Saturday 31 October 2015

Tokyo - Post Trip Observation

Jepun.

Terus-terang aku katakan, kalau bukan kerana minat suami aku dan kalau bukan kerana adanya sepupu aku di sana, aku tak mungkin plan untuk ke sana. Aku tak pernah ada rasa teringin nak ke sana walaupun punye ramai orang balik dan ceritakan yang indah-indah.

Prejudis? Mungkin. Sampai aku pernah kena tegur dengan suami aku a few month ago, masa tengah plan trip ni. Bila dia suruh aku cari hotel, buat itinerary dan sebagainya, yang sememangnya rutin aku bila travel selama ni, aku kata dekat dia aku takde mood. Sampai dia kata, “You tak boleh pilih kasih macam ni. You kena be fair dengan semua tempat yang kita nak pergi.” Iyelah bang. Masa tu aku bantah jugak, kata aku bukan pilih kasih, just busy. But maybe truthfully, aku memang pilih kasih.

Tapi bila dah ke sana, memang satu hakikat yang tempat dia ada banyak pengajaran yang boleh kita contohi.

Dari sudut kebersihan aje aku dah cukup malu dengan negara sendiri. Lalu di lorong-lorong belakang Akihabara masa beli kebab tu, seketul sampah dan sedikit bau busuk pun tak ada. Di lorong-lorong kereta api bawah tanah dia yang ada tempatnya agak terpencil, takde sikit pun bau hancing. Toilet dia jangan ceritalah. Di Jepun ni anak-anak aku mesti pelik bila aku tak marah-marah bila diorang mintak nak ke toilet. Kalau di Malaysia, sebelum keluar rumah aku paksa semua pergi toilet siap-siap supaya aku tak perlu bawak di luar. Kalau diorang buat perangai nak pergi toilet jugak, memang kena sembur, siap kena cubit bagai. Aku geli. Tapi di Jepun ni excited aku.

Dari sudut pengurusan sampah pun banyak yang boleh kita contohi. Di rumah-rumah, sampah memang diasingkan: plastic, botol, dan sampah yang boleh dibakar. Lori sampah dia datang ambil sampah ikut jadual. Satu hari dia datang ambil botol saja, satu hari dia datang ambil plastic saja, dan satu hari dia datang ambil sampah yang boleh dibakar saja. Sisa makanan tergolong dalam sampah yang boleh dibakar, dan jenis sampah ni hanya diangkut 2 kali seminggu. Tapi yang kagumnya, takde pun busuk, bersepah, berair, berulat-ulat bagai di luar rumah, ataupun di dapur. Cubalah tengok di tong-tong sampah dekat rumah kita. Tak lalu mak nok.

Satu lagi adalah dari sudut kejujuran. Sungguh, dalam 7 hari aku di sana, aku kagum dengan kejujuran diorang. Kalau ibu-ibu yang bawa stroller nak beli barang sekejap dalam kedai dan kedai tu sempit, diorang tinggal aje stroller tu di luar kedai. Tak ada pun sesiapa nak culik bawak lari. Setiap kali beli barang, cashier akan kirakan duit baki kita depan mata kita, siap tunjuk butiran dalam resit. Pernah sekali masa naik turun train, ada satu perempuan tercicirkan shawl di lantai. Kebetulan aku melintas shawl tu untuk masuk train, jadi satu passenger yang baru keluar train tergesa-gesa angkat shawl tu bagi aku sebab ingat aku yang tercicir. Prihatin. Jarang nak jumpa macam tu di Malaysia. Kata Abang Hadi pernah aje diorang tertinggal tablet, handphone, wallet dalam public transport, dan di Jepun ni hampir 100% diyakini yang kita akan dapat semula barang yang hilang in perfect condition. Cubalah buat macam tu di Malaysia. Cuba tengok!

Kalau bab layanan kepada kami pulak, sampai sekarang aku masih rasa segan. Sudahlah duduk free seminggu, diberi pulak master bedroom. Bila aje diorang masak, diorang masak sekali untuk kami. Siap tanya lagi apa kami suka dan tak suka. Pergi mana-mana diteman, banyak masanya siap belanja lagi. Aku cuba reflect balik cara kami sendiri, dan memang jauh ketinggalan. Berkira, kedekut. Aku hanya boleh ucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga sepupu aku atas layanan mereka, dan akan sentiasa doakan kesejahteraan mereka.

Aku cukup tertanya-tanya macam mana orang diorang ni boleh ada nilai-nilai murni macam ni. Dari mana mulanya? Sedangkan kita, Muslim, yang ada guideline kita sendiri, Quran dan Sunnah, gagal jadi macam tu. Jeles pun ya.

Dari sudut teknikalnya berjalan di Tokyo ni, memang paling mudah adalah public transport. Suica card, yang ala-ala Touch n Go kita tu memang sangat membantulah. Cuma mungkin sedikit pening sebab ada banyak jenis laluan train, ada JR, ada private line. Jadi kalau kita beli JR pass sekalipun, ia tak boleh digunakan di subway, private line, bas semua. Jadi yang tu nak kena study lebih sikitlah.

