28 Januari 2017
Hari ni dah nak kena check out
daripada hotel ni, untuk kembali ke Osaka. Sedih pulak rasanya meninggalkan
bilik hotel yang suam-suam sedap, toilet yang selesa dan air yang panas.
Disebabkan aku ada banyak deadline kerja yang semakin dekat, kami gerak lambat
hari ni, dalam pukul 10.

Dari Kyoto Station naik train
Nara Line dan berhenti di station Inari. Jangan naik rapid train ye, sebab dia
tak berenti dekat Inari. Kami tersilap naik tadi, nasib baik perasan. Jadi
turun di station Tufukoji dan tunggu local train untuk ke Inari. Dari Kyoto
Station sebenarnya 2 station je dah sampai.
Orang di Fushimi Inari ni, ya
rabbi! Berkerumun macam pasar Ramadhan beberapa minit sebelum azan. Memanglah,
hari Sabtu kan, aku memang dah expect. Yang aku tak expectnya tu, kenapa ramai
orang China sedangkan hari ni raya Cina. Diorang tak raya ke?
Barulah kami beransur dari sana.
Ramai juga hari ni awek-awek dan couple-couple yang pakai lengkap pakaian
tradisional untuk bergambar dekat sini. Memang kalau buat macam tu, effect dia
terbaikla. Sangat cantik. Tapi takdelah aku kegigihan sedemikian rupa.


Naik JR ke Osaka, sampai sana
terus ke rumah Airbnb kami di Shinsaibashi. Kali ni rumahnya studio apartmen. Ada
dapur, ada toilet, dan 1 katil double. Basic, tapi cukup untuk kami 2 malam di
sini. Luas berbanding hotel semalam, tapi hotel semalam tetap di hati aku. Hehe.
Kami tak de jumpa pun dengan tuan-tuan rumah Airbnb ni. Semuanya bermesej aje. Senang
macam ni. Kunci pun diorang ni letak dalam peti surat rumah aje. Diorang bagi
kod untuk kita buka peti tu. Senang. Rumah ni kami cari tergesa-gesa, tapi alhamdulillah, semua okay. Harga pun total untuk 2 malam dalam RM450 lebih kurang.
Naik untuk simpan beg, solat
semua, terus keluar bilik. Misi petang ni ialah untuk ke Honolu Ramen, kedai
ramen halal di Osaka ni. Ada train yang boleh kami naik. Tapi aku kata dekat
husband, selain daripada pergi Fushimi Inari tadi, kami asyik tengok dinding
stesen je sejak pagi. Rimas dah aku duduk bawah tanah. Cuaca cantik hari ni. Jadi
aku ajak dia jalan kaki aje. Tak kisahlah walaupun ambil masa setengah jam. Dekat
negara sejuk macam ni aje ada peluang nak jalan kaki setengah jam tanpa pecah
peluh, ye dak?
So kami jalan lintas Dotonbori,
Namba dan sebagainya, akhirnya sampai di kedai tu. Tutup! Boleh tak? Rupanya
waktu operasi dia 11.30 sampai 2.30 petang, lepas tu tutup kejap, buka balik
5.30 petang sampai 9.30 malam. Masa kami sampai tu pukul 4.30. mula-mula
consider nak patah balik ke Namba. Tapi memikirkan nak kena jalan 10 minit
pegi, 10 minit patah balik. Last-last kami beli air dekat kedai, pergi lepak
dekat satu taman dekat-dekat situ. Duduk je, sembang, tengok orang, bincang
aktiviti esok. Sambil-sambil tu tengok sunset di langit Osaka. Wah gitu! Romantic abis.
Dalam pukul 5.15 kami jalan kaki
ke kedai tu semula. Belum bukak, tapi lampu dah pasang. Jadi kami berdiri je
depan kedai tunggu dia bukak. And that was a smart decision. Kenapa? Sebab kedai
tu kecik aje sebenarnya, tempat duduk ada 10 aje. Nasib baik kami orang
pertama, sebab dalam sekelip mata kedai terus penuh, dan orang dah kena beratur
dekat luar. Selamat kami! Kedai ni pun sama macam Ayam-ya hari tu, beli kena
tekan-tekan beli kupon dekat mesin.
Food dia sedap, tapi berbeza rasa
daripada Ayam-ya hari tu. Aku pun tak boleh nak decide yang mana lebih aku
suka. Both pun ok. Yang ada dalam kedai tadi semua orang melayu. 1 family dari
Kedah dengan anak-anak kecik, 2 orang brader, dan 1 lagi family. Tak sembang
pun, setakat senyum-senyum aje.
Selesai makan kami berjalan ke
Namba. Masa tu baru 6 lebih. Jadi kami window shopping aje. Nak beli barang pun
mahal. In fact, souvenir satu apa kami tak beli lagi. Kalau dah magnet seketul
pun harga ¥400,
bersamaan RM16, memang tidaklah aku nak beli. Ada harapan aku balik tangan
kosong kali ni. Memanglah serba salah je rasanya, tapi bila tengok magnet pun,
asyik-asyik gambar Mount Fuji. Susah betul nak cari magnet yang tunjukkan
specialty kawasan ni.
Masuk kedai-kedai komersial macam
Uniqlo, H&M, Zara segala. Dapatlah aku sambar baju sikit untuk anak-anak nan
ramai di rumah. Itupun belum lengkap. Ada yang belum dapat. Esok serabut kepalalah ni nak bagi lengkap untuk 6 orang anak. Sedar-sedar dah pukul 9. Jadi kami
beli groceries untuk breakfast esok. Dan balik ke bilik.
Selesai sudah untuk hari ini. Tapi
tidak untuk aku. Kena kejar jugak deadline kerja nak dekat ni woiiiii… Letih
baq hang. Jalan sepanjang hari pastu balik kena kerja lagi. Tapi jangan
komplen. Kalau aku tak kerja, celah mana nak korek duit nak berjalan seantero
dunia! Haha.
No comments:
Post a Comment