Wednesday 18 February 2015

India: Misi Memburu Shahid Kapoor - Day 3

India Day 3 – Jaipur

Hari ni sehari lagi kami di Jaipur. Janji dengan Rehan hanya pukul 10 jadi santai aje di bilik. Lepas Subuh pukul 6 tu aku terus berjaga, setelkan kerja-kerja yang ada. Pukul 9 kami keluar untuk breakfast di restoran hotel. Berpatutanlah harga; paratha berinti, roti bakar dengan telur dadar, jus, kopi Rs210, sama dengan RM12. Harga makan dia lebih kurang aje dengan Malaysia. Lagi-lagi makan di restoran hotel pulak.

Pukul 10 tu Rehan sampai dan kami mulakan acara hari ini dengan menuju ke Amber Fort. Perjalanan pagi tu sesak sikit, mungkin sebab pagi, orang nak pergi kerja semua. Banyak juga jumpa babi-babi berkeliaran. Hihi. That’s not something we see everyday.

Sampai di Amber Fort, orang dah ramai. Nampaklah gajah-gajah yang jadi pengangkutan untuk naik ke atas. Ramai mat saleh yang gunakan service tu. Tanya pada Rehan, berapa harga untuk naik gajah, Rs950 katanya. Banyak souvenir lain aku boleh beli dengan harga tu. Bukan jauh pun nak menapak. Busuk taik gajah oi! Haha. Nasihat yang boleh aku berikan di sini ialah, stay as far away from the elephant as possible. Jangan sampai dia sembur entah air apa dari dalam belalai dia tu. Pehh… hahah..

Sampai di atas tu, macam biasa, kena beli tiket. Berbulu betul aku tengok beza harga tiket local dengan tiket foreigner. Local kena bayar Rs25 je kot. Foreigner Rs200. Huh! Sakit hatiku! Aku pun macam malas-malas je nak masuk istana lagi. Memang tahu, mesti cantik, dan rugi datang jauh-jauh tapi tak masuk. Tapi demikianlah adanya. Aku malas. So pusing-pusing ambil gambar atas tu, turun balik. Seronoknya tu, kami tak kena kacau dengan tukang jual barang. Sesak nafas aku tengok mat saleh kena hurung dengan diorang. Letak harga bapak mahal pulak tu.
Turun bawah tu Rehan gelak je bila aku kata kami tak masuk. Dia tanya nak pegi mana pulak, so aku ada sebut kata petang nanti nak tengok sunset kat Tiger Fort. Dia nasihatkan kami untuk tak pegi masa tu. Katanya atas tu jadi port untuk budak-budak lelaki muda lepak minum-minum. Dan kalau pergi sunset, nak turun nanti dah gelap sangat. Kalau nak pegi lelaki saja, dia takde masalah, tapi dia tak nak ambil risiko bawak perempuan. So kami decide untuk pegi tengah hari tu.


Dan bila kami lalu jalan untuk ke sana, aku fahamlah concern dia. Jalannya kiri kanan hutan, tak ada lampu. Dia bawa kami berhenti ke satu spot untuk tengok view, kat situ penuh dengan botol-botol arak pecah, puntung rokok. Memang seramla jugak kalau dipikirkan apa yang boleh berlaku kepada seorang wanita yang hanya dilindungi oleh suaminya.

Masa kat situ kami banyak bersembang pasal filem. Tempat-tempat artis shooting filem, artis yang dia pernah jumpa, so lepas tu dia bawa kami tengok satu lokasi dari filem Rang De Basanti lakonan Aamir Khan. Cerita tu memang famous masa keluar sebab dia ada elemen patriotik. Tapi sayangnya aku tak tengok cerita, so scene filem tu aku tak tahu. Tapi takpelah, yang penting pijak bekas tapak kaki Aamir Khan. Kikikiki…

Nak masuk ke Tiger Fort tu kena bayar. Sampai di kaunter aku just mintak “do tiket” maksudnya nak 2 tiket. Orang tu tanya “Indian hai?”, dan aku tiba-tiba jadi jahat dan angguk. Makanya aku dapat harga local. Hahahahahaha… Untuk membuktikan ‘kewarganegaraan’ aku, bila dia tanya “aapko guide chahti?” (Perlu guide tak?) aku pun jawab “nahi, nahi. Nahin chahiye.” (Tak, tak. Tak perlu.) Jadi terbukti aku orang ‘India’. Selamat duit aku Rs60.

Tiger Fort ni kata si Rehan, maharaja masa tu, aku lupa nama dia, bina sebagai rumah gundik. Dia ada 9 gundik, jadi dia bina 9 ‘apartmen’ dalam tu. Di dalam tu ada laluan untuk maharaja pergi dari bilik ke bilik untuk ‘service’ gundiknya. Pergh! Ubat kuat apa agaknya maharaja tu pakai. Kalau jual ubat tu sekarang kat FB atau Instagram, kaya penjualnya!

