8 Februari 2019
Bangun Subuh dalam pukul 6.45 tu terus turun
memasak breakfast. Buat French toast untuk anak-anak dan cucur Adabi letak ubi
untuk kami. Ibu cemerlang sangat aku bila travel ni. Tak pernah lagi dalam
sejarah bangun pagi-pagi buta masak beria untuk breakfast kalau kat rumah. Paling
rajin pun kukus pau atau goreng roti boom je. Weekend lagilah, ke mamak je
terus. Kahkah.
Sambil tu husband kejut anak-anak, dan kemas
beg semua. Kami 1 malam je di Granada ni, dan akan bertolak ke Malaga hari ni. Tapi
takdelah nak gerak awal-awal sangat, sebab bukan ada apa pun Malaga tu. Kami pilih
untuk ke sana sebab flight dari sana yang termurah untuk balik ke Barcelona,
dan jarak ke Malaga pun cuma sejam setengah drive.
Lepas siap kemas dan makan breakfast, dalam
pukul 8.30 kami keluar. Pergi jumpa dengan brader reception apartment tu, buat
muka kesian sikit. Cakap kata kami dah check out dari apartment tu dan beg-beg
dah letak dalam kereta. Cuma kami nak keluar dari parking je lambat sikit. Maklumlah,
parking ni berbayar, EUR 15 setiap 24 jam. Nasib baik dia kata kami boleh
keluar pukul 12.
So kami terus menapak ke Sacromonte dan Albaicin.
Dua tempat ni berada di atas bukit dan menghadap ke Alhambra. Aku tahu pasal
tempat-tempat ni daripada novel yang aku baru baca beberapa bulan lepas, yang
berlatarbelakangkan tempat tu. Rumah-rumah dekat sana diukir dalam bukit dan dipanggil
cave houses. Kebanyakan orang yang tinggal di sana 100 tahun lepas adalah
daripada golongan gipsi. Sekarang ni tempat tu dah akan kosong dan banyak rumah
dah ditinggalkan.


Aku kata impak dalam Alhambra tu tak sampai ke jiwa bukanlah sebab aku ni hati kering. Tapi sebab dalam bangunan tu sendiri kosong. Aku tak boleh nak bayangkan gaya hidup orang dulu-dulu. Bila dia tulis kata bilik tu bilik tidur pun takde katilnya untuk aku bayangkan. Bila dia kata bilik persidangan, takde dia cipta semula situasi zaman tu dengan meja meeting dia untuk aku berangan. Jangankan kata perabot, lukisan atau diagram pun takde. Aku ni manusia visual, nak kena tengok baru faham. Berbezalah dengan masa aku masuk ke Versailles, istana di Perancis dulu, setiap ruang dia lengkap dengan perabot, langsir, bantal, kusyen, sampai ke sikat dan cermin pun dia letak. Masa tu memang sampai ke jiwa. Kali ni pergi setakat tenung ukiran di dinding jelah. Dan aku bukannya faham seni architecture ni. Itulah maksud aku dengan "tak sampai ke jiwa".
Anyway, Perjalanan ke Malaga straight forward je, masuk
highway Autovia. Dan dari Madrid ke Cordoba ke Seville ke Granada ke Malaga
semuanya takde tol. Kalau drive dari Barcelona ke Madrid baru kena tol. So
untung jugaklah kami. Tapi baru drive dalam setengah jam, aku dan husband
dua-dua mengantuk. Jadi kami exit highway dulu cari kawasan boleh parking dan
tidur sekejap. Anak-anak kat belakang memang dah terbongkang dah. 10 minit
jelah berentinya, lepas tu sambung drive balik.

Masjid Malaga adalah dalam 10 minit jalan kaki
dari situ. Lepas solat terus keluar merayau. Terus-terang memang kami dah takde
mood nak sightseeing. Anak-anak lapar so Google kedai makan halal, jumpa kedai
pizza. Kami beli pizza large 1 dan 1 pinggan sheesh tawook dengan nasi. Besar alam
pizza dia, memang kenyang semua orang. Dan itulah meal paling murah kami makan
sepanjang trip ni; dalam EUR 17.

Sambung merayau lepas tu, pergi ke central area
Malaga. Niat nak cari fridge magnet je. Meriah jugaklah center tu, ada cathedral
besar, banyak kedai makan dan orang makan di luar, pemuzik jalanan, hiasan
lampu-lampu. Banyak kedai untuk shopping. Kami masuk satu dua kedai tapi takde
jumpa apa-apa berkenan. Bila hari mula gelap, kami pun jalan balik.
Sampai di rumah tu lepas dah siap kemas pun tak rasa happy. Aku tak
nafi condition rumah tu yang kotor masa kami sampai memainkan peranan besar
dalam membentuk perasaan ni. Ada bau yang tak sedap dalam rumah tu, bila
husband dan anak aku buka peti ais diorang kata bau busuk (aku langsung tak
bukaklah lepas tu. Tak sanggup). Lantainya berminyak. Toiletnya pecah-pecah,
dan malap. Ada ruang dapur kecil tapi takde singki jadi basuh membasuh pinggan
semua kena buat dalam toilet. Dan takde heater. Aduh, serba tak kenalah aku
rasa. Nasib baiklah untuk satu malam je dan pagi-pagi buta esok dah kena
keluar. Dan the highlight of the disaster ialah, bila mandi, shower area dah bertakung
dan airnya tak surut-surut. Longkangnya sumbat agaknya. Masuk orang keempat mandi, dah tinggal 1 cm lagi
air nak keluar membanjiri seluruh lantai toilet. Dah kena mandi dalam air banjir
bekas air mandi diorang. Serabut betul aku. Nasib baiklah cecair daripada anak dan laki sendiri.
Kalau tau macam ni, baik aku cari hostel atau
budget hotel. Ada dapur pun in the end aku geli nak guna. Memang susahla aku
nak bagi good review kat dia ni. Anak-anak pun kemain complain tak boleh tidur,
cadar dan sarung bantal bau hapak. Aduh duh.
Kami packing je semua barang siap-siap,
anak-anak dah tidur atas katil sofa. Tidur je cepat-cepat supaya siang cepat sampai.
No comments:
Post a Comment