecture dia sangat stand out sebab rupa dia macam masjid. Aku google, it’s the Royal Pavilion rupanya. Yang lebih menarik perhatian aku ialah di perkarangan bangunan tu ada macam shooting filem yang nampak macam big budget, sebab diorang siap tabur fake snow penuh atas tanah untuk create scene.

Aku pun menggoogle lagi, dan penggambaran yang sedang berlangsung adalah untuk siri Netflix, The Sandman Season 2. Sumpah aku tak penah dengar. Tapi teruja gakla sebab aku nampak filming dia. Hihi.

So naik bas dan balik ke bilik. Sebab biliknya hotel, balik dan mandi lepas tu aku dah boleh rilekla ni. Tak perlu masak-masak bagai. Tapi ada kerja yang perlu disiapkan. So menghadap laptop pula. Ayah awal-awal lagi dah setel berdengkur. Bilik ni super sejuk! Heater dia tak membantu!

 


No comments:

Post a Comment