India Day 6
19th February 2015
Kami dijangka tiba ke Shimla
menaiki bas ekspres pada jam 7 pagi. Aku memang tidur nyenyak dalam bas, sebab
kerusi boleh dibaringkan, dan mungkin sebab kami memang keletihan mental dan
fizikal hari ni.
Sedar-sedar, orang bas tengah
kejutkan semua penumpang suruh bangun. Dah sampai. Tengok jam pukul 5.30 pagi. Amboi,
laju betul dia bawak. Turun aje bas, terus merasalah udara sejuk kawasan
pergunungan. Fuuu…
.
Orang-orang teksi dah menunggu,
dan kami minta dibawa ke hotel Honeymoon Inn. Dia minta Rs300, kami tawar minta
kurang, dapatlah Rs250. Sejuk ni, nak tahan lama-lama kat luar pun tak sanggup.
Kami memang dah sedia maklum yang
kereta tak boleh naik ke hotel tu. So gelap-gelap buta tu kami mencanak naik
bukit ke hotel kami. Takdelah tinggi sangat pun, dan ada lampu jalan. So takde hal.
Cuma semputlah sikit. Almaklum, last sekali aku exercise ialah sebelum pergi
England tahun lepas; itu pun sebab seluar aku semua dah tak muat. Kikikki…
Kami sampai awal, jadi belum ada
bilik yang sedia. Katanya memang full house. Jadi kami disuruh duduk di coffee
house, guna wifi dia, aku buat kerja yang patut. Sempat breakfast skali. Sampai
pukul 9 macam tu, finally dapat bilik.
Jalan kaki aje ke Mall Road, The
Ridge. Pergi tengok Christchurch, jalan-jalan di kawasan shopping dia. Beli pakora,
makan sambal berjalan. Di sini aku berani nak beli street food dia, sebab sini
sangat bersih. Udara sangat segar. In fact, smoking is prohibited di kawasan
awam, dan boleh didenda kalau peraturan tu dilanggar.
Lepas tu just jalan-jalan,
shopping. Surprisingly, aku jadi hilang akal shopping kat sini. Specialty sini
ialah shawl dan fabric untuk buat baju Punjabi (which is memang barang yang aku
cari-cari selama ni). Lembut sangat kainnya. Di kedai 1st yang aku
masuk, aku beli 2 pasang, Rs1100. Lepas tu jalan lagi, beli 3 pasang for
Rs1200. Ikut jenisla, ada kain cotton, ada kain wool, ada yang 3 piece suit,
ada yang 2 piece suit. Kalau Rs400 sepasang tu, baru RM24. Memang ok sangatlah
untuk beli. Nak mahal-mahal tak mampulah aku. Di satu lagi kedai aku beli
sepasang, harga Rs250.
Pukul 5 lebih tu kami gerak balik
ke hotel. Maghrib di sini dalam pukul 6.15 petang. Sampai bilik, relax-relax
dulu, sebab kata reception, dinner starts at 8. Mula-mula dalam bilik dah plan
dah nak order apa. Bila sampai ke coffee house di bawah, husband tergoda pulak
dengan buffet selection dia. Dekat sini ayam dia memang tak halal, tapi buffet
dia pulak specialize untuk vegetarian. Hanya ada 2 menu aje yang guna daging. Jadi
memang sesuai sangatlah untuk kami. So, kami pilih nak ambil buffet dinner –
seorang Rs400. Sedap makanan dia. Nasi pulao dia sedap, shahi paneer dia sedap
(aku dah jatuh cinta dengan paneer (soft cheese)!), pasta dia pun ok. Ada a few
desserts, including aiskrim. Okla… kenyang.
Siap makan, kami masuk bilik dan
rehat. Kira-kira duit, upload gambar. Itu ajelah untuk hari ni. Sebab lepak di
Shimla aje, taklah banyak sangat aktiviti.
No comments:
Post a Comment