Showing posts with label Birmingham. Show all posts
Showing posts with label Birmingham. Show all posts

Saturday, 29 March 2014

3rd Annual Couple’s Trip: Day 7 Oxford – Bicester Village

Bangun lambat sikit hari ni. Masak nasi goreng buat bekal berjalan. Kami bertolak dalam pukul 11. Kawan aku nak bawa pergi Oxford hari ni, dalam sejam perjalanan dari Birmingham. Sajela, pergi tempat intelek sikit, katanya. Aku orait je.

Cantik kawasan dia, dan as expected la, ramai budak-budak muda. Disebabkan parking dia agak mahal, kami bayar untuk 2 jam aje. Jadi dalam 2 jam tu kami explore setakat yang terdaya. Tengok Oxford Castle, architecture bangunan-bangunan di sini, window shopping. Ada agak banyak attraction, especially museums, tapi semua kena bayar. Kami pun masa tak panjang, jadi semua kami tengok dari luar aje.


Dalam pukul 2 kami gerak ke Bicester Village. Tempat ni kata kawan aku, ala-ala JPO dekat Johor tu. Aku tak taulah betul ke tak, sebab aku tak pernah sampai JPO. Haha. Yang penting, ini adalah outlet menjual barangan berjenama mewah – high end. Antara kedai yang ada ialah Prada, Gucci, Michael Kors, Coach, Kate Spade, Tommy Hilfiger… well, you get the picture.

Sebenarnya akulah orang yang paling tak layak membuat ulasan tentang tempat ni dan setakat mana berbaloinya berbelanja di sini, sebab aku tak pernah ambil tahu pasal jenama high end. Apa range harga jualan di KL pun aku tak tahu, jadi macam mana aku nak tahu harga dekat sini murah ke tak.

Jadi aku tak letak expectation apa-apa, saja jalan-jalan. Apa yang aku masih mencari dan belum jumpa yang berkenan sejak sampai di UK ni ialah winter jacket dan wallet. (Boleh pulak winter jacket yang aku pakai warna putih tu koyak lepas 3-4 hari pakai. Sedeyy..) Biar aku senaraikan benda yang menarik perhatian aku dekat sini. Please take note yang aku tak brand  conscious, jadi bila aku kata berkenan, maknanya rupanya cantik pada mata aku:  Wallet Michael Kors £99, jacket Coach ada a few dan dalam range harga £150 - £225, jacket/windbreaker/parka SuperDry dalam range harga £42 - £45.

Rata-rata yang jumpa dekat situ ialah orang Asia: Asia Tenggara dan Asia Tengah. Orang Thailand ada, Filipina ada, orang Malaysia punyelah ramai, Indonesia pun ada. Lepas tu orang Arab tak payah ceritalah. Mewah-mewah betul orang Asia ni.

Lepas pikir panjang, kira-kira duit, convert-convert harga – aku yang sangatlah super duper tak reti shopping ni akhirnya pulang dengan tangan kosong. Ada ke orang yang pergi Bicester Village pastu balik tangan kosong? Masa tu aku rasa macam loser jugak. Nafsu dan akal berperang jugak sekejap. Tapi berbaloi ke kalau aku beli wallet yang harganya RM550? Walaupun memang cantik, tapi berbaloi ke? Berbaloi ke aku beli jaket berharga RM1000? Entah bila pulak aku nak pegi tempat sejuk lagi, dan gayanya terlalu over untuk aku pakai saja-saja merayap pegi The Curve, atau beli sayur dekat Tesco. So berbaloi ke?

Konon-kononnya macam bersikap rasional lah tu. Jadi aku balik tangan kosong. Kepala aku tak boleh lupa winter jacket harga £10 yang aku jumpa dekat kedai kecik di Oxford tadi, tapi takde saiz. Sedeyyy lagi… Sedar tak sedar, aku belum beli apa-apa untuk diri sendiri lagi ni, 6-7 hari dah aku sampai di UK. Loser takkkkkk???

So anyway, kami balik, tapi sempat singgah di Toys R Us Birmingham sebab adik aku suruh carikan barang. Malangnya barang tu takde, so, sorry darling. I tried.

