Saturday 17 February 2024

UK Trip 2024 - Day 4: Stirling & Glasgow

13 February 2024

Aku malas nak masak beria untuk breakfast so rebus telur je, buat egg mayo sandwich, dan leftover ayam semalam pun diorang makan dengan roti dan mayo. Oh ya, stok roti, telur, susu dan butter sudah disediakan oleh Duncan, host kami. Sampai-sampai dalam keletihan semalam, tengok barang makanan asas dah ada memang seronok. Appreciate sangat.

Duncan dah nasihatkan kami semalam jangan keluar waktu rush hour sebab akan sangkut jam, so pukul 9 baru kami keluar. Pagi ni kami decide untuk ke Stirling, visit Stirling Castle sebab Kakak teringin nak masuk castle katanya.

Sambil on the way je aku baru aku baru nak research. Rupanya ada satu pass yang boleh kami beli, dipanggil Explorer Pass. Dan Explorer Pass ni kita boleh beli sama ada individu atau untuk family. Macam kami ambil pakej family 2 adult 2 child between 7-15 kalau tak silap umurnya, harganya cuma £70, dan pass ni valid selama 7 hari. Bila dah beli pass ni, entry ke castle semua adalah percuma. Tanpa pass, tiket masuk ke Stirling Castle sahaja untuk family berempat ialah £50. Memandangkan esok kami nak masuk ke Edinburgh Castle pula, yang harga dalam £40, maknanya kami dah pun balik modal. Bayangkan kalau betul-betul guna untuk 7 hari. Memang untung besar. Sehari £10 sahaja seluruh family.

Perjalanan ke Stirling ambil masa dalam 45 minit ke sejam. Sampai di Stirling Castle, tunjukkan Explorer Pass dan tunjuk sekali tiket Stirling Castle yang kita book online (semua ni buat masa on the way tadi je hihi), dan masuk ke dalam. Ngam-ngam pukul 10.30 pagi tu ada free tour pula disediakan. Sebab free, kita join aje. Seronok juga dengar penerangan pasal castle tu, tentang peperangan Scotland dengan England sebab nak tuntut kemerdekaan. Ada sekali kisah-kisah watak filem Braveheart, William Wallace.

Cuaca sangat cantik hari ni. Langit biru, matahari pun keluar, suhu pun sedap-sedap. Seronok bergambar dan stay outdoors. Tak sedar, kami berada dekat sana dalam 2 jam setengah. Agak terkilan sikit sebab masa siang tak panjang. Aku sebenarnya rancang nak pergi sampai ke Loch Lomond dan belah petang nak ke Glasgow.

Elok pulak lepas selesai dekat situ anak-anak dah merungut lapar. Ayah search, ada kedai burger halal dekat bandar Stirling ni, dekat bawah istana ni je. Jadi kami ke sana. Kedainya Smokeys @ 17. Okla, makanan sedap, harga pun not bad. Hujan gerimis sikit masa kami di sana.

Selesai makan kami terpaksa decide apa agenda seterusnya sebab dah pukul 2. Waktu siang dah tak panjang. Jadi nak tak nak kami decide untuk ke Glasgow saja. Satu sebab takut nanti sampai Loch Lomond dah senja, takde apa lagi nak buat. Kedua ialah sebab di Glasgow ada masjid untuk kami solat Zohor Asar.

Perjalanan ke Glasgow ambil masa sejam. Terus ke masjid tumpang solat, kemudian park kereta sekejap merayau di bandar dia. Takde apa sangat pun. Masuk Primark je shopping sikit. Adik dapat baju tidur sebab baju tidur lama dia dah kecil sebenarnya. Dia membesar dengan jayanya sejak beberapa bulan kebelakangan ni. Kami semua beli selipar jepun juga untuk buat pakai dalam rumah sepanjang di UK ni. Kami bawa room slippers dari Malaysia yang kami ambil dari hotel-hotel sebelum ni. Tapi sekejap je lunyai sebab pakai sepanjang masa.

Disebabkan kami prepay parking untuk sejam saja, terkejar-kejarlah kami patah balik ke kereta. Dah senja pun masa tu. Jadi dari Glasgow balik ke Blackridge. Dekat-dekat sampai rumah kami singgah beli telur dengan pisang je untuk masak pagi esok.

Untuk dinner malam ni aku cuma masakkan bihun sup PaMa untuk budak-budak tu. Ayah makan leftover nasi semalam dengan telur. Aku habiskan potato yang beli hari tu, buat baked potato.

Itu sajalah. Tido dalam pukul 9 lebih. Esok sehari lagi di Scotland.

No comments:

Post a Comment