Tuesday 4 February 2020

Couples Trip 2020: Day 3 Munich - Salzburg


2 Februari 2020

Kami akan meninggalkan Munich hari ni. Semalam tidur pukul 9, dan aku jaga pukul 4 pagi hari ni. Sambung siapkan kerja sambil melayan anak nak bersembang dekat whatsapp. Sampai Subuh, kami terus bersiap. Pack barang, solat semua, pukul 6.45 pagi seperti yang dirancang, kami check-out. Saja cuba nasib tanya dekat reception, boleh ke kami makan breakfast masa tu, sebab sepatutnya pukul 7 baru start. Dia kata boleh, alhamdulillah. Setel satu masalah nak cari makanan pagi ni dengan rushing nak ke bus station.

Bas kami ke Salzburg pukul 8 pagi, naik Flixbus. Biasalah bila naik public transport macam ni, aku kena gerak awal sebab aku cepat panik takut tak jumpa cari platform ke, tersalah station ke. Sebab kami memang banyak kali buat perangai macam ni. Ada je yang tak kena. Kiikiki... By 7.30 tu kami dah sampai di tepi platform kami. Orang yang nak ke Salzburg pun tak ramai, tak risau berebut seat (sebab bas ni free seating, sape cepat dia dapat).

Pukul 7.45 tu naik ke bas, pukul 8 tepat bas jalan. Bas double decker, selesa la jugak. View sepanjang jalan pun sangat cantik. Kami sampai di station Salzburg South pukul 9.45 pagi. Beli 24 hour pass untuk pusing Salzburg, harga EUR4.20 seorang. Sementara tunggu bas sampai, layan anak jantan bersembang lagi kat video call. Dia tak bleh move on betul mak ayah dia berjimba tanpa dia. Haihhh..
Anyway, kami naik bas sampai ke Makartplatz. Dari sana kami kena menapak dekat 1 km untuk sampai ke apartmen kami. Boleh tahanlah cabaran dia dengan mengheret beg tu. Tapi bangunan cantik-cantik so ralit jugaklah aku.

Masa sampai dekat dengan kawasan rumah tu, kami terpinga-pinga kejap tak tau yang mana pintu masuk. Baru sedar yang phone Ayah takde internet, entah apesal. Kalut sekejap. Nasib baik ada hamba Allah mane tak taulah, yang on wifi rumah dia tak boh password. Baik hati betul. Aku pinjam la beberapa saat untuk google apesal fon dia tak boleh guna. Rupanya walaupun dah beli sim card yang boleh pakai di seluruh Europe, dia masih kena on kan roaming. Ye, pelajaran baru untuk hari ini.

Lepas tu baru dapat contact owner rumah tu. Dia mintak 10 minit. Cleaner dia turun turut kami, naik untuk uruskan check in dan tinggal beg je. Dia belum siap mengemas. Bukan salah dialah, sebab kami sampai awal gile, pukul 11. Check in time sebenarnya pukul 2. Tak kisahlah, asalkan dapat tinggal beg dan merayau dekat luar.

Kami akan berada dekat sini 3 malam, dan ramalan cuaca mengatakan ketiga-tiga hari tu hujan. Haiyaaa… Tapi I refuse to let this stress me up. Hari mendung dan hujan gerimis sekali-sekala, tapi kami jalan je. Pergi makan kat kedai pizza halal, lepas tu pergi grocery shopping sket untuk balik masak.

Kami beli barang penuh beg k! Susu 1 liter, telur 6 biji, roti sebuku panjang, mozzarella cheese 125g, butter seketul besar, air ice lemon tea sebotol, carrot dan bawang. Total semua tu jadi EUR8 je. Ya rabbi! Murah giler kalau ikut kos sara hidup dekat sini. Mozarella tu harga dia EUR0.65 sen. Mozarella tau tak! Ish aku tak boleh terima betul. Kalau kerja kat sini confirm kaya sebab seminggu beli groceries tak sampai EUR20 agaknya. Kat Malaysia rumah aku barang seminggu RM200 tak lari beb!

Selesai tu kami naik bas balik ke apartmen untuk simpan barang dan solat. Selesai tu barulah keluar balik, jalan-jalan di Mozart Birth House, dan beberapa attractions dekat situ. Sempat singgah makan dessert special Austria; Nockerl. Dia macam souffle cicah dengan jem. Sedap gak.

Jalan-jalan ikut kaki, cuaca masih mendung dan hujan gerimis. Sampailah pukul 4.30 lebih tu bila hari dah start gelap, kami balik. Sebenarnya masih belum penat. Tapi disebabkan hari ni Ahad dan majoriti kedai tutup, kami dah takde aktiviti nak buat bila malam. Balik ke apartmen dan masak nasi, goreng telur dan goreng sayur. Makan dengan kicap manis. Yummm.

Tadi masa kami cari souvenir, sempat bersembang dengan sorang pekedai. Orang mat saleh warga tempatan rasanya. Bila dia dapat tahu kami dari Malaysia, dia excited. Dia kata 10 tahun lepas dia kerja bidang software untuk Shell dan selalu deal dengan orang Malaysia. Diorang selalu berulang ke KL. Dia kata kalau banding dengan Austria, KL sangat moden dan laju. Sini semua bangunan lama preserved for tourism. Aku kata kat dia, aku suka yang kat sini, sebab tu aku datang sini. Huhuhu… Baik uncle tu. Kami beli fridge magnet dekat dia 4 bijik dengan 3 keping poskad. Poskad 3 keping tu dia bagi free je. So sweet uncle! So far kedai dia jugak jual magnet paling murah.


No comments:

Post a Comment