Sunday 24 June 2012

Motherhood Challenge #577: Planning a Birthday Party


Layla is turning 3 in about a month, and I’m planning a party for her.

Dan betapa ia sungguh memeningkan kepala.

Truthfully, aku adalah jenis-jenis mak yang tak berapa over-acting sangat pasal birthdays ni. Walaupun memang ada celebrate birthday anak-anak sejak umur diorang setahun, aku tak pernahla buat party besar-besaran. Sekadar buat kat rumah, ajak family and friends yang paling rapat sahaja. Birthday Ilhan hari tu nampak macam besarla sikit, berkhemah-khemah bagai, sebab aku tumpang potong kek pada majlis bertunang adik iparku, Ijah. Hehehe…  

Bagi aku there’s no point buat party hebat-hebat sedangkan anak tu belum paham apa-apa. Macam Ilhan hari tu, terpinga-pinga je. Kakak dia yang lebih.

Sebab tu kali ni, party ni aku rasakan penting, untuk Layla dan juga aku. Untuk dia sebab dia dah paham apa itu ‘birthday party’, serta apa yang patut berlaku dalam sesebuah birthday party. Untuk aku sebab aku rasa bersalah dan kesian dekat dia kalau aku tak buat party untuk dia di kala dia sudah faham apa itu birthday party. Tengok gaya dia masa party Ilhan hari tu je cukupla. Orang nyanyi happy birthday untuk adik, dia yang tersipu-sipu…

So anyway, planning a party with limited (monetary) resources is another challenge altogether.

My first choice is an outdoor party, tapi weather unpredictability membuatkan aku dengan berat hatinya terpaksa melupakan idea itu. Kalau tidak, memang senang sangat, depan rumah Mama dah sah-sah  ada padang permainan. Tasik Kiara pun ada.

So now I have to resort to other (more expensive) plans. Expensive? Yes, indoor children’s parties are expensive!! Antara calon-calonnya ialah birthday party packages dekat fast food outlets seperti KFC, McD dan sebagainya, atau party di indoor playgrounds untuk kanak-kanak seperti YuKids, Kidzania dan sebagainya. Botaklah bapak kau, anakku.

Aku bukannya tak consider nak buat party kat rumah, tapi ruang takde. Jemputan dalam 50 orang, kat mana aku nak sumbat? Takkan nak sewa khemah? Pastu aku malas nak handle sendiri party games untuk budak-budak. Dah kena upah clown ke, magician ke, tukang bentuk belon ke pulak… Ish ish. Ini baru birthday party ke-3. Belum kenduri kahwin dia.

Di kala-kala beginilah aku selalu terfikir, kalau aku ada income tetap sendiri kan bagus. At least untuk benda-benda remeh, yang tak penting tapi masih tergedik-gedik nak buat ni, aku boleh guna duit sendiri. Tak payah menyusahkan suami. Sebab apa, mengikut nafsu keibuan aku ni, macam-macam aku dah berangan. Kalau boleh sewa stadium, Stadium Bukit Jalil aku sewa bagi diorang berparti puas-puas.

Macam mana nak plan ni? Party yang happening untuk 50 orang tetamu tapi di bawah RM500? Termasuk hiburan untuk kanak-kanak ya. Kalau untuk orang dewasa je, RM500 tu kacang goreng je. Hiburan untuk kanak-kanak tu ialah keyword yang menyekat kepala aku sekarang ni.  

Semoga datanglah ilham kepadaku secepat mungkin. Atau, lagi best, datanglah duit yang banyak kepadaku. Amin. 

No comments:

Post a Comment