Balik, kami masak pizza, mushroom soup, dan fries for dinner. Sedap gak.. So sekian dulu untuk hari ini.
Semoga esok aku dapat jumpa sesuatu yang betul-betul kena dengan jiwa untuk dibeli bawa balik. I always, always do this to myself. Aku tak tahu kenapa aku tak pandai beli barang untuk diri sendiri. Adakah aku kedekut? Adakah aku bermasalah? Perempuan jenis apakah aku ini? Kecacatan apakah ini? Huwaaaaaaa…. 








Friday, 28 March 2014

3rd Annual Couple’s Trip: Day 6 Stonehenge – Bath

Bangun dalam pukul 8, kami prepare bekal untuk our day trip. Egg sandwich, dan chicken ham, avocado and sautéed mushroom sandwish.

Gerak dalam pukul 10, the journey takes about 2 hours. Destinasi pertama kami ialah Stonehenge. Excited jugak bila first time nampak dari dalam kereta. Dia memang berada in the middle of nowhere. Tengah-tengah drive di kawasan-kawasan pedalaman, di kiri kanan ada banyak ladang babi. Tiba-tiba tersembul dia di situ.

Tapi agak malang nasib kami, sekarang ni nak masuk tengok dari dekat dah kena charge. Kata kawan aku, diorang baru je start charge entrance dalam 3-4 bulan lepas. Bayarannya dalam £15, dan kita bukan saja dibawa tengok Stonehenge; ada 10 spots yang akan dibawa, termasuklah cropcircles, tapak-tapak tinggalan bersejarah purba dan sebagainya. Tapi kami rasa macam tak berbaloi nak bayar. Bukannya nak belajar sangat – nak ambil gambar je, dan banyak location dia tak ada yang menarik nak diambil gambar pun. Bak kata aku pulak, batu bersurat dekat Terengganu pun aku tak pernah pergi tengok, tiba-tiba nak beria kaji sejarah purba England. Gitu. Ayat orang kedekut duit sebenarnya tu. Hahah.

Kami teruskan perjalanan ke Bath, sebuah bandar lama yang mempunyai banyak pengaruh Rom. Aku dah lama teringin nak ke sini, lepas aku baca satu novel Inggeris yang berlatarbelakangkan kawasan ni. Pandaila penulis tu menggambarkan suasana, sebab tanpa melihat gambar Bath, aku jatuh cinta hanya daripada penulisan dia. Tajuk cerita dan nama penulis pun aku dah lupa, tapi jalan cerita dia masih aku ingat.

Anyway, dengan perjalanan kira-kira sejam dari Stonehenge, kami sampai ke Bath. Dan memang cantik suasana dia. Agak mengingatkan aku kepada Siena dan Florence di Italy. Tempat ni terkenal dengan mandian-mandian air panas gaya Rom. Ada beberapa gereja yang cantik, dataran-dataran dan kedai-kedai. Sungai dan jambatan dia pun cantik. I fell in love.



Explore kawasan tu sambil bergambar. Tak besar sangat, jadi dalam masa 2 jam basically dah cover tempat-tempat utama. Cuaca masih sejuk, tapi boleh dibendung. Dalam pukul 4 tu kami ke Bath Islamic Centre untuk solat. Dia agak tersorok, dan malang sekali, aku lupa nak take note nama jalan dan landmark terdekat di situ. Nanti aku akan  cuba Google dan masukkan di sini untuk easy reference. It is considered a masjid di situ, dengan ruang solat yang proper untuk lelaki dan perempuan. Toilet dia pun ada paip air – sesuatu yang sangat rare di UK dan Europe.

Selesai solat kami ke Marks and Spencer café untuk minum sikit. Aku dapatlah merasa scone dengan jam dan clotted cream. Sedap! Lepas tu balik ke kereta untuk gerak balik. 

Rancangan asalnya kami nak bermalam di hotel mana-mana, sebab kesian dekat husband kawan aku, sepanjang hari drive. Dan senanglah, kami boleh mulakan journey dari Bath esok, dan boleh tengok tempat-tempat lain di kawasan ni. Mungkin dapat masuk ke Wales. Tapi malangnya hotel semua mahal, kawan aku dah cuba cari sampai ke kawasan yang agak terkeluar dari kawasan Bath pun tak jumpa. Jadi baliklah.

