1st January 2026
Aku bangun dekat pukul 6 sebab
Subuh pun 6.05 pagi. Dan pagi ni pun takde nak masak beria. Cuma panaskan nasi
lemak semalam, panaskan dendeng Khairul Aming yang ada separuh lagi belum
habis, dan rebus telur untuk dibuat sandwich telur. Santai-santai aje, kejutkan
yang lain. Diorang siap solat semua, makan sama-sama. Then the same routine
again, packing up sebab kami akan meninggalkan Prague hari ini dan menuju ke Wroclaw.
Dan pagi ini pun takde beria nak
keluar awal sangat, sebab 1) Hos rumah kami di Wroclaw tak benarkan kami masuk
sebelum pukul 4; dan 2) Hari ini kedai semua tutup sama macam Xmas hari itu
sebab New Year = public holiday.
Tapi dalam tak mau keluar cepat
pun, pukul 9.15 kami dah setel load barang dalam kereta. Pi isi minyak dulu,
pastu baru start perjalanan menghala kembali ke Poland, ke Wroclaw. Perjalanan
ambil masa dalam 3 jam setengah, tapi kami santai-santai. Bawa pun tak laju,
berenti pulak lama-lama kat RnR. Kiri kanan jalan penuh dengan salji tebal.
Cantik sangat. Sampailah menghampiri Wroclaw baru reda sikit saljinya.
Akhirnya sampai di Wroclaw pukul
2. Kami pi survey kawasan rumah dulu, tapi tak berani nak naik sebab dah rule
dia begitu. Cuma kami agak risau sebab tak solat lagi, dan kalau tunggu pukul 4
baru nak check in, dah terlambat sebab Magrib 3.56 petang. So kami cuba nasib pergi
ke masjid Wroclaw ni. Dekat Google kata hari ni closed, tapi sajalah try.
Nasib kami baik, walaupun masjidnya
kosong, pintu tak dikunci. Bila kami nak masuk tu ada pula orang datang sambut dari
kedai di sebelah, tunjukkan mana ruang solat lelaki dan wanita, mana tandas
semua. Alhamdulillah, inilah masjid paling selesa yang kami jumpa setakat trip
kali ini. Tandas pun bersih dan ada khusus untuk Perempuan. Masjidnya bertempat
dalam sebuah bangunan macam rumah banglo.
Selesai kewajipan barulah lega
sikit. Kami pergi pula ke kedai yang menjual ayam halal. Akhirnya dapat juga aku
masak ayam. Kedai tu nama Maharaja Mart; kedai India tapi juga carry ayam halal
dan banyak barang Asia. Kami beli chicken breast 2 paket dan 1 paket roti paratha
frozen nak buat breakfast pagi esok.
Selesai tu kami check in ke rumah
dan aku terus start masak. Sebenarnya bahan dah limited. Sebab bawang, carrot
segala yang aku beli haritu dah pun aku habiskan. Puas aku pikir apa yang boleh
aku olah. Last-last aku buat jelah kurma ayam walaupun bawang dan halia takde.
Nasib baik aku bawa onion powder. Ubi ada 2 biji, rempah kurma memang bawa.
Jadilah. Letak nasi, dan buat telur dadar. Masa awal tadi Kakak yang uruskan
samak perkakas semua masa kami turun letak kereta di garaj dan bawa naik
luggage.
Sementara aku masak ada yang dah
pergi mandi dan solat dulu. And then makan sama-sama. Laju semua makan. Kakak
makan 2 pinggan. Akhirnya dapat ayam yang bukan kebab, katanya. Ada lebihan
kuah dia dah booking nak cicah dengan paratha esok pagi. Nasi pun ada lebih aku
masih pikir nak buat apa pula esok.
Kami takde plan nak ke mana-mana
pun hari ini. Lalu segala jenis mall, segala jenis hypermarket, semuanya tutup
hari ini. So mandi, solat, dan pasang Stranger Things tengok dengan anak-anak.
No comments:
Post a Comment