Bab makan pulak, tak banyak yang boleh aku advice sebab kami bergantung sepenuhnya kepada sepupu aku. Kata dia, roti pun tak boleh beli sebarangan, jadi sepanjang di sana kami asyik ke Walmart ke Family Mart entah, dan beli roti brand Pasco. Plastiknya putih dengan tulisan biru. Kalau jumpa kedai India, kedai kebab, insyallah akan ada yang halal untuk kita makan. Selebihnya, kami masak sendiri aje. Ada yang pernah advice kami sebelum ke Jepun dulu, kalau tinggal di hotel, minta staff reception hotel untuk tuliskan satu nota dalam bahasa Jepun “No alcohol, no meat, no lard” dan tunjukkan aje pada kedai-kedai mana yang kita teringin nak masuk. Insyallah mereka boleh advice apa yang boleh dimakan. Orang Jepun ni pun memang rajin makan seafood, jadi kalau rencahnya tak melibatkan benda-benda tak halal, memang selamat la untuk dibedal, contohnya takoyaki hari tu.

Shopping pulak, kalau nak pegi shopping baju tolonglah pergi GU. Aku penuh penyesalan sebab beg penuh dan tak pergi sana dari awal. Kalau bab souvenir pulak, aku cakap pasal fridge magnet ajela k, sebab aku memang cari itu aje. Sepanjang di sana, fridge magnet paling murah kami jumpa ialah di satu kedai di Asakusa, dan di tingkat 1 Tokyo Tower. Kami hanya beli fridge magnet besi 3 magnet dalam 1 pek, tapi gambar dia memang cantik-cantik – harga dalam lingkungan ¥380 ke ¥450 satu pek (1 magnet dalam RM4 duit kita). Magnet yang jenis timbul-timbul dan besar-besar tu mahal sangat, ada yang sebijik dan ¥380. ¥500 pun ada. Tak dapekla.

GST di Jepun ni 8% yer. Tapi untuk tourist, banyak kedai yang meletakkan tanda Tax Free yang membolehkan kita shopping ditolak cukai terus. Tak payah nak pergi claim-claim cukai masa di airport macam di Europe atau UK dulu. Untuk entitle dapat penolakan cukai ni, kita mesti bawa passport dan diorang nak check passport kita tu. Lepas tu, lain kedai lainlah syarat dia. Ada yang letak minimum purchase ¥10,000, ada jugak yang takde minimum purchase langsung. Kalau pergi ramai-ramai, mungkin boleh combine sekali, bayar sekali untuk kita layak dapat penolakan cukai ni. Lepas tu nanti kiralah asing-asing balik. Banyak oi 8% tu! Jadilah bijak sikit.

Apa lagi ek? Banyak baiknya aku tengok Jepun ni. Dan benda yang aku syukuri tentang negara kita lepas ke sana ialah mudahnya mencari makanan Halal di Malaysia ni. Ini juga jawapan yang diberi oleh anak dara aku bila aku tanya dia, “What do you miss most about Malaysia?” lepas sampai balik hari tu. Katanya, no. 1, I miss my cousins. No.2 I miss our home. No. 3, All the food is halal. Aku anggapkan jawapan pertama dia missing her cousins tu berkait rapat dengan ketidakupayaan dia berkomunikasi dengan anak sepupu aku di sana, jadi dia rindu nak berkawan dengan orang lain selain adik dia. Rindu rumah pulak, itu sudah pasti, sebab walau sehebat manapun penginapan kami bila bercuti, banglo ke vila sekalipun, dia takde jiwa rumah kita. Dan yang ketiga tu pulak, aku tau dia rindu KFC. Hahaha… Sebab masa dekat sana dia jumpa KFC, tergedik-gedik “I want chicken, I want chicken”, lepas tu sepupu aku kata it’s not halal. Sampai balik hari tu, tengah hari tu jugak pergi lunch KFC kau.

Demikianlah sudah. Kalau ada yang aku teringat nanti aku tambah. Sekarang ni bagi blog ni rehat lagi untuk beberapa bulan lamanya sementara aku kumpul duit beli tiket pergi tempat baru. Anak dara aku turun kapal hari tu terus sebut, “Mom, can you take us to Paris next?” Tersedak aku. Tanya dia, ada apa kat Paris? Dia kata “I want to see another tower, the one like Tokyo Tower.” Kuikuikui. Masa dekat sana memang dia asyik sebut, hebat sangatlah diorang buat tower ni. Macam mana diorang boleh buat tinggi sangat? Haaa… inilah yang aku nak bila bawak budak travel. Diorang nampak benda-benda yang biasanya diorang tak appreciate.


Mission accomplished!

1 comment:

  1. Layla, ashu ni kl tower pun tak pnah sampai lagi tau. Jom ajak mama gi kl tower hihihi

    ReplyDelete