Hujan sikit dalam perjalanan balik tu. Kami sampai balik dalam pukul 7 lebih. Solat, lepas tu keluar semula ke supermarket, beli bahan untuk masak malam ni, esok pagi dan esok petang.





Wednesday, 26 March 2014

Annual Couples’ Trip Day 5: Birmingham

Subhanallah sejuknya dekat sini!! Terseksa aku malam semalam. Nak mengendeng kat husband, tapi kami masing-masing tidur atas sofa. Aku sempatla menyempit atas sofa dia, tapi lepas tu tangan dia kebas sebab tak boleh bergerak. Huhuhu.

Anyway, macam biasa, lepas je Subuh pukul 5 lebih tu kami terus berjaga, walaupun malam semalam tidur lewat. Dalam pukul 7 lebih tu aku decide nak masak breakfast. Yela, tumpang tidur free dekat rumah orang, cubalah berbudi bahasa sikit. Husband suruh buat cucur, jadi aku pun ketung ketang di dapur. Kawan aku dah bagitahu yang diaorang takkan bangun awal sangat, so tak kisahlah. Kami goreng bahagian kami dulu, makan-makan, aku sempat kerja sikit, lepas tu husband ajak tengok cerita Korea. Last episode My Love From The Star (sebab kami bakal miss last episode yang ditayangkan di Malaysia Rabu ni).

Kawan aku dan husband dia bangun, kami breakfast sama-sama. Husband kawan aku ni ada kelas hari ni, jadi cuma aku, dia dan husband aku aje yang akan keluar merayap. Husband dia akan join kami lepas kelas dia habis. Dekat luar hujan gerimis dari malam semalam, jadi sampai pukul 11 pun kami macam liat je nak keluar rumah.

Matahari langsung tak menunjukkan wajah. Pukul 11 lebih tu akhirnya kami redah jugak hujan gerimis. Jalan kaki dalam 10 minit untuk ke Kings Norton Station dan naik train untuk ke New Street Station. So mulalah episode merayau.

Kawan aku bawa kami tengok Birmingham Library, round-round di kawasan shopping dia dekat situ. Masuk Marks and Spencer, Primark, Body Shop dan shopping complex Pavillions. Okay, aku kalah. Memang shopping di UK best. Aku terborong barang di Body Shop sebab a few items dgn harga £10, masuk Primark tershopping baju-baju kasual di rumah sebab sehelai £2 hingga £3. Standard aku membeli barang-barang harga macam tu je. Dekat butik-butik kecil dekat luar ada jumpa kedai jual baju-baju £5, so beli jugak buat souvenir untuk family.

Disebabkan kami berhujan sambil jalan-jalan tu, sekejap sejuk sekejap panas; aku tiba-tiba pening. So kami pergi lunch dulu di kedai fast food halal Yum Yum. Order cheeseburger set dengan Kinder Bueno shake. Oh em geeee! Kinder bueno shake dia super sedap! 1 set tu baru dlm £5, dengan fries sekali. Lazat, lazat. Dia ada banyak lagi flavour milkshake: Bounty, Ferrero Rocher dan sebagainya. Mungkin kena ajak pegi lagi. Haha..

Kami terus membeli-belah, masuk ke Poundland – iaitu kedai di mana semua barangnya berharga £1. Aku borong coklat kat situ. By then husband kawan aku dah join, jadi kami merayau-rayau dalam shopping complex. Pergi market sekejap beli buah. Blueberry dua bekas besar harga £1. Nangis aku, sebab kat rumah aku memang tiap-tiap minggu beli blueberry, satu bekas kecik paling murah pun RM9.

Dalam pukul 4 lebih kami gerak balik naik train. Sampai rumah, solat semua sekejap, then kami ikut kawan aku tu ke rumah kawan diorang. Nak ambil barang. Dia ajak masuk, dia jamu makan goreng pisang dan teh. Sedapnya, sejuk-sejuk tu makan goreng pisang!

