2 February 2019
Pagi ni kami akan berangkat ke Madrid dari
Barcelona menaiki bas. Bas kami pukul 7 pagi. Pukul 4 pagi aku dah terjaga
sebab gelisah takut terlajak tidur. Terus bangun uruskan apa yang patut. Prepare
breakfast dan bekal, husband uruskan packing beg. Kejutkan anak-anak.
Untuk ke Madrid ni ada banyak pilihan transport,
antaranya train dan bas. Tapi satu yang mengejutkan kami masa proses planning
trip ni ialah public transport di Spain jauh lebih mahal berbanding
bandar-bandar Europe lain yang pernah kami pergi sebelum ni, macam Holland, France,
England semua. Train lebih laju dan cepat sampai, tapi harga untuk 1 way
mencecah RM1000 untuk 1 family kami. Bas ialah option yang lebih murah,
walaupun taklah murah sangat. Tiket yang kami beli ni EUR35 adult, EUR25 kids, bersamaan
lebih kurang RM600.
Kalau nak lebih jimat, kami boleh je ambil
night bus sebab perjalanan dia ambil masa 8 jam, jadi kami boleh tidur dalam
bas dan jimat duit hotel. Tapi aku kenal anak-anak aku, dan aku tahu bila kami
travel macam ni, jet lag membuatkan diorang segar awal pagi, tapi susah nak
berjaga sampai lewat malam. So the safer choice is to take an early morning bus
walaupun kami rugi masa siang di Madrid.

Pukul 9 ada berhenti rehat 15 minit, kami duduk
makan dan ke toilet. Sambung perjalanan, pukul 11 berhenti di Zaragoza untuk
drop dan pick up penumpang. Sambung lagi perjalanan, berhenti rehat pukul 1
selama 15 minit lagi, dan akhirnya sampai di Madrid pukul 3. Sama macam trip
kami ke Italy dulu, tour bus kami akan berhenti setiap 2 jam sebab itu rule untuk
bas di sana; driver mesti berhenti setiap 2 jam untuk rehat.


Kami tinggal di Aparthotel G3-Galeon, dekat dengan
station Metro Tetuan. Kali ni pun kami ambil apartmen yang boleh masak. Ada 1
bilik dengan katil double untuk kami, dan sofa bed di ruang tamu untuk
anak-anak. Oklah, tak sebesar rumah di Barcelona, tapi selesa. Balkoni dia
punyalah besar. Masalahnya Madrid ni jauhhhh lebih sejuk daripada Barcelona,
jadi memang aku tak jejaklah balkoni tu.
Masuk bilik, solat dan freshen up, dan kami
keluar semula dalam pukul 5. Terus ke Puerta del Sol, Kawasan city center. Niat
nak bergambar-gambar, tengok-tengak rakyat diorang ada perhimpunan demonstrasi
apetah dekat sana, bawak sepanduk “Democracia” banyak-banyak. Serabut aku. Terus
masuk shopping kat Primark (cewah, alasan tu).
Aku memborong souvenir untuk anak-anak nan
ramai di rumah tu je, dan baju untuk anak-anak sendiri. Pukul 8 tu keluar, dan
pergi makan di kedai arab Al-Quds, dekat belakang kedai Real Madrid yang betul-betul
seberang jalan daripada Primark. Okla food dia. Kena dalam EUR 28.
Lepas tu terus balik je. Sejuknya melampau.
Kami agak ill-prepared. Aku bawak jaket sikit-sikit je, dan takdelah
tebal-tebal sangat. Menyesal pun ada. Niat nak beli dekat sini pun, takde yang
berkenan. Malang nasib.
Sampai di bilik terus mandi-mandi dan tidur je.
Kepenatan. Ni paling lambatlah kami settle down, pukul 10 macam tu. Biasanya pukul
8 dah hanyut.
No comments:
Post a Comment