Monday 30 January 2017

Couple’s Trip 2017 – Osaka - Kobe – Day 5

29 Januari 2017

Plan hari ni nak ke Kobe. Kami keluar lambat lagi untuk aku setelkan sikit kerja. Pukul 10 baru keluar rumah. Train dari Osaka Station ke Kobe Station ambil masa dalam setengah jam kalau ambil rapid train. Harga tiket ¥410 seorang. Ini train JR la. Dekat sini ada beberapa pass yang kita boleh beli sebenarnya untuk travel around. Ada Kansai Thru Pass, dan ada JR Pass. Kita boleh pilih nak beli untuk berapa hari. Tapi kami tak beli pun, sebab kami bukan heavy traveling kali ni. Bila kira balik perbelanjaan untuk naik train sepanjang hari, tak sampai harga pass yang perlu dibayar. The catch is, JR Pass hanya boleh guna untuk JR transportation sahaja, sementara Kansai Thru Pass boleh guna untuk semua transportation lain kecuali JR. Pergerakan kami pula guna dua-dua sekali sama banyak. Jadi kalau beli dua-dua pass pulak, lagilah rugi. Benda tu nak kena study sikit sebelum beli

Anyway, kami sampai di Kobe Station pukul 11 macam tu. Tapi rupanya tempat yang husband aku nak pergi tu ada lagi beberapa station ke depan. Kami ni pulak masih lurus bendul, keluar dulu pergi beli tiket lain. Padahal, kalau tak salah aku, kita boleh proceed ke station yang kita nak dan bayar perbezaan harga guna mesin Fare Adjustment. Takpelah, itu pun satu proses pembelajaran.

Destinasi pertama ialah ke Tetsujin. Tempat tu takde apa pun sebenarnya, melainkan ada seekor robot besar dekat situ. Husband aku ni obsess pulak, jadi pergilah bergambar depan tu. Lepas tu terpinga-pinga dekat sana, sebab memang takde apa. Dari sana kami ke Motomachi station untuk pergi ke kebanyakan attraction di Kobe ni, macam kawasan pelabuhan, taman, memorial gempa bumi, Kobe Tower.

Dekat Kobe ni banyak aje benda nak tengok kalau rajin. Ada tempat boleh naik kereta kabel ke Mount Rokko. Dekat atas tu katanya ada taman herba, ada air terjun, boleh tengok pemandangan Kobe dari atas gunung. Tapi kami sampai Kobe pun dah dekat tengah hari. Ambil masa juga untuk buat semua benda tu. Jadi kami abaikan ajelah. Malas nak stress-stress.


Hari ni mendung aje, sejuk. Cuaca pun effect mood, jadi kami pun malas-malas aje. Sampai di Meriken Park tu pulak, tengah construction rupanya. Jadi tak boleh masuk. Jadi memang takde tengok apa pun semalam. Bergambarlah sikit tepi laut, tepi Menara, ambil gambar ferris wheel. Aku tahu dekat area sini ada kawasan runtuhan gempa bumi yang ditinggalkan untuk jadi tugu peringatan gitu, tapi aku pun tak usaha cari. Sebab macam aku cakap tadi, takde mood sangat. Hari last selalu macam tu.


In the end kami decide untuk jalan ke Kobe Mosque. Dari lokasi kami di port tu ambil masa dalam setengah jam. Masjid tu cantik, walaupun kecik. Memang rupa bentuk masjid tipikal. Aku masih belum boleh solat, jadi aku masuk tumpang toilet sekejap, lepas tu keluar balik. Tempat solat perempuan dekat atas. Jumpalah beberapa orang Malaysia singgah solat jugak. Lepas husband keluar dia tunjukkan gambar-gambar yang dia ambil di dalam masjid, bahagian lelaki. Cantik! Masjid tu rupanya dah wujud sejak zaman perang lagi. Strukturnya kukuh masa perang, tak terjejas, dan lagi sekali masa gempa bumi Kobe tu pun ia terselamat.

Lepas solat tu kami gerak ke Sannomiya. Niatnya nak cari kedai jual kobe beef halal. Tapi lepas aku google, tercekik rasa baca caj dia ¥10,000 + tax per person untuk makan. Maknanya kalau 2 orang makan jadi RM800 duit kita. Nangis! Kami masih berdegil tak nak langgar pantang dengan pergi makan dekat kedai Arab atau India. Jadi akhirnya kami decide untuk balik ke Osaka aje.

Sampai di Osaka, yang masih terbelenggu dalam otak ialah baju anak-anak ada lagi belum setel. Jadi puas kami merayau dekat kawasan Umeda tu nak shopping. Nasib baiklah jumpa lagi kedai H&M punya besar. Alhamdulillah, kali ni choice banyak. Siap semua untuk anak-anak. Kami pulak cari buah tangan untuk kami, sebab belum beli apa-apa lagi untuk diri sendiri. Husband aku sambar seluar kerja sehelai dekat GU, aku dapat jaket 1 dekat Uniqlo. Kami beli semua barang clearance sale aje. Takde maknanya nak beli kalau harga sama je makan dekat Malaysia. Buat penat aku angkut naik kapal. Contoh macam seluar kerja husband tu material bagus semua, harga RM40 kalau convert. Oklah, since kat KL selalu beli sepasang dalam RM70. Aku pulak dapat jaket Uniqlo bersamaan RM80 duit kita, memang tak dapatlah kalau dekat Malaysia kan…


Dekat luar hujan. Nasib baiklah cuaca macam ni hari last dah, dan hari yang memang kami niat nak shopping. Jadi plan tak terjejas. Kami pergi ke Shinsaibashi semula, shopping souvenir di kedai 3 Coins. Barang-barang dalam kedai ni harganya ¥300. Belilah apa yang terdaya, asalkan tak balik tangan kosong.

Barulah nak pikir makanan lepas tu. Jalan ke Dotonbori semula sebab untuk last malam ni kami nak membedal takoyaki lagi sebelum balik. Dalam perjalanan tu jumpa Pablo cheese cake tu, kami beli satu talam. Alang-alang nak makan biarlah di negara asalnya. Beli takoyaki 15 biji. Ingat nak bungkus okonomiyaki sekali, tapi orang tu suggest makan di kedai, dan kalau nak bungkus kena tunggu 20 minit. Malas pulak. Jadi cancel lah. Balik aje terus, makan di bilik.

Barulah nak mengemas, nak mandi-manda, nak berkubang bawah selimut. Esok dah nak balik. Rasa macam baru je sampai.


No comments:

Post a Comment