
Tepat pada masanya kami sampai di Birmingham. Kawan aku yang
tinggal di sini dah pun bagitahu yang cuaca di sini jauh lebih sejuk daripada
London. Memang betullah. Tunggu dia jemput kami, dan balik ke rumah dia. Comel je
rumahnya, 1 bilik, a good sized living room, nice kitchen, 1 toilet. So sepanjang
di sini kami akan tidur di ruang tamu.

Anyway, kami teruskan perjalanan ke sana, yang mengambil
masa sekitar 45 minit. Tempatnya cantik, tapi tak besar mana. Setakat jalan-jalan
sikit-sikit, tengok-tengok barang. Beli dessert harga £1 untuk makan tepi
sungai sambil sembang-sembang. By pukul 5 lebih tu kami gerak balik.





Singgah di kawasan Islam yang dimonopoli oleh warga
India/Pakistan/Arab di Birmingham sebab kawan aku nak beli daging. Syok jugak
tengok area tu, senang sungguh nak cari makanan halal. Murah pun murah. Kalau kita
kerja di sini dan dibayar gaji dalam duit sini memang kenyanglah. 3 ekor ayam
besar harga £7. Kalau kita di KL, silap-silap RM7 sekilo. Nampak tak perbezaan
kos sara hidup di situ?

Lepas tu terus balik. Settle down for the night, mandi,
solat, tengok TV. Sampai dalam pukul 11, tidur. Sejuknya ya rabbi. Rumah kawan
aku ni dia tak pasang heater, sebab kos memasang heater sangat tinggi. Jadi berharap
pada baju-baju sejuk dan selimut jelah. Brrrr… good night!
p/s: Berdoa dan terus berdoa. Semoga Allah menunjukkan
hikmah daripada kejadian ini. Semoga Allah memberikan keajaiban, yang
sememangnya dalam kuasaNya. I’m not trying to be funny, but I’m holding on to
Hollywood logic. I’m holding on to the hopes of Lost, Castaway and Life of Pi.
No comments:
Post a Comment