23 November 2016
Letih sangat semalam, semua pakat
tidur sampai pagi. Aku pun tak bangun awal untuk kerja. Subuh dekat Paris ni
masuk pukul 6.58 pagi. Jadi elok bangun untuk Subuh. Dekat luar hujam gerimis,
tapi check ramalan cuaca kata sepanjang hari ni akan cerah.
Jadi lepas fikir dan bincang,
kami decide untuk pergi ke Disneyland hari ni. Kalau tak, selagi tak pergi, selagi
tu anak-anak sibuk tanya. Nak berjalan tempat lain pun tak tenang.
Siap-siap, kemas-kemas semua. Budak-budak
breakfast dekat bilik. Akhirnya kami ada cerek untuk jerang air, dapatlah minum
Milo, makan nestum, bancuh sup. Meriah! Boleh ringankan beg sikit jugak.

Kami sampai dekat sana dalam pukul
10.15. Just nice dengan opening hours dia, yang buka pukul 10. Tapi kami rasa a
bit rushed sebab waktu tutup dia pulak pukul 7 petang, berbanding dengan masa
dekat Tokyo dulu pukul 10 malam.
Kami beli tiket untuk 2 taman, Walt
Disney World dan Disneyland Park. Tiketnya kami beli online dekat website dia. Aku
just nak bagi tip sikitla dalam hal beli tiket ni. Okay, bila buka website Disneyland
Paris ni, bahasa yang dia guna ialah bahasa Perancis. Jadi buat warga am Malaysia
kebanyakan memang tak faham la kan. Jadi
kita kena tukar language dia. Okay, pemilihan bahasa memainkan peranan penting.
Kita boleh tukar ke bahasa Amerika Syarikat, dan boleh tukar ke bahasa United Kingdom.
Setiap bahasa ni pulak, dia akan paparkan harga ikut mata wang negara tersebut.
US dalam USD, UK dalam Pound.

Anyway, masuk ke Walt Disney World
dulu, sebab yang tu tutup lagi awal, pukul 6. Dapatlah naik beberapa ride, tapi
dekat situ macam lebih kepada orang dewasa. Jadi sekejap aje dekat situ, kami
terus keluar ke Disneyland Park. Kami bebas untuk keluar masuk dua-dua taman
tu, jadi tak kisahlah nak macam mana. Masuk ke Disneyland Park, dan mula
merayau naik rides. Orang sederhana ramai, sebab hari ni hari kerja kan. Dan taman
dia tak sebesar di Tokyo dulu.
Kids seronok ajela main segala rides. Ada
hujan gerimis sekejap, tapi sekejap aje. Hujan singgah. Masuk pukul 3 tu aku
dah gelisah nak solat. Bila check map dia, takde pulak tulis prayer room ke
pape. Nak mesej tanya member yang pernah ke sini pun takde wifi. Jadi alang-alang budak-budak pun dah
lapar, kami pergi makan. Ada satu kedai makan nama Colonel Hathi’s Pizza
Outpost. Bila check menu dia, ada pilihan pasta dan pizza vegetarian, garlic
bread. Jadi kami order set tu. Makanlah sorang sikit.
Dalam restoran tu ada toilet, jadi
kami pergi ambil wuduk dulu. Dekat luar restoran tu ada tempat makan juga,
macam pangkin macam tu. Tapi takde orang duduk sebab semua orang pilih tempat
duduk dalam, dekat luar sejuk sangat. Jadi kami gunakan tempat tu untuk solat. Gunakan
kompas yang sedia ada dalam fon, dan hala ke arah Barat, atau lebih specific,
kedudukan kiblat dari Paris ialah 260 darjah dari Utara.
Selesai solat, kami sambung berjalan. Masa
tu dah tak banyak ride buka, dan yang mana yang buka semuanya panjang-panjang
sebab orang dah tak banyak pilihan. Anak-anak sempat bergambar dengan Jesse
daripada Toy Story. Lepas tu duduk melepak tepi castle tunggu parade mula.
Aku semakin sesak dengan asap rokok
bila duduk di kalangan crowd macam tu. Rimas rasa. Selesai parade, nak main apa
pun dah takda, unless kami nak patah balik ke Fantasyland, yang majority kami
dah main tadi. So pergi merayau dekat kedai-kedai dia. The child in me cries! Geram
btul nak beli barang-barang dia, tapi mahal nak mampos!
Dalam pukul 6 diorang buat persembahan
pasang lampu dekat pokok Krismas. Kami nak terus balik masa tu, lepas tu baru
teringat yang pukul 7 ada fireworks. Jadi lepaklah lagi, beli hot chocolate,
santai-santai. Husband aku dapatlah rehatkan kaki dia yang sakit. Entahla sebab
kasut ketat ke, kena serangan gout ke.
Selesai fireworks pukul 7.30 petang, kami
gerak ke train untuk balik. Semua pakat terbongkang dalam train. Nasib baik
train tak penuh. Tukar train di Nation dan balik ke Anvers. Sampai di hotel
dalam pukul 9 malam.
Anak-anak tukar baju semua, makan
sikit, dan terus tidur. Kami pun samalah. Tapi aku lambatlah sikit, kena belek
laptop dulu.
All in all, kami sekeluarga sependapat yang Tokyo Disneyland lebih happening. Tapi itu subjektif la. Aku rasa the fact that Tokyo Disneyland was our first Disneyland memainkan peranan. Sebab bila first time tu, dia punya Wow tu lain. Kali ni, banyak rides yang sama macam di Tokyo dulu, jadi takdelah rasa Wow sangat. Rides dia pun di Paris ni banyak yang tengah renovate. Jadi kami tak banyak dapat main. Tapi takpelah, Kids enjoy, itu je motifnya.
No comments:
Post a Comment