The truth is… aku memang gatal
kaki nak berjalan jauh sejak awal tahun lagi. Disebabkan trip yang dah kami
buat tahun ni adalah ke negara-negara jiran: Lombok dan Krabi, aku asyik terasa
macam aku belum pergi mana-mana tahun ni. Plan asalnya nak bercuti masa Raya
Haji, nak merasa beraya oversea. Tapi sebab mak mertua aku berat hati, dan aku
ni jenis takut derhaka orangnya, kami batalkan rancangan.
Tapi bulan 9 tu ada sale
besar-besaran di Qatar Airways pulak, dan aku terjebak. Kebetulan ada deal Kids Fly Free
With Adults, jadi kalau beli 2 tiket orang dewasa, boleh bawak 2 kanak-kanak
percuma. Alhamdulillah, rezeki. Untuk kami berempat aku dapat tiket ke
Amsterdam dengan harga lebih kurang RM6200. Lebih kurang RM1500 seorang return
flight. Sambarla beb, sape nak bagi?
Disebabkan banyak factor yang nak
kena fikir seperti exam anak, baki cuti tahunan husband, kenduri-kendara
sedara-mara, dan lain-lain, tarikh yang sesuai ialah November. Itu pun
anak-anak aku kerah start cuti sekolah seminggu awal. Tabahlah nak, dapat mak berjiwa
nomad.
Day 1: 18 November 2016
Flight Qatar Airways dari Kuala
Lumpur ke Doha ialah pada jam 9.15 pagi. Pukul 5 dah kerah anak-anak bangun
bersiap. Adik ipar aku yang hantarkan kami ke airport. Semuanya cepat dan
lancar sebab kami dah online check-in. Drop beg aje.
Masa nak lepas imigresen tu aku
menyaksikan sesuatu yang cukup horror bagi aku; seorang mamat tak lepas
imigresen sebab tak bayar PTPTN. Adoi, scarynya. Walaupun PTPTN aku dah lama
abis bayar, aku tetap rasa kecuakan itu.
Anyway, sebab awal lagi, kami
sempat breakfast dulu dekat dalam, lepas tu baru ke gate. Flight kami sangat
penuh. Kami dapat seat 4 sederet atas flight. Anak-anak agak teruja sebab
masuk-masuk flight aje dapat kids toys, pastu selection movie dan games untuk
diorang banyak. Siap ada bantal dan selimut. Mewahla. Yelah pun, perbandingan
diorang dengan apa? Selama ni pengalaman naik AirAsia dengan Malindo je. Haha.
Flight ambil masa dalam 7 jam,
dan kami sampai di Doha jam 12 tengah hari waktu tempatan. Kami sengaja ambil
flight dengan transit 21 jam, supaya dapat merasa melawat Doha. In fact, kalau
naik flight Qatar Airways transit di Doha, kita juga boleh apply visa Qatar
free untuk melawat Qatar. Terms and conditions apply, tapi kami layak, dan
itulah yang kami dapat. Save budget oi! Kalau tidak, sorang kena dlm RM150. 4
orang dah RM600 beb!
Kami book hotel Elegance Castle
Hotel di Maarif Street, tak jauh dari Corniche. Teksi berharga lebih kurang
QAR40. Mungkin dalam RM50-60 duit kita, walaupun hotel dengan airport cuma dalam
10 minit. Masa check-in tu pun aku tercuak sekejap bila mamat reception tu
mintak surat nikah kami. Aduh, lupa pulak kami ni pergi middle east. Dengan
penuh innocent dan bersungguh-sungguh kami katakan yang kami dah kawin sebab
ini anak-anak kami. Macamlah orang tak kawin tak reti buat anak, kan? Haha.
Masuk ke bilik dan solat
siap-siap, lepas tu terus keluar. Based on research yang tak berapa nak
mendalam sangat, kami cadang nak ke Souq Waqif dan Corniche. Tengok map cuma
walking distance dari hotel. Kami search juga kalau nak buat desert tour, tapi
4 orang harganya dah RM1000 duit kita. Ish, tak sanggup pulak rasa.
Lepas bergambar di sekitar Souq
tu, kami jalan kaki ke Corniche. Agaknya Qatar ni weekend dia Jumaat Sabtu,
sebab petang ni punyalah ramai orang. Yang aku maksudkan orang pula ialah bukan
warga tempatan ye. Aku rasa macam aku sedang berada di Bangladesh. Kalau kita
rasa dekat Malaysia ramai, dekat sana ramai lagi. Penuh area Corniche tu dengan
diorang, berpiknik, melepak. Kami je orang yang jelas tourist kat situ,
mengusung kamera, tripod, beg galas dan anak kecik. Haha.
Bergambar dan mengambil gambar.
Masa tu dalam pukul 5, dan dah pun azan Maghrib. Bila hari dah cukup gelap,
bot-bot yang tadi tersadai dekat tepi-tepi air tu mula berlampu lip lap. Dengan
muzik kuat-kuat. Rupanya diorang buat attraction naik bot untuk tengok city
view. Romantik la jugak kalau diikutkan. Bagi kami pulak, benda-benda macam tu
fun la untuk budak-budak. Bot pertama yang approach kami quote harga 80 Riyal
untuk 1 family, dan kebetulan cuma kami saja dalam bot tu. Dia tak tunggu pun
orang ramai-ramai untuk penuhkan bot. Jadi sebab duit Qatar pun bukannya nak
guna dah lepas ni, kami setuju memperabihkan duit.
Operator bot tu Bangladeshi juga.
Masuk dalam bot dia suruh pilih lagu apa nak dia pasang, “You want English song
sir?” Suamiku yang sebegitu penyayang terhadap isterinya itu terus petik, “We
want Bollywood, Hindi Hindi!” Suka la brader tu. Dalam setengah jam dalam bot
tu dapatlah dengar 4-5 lagu. Anak dara aku boleh buat disco pulak tu dalam tu.
Mentang-mentang kami je ada, dan lampu bot ditutup, tinggal pasang lampu lip
lap je. Dia punya ronggeng! Itu padahal tak mengaku minat Hindustan tu. Bila
keluar lagu favourite aku, dia jerit sama sebab cam lagu tu. Ewah! Kau
sebenarnya mahu tapi malu kan?
Lepas habis boat ride barulah
sembang dengan operator boat tu, sebab dia pelik, kami ni orang apa? Kenapa minat
Hindustan? Bila sebut kami orang Malaysia, melompat dia. “I stay in Singapore 8
years! Malaysia Singapore very close. I go to JB also.” Heheh. Tapi rezeki dia
lebih murah dekat Qatar. Bot tu bapak mertua dia punya, bisnes family la
sekarang. Asyukkk aaa…
Lepas tu kami menapak je balik ke
hotel. Jauhla, memang jauh. Tapi terimalah kan? Untuk ke airport esok pagi,
kami book shuttle siap-siap dari hotel, QAR50. Pejam mata jelah bayar. Pukul 4
pagi pulak tu kan?
Naik ke bilik, mandi dan settle
down. Anak-anak aku terus lena. Check jam, baru pukul 7 malam. Hahaha. Inilah
juga nasib di Amsterdam ni agaknya? Asal gelap je, terus tidur. Dahla siang
sekejap je.
No comments:
Post a Comment