Thursday 19 February 2015

India: Misi Memburu Shahid Kapoor - Day 4

India Day 4

17th February 2015

Hari ni kami akan meninggalkan Jaipur untuk ke Agra. Train kami, Jaipur Agra Shatabdi, jam 7.05 pagi dari Jaipur Junction. Kami bangun pukul 5, bersiap, tunggu Subuh, dan check out. Rehan dah menunggu kami depan hotel. Kami bayar dia seikhlas hati Rs160 untuk perjalanan ke train station.

Sementara menunggu train sampai, sempat berkenalan dengan sorang warga Rusia, Dimitri. Dia yang tiba-tiba datang dekat kami dan tanya, “U Malaysian?”. Katanya dia pernah ke Malaysia a few times. Dia travel solo aje, dan tengah mengembara ke seluruh India selama 5 minggu. Bestnya!

Bila train sampai kami pisah, sebab dia gerabak 2, kami gerabak 3. Perjalanan pun ok, sekejap aje. 3 jam setengah. Aku ambil peluang menaip apa yang patut dalam train, makan breakfast yang disediakan, dan tidur.

Makin dekat nak sampai ke Agra, boleh nampak pemandangan di luar makan serabut, makin kotor, makin sesak. Train kami sampai di stesen Agra Fort setengah jam lambat daripada yang dijangkakan. Seperti dijanjikan oleh pihak hotel, dah ada orang menunggu kami untuk bawa ke hotel. Nadim namanya. Kami tinggal di Maya Hotel & Restaurant. Kami dapat harga kurang daripada RM90 semalam.

Masuk-masuk aje kereta dia terus kempen dekat kami untuk bawa ke Fatehpur Sikri. Ya, memang tempat tu dalam perancangan kami, dan memang kami cadang nak tanya hotel the best way to get there, sebab it is about 1 hour away. Mamat tu quote harga Rs2200. Kami bincang-bincang, entah, rasa macam terpaksa ke camane entah. Tawar-tawar sikit, dia cuma bagi turun sampai Rs2000. Elok aku dan suami agree aje dengan dia, ada 1 couple Melayu masuk ke hotel tu. Diorang terus ajak kami ke Fatehpur Sikri sekali, diorang nak naik bas. Aduh, terkilan aku masa tu. Tapi dah buat janji dengan Nadim tu, takkan nak patah balik.

Lepas simpan barang dalam bilik, kami terus keluar. Driver lain yang drive kami ke Fatehpur Sikri. Dia tak berapa fasih Bahasa Inggeris, jadi aku ajelah yang layan dia bersembang dalam Hindi. Dia ceritalah yang tempat tu ialah tempat penggambaran filem Pardes (yang memang aku tahu). Dari dalam kereta lagi dia dah kempen kata kat sana nanti better ambil guide, harga Rs750lah, begitu begini. Aku kata tengoklah dulu. Dan bila sampai aje sana, memang betullah dah ada ulat-ulat menunggu. Aku mengamuk juga dengan driver tu. Dia hantar kami bapak punya jauh dari bangunan Fatehpur Sikri tu. 1.5 km away. Pastu nak suruh naik kereta guide, bayar Rs750. Aku kata kat dia, janji bayar Rs2000 datang sini tiba-tiba putar alam. Sampai ke sudah aku tak ambil guide tu. Rela lagi aku jalan kaki. Tak jauh pun sebenarnya, sebab bila sampai dalam ada feeder bus, Rs10 seorang. Yang itu aku naiklah.

Entrance fee ke Sikri (istana) ialah Rs260 seorang. Entrance ke Fatehpur (masjid) free. Masuklah kami ke dalam. Sibuk orang ikut-ikut kami, tanya nak guide ke. Takyahler. Kalau aku nak tahu banyak-banyak nanti aku Google. Sekarang ni aku nak ambil gambar je. Dan nak pijak bekas tapak kaki Shah Rukh Khan. Hahah.

Masuk ke Fatehpur kena buka kasut, jadi kami pegang aje kasut. Ramai budak-budak kecik yang datang mengimpit nak jadi guide kononnya, nak tolong simpankan kasutlah bagai. Aku teringat cerita Slumdog Millionaire. Kesian, tapi at the same time sangat berhati-hati sebab diorang sangat cilik. Japgi disonglapnya harta benda aku. 

Selesai tu kami balik. Belek-belek souvenir, tapi entah, hati tak rasa nak beli.

Driver kami tu tak habis lagi berceramah kat aku sebab tak dengar cakap dia. Kata rugilah tak ambil guide, datang jauh-jauh tapi tak tahu cerita. Dia kata dia Muslim, takkan dia nak tipu sesame Muslimlah. Eloklah tu, aku seorang jelah kena ceramah sebab laki aku tak paham. Tak aci!

