Wednesday 1 February 2017

Couple’s Trip 2017 – Osaka – Day 6

30 Januari 2017

Flight kami pukul 11 pagi hari ni, jadi bangun Subuh tu terus bersiap. Kami check out dari rumah tu dalam pukul 7.15, di luar hujan gerimis rupanya. So kami pergi ke station terdekat, terus beli tiket yang boleh guna sampai ke Kansai Airport. Ada option untuk beli dekat mesin tiket tu. Jimat sikit, boleh tukar berapa subway sekali pun, harga dia tetap ¥1000 saja.

Pagi Isnin pulak tu, sesak serba-serbi trainnya. Kesian husband aku tak dapat duduk langsung sepanjang 45 minit perjalanan ke airport tu. Sampai airport dalam pukul 8.30, terus pegi drop baggage. Dapat tahu yang flight kami delay dalam 45 minit. Tak kisahlah, ada masa sikit kami nak pegi makan dulu. Kali ni, buat pertama kalinya sejak bertahun-tahun kami travel, tripod dia tak bagi bawak naik kapal terbang dengan kami. Kena check in. Nak tak nak kena check-in lah jugak.

Lepas tu pergi makan dekat kedai udon hari tu. Sebenarnya ada lagi satu kedai halal di airport ni, dekat tingkat 3. Kami berjaya jumpa pun, tapi bila banding harga dua-dua kedai tu, kedai bawah jauh lagi murah. So pergilah repeat kedai sama. Ramai jugak orang hari ni. Husband makan oyako don, dapat dengan semangkuk kecil udon sekali, dan tempura ayam. Aku makan udon plain dengan telur rebus dan tempura keledek and labu. Sengkak gila lepas makan. Kenyang!

Ada masa lagi, jadi kami naik ke 3 Coin Shop dekat atas, perabih duit. Belilah apa yang patut. Dekat sebelah dia ada Daiso jugak. Rupanya dia jual magnet harga ¥100 seketul. Ha, borong 20 bijik.

Lepas tu barulah masuk dalam, lepas imigresen dengan kastam semua. Laju aje. By the time sampai gate, kami ada masa sejam setengah lagi. Lepas dulu, sempat bukak laptop kerja sikit, masuk email bertubi-tubi ni ha. Dekat 11.30 barulah bergerak masuk kapal.

Kami tak beli seat pun travel kali ni, dan sepatutnya tempat duduk kami berdua memang terpisah. Aku susah hatilah jugak, dah biasa tidur berbantalkan bahu dia. Bila sampai di seat, tempat aku dah kena hijack dengan satu brader ni yang nak duduk situ, sebelah family dia. Dia suruh duduk tempat dia, tapi sebelah-sebelah aku tu pun anak-beranak dia jugak. Diorang mintak tukar lagi. Kali ni aku duduk sebelah 1 couple melayu ni. Husband aku betul-betul depan aku. Nasib baiklah bila diorang tutup pintu kapal, 2 seat sebelah husband aku kosong. Alhamdulillah, terselamat lagi. Aku pindahlah duduk sebelah dia. Tahun lepas masa balik dari Lombok pun macam tu juga. Terselamat.

Flight kali ni kemain ramai budak kecik. Dari masa beratur nak masuk kapal sampailah jejak kaki ke bumi Malaysia, asyik dengar suara budak melalak aje. Yang melompat atas kerusi, yang merayau kat laluan, yang menjerit, yang meraung. Inilah pengajaran untuk kali ini: Bila tengok anak-anak orang baru aku sedar, anak-anak aku baik rupanya. Kuikuikui...

Dalam flight kerja aku membuta aje. Bangun makan, beli snek-snek sikit. Lepas tu membuta lagi. Sampai KL pukul 6 petang. Alhamdulillah, selamat menjejakkan kaki kembali ke tanah air.

Secara keseluruhannya, trip kami kali ni sangat simple. Tapi trip kali ni jugak antara yang paling tenang, tak de bergaduh. Mungkin sebab kami takde mengejar itinerary sangat, jadi tak stress. Kalau dulu, senarai tempat yang nak tengok panjang berjela, jadi bila sesat atau lambat, kami jadi marah-marah. Kali ni go with the flow je, contoh macam dekat Kobe semalam, langsung takde apa-apa yang meaningful pun, takde rasa kesal. Pergi ke Kyoto pun cuma dapat tengok 3 tempat, sebab malas nak beriya sangat. Factor usia jugak agaknya. Haha. Dalam seluruh Osaka tu, tempat yang betul-betul tourist attraction yang kami pergi cuma Osaka Castle aje. Tempat lain semua tak jejak.


Yang penting misi “No Kebab” kami berjaya. 6 hari di Kansai hanya survive dengan makanan Jepun dari kedai halal dan makanan daripada kombini, macam roti, susu, dan onigiri. Langsung tak sentuh sebarang makanan timur tengah walaupun banyak yang kami jumpa. Yay!

Dan alhamdulillah, cuaca baik sepanjang kami dekat sana. Hujan pun hari sebelum balik, itu pun sekejap je masa senja tu, jadi tak mencacatkan perjalanan kami. Dan hujan pagi tadi yang mengiringi kepulangan kami ke Malaysia. Osaka usah sedih ya, kami akan kembali ke Jepun, Cuma mungkin kali ni ke Sapporo pulak. Hihi.

No comments:

Post a Comment