Wednesday 5 February 2020

Couples Trip 2020: Day 4 - Salzburg


3 Februari 2020

Jaga pukul 4 pagi lagi hari ni, kerja macam biasa sambil bersembang dengan Ayah. Anak-anak je tak contact kami hari ni sebab diorang sekolah. Pukul 6 tu solat Subuh dan aku start masak breakfast. Semalam saja masak nasi lebih, so pagi ni aku goreng nasi guna perencah Seri Aji tu.

Siap masak tu makan, dan get ready untuk keluar. Tak semangat rasa nak keluar sebab hujan sejak malam semalam. Pagi ni pun masih agak lebat. Tapi memang takde pilihan, sebab tengok pada ramalan cuaca, hujan memang takkan berhenti langsung sepanjang hari. Mustahil untuk aku stay di bilik sepanjang hari. So redah jugak hujan.

Hala tuju ialah ke tempat car rental sebab kami sewa kereta sehari untuk ke Hallstatt. Ambil masa 15 minit jalan kaki ke sana. Dalam cuaca biasa, 15 minit tu kacang je. Tapi dalam hujan memang tak kelakar. Belum apa-apa kasut aku dah masuk air. Haihh… Anyway, sampai di car rental tu, baru nak rasa lega. Tapi bila keluarkan booking print out tu, brader tu kata booking kami ni untuk sebulan lagi. Kami tersalah book untuk 3 Mac. Yeeeee… Aku dah kata dah, kami memang suka buat perangai kartun macam ni. Padahal aku rasa aku dan Ayah dah berpuluh kali tenung kertas tu, haram tak nampak perkataan Mac tu.

Brader tu suruh kami try modify booking tu, tukar tarikh hari ni, tapi website yang kami guna, iaitu Kayak, takde option tu. Cuma ada option untuk cancel the booking. Mamat tu kata dia boleh offer kereta dia yang available, tapi harga yang dia quote berbeza hampir RM300 daripada yang asalnya kami dapat. Tak kelakar untuk satu hari. So kami kata thank you, but no thanks.

Pergi masuk kafe dekat situ dan bincang sekejap. Bila kami buat search untuk book kereta hari ni, boleh dapat harga murah di kedai lain. Tapi Ayah risau takut last minute booking camni proses dia jadi lambat dan kami akan start journey dah tengah hari. So we decided to book kereta tu untuk esok je. Nasib baiklah jadual kami very flexible kali ni. Ayah pujuk kata all things happen for a reason. Aku pun redha je. Nampak sangat weh, kami dah tua. Kalau benda macam ni berlaku beberapa tahun lepas, harus jadi modal bergaduh buat beberapa ketika, dok mengungkit sape salah. Tapi dah tua ni macam dah mellow sket. Walaupun aku memanglah kecewa sebab Salzburg hari ni takde apa yang boleh kami buat dengan hujan non stop camni. So Ayah kata, mari kita shopping.

Lantas kami ke station tram depan tu dan pergi ke Salzburg Designer Outlet. Saja jalan-jalan cuci mata. Aku saja buat lawak, alang-alang dah sampai ni, kasut pun basah, kita beli kasut baru jelah. Dengan sepantas kilat Ayah bawak masuk segala jenis kedai kasut. Dia jumpa kasut boot Clarks dulu, EUR36 je weh. Mane nak dapat boot harga camtu. Convert duit kita baru dalam RM150. Aku suruhla dia beli. Ingatkan dah setel. Tapi dia tak puas hati sebab aku tak beli. Dia heret masuk segala kedai suruh aku try segala kasut. Aku dah ada boot waterproof yang sangat selesa kat rumah (yang aku memang dah sarung kat kaki sebelum gerak ke KLIA hari tu, tapi last minit aku pi tukar pakai Skechers. Bongok!), sebab tu aku tak mau beli. Mamat ni rasa guilty kot, dia sorang beli. So in the end kat satu kedai ni nama Salamander, jumpalah yang murah, selesa dan nampak reasonable.

Supaya tak membazir, aku beli boot tu ikut saiz kaki anak dara aku, iaitu 38 (kaki aku saiz 35/36), so that balik kang aku boleh bagi dia. Longgar sikit untuk aku tapi masih boleh berjalan. Coz seriously I don’t need another pair of boots! Lagipun harga EUR30 je weh. Tak sampai RM150. Mane nak jumpa harga camtu kat Malaysia. Bayangkan kalau kerja sini, gaji ikut rate sini. Beli kasut pun 30 hengget je. Beli groceries dah murah, kasut pun murah. Duit diorang guna buat apa ntah? Memang cepat bleh jadi jutawan.

Pastu disebabkan bekal dah bawak siap-siap konon-konon nak berkelah kat Hallstatt tadi kan? Haa, kau berkelah la dalam mall tu, makan nasi goreng. Jimat duit. Lepas tu kami balik apartmen simpan barang dan solat. Sorang pakcik mat saleh dalam tram tegur kami, dari Singapore ke? Kami jawab dari Malaysia. Dia kata ooohh, dia pernah pergi Malaysia dulu, pergi Genting main judi. Hihihi… Sibuk dia tanya kami 1st time datang Europe ke, pernah pergi mana semua. Dia asal Venezuela rupanya. Lepas tu stop kami dah sampai. Tak sempat sambung bersembang.

Sampai rumah solat semua, sembang dengan anak-anak jap sebab diorang dah balik sekolah. Tukar socks dan kasut baru, keluar berhujan balik. Serious weh, hujan dia tak berhenti walau sesaat. Dahla apartmen kami ni jauh. Jalan pegi jenguk Mirabelle Garden tu dulu, tapi disebabkan cuaca mendung kelam suram begitu, takde mencapai piawaian nak ambil gambar. Kami terus jalan untuk naik Fortress Hohensalzburg pula. Itu jela yang reasonable pun dalam hari hujan camni sebab aktiviti dia banyak dalam castle tu. Tiket basic dia EUR12.90 sorang. Naik kabel car ke atas, dan masuk dalam fortress tu tengok muzium-muzium dia.

By pukul 5 tu kami turun balik, dan jalan ke kedai fish n chips yang kami nampak semalam. Nordsee nama dia. Aku dah tak kuasa nak balik masak. Tanya brader pekerja kedai tu, is everything here halal? Dari semalam aku dah perhati, pekerja kedai tu kebanyakannya muslim, dan menu dia takde pape yang involve daging semua. Seafood semata-mata. Mamat tu kata yes, all halal, I’m a muslim too. Yesss, maka aku order salmon, Ayah order fish n chips. Habis tu tak cukup! Order lagi 1 fish n chips kami share 2 orang. Lapar btul!

Siap tu barulah balik. Singgah kejap je beli telur untuk masak breakfast esok. Dan Sabun serta syampu sebab tuan tanah kedaung tak sediakan sabun dan syampu. Nyampah!

Balik, mandi, solat dan bersidai sebelah heater. Sekian.

No comments:

Post a Comment