Osaka day 2
Bangun dalam pukul 7 lebih,
walaupun dah plan nak keluar pukul 9. Sejujurnya, kami tak mandi pun pagi ni,
sebab malam semalam dah mandi. Musim sejuk ni cari pasalla kalau mandi
kerap-kerap. Kejap lagi ruam la, selsema la bagai. Aku pagi-pagi memang acara
wajib kena sentuh laptop juga sekejap, buat apa yang patut.
Breakfast tu sekadar roti dan
susu yang kami beli semalam. Roti pun makan kosong-kosong gitu aje. Pukul 9
keluar rumah menapak ke station. Kali ni lepas dah ulangkaji pelajaran malam
semalam, kami berjaya membeli tiket train! Yay! Itupun percubaan pertama kami
lurus bendul lagi, tak check kiraan station betul-betul. Dah kena beli dua
kali, Rugi sikit duit. Tapi itu normal, proses pembelajaran namanya tu.
Sampai di Universal Studios Japan
pukul 10 pagi. Ya, memang itulah hala tuju kami pagi ini. Tiket Universal
Studios ni kami dah beli siap-siap dari KL. Pegi beli dekat pejabat JTB di
Isetan KLCC. Memanglah dia caj mahal sikit banding dengan beli di kaunter, tapi
kami jimat masa beratur yang boleh tahan panjangnya tadi. Harga tiket seorang
ialah ¥7,400.
Tukar dengan currency kita, ditambah dengan handling fee, kami kena RM316
seorang. Duit Yen tinggi sekarang ni, 100 yen bersamaan RM3.93 kita. 2 tahun
lepas aku pergi baru RM3.35 cam tu. Wuwuwu…



Untuk solat Zohor & Asar, kami
jumpa tempat yang agak tersorok dekat kawasan Wonderland. Jadi aku temankan
husband solat dekat situ. Lepas tu baru sambung merayau lagi. Terus ke
Wizarding World of Harry Potter. Besar rupanya kawasan tu. Memang satu kampong Harry
Potter la diaorang bina. Cantikla bangunan-bangunan dia tu. Terkesima juga aku.
Almaklumlah, aku ni tak pernah tengok walau satu pun movie Harry Potter tu. Memang
ternganga ajelah tengok semua benda tu. Kenalla satu dua watak, itupun sebab
ada hantu Harry Potter sorang dekat rumah tu yang berkongsi ibu bapa denganku.
Alang-alang Harry Potter ni specialty dekat
sini, kami pulun la beratur naik semua yang ada dekat situ. Apa nama ride dia
aku tak tau, tapi aku naiklah. Hahaha… 1 ride dalam bangunan, 1 lagi roller
coaster kat luar. Sempat juga merasa beli Butterbeer, sejenis minuman yang
dipopularkan dalam movie tu. Adik akulah sibuk sangat, jadi aku cubalah. Tak
perlu risau, ia adalah non-alcoholic.
Gerak dari sana tu dah dekat senja. Dah
ada rides yang tutup dah pun. Waterworld kami tak sempat jejak pun, dah tutup.
Frust jugak aku. Di Hollywood pulak, husband pergi naik satu roller coaster
besar. Aku tengok saiz dia, awal-awal aku surrender. Penakut tu dah satu hal. Ditambah
pulak dengan tengah heavy period ni, nak terpusing tergolek laju-laju camtu.
Kebocoran mak nanti sape nak tolong di bumi Jepun ni…. Jadi aku merayau
sorang-sorang dekat sejam lah jugak. Jalan-jalan je, feeling-feeling buat video clip.
Kehkeh.
By then dah senja, sebab maghrib pukul
5. Aku dah kebuluran sangat dah ni. Jadi lepas husband beli souvenir sikit, kami
gerak ke station. Sempatlah singgah toilet di luar USJ tu, sebab aku rimas guna
toilet USJ, takde air nak basuh. Dekat shopping area luar USJ tu toilet dia ada
bidet, barulah lega. Tak sanggup nak ber’tisu-tisu’an lagi dah. Dekat area tu
jugak kami rompak wifi connection kafe ape entah, untuk cari restoran halal di
tengah Osaka untuk dinner.

Setakat ni kami masih berjaya lagilah bertahan dengan makan makanan Jepun sahaja. Itu pun kalau betul benda ni makanan Jepun, Aku bukannye tahu. Haha. Tapi steak set tu serve dengan taugeh gitu, macam teppanyaki pun ada kan?
Siap makan terus baliklah. Beli bekal
roti, susu dan pisang untuk breakfast. Sampai je rumah rupanya ada kerja masuk
pulak, deadline singkat pulak tu. Nayalah aku!
No comments:
Post a Comment