Tuesday 20 February 2024

UK Trip 2024 - Day 9: London

18 February

Sepanjang malam semalam hujan dekat luar, walaupun hujannya hanya gerimis. Jadi pagi ni walaupun bangun Subuh awal dan dah siap masak French toast, kami semua berat bontot betul nak keluar. Aku siap masuk bawah selimut balik dan tidur lagi 40 minit. Pukul 8 baru Ayah menyeru semua suruh bersiap.

So get ready, dalam kul 9 tu kami keluar. Mula-mula ingatkan masih hujan, so aku kata trylah pegi V&A Museum dulu untuk buat aktiviti indoors. Tapi bila keluar tu rupanya dah reda hujannya. So kami naik tube ke King’s Cross sebab adik aku menghasut anak-anak aku suruh pergi tengok terminal Harry Potter. Siap buat video call-lah bagai.

Dah takde hala tuju, Adik ajak tengok stadium lagi. So yang paling dekat dengan lokasi kami ialah stadium Arsenal. Layankan jelah. Walaupun aku ni hangin je sebab dari semalam diorang asyik repeat tempat-tempat yang sama kami dah pergi masa trip 2017 dulu. Sampai di Arsenal tu hujan gerimis pulak. Tapi diorang ni rilek je buat video call dengan cousin-cousin, dok buat virtual tour luar stadium.

Dari situ barulah Ayah ajak ke Borough Market. Kali ni kami naik bas. Walaupun ambil masa lebih lama, aku lebih enjoy sebab nampak dunia luar. Turun dekat area London Bridge, then jalan ke Borough Market tu. Sekali imbas bila sampai tu macam, eh keciknya tempat ni. Pusing-pusing takde apa yang menarik. Semuanya pork pork pork belaka. Kami beli bagel je untuk anak-anak alas perut. Lepas tu cari kedai halal, jumpalah luar sikit dari market tu. Walaupun tak kena dengan citarasa, pergilah juga. Tepu dah aku makan kebab & burger.

Selesai makan tu perjalanan kami bawa kami patah balik ke market walaupun niatnya nak beredar je dari situ. Tetiba masa ni terbuka pulak hijab, ternampak kawasan yang sebelum ni terlepas pandang. Adalah beberapa gerai dekat situ yang halal. Tapi sebab kami baru je setel makan, dah takde hatilah nak beli. Tapi pastu Ayah jumpa Humble Crumble. Aku ni tak penah dengar pasal tempat-tempat makan viral. Tapi sebab ayah merupakan follower Khairul Aming, dia kata Khairul Aming datang London promote kedai ni. Kena beratur panjang pun dia on.  

Line memang panjang, tapi laju. Pekerja dia pun memang ada awek melayu sorang. Aku pergilah tanya-tanya sikit. Pastu sambil Ayah beratur, kami merayaula survey kedai makan. Tapi memang takde hati nak beli. Apple crumble tu kami order sampai 2. And serious memang sedap weh. Combination apple dia, cookie crumble dia dengan custard dia tu memang ishhh… Jenuhla balik KL kang kalau teringat-ingat. Adik awal-awal dah suruh aku cari resipi. Huhuh…

Siap makan semua, Ayah kata dia jumpa ada tempat untuk solat. Kena jalan la sikit dari market tu. Rupanya surau dalam hospital Guy’s ape tah. Kami dah masuk dalam, dah ambil wuduk semua, baru nampak sign kat dalam surau tu kata untuk kegunaan staff dan ahli keluarga patient sahaja. Mintak maaf kami tumpang ya. Terima kasih sediakan kemudahan.

Lepas tu kami menapak sampai ke tepi Sungai Thames, melintas bangunan The Shard. Jalan tepi Sungai tu ke arah Tower Bridge, tapi tak pergi sampai dekat. Just nice untuk ambil gambar je. Pastu patah balik sampai ke Millenium Bridge, bergambar dekat situ. Kaki dah sakit dah ni, jauh berjalan.

Hari pun dah makin petang, and hari ni hari last kami di London. So Ayah ajak cari souvenir. Dia kata kat Camden semalam magnet murah-murah. So kami ke Camden semula. Okla, dapat magnet 14 biji £10. Jalan-jalan sikit kat area situ. Dah tak tau nak ke mana lagi tapi masih terlalu awal untuk balik.

Aku pun ajak cari kawasan orang kaya citer Bridgerton. Kali ni kami naik bas dan memang lalu kat kawasan mahal-mahal. Cantik rumah-rumahnya. Ada beberapa kali yang aku rasa nak ajak turun, tapi aku duduk dengan Kakak, dan kerusi kami jauh dari kerusi Ayah dan Adik. So hanya dapat cuci mata dari atas bas. Lalu kawasan London Zoo dan ada satu taman di depannya yang penuh dengan orang dok lepak atas bukit. Curious sangat aku. Later aku search, rupanya tempat tu Primrose Hill, yang memang jadi tumpuan untuk tengok sunset di atas latar langit London. Melepas kami. Padahal masa lalu tu memang dah nak sunset.

Bas hentikan kami di Marble Arch, tapi monument tu pun ditutup sepenuhnya untuk repair. Kami berjalan ke Grosvenor Square, lalu di kawasan hotel dan rumah mahal-mahal. Sekejap ajelah di situ. Lepas tu kami balik je naik train kat Bond Street. Beli telur je balik tu.

Untuk dinner aku masak nasi, goreng telur sorang sebijik, makan dengan kicap. Marvellous! Telur selebihnya prepare untuk breakfast esok ja. Siap makan, mandi, mengemas dan tidur.


No comments:

Post a Comment