Saturday 17 February 2024

UK Trip 2024 - Day 3: Lake District - Gretna Green, Scotland

12 February 2024

Bangun pukul 5 pagi untuk kerja sikit dan kemudian masak breakfast. Cita-cita besar, hari ni aku masak nasi lemak dengan niat nak jadikan bekal buat perjalanan jauh. Siap bawak daun pandan ye 2 helai dari Malaysia. Masalahnya mak tak reti bajet masak nasi guna santan atas api, berejam nak masak. Lagi-lagi guna api elektrik yang aku tak reti agak panas dia. Tapi yang penting walaupun nasi lemak lembik dan makan dengan telur rebus semata, stok untuk dijadikan bekal tiada ya, sebab anak-anak bedal bertambah-tambah sampai habis.

Kami kemas-kemas dan akhirnya checkout pukul 9 macam tu. Beg yang pecah hari tu kami buang saja, jadi kereta dah muat semula luggage (walaupun terpaksa angkut shopping bag beberapa biji untuk letak barang makanan).

Perjalanan kami hari ini menuju ke Scotland, dengan beberapa stopover dirancang sepanjang perjalanan. Stopover pertama adalah ke Windermere, Lake District yang mengambil masa lebih kurang sejam dari Manchester. Kawasan ni ialah sebuah taman negara yang sangat besar. Sejarah tempat ni bersangkut-paut dengan penulis buku kanak-kanak Beatrix Potter, yang telah mengambil inisiatif sendiri membeli kebanyakan tanah di kawasan ini untuk menghalang ia dibangunkan menjadi bandar. Selepas beberapa lama, usahanya diangkat oleh Kerajaan dan seluruh kawasan ini digazetkan sebagai taman negara yang keindahannya dapat kita nikmati sampai sekarang.

Kalau ke sini musim panas, memang sangat banyak aktiviti. Tapi musim sejuk pun cantik juga. Sesampai di sana kami terserempak dengan 2 orang budak muda Malaysia yang belajar di UK ni yang baru selesai bermalam dalam khemah di tepi tasik dekat sini.Macam manalah sejuk-sejuk tu.

Kami berjalan dalam pekan kecil di situ dan kemudian berjalan ke tepi tasik. Cantik pemandangan, sambil tengok rumah-rumah orang tempatan, bunga-bunga liar di tepi jalan. Di jeti kecil tasik tu, feel dia memang macam jambatan CLOY di Iseltwald tu, tanpa perlu membayar 5 franc satu kepala. Sempatlah kita kerah sorang mat saleh ambilkan gambar family.

Puas meregangkan kaki dekat situ, kita sambung perjalanan ke Scotland dan buat satu lagi stop di Gretna Green pula. Gretna Green ni pekan pertama melepasi sempadan Scotland, dan di UK ni, kalau sebut kita pergi Gretna Green ni akan adala double meaning dia. Konsepnya sama dengan Songkhla di Thailand, iaitu tempat orang pergi kahwin lari. Sebabnya, zaman dulu-dulu, tak ingatlah abad ke-18 atau ke-19 macam tu, anak-anak muda kalau nak kahwin mesti dapat kebenaran ibu bapa. Tapi di Scotland undang-undang tu tak terpakai. So siapa yang nak kahwin tapi tak dapat restu, akan lari ke Gretna Green nilah. Selaku peminat tegar period romance novel, aku memang sedia tahu tentang ni. Tapi kalau nak yang lebih dalam popular culture, ia juga ada disebut dalam Pride & Prejudice bila watak Lydia kahwin lari dengan Mr. Wickham.

Cuaca cantik masa kami sampai sana. Bergambar sikit-sikit, dengan background windmill. Pergi tengok the famous Blacksmith shop, iaitu tukang kahwinkan pengantin-pengantin kahwin lari masa zaman dulu-dulu tu. Masuk souvenir shop dia sikit, siap saksikan ada pengantin baru kahwin dekat situ.

Kemudian kami teruskan perjalanan sampai ke rumah kami di Blackridge, Bathgate. Kotej ni terletak di tengah-tengah antara Glasgow dan Edinburgh untuk mudahkan kami akses kedua-duanya. Sampai di sana cuaca mendung dan dah hampir gelap. Duncan, tuan rumah kami, dah menunggu nak buat house tour. Pantas aje, dan dia tinggalkan kami untuk enjoy rumah dia.

Kami terus unpack apa yang patut sebab akan tinggal di sana 3 malam. Aku pun terus memulakan operasi memasak nasi dan goreng ayam entahlah resipi apa, main campak-campak asalkan ada makanan. Ayam frozen yang kami beli malam semalam, sampai ke Scotland masih frozen ya. Mantap!

Selesai tu, mandi, kemas-kemas dan settle down for the day. Rumah ni cosy, walaupun sejuk tapi sedap-sedap. Baju pun dah basuh satu round. Seronokkk bila takde baju kotor nak bawak balik!

No comments:

Post a Comment