14th February 2015 –
Day 1
Tidur kami nyenyak, bilik selesa.
Berpatutan sangatlah dengan harga RM 200 untuk 2 malam. Lepas Subuh tu aku
berjaga, hantar khabar berita dekat orang kampung. Di Malaysia dah cerah dah;
India lambat 2 jam setengah daripada kita.
Lepas mandi semua kami pergi
breakfast di restoran hotel. Order paratha dan chai. Paratha tu roti canai la. Selesai
tu kami meneruskan pengembaraan. Memang aku dah kata ini backpackers, jadi kami
gerak sendiri, no tour guide, no pakej. Keluar menapak di area backpackers ni,
memang melihat reality Indialah.
Cubaan pertama aku bercakap Hindi
ialah dengan minta autorickshaw bawakan kami ke India Gate. Merasa beb, naik
auto macam tengok dalam movie. Hihihi. Hati kena berani sebab cara diorang ni
drive memang luar biasa. Sesak, cilok mencilok, hon di sana-sini.
Beberapa kali terjumpa dan
sembang dengan local, bila dengar kami dari Malaysia aje, “Oh yes, Malaysia!
Truly Asia!” Hahaha. Berkesan betul tagline tu. Ambil-ambil gambar sikit di
India Gate, lepas tu kami cari autorickshaw ke destinasi seterusnya. Kali ni
aku usahakan speaking Hindi lebih banyak lagi. Alhamdulillah, diorang faham aku
dan aku faham diorang. Tak sia-sia aku tengok cerita Hindustan sejak umur 9
tahun.
Laju je mamat ni mengayuh,
melainkan bila tersangkut di kesesakan lalulintas beca. Lepas tu asyik stop kat
kedai yang mahal-mahal. Hadap komisyen lah tu! Tak kuasa aku. Aku masuk seminit
dua pastu keluar balik. Truthfully, sesak macam mana pun, aku rasa aku prefer
jalan kaki sendiri sebab senang aku nak berhenti dekat mana-mana kedai. Bila dah
atas beca ni, the act of stopping at a particular shop akan buat kita berada at
a disadvantage sebab orang kedai akan tahu kita berminat dengan kedai dia. Haruslah
dia ketuk harga tinggi. So kami rugi di situ. Aku nak beli rempah, nak beli
gelang, semua tak jadi. Terus jela mengayuh sampai bila check jam, dah sejam
setengah kami atas beca dia. kami suruh dia hantar terus ke Jama Masjid, sebab
kalau ikut dia entah ke mana-mana lagi dia nak bawak. Bila sampai di Jama
Masjid tu berlakunya usaha pertama kami untuk membanteras penipuan di India. Haha.
Dia boleh suruh kami bayar Rs250, sebab lama katanya. No, no, no! Husband aku
tunjuk jam, kata kami naik sejam setengah je. Pastu dia turunkan kepada Rs200,
sebab Rs50 tip katanya. Ah pungkoq hang! Dah bayar gaji kau nak tip-tip pulak.
Aku kata takde, takde. Rs50 setiap setengah jam, jadinya Rs 150. Aku bagi duit
pastu blah. Pastu rasa sungguh berjaya. Hahaha…
Bergambar sikit-sikit. Aku tahu
dari atas bumbung Jama Masjid tu pemandangan cantik, tapi nak kena bayar tiket
asing pula untuk naik atas. Dan kami pun dah lapar. Jadi keluar aje dari masjid
tu. Kami ada dapat tip pasal kedai makan di area situ, dan landmarknya ialah
Pintu 1 Jama Masjid dan Stesen Metro Chawri Bazaar. Tapi kami ditunjuk arah
entah ke mana hala, jalan punye jauh tak jumpa-jumpa. Rupanya yang ditunjuk tu
jalan ke metro dari direction berbeza. Syabas! Aku dah penat. So husband kata
tak payahlah cari kedai tu. Instead kami beli Mango shake di kedai jus, 600 ml
Rs 50. Uiii, sedap beb! Dapatlah buat alas perut. Dan kami terus ke stesen
metro untuk ke Qutb Minar.
Setengah jam perjalanan, harga
tiket Rs 40 untuk 2 orang. Sesaknya subhanallah! Murah punya pasal, hadap je. Sampai
di stesen Qutb Minar, nak kena naik auto pulak ke tapaknye. Jumpalah lagi
pemandu auto putar alam. Janji Rs100 untuk ke Qutb Minar, pastu poyo-poyo kata “I
give you 2 places ma’am, for 1 price. I take you to shopping place.” Dah hagak
dah, mestila kedai mahal. Tapi mengena sikit jaring dia sebab bila tengok baju
budak, husband kata belikan baju untuk Adik kat situ. Mahalla untuk standard
India, sepasang kurta budak 4 tahun Rs350. Tapi kain dia lembut sedap. So fine.
Seronokla mamat tu dapat komisyen dia.
Perjalanan metro ke New Delhi
station lengang. Dapat duduk, Alhamdulillah. Bila sampai sana tu yang
terpinga-pinga tu. Tak tahu mana nak naik jejantas untuk ke Paharganj, area
hotel kami. Pusing sana, pusing sini, last-last cari auto jela. Aku bersyukur
aku boleh cakap Hindi. Dia quote harga Rs70 untuk perjalanan secoet tu balik ke
hotel. Aku cakap hindi, mintak kurang jadi Rs50, dan dia setuju.
Fuh, fuh, fuh! Sampai hotel tu
rasa macam nak sujud syukur sebab we survived the day! Without any help! Cepat-cepat
mandi sebab rasa kotor dan berdebu sangat. Dinner kami makan di hotel saja. Husband
order chicken biryani, aku order paneer paratha. By then aku dah agak confident
cakap hindi, jadi order makanan, siap tanya pasal ayam halal ke tak semua dalam
hindi. Okla. Sedap, senang, murah pun murah.
Balik bilik tu just setel packing
semua, upload gambar. Contact anak-anak. Alhamdulillah. It was great.
Observation aku untuk Day 1 di
Delhi: Sesak. Memang sesak. Kotor pun kotor. Serombong hidung ni penuh dengan
sisa kumbahan sebab asyik menyedut udara berdebu. Tapi takdelah lebih teruk
daripada yang aku bayangkan. Kalau nak kata tepi-tepi dinding hancing, percaya
atau tak, di Italy pun sama aje. Bila lalu terowong bawah tanah untuk cross
jalan, husband aku kata bau busuknya sama aje macam terowong pejalan kaki di
KL. Penipuan memang berleluasa, tapi di Malaysia pun banyak aje kes pemandu
teksi tipu foreigners. Yang buat aku kagum ialah, dalam metro, anak-anak muda
dia laju untuk offer seat diorang kepada orang yang lebih tua. Yang itu takde
di kalangan anak muda kita. Kebolehan cakap English orang diorang pun bagus,
sampai ke pemandu-pemandu rickshaw dan auto. Orang diorang sangat pelbagai dari
segi rupa, dari yang paling hitam sampai ke yang paling putih. Husband aku
orang mistake dia as orang Nepal, sebab memang muka cina-cina semuanya. Dan kebolehan
bercakap bahasa tempatan makes a big difference on how you are treated.
No comments:
Post a Comment