Thursday 7 February 2019

Spanish Exploration 2019 - Madrid to Cordoba Day 5


6 Februari 2019

Bangun Subuh pukul 6.45 tu, terus bangun. Belek laptop dulu sampai 7 lebih, baru start packing. Kami akan meninggalkan Madrid hari ni, dan meneruskan perjalanan ke Cordoba. Kali ni kami akan drive sendiri. Kami dah sewa kereta untuk 5 hari, dan hari ni kami akan pergi ambil kereta di train station Madrid pukul 10.

Lepas bersiap dan breakfast ala kadar, kami check out dalam pukul 9.30 dan naik metro ke stesen Atocha Renfe. Terpinga-pinga sekejap mencari office car rental, tapi lepas tu jumpala. Kami sewa kereta daripada Thrifty, dengan harga dalam EUR 115 untuk 5 hari. Oklah, semuanya nampak macam lancar. Kami dibawa ke kereta kami menaiki shuttle van ke tempat parking kereta sewa tak jauh dari stesen kereta api tu.

Tapi bila sampai je dekat sana, kereta yang diberi dekat kami tu bootnya kecik sangat. Kami memang dah sediakala book kereta yang boleh masuk 2 large luggage. Tapi kereta ni cuma boleh muat satu. Hati aku dah panas. Bila panggil officer tu, cara dia cakap macam kami yang salah bawa beg besar. Masalahnya kami memang tahu kami akan bawak beg besar, sebab tu kami pilih kereta yang tulis capacity bag 2 luggage.

Dan typical of orang yang mudah lepas tangan dan hanya nampak untung, jalan penyelesaian yang dia boleh bagi ialah, “You can take a bigger car but you have to pay more.” Begitulah sebenarnya permainannya, kan? Aku nak bising lama-lama kat laki aku pun, masalah kami tetap takkan selesai. Hotel semua dah book untuk agenda seterusnya, nak tak nak kami kena gerak. Orang tu pulak kata kami kena tambah EUR 150. Eh, panas betul hati aku. Sedangkan sewaan asal hanya EUR 115, tiba-tiba nak add sampai more than double. Apakan dayakan? Husband aku pun dah malas nak layan.

Kami proceed dengan cadangan dia. Dapat kereta Audi apa tah. Selesai tu kami terus je gerak dari situ. terus menghala ke Cordoba. Stop dekat stesen minyak je untuk anak-anak pergi toilet.


Perjalanan ke Cordoba dari Madrid ambil masa 3 jam 30 minit. Kiri kanan jalan penuh dengan pokok zaitun. Untuk orang yang first time datang ni memang excited la kan? Tapi untuk orang diorang agaknya sama lah mengantuk drive macam kita drive nampak pokok kelapa sawit. Heheh. Anak-anak dah terbongkang dekat belakang, which is good supaya diorang recharge energy diorang.

Kami akhirnya sampai di Cordoba dalam pukul 4 petang. Landscape bandar tu memang lain; bangunan lama-lama, banyak feel Morocco. Dari awal lagi kami dah bermesej dengan tuan rumah yang kami akan tinggal ni, jadi dia dah tunggu kami dalam kereta dekat tepi jalan untuk lead kami ke rumah dia. Kami pilih apartmen yang ada dapur dan parking. Masalah cuma satu je, dia langsung tak boleh cakap English. Selama ni dia mesej dalam Spanish, kami translate di google translate dulu, baru reply dia balik dalam English. Dia pun nak faham kami dia google translate ke bahasa dia. So agak ayam dan itiklah jugak. Husband dia bolehlah sikit-sikit English.

Kami park kereta di bawah bangunan, dan biar je dekat situ sampai nak check out nanti. Bandar ni memang sesuai untuk jalan kaki je. Rumah kami ni okay, ada 1 bilik, dalam bilik ada 1 katil double dan 1 katil single. Kami rapatkan katil je, tidur berhimpit malam ni. Facilities dia ok, cukup, tapi mungkin agak blur sikit sebab takde instructions. Apa yang dia explain kat kami pun entah paham tak paham je. Yang penting ada washing machine, memang aku basuh kainlah! Penting woo ada mesin basuh baju ni. Ibu-ibu je tahu betapa seksanya lepas balik travel nak uruskan laundry. Sebab tu kalau tengah travel dah boleh basuh sikit-sikit, memang lega banyak hidup.

Selesai solat dan freshen up, kami keluar. Tapi masa tu pun dah pukul 5 lebih, dan semua attractions dia tutup pukul 6. Agak malang, especially since kami kena keluar awal esok untuk sampai ke Sevilla. So petang ni kami cuma jalan-jalan sekitar Mezquita dan ke Roman Bridge. Makin petang dah makin sejuk. Masa kami sampai tadi suhu dalam 17 darjah.

Time Maghrib tu kami ke kedai makan halal; Restaurante Damasquino. Order makanan typical kalau pergi kedai Arab; shish tawook, hummus, roti arab dengan cheese, dan moussaka. Order banana milkshake dan air lemon mint. Total harga EUR49. Kalau ikut currecy diorang, standard la harga. Macam kita pun kalau pergi makan di kedai satu family, RM50 tak lari kan. So paham-paham jelah. Yang penting kenyang, balik boleh terus tidur. Hehe.

Niat nak berjalan sikit lagi, melihat suasana malam. Tapi sebab siang tadi cuaca panas, kami pakai tak tebal. Bila dah malam ni sejuknya mencengkam pulak. Terpaksa balik jugak.

Sampai di bilik, nak mandi pun mencabar. Heater air panas dia dekat dapur, dan bila bukak air, api menyala-nyala dari dalam kotak heater tu, seram aku tengok. Lantai rumah pun kemain sejuk. Tapi setakat ni semua rumah yang kami duduk macam tu. Takde pun yang letak karpet.

Pukul 10 tu kerah anak-anak suruh tidur. Akulah paling lambat tidur, menunggu kain siap basuh dalam mesin. Nak sidai kain pun kena kreatif sebab takde ampaian. So kena susun atas kerusi meja makan, letak keliling heater. Hidup ini perlu invoatif. 

Esok jangkaannya pagi akan kelam kabut sebab kami hanya sehari di sini. Haihhh…

No comments:

Post a Comment