Thursday 26 January 2017

Couple's Trip 2017 - Osaka Japan - Day 1

Hujung bulan 12 lepas aku dan husband decide on another trip; kali ni berdua. Decision kali ni agak tergesa-gesa sebab banyak benda yang terpaksa kami pertimbangkan. Pertamanya, memang kami selalu pergi trip berdua masa raya cina, sebab family kami dua-dua belah pakat cuti lama. Bila macam tu, takdelah terasa sangat penat nak melayan anak-anak aku tu. Diorang boleh gilir-gilir. Yang keduanya, banyak perubahan besar akan berlaku dalam family mertua aku tahun ni. Seorang adik ipar aku bakal dapat baby, dan seorang lagi dah nak kahwin bulan depan. Jadi kalau delaykan trip ni, dah takde dah orang boleh melayan anak-anak aku tu. Semua dah busy dengan life sendiri. Wuwuwuwuw…

Walaupun sejak tahun lepas aku n husband plan nak ke Europe berdua tahun ni, disebabkan kami baru je balik dari Amsterdam November lepas, duit tak sempat habis kumpul balik lagi. So lepas belek-belek tiket sana-sini, husband ajak pergi Osaka. Aku ikutkan ajelah. Aku ada ajak dia ke India semula, tapi lepas isu tarik balik not Rupee dekat India beberapa bulan lepas sampai riuh rendah satu negara diorang, aku belum yakin lagi nak pergi. Takut sampai sana duit tak cukup, naya tak boleh bergerak.

So anyway, perancangan kali ni serba kekurangan sebab punyelah takde mood nak plan holiday. Sehari sebelum gerak baru book tempat tinggal. Tukar duit pun 2 hari sebelum pergi. Pakai bedal aje. Aku pegang kata-kata husband aku ajelah. Kali bukannya pergi nak kejar apa sangat. Takde apa pun nak tengok dekat Osaka tu. Saja nak jalan-jalan ikut kaki, nak rehat-rehat, nak rasa sejuk. So rilek ajelah.

25 Januari 2017 

Flight kami 25 Januari 2017, pukul 1.55 pagi. Jadi gerak ke KLIA naik Skybus dari One Utama seperti kebiasaan bila kami berdua. Sampai sana pukul 12 pun masih banyak masa lagi. Flight pun lambat sikit bergerak. Kapal sangat penuh! Kami tidur je sepanjang jalan tu. Save energy untuk merayau esoknya.

Flight sampai di Kansai Airport pukul 9.20 pagi. Kami santai-santai aje, lepas imigresen dan kastam, ambil beg. Memang menjadi rutin dekat sana untuk pegawai kastam buka beg kita check walaupun kita takde declare apa-apa, jadi tak perlulah sentap ye.

Selesai semua pukul 10 masa tu, dan kami pergi ke prayer room dia untuk qada’ Subuh. Prayer room terletak di tingkat 3 (3F). Dia agak hujung-hujung jugak. Nak bagi direction pun aku bukan pandai sangat. Tapi kalau nak tingkat 3 tu, tengok je plan aras dia, memang ada tunjuk. Anyway, husband aku ajelah yang solatnya. Aku ni kengkonon nak honeymoon, pastu sampai je airport semalam terus period. Kuikuikui… Pergi honeymoon jauh-jauh, aku tengok hang, hang tengok aku jelah jawabnye!


Siap tu kami pi makan pulak kat kedai udon halal dalam airport tu. Sedap pulak sejuk-sejuk tu kena sup udon dengan tempura sayur. Beli semangkuk besar kami share 2 orang. Kedai tu penuh dengan warga Melayu dari Malaysia. Menu dia semua siap ada translate Bahasa Melayu lagi tu. Dah lama aku dekat kedai tu baru aku perasan. Patutlah senang je aku paham apa nak order. Haha.


Dah kenyang perut suka hati, barulah kita ada tenaga untuk tercangak-cangak cari jalan untuk ke town. Naik train harga ¥1000 sorang untuk ke Namba, diikuti dengan beberapa siri subway untuk sampai ke kawasan tempat tinggal kami. Kali ni kami duduk di Airbnb sebab rumah yang kami jumpa ni luas, lengkap, dan murah. Harga untuk 2 malam cuma RM309 camtu. Dapur ada, ruang tamu ada, nak basuh baju pun boleh kalau nak. Cuma satu je, nak naik ke rumah tu kena naik tangga 5 tingkat.

Sampai rumah tu dah pukul 1 lebih. Fresh-freshkan badan sikit. Dalam pukul 2 lebih kami keluar merayau. Seperti kebiasaan kami bila holiday berdua, kami suka jalan kaki. Jadi dari rumah tu kami jalan dalam 10 minit ke Osaka Castle. Cantikla jugak kawasan dia, santai-santai aje bergambar. Kami takdelah rajin pun nak masuk dalam istana tu, seperti biasa. Lepak luar sudahler.


Dari sana kami nak ke Dotonbori pulak. Bukannya takde stesen kereta api dekat situ. Tapi sebab suka berjalan punya pasal, kami berjalan dekat 45 minit dari Osaka Castle ke Dotonbori. Saja, nak tengok suasana Osaka ni. Jalan-jalan dia lengang aje. Kereta ada, bukannya takde, tapi berjalan tu tetap rasa tenang. Takde bunyi hon, takde jam. Tambah dengan cuaca sejuk pulak. Sedap aje berjalan.

Sampai di Dotonbori tu kami dah lapar, dan hari dah mula senja. Kami beli takoyaki 1 round buat alas perut. Tapi sekelip mata dah abis, jadi pergi beli lagi 1 round dekat kedai lain pulak. Nak cari kedai makan halal, tapi portable wifi yang tuan rumah kami bagi pinjam ni macam dah sampai limit, jadi lembap giler. Bukan salah tuan rumahlah pun sebenarnya. Tetamu dia yang sebelum ni yang melenjan kuota dia sampai abis. Jadi sebab susah nak search, kami tak have proper dinner pun hari ni. Dengan 2 set takoyaki dan 2 ketul pastry ikan tu, cukup sedap dah perut. Itulah bezanya bila travel berdua. Makan ala kadar je. Kami ada jumpa kedai makan halal Ali’s Kitchen – kedai makanan arab dan Pakistan. Tapi kami dah buat perjanjian sesama sendiri yang kali ni kami nak cuba survive dengan makanan Jepun halal sahaja selagi terdaya. Kebab, biriyani segala tu last resort, bila dah hampir kebuluran aje. Haha.


Sempat window shopping di kawasan tu. Tapi badan aku mula gatal-gatal, jari-jari aku kembung, mulut pun jadi bengkak. Tak pasti sama ada aku allergic dengan sotong takoyaki tu, ataupun sebab sejuk. Padahal sotong dia bukan aku makan pun, Husband aku korek keluarkan sotong sebab aku mana makan seafood. Haha. Tapi sejak sebulan dua ni aku memang selalu naik allergic badan. Entahler. 

So kami pun gerak balik ajelah. Nak naik train kali ni, sebab nak cepat, tapi ada problem nak beli tiket pulak. Tak reti guna mesin lah, senang cerita kan! Nak mintak tolong orang pun macam ayam dengan itik. Jadi last-last kami menapak jugak. Esoklah baru kita kerah otak balik pasal beli tiket tu.
Sampai rumah sejuk gedi weh. Mandi ketaq berlaga segala gigi. Rumah besar, lambatlah heater dia nak berfungsi. Selama ni pergi holiday tempat sejuk duduk bilik hotel, kecik aje. Tabahlah! Tomorrow is another day!

No comments:

Post a Comment