Sepanjang jalan pergi dan balik dari Fatehpur Sikri tu kami lalu banyak kebun sarson, iaitu bunga kuning dalam cerita Dilwale Dulhania Le Jayenge tu. Aku mintak pakcik tu berhenti dekat satu kebun, usaha kami meredah masuk dalam untuk ambil gambar. Hihihi. Alhamdulillah, dapat jugak. Rezeki. Jadi aku akan pejam mata dengan Rs2000 yang aku bayar untuk perjalanan ni, sebab gambar Dilwale tu mahal harganya. Semua kenalan yang pernah datang semua stress sebab diorang tak pernah berkesempatan. Itulah hikmahnya kena kencing sikit tadi. Hahaha.

Kami mintak balik ke hotel dulu sebab nak kena solat. 15 minit aje, terus keluar balik. Kali ni Nadim tu dah join semula, jadi guide kami. First sekali dia bawa kami tengok Agra Fort dari luar. Sebab aku kedekut nak bayar entrance fee, dan sebab aku kejar masa nak shopping souvenir. Lepas tu ke Mehtab Bagh; taman di belakang Taj Mahal, di seberang Sungai Yamuna. Of course kami pergi ke tempat yang tak berbayar. Viewnya same aje. Pemandangan agak tak menarik sebab Agra berjerebu.
Tengah-tengah dok sibuk nak selfie bagai dengan husband, kami ditegur oleh seoran
g aunty India. Memang dari awal aku perasan dia perhatikan kami. Aunty tu tanya “Where are you from?” so kami jawablah Malaysia. Rupanya dia pun India Malaysia, dari JB. Aunty Prema dan Uncle Singam. Seronok kami bersembang, siap ambil-ambil gambar sama-sama. Kelakar dengar dia cerita, “I told my husband I must see Taj Mahal at least once before I drop dead!” Dan “Eating is so difficult for us, because my husband very fussy about food. I bring so many Maggi for him because he don’t like Indian food. He’s looking for nasi lemak.” Ok, yang tu kelakar gila. Sapalah nak sangka orang India tak suka makanan India.

Selesai dekat sana, kami minta Nadim bawa kami shopping. Aku mencari market, bazaar atau seangkatan dengannya. Tapi yang buat aku bapak annoyed ialah orang-orang ni degil betul. Sibuk hantar aku masuk kedai-kedai souvenir yang clearly mahal. Dua tiga kedai kami nak kena berbahasa, masuk terpaksa. Last-last sebab aku takut tak sempat beli apa-apa langsung, aku pejam mata juga beli fridge magnet dengan total harga Rs850 untuk 9 biji. 3 marble dan 6 besi. Redha jelah.

Far right, Aunty Prema & Uncle Singam
Lepas tu aku terus tak nak pergi mana dah. Nak balik bilik. 7 lebih dah pun. Masa tu lagi sekali aku hangin, bila aku tanya dia esok janji macam mana. Sebab masa nak kempen suruh kami bayar Rs2000 tu, dia kata esok ke Taj Mahal dia bawak, lepas tu dia hantarkan ke train station. Tapi bila tanya esok macam mana, dia kata Taj Mahal dekat aje, boleh jalan kaki sendiri 5 minit. Station? Oh, naik auto Rs100 je. Ewah! Husband aku tegur jugak, kata tadi dia nak hantarkan. Dia kata, oh kalau dia takde customer lain dia akan datang. Kalau tidak kena pergi sendiri. Pungkoq hang! Aku tau dahla esok dia akan ada ke tidak. Huh!

Masuk bilik mandi-mandi semua, kami makan di restoran hotel je. Service agak lambat, aku sampai dah mengantuk. Food pun tak sesedap di Jaipur.

Entahlah, secara keseluruhannya, aura Agra ni tak serasi dengan aku. Orang-orang dia menjengkelkan, bandar dia sesak, hotel kami tak best. Kalau bukan sebab Taj Mahal dan peluang bergambar dalam kebun bunga tu, aku mesti akan sangat kesal belanja duit di sini.

Perkara yang paling aku dah meluat dengar ialah, “I am also Muslim ma’am. We Muslim with Muslim, we never cheat. Allah can see.” Ayat standard. Pastu bapak punya menipu. Nak kempen suruh orang masuk kedai dia beli souvenir pun nak kena guna ayat I am Muslim. Apa kena-mengena? Kalau kedai Hindu kena samak dulu ke fridge magnetnya? Bab ni aku memang cukup meluat dengan orang Islam sini. Aku rasa diorang hipokrit. Itu pendapat aku. Nak judge aku, sila judge sendiri-sendiri. Tak payah komen, aku tak nak tahu.

Ha, kan emo kejap. K bye.

No comments:

Post a Comment