Pukul 7.30 kami balik. Para suami duduk depan TV tengok Man United vs Man City. Aku dan kawan aku masak dinner. Simple je, nasi putih, ayam goreng, tom yam, sayur bak choy dan telur dadar. Sedapnya makan panas-panas dalam cuaca sejuk.

Itu ajelah untuk hari ni. Gambar pun tak banyak sebab shopping je. Dalam pukul 11.30 kami tidur.

Tuesday, 25 March 2014

3rd Annual Couples Trip: Day 4 - London – Birmingham

Seperti biasa, bangun Subuh dan terus berjaga. Kerja sikit, packing semua, breakfast. Dalam pukul 8.30, lepas cakap thank you semua dekat Duane, kami gerak. Hari ni kami akan ke Birmingham. Mengheret beg ke station Queen’s Park dan seterusnya turun di Station Marylebone. Kereta api kami ke Birmingham pukul 10.15, jadi sempat minum hot chocolate dulu. Pukul 10 masuk ke train.

Kami agak impressed dengan train dia. Nampak sangat exclusive, siap ada free wifi, meja untuk bekerja, plug untuk charge devices. Dan kami hanya bayar £6 seorang untuk perjalanan selama 1 jam 45 minit. Jadi sambil menikmati pemandangan di luar, aku luangkan masa sejam 45 minit tu dengan bekerja. Manfaatkanlah masa yang ada dan wifi percuma tersebut. Hari ni pun hari Isnin, aku kena completekan quota mingguan yang baru.

Tepat pada masanya kami sampai di Birmingham. Kawan aku yang tinggal di sini dah pun bagitahu yang cuaca di sini jauh lebih sejuk daripada London. Memang betullah. Tunggu dia jemput kami, dan balik ke rumah dia. Comel je rumahnya, 1 bilik, a good sized living room, nice kitchen, 1 toilet. So sepanjang di sini kami akan tidur di ruang tamu.

Dia dah siap masak nasi goreng untuk lunch. Lepas makan, solat, kami siap-siap untuk ke Stratford-upon-Avon. Tapi kami dikejutkan dengan berita terkini tentang MH370, yang disahkan lokasi terakhirnya di Selatan Lautan Hindi. Innalillahiwainnaillaihirrojiun. Hilang sikit semangat aku nak berholiday bagai.

Anyway, kami teruskan perjalanan ke sana, yang mengambil masa sekitar 45 minit. Tempatnya cantik, tapi tak besar mana. Setakat jalan-jalan sikit-sikit, tengok-tengok barang. Beli dessert harga £1 untuk makan tepi sungai sambil sembang-sembang. By pukul 5 lebih tu kami gerak balik.
   
Singgah di kawasan Islam yang dimonopoli oleh warga India/Pakistan/Arab di Birmingham sebab kawan aku nak beli daging. Syok jugak tengok area tu, senang sungguh nak cari makanan halal. Murah pun murah. Kalau kita kerja di sini dan dibayar gaji dalam duit sini memang kenyanglah. 3 ekor ayam besar harga £7. Kalau kita di KL, silap-silap RM7 sekilo. Nampak tak perbezaan kos sara hidup di situ?

Untuk dinner kami makan di kedai Arab, makan nasi Arab. Beli set meal untuk 2 orang makan, nasi arab dengan ayam dan kambing. Subhanallah, just nice portion dia untuk makan 4 orang, harga £11. Jimat, dan sedap.

Lepas tu terus balik. Settle down for the night, mandi, solat, tengok TV. Sampai dalam pukul 11, tidur. Sejuknya ya rabbi. Rumah kawan aku ni dia tak pasang heater, sebab kos memasang heater sangat tinggi. Jadi berharap pada baju-baju sejuk dan selimut jelah. Brrrr… good night!


p/s: Berdoa dan terus berdoa. Semoga Allah menunjukkan hikmah daripada kejadian ini. Semoga Allah memberikan keajaiban, yang sememangnya dalam kuasaNya. I’m not trying to be funny, but I’m holding on to Hollywood logic. I’m holding on to the hopes of Lost, Castaway and Life of Pi.