Saturday 22 March 2014

3rd Annual Couples Trip :D


Selepas bersawang hampir setahun blog ni, I’m finally back. Because it’s time for another trip!

Kali ni kami akan ke England, United Kingdom. Alhamdulillah, ada rezeki nak tengok negara orang. Tumpang Miss BFF dan suami sedang menetap di UK untuk setahun, kami mengambil kesempatan untuk jadikan alasan untuk ke sana. Ada jugak tempat tumpang tidur. Save budget. Haha.

Trip ni plan dah lama, dari tahun lepas. Sebelum BFF ke sana aku and husband dah membuat kira-kira. Lepas dia pegi, kami finalize. Ye, kali ni kami pegi dengan duit sendiri – takde dah peraduan bagai. Setahun menyimpan oi!

Tapi kali ni, perasaan masa nak pergi ni sedikit berbeza. Elok-elok 2 minggu sebelum trip, bila semangat baru nak memuncak, dunia dikejutkan dengan kisah MH370. Aku terus takde hati nak pegi. Kecut perut rasa nak naik kapal terbang. Ramai yang kata “kalau nak mati kat mana-mana pun boleh mati…” Tapi hati aku ni bukan kecut pasal mati. Hati aku kecut memikirkan anak-anak yang kena tinggal kalau Mama dan Ayah mati serentak. Boleh gitu?

Paling kesian adalah Layla, sebab dia dah faham. Sejak kejadian MH370 tu dia asyik pujuk aku jangan pegi. Sehari sebelum bertolak, dia merayu aku jangan pegi, dan sekejap-sekejap dia tanya, “aeroplane yang hilang tu dah jumpa ke?”. Alahh sayang Mama, doakan Mama dan Ayah balik selamat ok?

So anyway…

21 Mac 2014

Flight Etihad Airways EY413 Kuala Lumpur ke Abu Dhabi dijadualkan pada jam 3.25 pagi. Adik ipar aku Ijah hantar kami ke KL Sentral pukul 11.30 dan kami naik ERL ke KLIA. Mahal la, tapi cepat dan tak susahkan sesiapa.

Panjang jugak beratur nak check-in, penumpang berbilang bangsa. Otak paranoid aku pikir, kalau terhempas ni lagi banyakla negara terlibat. Haha. Boleh pulak satu flight dengan pelakon Pekin Ibrahim. Nasib baik aku dengan husband…. Hahahah…

Flight was ok, seat dia semua selesa. Aku dapat tidur tu maknanya memang oklah tu. Alhamdulillah 7 jam tu tak terasa. Sampai Abu Dhabi 7.15 pagi, setengah jam lewat. Next flight pukul 8.30 pagi. Macam ributla berlarinya. Orang punyelah ramai, beratur punye panjang untuk security check. Panic sekejap. Nasib baik sempat. Dan sempat singgah solat Subuh, freshen up kat toilet semua. Masuk flight EY19 pukul 8, take off pukul 9.

Kali ni punya flight sempit. Seat dia terasa sempitnya berbanding flight awal tadi. Takyah tanya akula apa jenis flight, Boeing ke Airbus ke. Memang bukan bidang kepakaran aku. Yang aku tau sempit. Dan seat tak boleh recline. Boleh gitu? Aku yang saiz miniature ni pun terseksa, aku tak boleh bayangkan keadaan warga-warga Africa dan Mat Salleh.

Memandangkan hari siang, aku tengoklah in flight entertainment sikit. Itu pun sebab ada cerita Chennai Express. Sambil-sambil tu makan-makan. Malang nasib kami, masa beli tiket tu ada option untuk pilih jenis meal. Kami yang first time nak beli tiket flight international ni tersangatlah blurnya. Rupanya itu untuk orang-orang yang ada penyakit ke, vegetarian ke bagai. Orang awam abaikan je option tu. Kami gatal tangan pilih Low Salt Meal. Abis tu, menu sedap-sedap semua kami telan air liur. Semua dapat special meal. Hahah. Pembelajaran pertama untuk perjalanan kali ini.

View untuk flight kali ni sangat cantik sebab kami merentasi Europe. Masa lintas Switzerland, masyallah, cantiknya gunung-gunung diliputi salji. Kami sampai di London Heathrow jam 12.30 tengah hari waktu tempatan. Alhamdulillah, selamat sampai.

Selesai semua, mulalah adventurenya. Naik underground train untuk ke Queen’s Park, destinasi penginapan kami. Kami duduk rumah orang, guna website Airbnb. Bagi yang tak kenal Airbnb, it’s a concept di mana orang yang ada bilik kosong, rumah kosong, atau apa-apa jenis penginapan untuk sewakan kepada orang luar. Kami akan tinggal di flat milik Duane Spencer, seorang lelaki kulit hitam.

Perjalanan dari Heathrow ke Queen’s Park ambil masa sejam, dengan pertukaran train di Piccadilly Circus. Duane sendiri datang jemput kami di station Queen’s Park, dan kami jalan kaki ke rumah dia. Lepas dia explain cara keluar masuk, terangkan cara nak guna barang-barang dalam rumah dia, kami mandi solat semua dan keluar balik.

Jalan kaki ke Portobello Market. Cuaca cantik, sejuk, nyaman. Rumah-rumah kat sini pun comel-comel je. Tengah spring pulak, jadi bunga banyak. Portobello market dah hampir tutup masa kami sampai, tapi sekadar nak jalan-jalan, okla. Sempat borong fridge magnet so that tak payah fikir lagi lepas ni.

3 jam berjalan, pergi dan balik. Kena jugak hujan gerimis sikit. Singgah dinner di Baalbak Lebanese Cuisine, lepas tu terus balik. Sekian adventure untuk hari ini.


Nak cari makanan halal dekat area ni memang senang sangatla. Orang Islam pun sangat ramai, sana sini jumpa orang bertudung. Kedai runcit pulak semuanya orang India. Boleh practice speaking Hindi seround dua. Kehkehkeh…

p/s: Gambar-gambar ai semua no filter yer. Kalau lawa tu, sama ada suasana tu memang lawa, ataupun kamera canggih, ataupun tukang ambik gambar dia hebat. sila pilih yang berkenaan. haha

1 comment:

  1. waaa...updated terus.......Layla ok jer..... tak ty dah pasal aeroplane tu dah.. :)

    ReplyDelete