Sunday 3 June 2012

Eurotrip: Rome

Day 1

1st June 2012

Our day started early. Pukul 4.30 dah bangun. Pukul 6 dah macam 7.30 pagi kat Malaysia. Cuaca pun sejuk-sejuk sedap gitu. Mungkin dalam 20⁰C. Seperti dijadualkan, kami breakfast pukul 6.30 dan berada dalam bas by 7.15. Groupmates majority mat salleh, from all over the world: Australia, South Africa, Phillipines, New Zealand, USA. Tapi yang amazing tu ada 4 orang Cina Malaysia jugak; orang Kuantan. Antara benda pertama yang Lim tu tanya kami ialah, “Berapa aa u all bayar for this trip?” Maka terpaksala bagitau hakikat, kan? Tak bayarla bang, dapat free, menang contest. Geleng kepala dia. “Mahal ooo trip ni. Kami bayar RM11,000 seorang!” Fuh! Terima kasih Celcom.

Anyways, 1st stop was to luar pintu Vatican City. Kalau nak masuk kena bayar extra kat tour director, pergi Sistine Chapel dan sebagainya. Kami tak minat sangat, so we opted out. So instead kami dibawa jalan kaki ke Piazza San Pietro. Cantik. Memang cantik. And kami masuk Basilica San Pietro. Again, memang cantik. Aku memang kagum dengan kerja seni diorang. Fascinating. Seriously. Husband kata ada jugak dia perasan orang-orang yang toleh-toleh tengok aku memandangkan sah-sah identity aku Muslim, dengan tudung segala. Lantakler. Aku masuk nak tengok bangunan cantik.

Bersama Marie from South Africa, looking at Basilica St. Pietro
Since ada masa 2 jam sebelum berkumpul semula, kami jalan kaki pi Castel Sant’ Angelo. Tak masuk dalam pun. Malas, sebab banyak sangat sejarah dia yang nak kena baca untuk paham. Jalan kat luar tengok souvenir je. Banyak lori-lori orang jual Panini dan pizza. Tengok-tengok yang jualnya Bangla, Muslim. Kami pun beli Panini, pergi taman tepi tu, picnic makan. Ramai Bangla rupanya kat Italy tu; dan terima kasih kepada mereka kerana telah mengembangkan Bahasa Melayu ke Eropah. Ramai yang speaking Malay dengan kami, siap cakap ada sedara-mara diorang kat Malaysia. Hahah.

Destinasi seterusnya ke Collosseum, dan again we opted out of the detailed tour. Aku rasa macam harga berpuluh-puluh Euro tu tak berbaloi nak dibayar. Instead kami amik-amik gambar kat luar, dan tawaf Collosseum dari luar. Jujur aku cakap bila tengok bangunan tu bulu roma aku meremang. Bukan sebab takut, tapi sebab, ish, camane nak explain perasaannya ek? Teruja, terharu, tak sangka, tak percaya. I remember having read many, many period novels with the Roman empire as its story background. I saw the movie Gladiator; so I can almost imagine everything. Unbelievable, the feeling. And everywhere you look there are historical monuments, ancient ruins. BEAUTIFUL! I have never studied architecture and I’m not good at history, but coming here, you seriously wish you had and you are.

Later in the evening lepas balik rest sekejap kat bilik, kami join in optional excursion yang tour offer untuk jalan kaki sekitar Bandar Rome, tengok Trevi Fountain, Pantheon and Piazza Navona. Dekat Trevi Fountain tu semua orang kena baling coin ke dalam fountain tu, sebab Romans believe that if you do, then you will be back here again. Pegang coin dalam tangan kiri dan throw it over your right shoulder. So we did it, just for fun. Jangan main-main, aku baling syiling seposen baru Malaysia tau. Hahah.


Strolling along narrow streets of Rome
The atmosphere in Rome was electric. Probably because it was also a Friday night and everyone is out having fun celebrating the weekend. All the restaurants were full, and noisy, and not in a bad way!

Aku moody sekejap sebab husband decide not to have dinner kat situ; memang mahalla kalau convert ke duit kita. Masalahnya, lalu semua kedai ada menu kat luar, baca makanan dia je dah buat air liur aku kecur-kecur. Sesungguhnya, sesiapa saja yang cukup kenal aku akan tau apa significantnya pasta dalam hidup aku. Berada kat Italy dan tak benarkan aku makan pasta atau pizza samalah macam menghayun ikan ke muka kucing pastu simpan balik dalam peti ais. Kejam! Husband pujuk dengan membeli chocolate gelato yang Masyaallah! Sedap giler! Tapi muka aku masih belum manis sepenuhnya, so last-last kami beli satu slice pizza. Heheh. Baru senyum balik.


By 10 kami dah berada di hotel semula. Exhausted! We slept almost right away. Sesiapa yang plan nak berhoneymoon sambil going on tour, aku nasihatkan tak payahla… You won’t have time, or the energy, for ‘anything’. HAHAHAHAHAH…

No comments:

Post a Comment