Dari atas palace tu, view Jaipur tersangat superb! Nampak just about the whole of Jaipur, dengan bumbung-bumbung bandar dia. Berselerak, tapi cantik. I’m so happy to have gotten this opportunity.

Selesai di sana, dia bawa kami pergi semula ke kedai baju semalam, sebab entah camane seluar aku senteng pulak. Jadi diorang alterkan. Sempatlah si Shoaib tu sambung kempen laki aku tempah suit. RM500 untuk full suit, with the best quality material. Aku tahu tergugat juga laki aku tu. Tapi sebab perjalanan masih panjang, nak backpacking bagai. Kalau di Delhi tu mungkin buat juga, sebab boleh tinggal di hotel. Mana nak dapat tempah suit high quality tailor made ikut badan kita, kain bagus semua, dengan upah jahit lagi, harga RM500? Ke Thailand dan Indon mungkinlah. Di Malaysia definitely not.

Selesai di sana, Rehan hantar kami makan di Rainbow Restaurant. Kali ni dia tak nak join, agaknya sebab kedai tu macam up sikit. Aircond semua. Ramai tourist pergi. Kami order biryani telur setengah pinggan, paneer naan 1, dan butter chicken. Sedap beb! Pecah rekod, pertama kali aku makan makanan berkuah ala-ala kari. Sedap aa. Ahahahah… mampos kalau mak aku baca. Selama ni tengok kari aku lari sebatu, tak lalu! Total harga makan dalam Rs800, dalam RM50 la. Butter chicken tu yang mahal, half portion Rs340.

Siap makan aku minta Rehan bawa ke bazaar. Belum beli souvenir lagi ni. Serabut aku. Tapi dia dan husband aku buat janji untuk sejam aje. Alahai. Haha. Sempatlah shopping 2 pasang kain untuk buat Punjabi suit, Rs900. Cantik! Jangan aku tergoda untuk amik for myself sudahla. Jenuh jap gi nak beli apa untuk family yang lain? Semua kedai jual benda yang lebih kurang sama, tapi aku cair dengan kedai tu sebab penjual dia soft spoken aje. Asyik panggil aku “didi, didi”, yang bermaksud kakak tapi dalam bahasa yang sangat manja. Selama ni orang asyik panggil aku ‘mem’, yang bermaksud puan. Yelah mere bhai, aku beli dengan kau.

Husband sempat singgah beli air tebu tepi jalan, Rs10 dengan ais, Rs12 tanpa ais. Aku tak minum sebab bukan peminat air tebu. Tapi husband cakap sedap! Rasanya lain, macam letak limau ke, garam ke entah.  

Last stop kami ialah ke kedai batu permata dan barang kemas. Kami masuk dengan open mind, sebab dah takde aktiviti nak buat. Bila sampai sana, jatuh cinta pula dengan design dia. Batu-batu dia cantik. So pejam-pejam mata, belikan satu untuk anak daraku di rumah. Dia selalu sebut-sebut, nak amulet macam Sofia The First. Harga aku dapat Rs2100, bersamaan RM120. Bertawakallah kepada Allah, kalau dia tipu aku itu dia punya bahagianlah. Tapi according to him, batu-batu ni ada value, dan value dia akan meningkat. Kalau ada datang balik bila-bila, katanya, datang aje ke kedai dia semula untuk check nilai baru batu tu. Aku tembak jugak, kata betul ke ni? Dia tunjuk gambar tuhan dia besar gabak dalam kedai tu. Dia kata dia tak boleh tipu, tuhan dia tengok. Hahaha. Baiklah!

Maka selesai untuk hari tu. Janji dengan Rehan suruh dia jemput kami pagi-pagi esok untuk ke stesen kereta api. Dia bagi kami buku testimonial dia, minta tulis ucapan untuk dia untuk tourist akan datang tengok. Dia suruh tulis dalam Bahasa Melayu kita. Dalam English dah banyak katanya.


Masa tu baru pukul 5.30, tapi that’s it for the day. Aku pun belum berani lagi nak keluar malam-malam. Nak ke mana pun tak tahu. So melangut tengok Hindustan di TV, menghadap computer. Dinner pun tak makan. Sekali sehari sudahlah. Jimat duit, jaga perut. Ahhaha…

4 comments:

  1. Mama kata lepas ni dia masak kari kau tak makan, siap.

    ReplyDelete
  2. Mama kata lepas ni dia masak kari kau tak makan, siap.

    ReplyDelete
  3. haha... cite kat mak juga makan kari.... !

    ReplyDelete
  4. kikikikiki.... jangan kecik hati mak-mak ku... nanti kita cari resipi butter chicken ek! haha...

    ReplyDelete