Thursday 6 February 2020

Couples Trip 2020: Day 5 - Hallstatt & Salzburg


4 Februari 2020

Bangun dalam pukul 5, kerja sampai Subuh. Pukul 6 tu masak breakfast. Hari ni buat grilled cheese sandwich guna mozzarella 65 sen yang aku beli dekat sini hari tu. Makan dengan scrambled egg. Sedap! Yang tak habis kita bungkus buat bekal makan tengah hari.

Siap makan terus bersiap untuk keluar. Hari ni kami kena menapak pergi tempat kereta sewa lagi. Kita tengoklah nasib kita hari ni. Berjaya dapat kereta ke tak. Entah-entah booking tarikh 2021 pulak ke. Hihihi..

Hari ni hujan gerimis halus-halus je, so much better than semalam. Kami orang pertama sampai ofis Budget car rental tu, jadi dia terus proses booking kami. Friendly jugak mamat tu. “Let me guess, you’re going to Hallstatt?” Dia petik. Heheh. Typical sangat tourist nih kan. Dia tengok booking kami, dia kata you are getting a free upgrade to a bigger, better car. Aku sengih je. Bila dia bagi kunci, dia tunjuk ke arah kereta. “That silver Mercedes car over there.” Mak aihhh. Punya canggih, dengan boot boleh muat 3-4 luggage. Kalau dapat ni masa travel dengan anak-anak, memang selesa gile. Sayang btul nak sewa sehari je.

Hikmah yang kami dapat dengan tersalah booking semalam tu ialah harga sewa kereta last minute ni lebih murah daripada yang semalam. Harga yang semalam RM440 untuk sehari, yang ni cuma RM330. Cuma bila tengok cuaca hujan dan salji macam ni, kami ambil sekali full insurance coverage, EUR11 sehari. Jadilah total dalam RM380. Masih murah daripada kereta semalam. Dapat pulak upgrade camni, puas hati.

Sebab apa kami sewa kereta ialah, untuk pergi ke Hallstatt tu agak complicated. Kalau naik bas ambil masa dalam 2 jam dan kena tukar-tukar bas. Train ambil masa lebih lama kalau tak silap. Dan harga naik public transport pun 2 hala boleh cecah sampai RM500. Sebab 1 way seorang dah EUR20 lebih. Ambil tour harga untuk 2 orang dalam RM600. Selain tu, kalau naik public transport kita tak terus sampai ke Hallstatt. Dari perhentian terakhir kita perlu naik bot dengan harga dalam EUR6 sehala kalau tak salah. Itu based on my researchla.

Sebab tu lepas survey betul-betul, sewa kereta ialah option paling jimat. Jimat masa dan jimat wang. Perjalanan kami ke sana ambil masa dalam sejam 10 minit, dan sampai betul-betul dekat dengan laluan masuk ke perkampungan Hallstatt tu. Parking agak mahal kalau stay lebih daripada 3 jam, iaitu EUR8.50 untuk parking antara 3 dan 6 jam. So kalau nak jimat, masuk dalam tu ambil-ambil gambar terus berambuslah! Hahah. The best place to park ialah dekat dengan pejabat tiket masuk ke Salt Mine.

Masa kami sampai sana, cuaca tengah sangat sejuk, angin kuat, salji yang turun tajam-tajam dan pedih di muka. So kami lari masuk ke tempat Salt Mine tu dulu, tempat perlombongan garam sejak tahun 1300-an kalau tak salah. Consider juga untuk masuk situ, tapi disebabkan full tiket harga sorang dalam EUR34, aku rasa malas pulak. Kalau anak-anak ada mungkinlah informative untuk diorang. Kita tua-tua ni datang nak ambil gambar je. So panaskan badan dalam souvenir shop dia sekejap sampai snow dia halus sikit, dah tak sakit muka, baru kami keluar.

Berjalan masuk ke pekan Hallstatt tu. Kedai banyak tutup sebab sekarang low season. Orang pun taklah ramai sangat. Masih boleh cari space untuk ambil gambar. Ramai tourist dari China. Neves i. Koreans dan Indonesian pun ramai. Aku rasa diorang ni semua datang dengan tour bus. Sebab sekali datang segerombolan semua satu bangsa. Masa kami dok struggle nak ambil gambar guna monopod, satu mamat dari Thailand offer untuk ambilkan gambar. Nyampah agaknya tengok kami tak dapat-dapat angle cantik. Hahah. Mekaseh yer.

Lepas tu jalan-jalan jela, menikmati snow yang mula lebat. Dah kebas hidung tu, masuk kafe minum hot chocolate dan makan pastry sikit. Sambil-sambil aku melayan anak jantan dok mesej-mesej. Diorang tengah dinner time kat Malaysia. Dia bagilah laporan hari dia.

Sebelum balik kami singgah souvenir shop dekat Salt Mine tu sebab lepas survey dalam Hallstatt, barang kat situ paling reasonable. Tempat ni specialty dia garam, so kita belila garam sikit bawak balik.

By pukul 2 tu kami gerak. Masih awal untuk balik pulangkan kereta, tapi kami pun takde survey sangat apa nak tengok sebab tak boleh expect berapa lama akan spend masa dekat Hallstatt. Solat pun belum sebab dari tadi Google masjid atau surau terdekat, yang ada pun di Salzburg semula. Cuaca tak sesuai untuk solat di luar, sejuk gila, dengan snowing lagi. So kami drive je tanpa hala tuju, dan akhirnya berhenti dekat kawasan kedai-kedai tepi jalan. Tumpang toilet di satu farmasi untuk ambil wuduk. Lepas tu masuk kedai baju, solat dalam fitting room. Coverline lah sikit, ambil beberapa baju acah-acah nak try. Tapi lepas tu kami takdelah balik bodoh je. Beli baju anak sorang sehelai, kebetulan baju-baju dekat kedai tu murah.

Kami teruskan perjalanan, ingat nak mencari tasik Wolfgangsee. Memang lalu sebelah tasik tu, so bila sampai information centre dia, kami stop dan masuk nak dapatkan info. Orang dekat situ tak begitu membantu. Dia kata season ni semua benda tutup, bot, gondola, water sports semua tutup so there’s nothing for us here. Well, we kinda know that, but we would appreciate it if she could at least tell us which way untuk pergi ke kawasan utama tasik tu, atau a nice photo spot, or something like that. So whatever, hari pun dah start senja. Kami teruskan balik je.

Sampai di ofis car rental pukul 5.30. Terus pulangkan kereta dan jalan kaki balik. Ayah kata takyah masak hari ni, dia nak makan kedai fish n chips semalam lagi sebab malam ni dah last dekat sini, takut teringat-ingat agaknye. Hihihi. Gigih menapak 1km pergi makan. Tapi food dia malam ni mengecewakan la sikit. Mungkin kami sampai dah lambat, makanan yang dia hidang pun semua sejuk. Takpelah, makan je. Lepas tu jalan balik.

Mandi, solat, aku terus kena mengadap laptop sebab ada job baru masuk dan deadline esok pagi. Rezeki jangan ditolakkk…

No comments:

Post a Comment