Tuesday 12 June 2012

Eurotrip: Lucerne-Mount Pilatus


Day 7

The view from right outside our hotel
Breakfast as usual and ready to board the bus by 7.45. First activity for today is menaiki bot ke sekitar Tasik Lucerne (The Lake of Four Forests). Sejuk gedi! Hari ni barulah berbungkus sakan. Jaketnya, pashmina lagi. Wah, winter abislah kengkonon. Viewnya, Masya-Allah! Cuaca perfect, pemandangan sangat cantik. The whole boat ride was an hour, dan kami turun di kaki Mount Pilatus, where we next rode the cog-wheel train up the mountain. Memang hebatlah train tu sebab gunung tu curam sungguh, steady je dia naik. It’s something like Bukit Bendera, but way, way higher. How high? Well, when we almost reached the peak, kami mula jumpa salji di situ. That’s how high and how cold it was. Tapi amazingly, gunung tu jugak menjadi training spot untuk orang yang nak naik pergunungan Himalaya. Punyela ramai kami jumpa orang yang mendaki gunung tu. Fuh! Respect!
The view from the cog-wheel train

Ish, cantik sungguhlah kat atas tu. I mean, words can only describe so much, and I am not overly articulate anyway. Apa yang boleh aku katakan ialah beautiful, amazing, breathtaking, awesome, dan perkataan-perkataan yang sewaktu dengannya. Especially since kami sungguh beruntung sebab cuaca clear aje sepanjang dekat sana. Esther sendiri cakap that is quite unusual for Switzerland. Aren’t we a lucky lot?

Puas amik gambar, minum dan makan sikit dekat kafe dia: sepinggan baked baby potatoes dengan secawan hot chocolate. Nyaman sekali! Then, at 10.55 semua naik cable car untuk turun ke bawah. So kami dapat experience both; cog-wheel train and the cable car. Duduk satu cable car dengan Kay and Tim.

The view from the top of Mount Pilatus
The bus then sends the rest of us yang tak join folklore lunch (optional excursion) ke bandar Lucerne. Kami hanya akan dijemput balik pada jam 5 petang. Ada 5 jam lagi tu masa tu. First sekali masuk Bucherer dulu sebab kami semua diberi voucher untuk redeem sudu percuma sorang satu. Sempatla tengok barang-barang yang diorang jual – barang-barang yang menjadi trademark Switzerland; jam, Swiss knife, jewelries. Orang semua kata murah ek? Aku tengok hampir muntah darah di situ. Ada satu jam on display tu, harganya Chf125,000, bersamaan lebih kurang RM375,000. Dapat sebijik rumah nok!

Lepas tu round bandar Lucerne. Cam biasalah, mencari makanan adalah satu aktiviti yang stressful kepada kami berdua. Penat berjalan, lepak tepi tasik makan biskut. Hilang penat, berjalan balik. Kami decide untuk pergi train station sebab kalau ikut teori train station tu tempat tumpuan ramai orang dan biasanya daripada golongan kelas pertengahan dan bawah. Aku bajet adalah makanan murah, dan mungkin juga makanan berbilang bangsa. Kali ini instinct kami tepat. Food ada, walaupun makanan Italy dan hanya untuk take-away, tapi price okay. Supermarket pun ada so stock up on bread and butter for later.

Pergi tepi tasik untuk menikmati makanan kami: Spinach and ricotta ravioli in tomato and basil sauce serta suku potong pizza. Dap! First time ni aku makan ravioli. Hilang kempunan.

Off topic sikit: Serious, aku yakin yang aku dah gemuk sejak start trip ni. seluar aku ketat wehhh. Tang perut! Hadoiyai! Dahla dah hitam, gemuk pulak. Sadis!

Anyway, lepak tengok orang lalu-lalang sampai bosan, pergi jalan-jalan cari souvenir. Belila coklat dalam 15 bar. Oh, dan aku juga dapat membeli cow bells macam yang Raj letak kat lembu sebelum keluar lagu Tujhe Dekha… dalam citer Dilwale. Boleh? Ahahhaha… Kecik je aku beli. 1 for me and 1 for Kak Milah, sebab hanya kami berdua je yang faham simboliknya. Dan, still slightly related to that, dekat sini ramainyalaaaa Indians! Sungguh, aku rasa filem Bollywoodlah penyumbang kepada hakikat tersebut, sebab sejak zaman-berzaman diorang suka shooting kat Switzerland. Kalau bukan whole movie pun, satu lagu mesti ada jugak. Aku hoping jugak jumpa pelakon Bollywood, tapi no luck. Ahahah.

Beli aiskrim seround sementara menunggu pukul 5. Tepat pukul 5 balik bilik. Husband kata nak tidur kejap, pastu baru nak keluar picnic tepi tasik, makan roti. Tapi belum sempat apa dah hujan lebat. Angin punyalah kuat, sungguh menakutkan. So we stayed in the room till morning; packing and all. Leaving Switzerland tomorrow.

Tau tak apa yang aku rasa since coming on this trip? Aku rasa nak cari balik SEMUAAA movie yang pernah aku tengok yang melibatkan SEMUAAA tempat-tempat yang aku dah pergi ni, dan do a movie marathon. Maybe I should get my sister to help with that. Heheheheheheheheh… 

2 comments:

  1. sister can help, mother have to help with babysitting also. ngeheheheh

    ReplyDelete