Thursday 14 June 2012

Eurotrip: Paris


Day 9

We’re in Paris today!

Stereotype, again. :P
Lepas breakfast, first activity is sightseeing. Yakni bermaksud melihat Paris dari dalam bas. Frust jugakla sikit sebab belum sempat guide habis cerita pasal satu bangunan, dah sampai satu lagi lokasi bersejarah. Macam rushed sikit. Dan sometimes kami sendiri tak sure which building are we supposed to look at. Tapi satu yang aku suka, local guide dia tu sangat best. Lawak-lawak sarkastik, dan dia ceritakan sejarah dengan cara yang bersahaja dan mudah so that semua orang boleh relate. Selamba je dia kutuk English people depan-depan Esther yang dah sah-sah British. 

Dia bagilah kami chance turun bas amik gambar depan Eiffel. Itu je yang penting pun.

From there, siapa yang bayar optional tour ke Versailles stay on the bus, while those who don’t turun di situ untuk free time in Paris. Kami bayar for optional tour, so off we go to Versailles.

Ia adalah sebuah istana yang dibina oleh King Louis XIV yang menjadi istana rasmi Perancis sehinggalah kebangkitan Revolusi Perancis yang telah mengakibatkan Louis XVI dan Marie-Antoinette dihukum bunuh sekaligus membawa kepada berakhirnya legasi King Louis.

Strolling the garden in Versailles
The palace was huge, so was the garden and the history behind the whole place. But what struck me the most was the side most often overlooked by public. As usual, otak aku yang complicated ni suka nampak benda-benda di sebalik tabir. This time my mind centered on the queens of France. I mean, sejak kecik kita disogok dengan Disney cartoons and what’s it like to be a princess, to marry a prince, and to be a queen. All nice and glossy and sparkly and pretty.

But in reality, kehidupan diorang sungguh dreadful! Firstly, perkahwinan adalah satu kontrak pelebaran kuasa dan membina alliance sesame negara. There’s no such thing as marrying the person you love (unless you fall in love with person you marry. In which case, you are lucky.) Kedua, kau tak ada sebarang kuasa selain to sit there and look pretty. And you literally have to sit there because you can’t bear to stand so long, much less to walk around when you’re wearing a dress weighing 25kg. The whole country looks at you all day long, memerhatikan setiap gerak-geri dan bahasa badan, obviously sambil mengkritik dan mencari flaws. The minute you get married, the whole country waits for you to get pregnant as you are responsible to produce an heir to the throne. Imagine the pressure! If you produce female heirs (totally useless) or worse still, you can’t get pregnant at all, chances are high that your husband would go find a mistress. And well, the truth is, whether or not you produce an heir, your husband would still have mistresses anyway. He’s the king.

I was affected by that. Such injustice.

And then there was Marie Antoinette. Nama dia sering disebut-sebut sejak kami berada di Switzerland lagi (remember the lion statue?) Husband pun ada tanya, kenapa Marie Antoinette tu famous? Aku tak dapat jawab sebab I was never a history buff. Anyway, kini aku tahu dan aku ingin berkongsi.

The portrait of Marie Antoinette and her kids 
She was the wife of Louis the XVI. Guide tu cerita-ceritala pasal dia, kami masuk bilik dia, tengok pilihan hiasan bilik dia, diberitahu yang dia digelar Queen of Flowers. Fine. But one thing caught my eye. Gambar dia ni. 

Kata guide tu, dalam banyak-banyak queen, dia seorang yang insist nak dipotretkan bersama anak-anak dia. Dalam gambar tu ada 3 orang budak. Yang perempuan berada paling hampir dengan dia. Itu anak sulung dia, dan sangat rapat dengan dia. Yang kedua ialah anak lelaki, yang merupakan heir to the throne serta di ribanya seorang budak lelaki kecil, iaitu anak ketiga dia. Dekat belakang tu ada satu katil baby yang kosong. Rupanya dia ada satu lagi anak kecil, anak bongsu perempuan, yang meninggal sebelum lukisan tu sempat siap. Tak lama lepas tu anak lelaki dia (heir) pun meninggal. Tinggal dua anak dia. Bila Marie Antoinette dan King Louis XVI mati dibunuh semasa Revolusi Perancis, anak ketiga dia yang lelaki tu berumur 9 tahun. Sebab rakyat France takut dia bangkit membawa system beraja kembali, dia dimasukkan ke penjara. Dua tahun lepas tu dia meninggal. Tinggallah anak sulung yang perempuan, yang dianggap tiada threat kepada negara tetapi masih ada value. Jadi dia dihantar ke Austria (tempat lahir mak dia) sebagai pertukaran kepada tawanan-tawanan Perancis di sana. Sebak sungguh aku dengar kisah tu. Sungguh. Bergenang-genang air mata aku.

Bayangkan perasaan ibu yang kematian anak-anak. Bayangkan perasaan anak-anak yang ibu bapanya mati dibunuh. Bayangkan perasaan anak kecil yang dipenjara. Bayangkan perasaan seorang anak yang sebatang kara, kehilangan semua ahli keluarganya dan dihantar ke negara lain. I can’t bear it…

Ehem…

Eh, meleret-leret pulak kali ni.

Well, lepas ke Versailles tu kami dihantar balik ke Paris. We did our own thing sampai petang. Ate at a delicious Lebanese eatery yang menjual galettes; macam kebabla jugak sikit. Eh, sedap btul! Beli 1 galette with shredded chicken and 1 galette with minced meat. Masing terngiang-ngiang di lidahku!

Belila souvenir-souvenir sikit. Kedai berjenama yang kami masuk hanyalah Marks & Spencer. Ada 1 couple approach kami mintak tolong masuk LV belikan barang untuk diorang sebab katanya setiap customer ada limit berapa item yang boleh beli dan diorang dah exceed limit. Mintak maaflah ye, tak dapat tolong. Orang yang beratur kat luar LV panjang berjela. Entah apa yang digilakan. Aku tengok tak lawa pun. Semua corak sama, pattern macam makcik-makcik. Oopps. Personal opinion aje. No offence. J

Jauh kami berjalan kaki pusing Paris tanpa arah tuju. Baca peta pun tak berapa paham. So jadikan Arc de Triomphe serta Champs Elysees sebagai landmark dan berjalan ajelah. Dekat pukul 5 baru gerak balik naik Tram. Sesat sebentar sebab instead of turun kat station La Defense Grand Arche, kami turun di Esplanade de La Defense. Rugi lagi €3.40. Sampai di station yang betul, tunggu free shuttle car dari hotel, balik. Terus bertapa dalam bilik, dah malas nak keluar. Enough excitement for one day.



Malam makan Maggi aje. Hehe.

No comments:

Post a Comment