Wednesday, 19 September 2018

Couple's Trip 2018: World Cup Russia, Abu Dhabi - KL - Day 8


25 June 2018

Flight balik kami pukul 10 lebih pagi, jadi dalam pukul 7 lebih tu kami dah keluar walaupun kami dah sediakala memang dalam airport. Dah terbiasa awal, sebab fobia kena tinggal kapal terbang AirAsia kan. Haha.

So disebabkan gate mana kami kena pergi pun boleh ditentukan lagi, kami lepak dulu dengan area tempat makan, aku sempat kerja sikit, makan breakfast, kami balun sekali cheesecake yang kami beli smalam. Oh lazatnya!

Pukul 9 lebih baru tahu gate kami, jadi berjalan ke sana. Kali ni pun kami dapat tempat asing-asing lagi. Flight pulak kemain penuh lagi. Aku dapat tempat sebelah seorang pakcik dari Malaysia. Bila aku mintak nak tukar, dia kata keliling dia tu semua ahli keluarga dia, so dia tak nak. Husband aku pun tak dapat mintak tukar seat dengan orang sebelah dia sebab semua couple. Jadi redhalah kami berpisah lagi.

Dalam flight takde apa, layan movie, tidur dan makan. Bila tengok pakcik sebelah aku ni macam kesian pun ya. Kata duduk sebelah family, tapi takde orang pun layan dia. Terkial-kial dia tak tahu guna skrin TV, kat mana nak cucuk headphone, so sikit-sikit aku tolong la dia jugak. Tidur dua-tiga round, tengok 2 movie. Bila dah dekat nak sampai barulah bersembang dengan pakcik.

Dia balik dari London rupanya. Sebulan dekat sana dengan family. Sempat puasa dan raya dekat sana. Katanya meneman somebody dalam family dia yang kematian ahli keluarga. Takde hati nak raya di Malaysia katanya, masih berkabung dan bersedih. So pegi raya di London dengan sedara lain. Diorang asal dari Sarawak.

Lepas Panjang salasilah dia barulah dia tanya cerita aku pulak. Excited dia bila dapat tahu aku dari Russia tengok World Cup. Macam-macam dia tanya. Aku layankanlah.

Sampai di Malaysia akhirnya jam 10 malam macam tu.

Tamatlah sudah kisah Russia kami. Insyallah World Cup akan datang kita pergi lagi. Eh!

1 comment:

  1. Hi menarik content. lets blogwalking and click ads. done follow u, follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/ .thanks

    ReplyDelete