Sunday 18 February 2024

UK Trip 2024 - Day 6: York, Huddersfield

 15 February

Kami akan meninggalkan Scotland hari ni. Aku cuma buat sandwich telur untuk dijadikan bekal. Lepas Subuh kami terus bersiap dan gerak. Makan pun dalam kereta je, sebab perjalanan hari ni jauh. Plan asal kami nak lalu jalan tepi laut, lalu Newcastle. Tapi jalan tu menambah masa lagi sejam daripada masa asal. So lalu jelah highway.

Destinasi kami ialah ke Huddersfield untuk tidur semalam, dengan persinggahan di York. Dari Scotland hanya berhenti sekali di R&R, itu pun ambil masa dalam 3 jam untuk sampai ke York.

Di York kami park di parking space Sainsbury yang ada had masa 2 jam. Jadi apa nak ditengok dalam masa 2 jam itu sajalah. Cantik bandarnya. Bangunan lama-lama, banyak kedai. Orang agak ramai walaupun tengah minggu sebab kebetulan di UK sekarang tengah cuti sekolah half term.

Macam biasa, anak-anak lapar jadi belikan kebab untuk diorang dan bagi diorang setel makan dulu. Lepas tu barulah muka tu jernih sikit. Bergambar sikit. Siap ada Viking festival pula dekat situ, lengkap dengan pakaian dan perkakas diorang. Right before kami gerak balik, jumpa kedai fish n chips yang nampak mesra halal sebab menu dia memang semua seafood sahaja. Aku pergi tanya, dia kata batter dia memang tak guna beer. Jadi kami beli sorang sikit. Sedap! Jadilah, buat alas perut.

Sambung perjalanan ke Huddersfield dan sampai di rumah kami pukul 4.30. Check-in sendiri je. Tuan rumah dah bagi semua detail dalam listing Airbnb dia. Rumah ada 2 bilik, 1 toilet tapi ada sink dapur paling canggih dalam dunia, macam yang iklan selalu naik dalam facebook tu. Adik kemain seronoklah explore segala. Terus rajin dia tolong basuh pinggan hari ni.

Rumah ni ada fireplace. Perkakas dia semua cukup tapi kayu takde. Aku mesej hos dia pasal kayu, langsung dia tak jawab. Rumah dia sejuk, heater semua macam tak berfungsi, bila aku mesej pasal heater pun jawab ala kadar je. Aku malas sikit orang tak mesra alam ni. Bersejuk jelah kami, dengan api tak boleh pasang, heater takde.

Dinner anak-anak masak maggi. Ayam tinggal lagi seketul kami dah malas nak angkut jadi aku marinate je ala kadar, masak dalam oven dia, makan gitu aje. Lepas mandi semua orang berbungkus bawah selimut. Tidurlah. Esok nak sambung perjalanan panjang.

No comments:

Post a Comment