Julai hari tu, lepas je balik dari Rusia, kami
terus mencari-cari destinasi baru, selayaknya perangai sepasang penagih travel.
So seperti biasa, kriteria pembelian ialah “Murah”. Dan antara tiket murah yang
kami jumpa ialah tiket ke Finland dan Barcelona. Lepas perbincangan panjang
lebar suami isteri, kami decide untuk beli tiket ke Barcelona. Promo Qatar
Airways, return tiket seorang dalam RM2100. Untuk international travel, harga itu
ialah murah, especially ke tempat yang kurang popular (as opposed to Paris,
London dsbnya).
Dan hari ini, Tarikh yang dinanti-nanti sudah
pun tiba. Kami memang plan la untuk pergi time raya cina sebab anak-anak dah
sah-sah cuti panjang, ditambah dengan cuti Hari Wilayah lagi. Husband pun akan
jimat annual leave.
30th/31st Jan 2019
Perjalanan bermula dari rumah jam 10.30 malam,
husband minta kawan dia yang buat Grab untuk hantar kami ke KLIA. Flight pukul
2.15 pagi. Proses check in semua lancar, jadi bila selesai sampai di gate,
masih berbaki sejam setengah. Lepak la dulu, aku sempat uruskan kerja sikit. Boarding
dalam pukul 1 lebih. Flight penuh! Tapi memang aku dah expect, sebab it’s the
start of a long holiday.

Masa check in flight hari tu aku nampak flight
ni macam kosong. Syokla sebab dengan harapan ada kerusi kosong untuk berlunjur
kaki. Tengok-tengok penuh jugak. Sebab kami berempat dan tempat duduk dia
tiga-tiga, kami duduk dua-dua. So aku terpaksalah duduk dengan pakcik Spanish
mane tah sepanjang jalan. Habis tak bebas aku nak terbongkang. Uncomfortable la
jugak, lagi-lagi flight ni seat dia lebih sempit daripada flight awal tadi.
Yang penting anak-anak dapat tidur. Si Kakak cam biasa dengan mabuk dia. Dekat nak
sampai tu dia muntah 1 round. Sempat la ditampung dalam beg muntah dan berlari
ke toilet. Ish ish.
Akhirnya sampai di Barcelona pukul 2 petang
waktu sana. Pantas je setelkan imigresen dan collect baggage. Dan pantas juga
meninggalkan airport. Kami decide untuk naik teksi je ke apartment kami di La
Ramblas. Sebab apa, dahla beg besar, nak mengheret anak-anak lagi. Kalau naik
train pun sorang dah dekat EUR 6 harga dia. Tambah sikit je lagi, terus dapat
selesa sampai ke hotel. Pejam mata jelah. Total harga teksi EUR 33 sebab dia caj sekali masuk luggage dalam boot. Driver kami
Morroccan Muslim. Dia nak bercerita banyak dengan kami, masalahnya English dia
limited. So ala kadar jelah sembangnya.


Dari sana baru kami dapat Google for halal
food. Jumpa kedai Wild Beef jual burger halal. Beli 3 burger untuk makan 4
orang kami. Tak larat nak habis beb! Burger dia besar, dan harga murah kalau
ikut duit sana. Total 3 bijik burger tu dalam EUR 18. Okla bagi aku, sebab
besar. Sebab kalau kat Malaysia nak dapat burger besar dan sedap memang bukan
RM6 la harga dia kan?

No comments:
Post a Comment