Wednesday 6 June 2012

Eurotrip: Pisa-Florence


Day 3
So it is to Pisa today. Aktiviti ni sebenarnya ialah satu optional excursion. What that means is that it’s not included in your basic package, and if you want to go you have to pay extra. Hmmm…

Nak tunjuk sejauh mana condongnya ia
Masa kami dapat itinerary untuk trip ni, about a week before the actual trip day, kami terkejut tengok ada konsep optional excursion ni. Bukan apa, kebanyakan tempat best-best semua termasuk dalam optional. Nak membayar pulak tak kelakarla kan? Bila kira balik kalau kami nak join semua excursion yang ada, it would cost us dalam €800 lebih SEORANG. Heheh. Balik Malaysia, makan pasirla. So kami pilih-pilih yang mana yang betul-betul matter to us aje. This Pisa trip cost us €40 each.

The journey to Pisa was about an hour. Sampai sini, kiri kanan jalan penuh dengan gerai jual souvenir. Tengok harga dia pun OK. Yang aku suka sebab penjualnya Bangla-bangla lagi. Bolehla nak tawar-menawar.

Anyway, the leaning tower was beautiful. It is a separate bell tower untuk gereja yang ada dekat situ sebenarnya. Dan dia punya lean tu memang obviousla. Photographs just don’t do justice to the actual thing sebab dalam gambar memang tak berapa nampak darjah kecondongan dia tu. I’m happy we got to see it with out own eyes.

Aksi stereotaip di Pisa :P
Dekat tower tu kejap je, pastu apa lagi, bagi bisnes kat Bangla la. Hahah. Beli fridge magnet, cam biasa. Ada kedai kebab halal kat tepi tu so husband beli bekal untuk lunch. Aku tak nak sebab mulut dok teringin pasta dah banyak hari belum dapat. Kat luar kedai kebab tu ada pokok-pokok lavender. Excited aku, first time tengok live. Bau dia memang sebijik sama macam botol essential oil! Aku petik sekuntum simpan dalam beg. Ada rezeki nak balik tunjuk Mama. Heheh. Sempat beli pashmina, 3 helai €10.

After that we head to Florence for 2 hours, just untuk jalan-jalan. Kami plan nak cari kedai makan. Berjalan punya jauh sampai station Santa Maria Novella, tapi langsung tak jumpa kedai yang meyakinkan sket. Dahla lapar, kaki melecet, penat. Memang hangin jela. Paling-paling pun aku jumpa macam some organic exhibition, jual fresh produce. Kiri kanan depan belakang jual cheese dan babi. Boleh? Hahah. Tak pernah aku tengok daging babi sebanyak tu seumur hidup aku. Berbagai-bagai jenis pulak tu. But we found a stall selling veges and fruits. Beli sebekas strawberry, makan sambil jalan. Manisssss sangat. Best strawberries I've ever tasted! Last-last balik bodo je, makan Maggi. Hahah. Dapatla aku makan Maggi idaman.

Sampai je bilik terus Skype dengan kids, Mama and Abah. First time tengok diorang since we left. Cam biasa, aku kebanjiran lagi. Letihla, jiwa selembut kapas ni. Ahhah. They seem okay. The rest of the day lepak bilik je sebab kami tak join optional belah malam; dinner di restoran dekat Tuscan hillside. Sound heavenly, but it was too expensive for us, plus we probably won’t have anything to eat anyway. Kalau kaki minum wine memang berbaloila. Free flow.

Our pasta dish
Pukul 8 camtu kami keluar cari restoran. Ada satu je pun. Tutto Bono. Bangunan bentuk kotak yang tinggi, terletak atas 4 tiang. Seriau jugak tengok. Order pizza sebijik, pasta sepinggan, air kosong sebotol besar, coke segelas: €24. Kalau tak convert ke duit kita, memang murahla. Pizza besar sebijik x sampai €10. Sedap food dia. Masa tengah makan tu aku and husband both rasa gegaran. Very mild, but it was there. Tak tahulah kat mane yang gempa.
Besar alam pizzanya

 By 10.30 we were back in the room. Bulan cantik malam ni. Kalau join pegi makan kat Tuscany hillside tu mesti best suasana dia dengan bulan camtu. Romatica d’amor gitu. Eh, itu bukan bahasa Sepanyol ke? Ahahhaha…

No comments:

Post a Comment