Wednesday 21 October 2015

Kids Trip 2015 - Ohaiyo Gozaimasu

I’m back! You know why I’m back. It’s time for another trip!

Memandangkan honeymoon trip dah settle Februari hari tu, kali ni kami akan berjalan bawa anak-anak. Husband selaku peminat anime dah lama hint nak ke Jepun, dan lepas ditimbang, darab, kali, bahagi, sempena birthday dia bulan Mei hari tu, depan-depan mata dia aku beli tiket ke Jepun. Dah tua-tua ni tak kuasa dah nak surprise-surprise bagai. Nak apa mintak ajelah senang.

Beli tiket bulan 5, tripnya bulan 10. Lama lagi, jadi kami rilek-rilek la dulu. Masa tu tengok duit Jepun dengan duit kita, nampak meyakinkanlah. Bab plan trip kali ni semua aku serah kepada husband. Kali ni aku rasa macam penat pulak. Tapi takdelah banyak sangat nak kena plan sebab trip kali ni mengelat sikit. Tumpang rumah sepupu (sepupu ke?) aku di Jepun. Dia dah menetap dekat sana dekat 25 tahun aku rasa.

Plan asalnya tu nak pergi Tokyo, Osaka dan Kyoto. Tapi, masuk aje bulan 9 tu, duit RM dah mula merudum, dan beza duit kita dengan Yen dah makin menaik. Sampailah ke satu tahap, ¥100 bersamaan dengan RM3.80 duit kita. Tinggilah tu. Sebelum ni pernah mencecah RM2.80. Rugi, rugi!
Jadi kami revise plan semula, dan kami bakal meluangkan masa seminggu di Tokyo sahaja. Kita jadikan trip ini santai-santai aje. Bawak budak, kan? Macam biasalah peraturannya. Bila bawak anak, anak didahulukan, semangat mengembara dikorbankan. Gitu.

20 Oktober 2015

Flight kami hari ini adalah pada jam 2.30 petang. Naik AirAsia jelah uolls. Jimat cermat membawa berkat. Sesuai sangat timing yang kami pilih ni, dapatlah lari daripada kesesakan jerebu yang menyemputkan. Dah 2 hari dah sekolah tutup lagi minggu ni. Jadi sayonara dulu Malaysia. Semoga selepas pulang nanti udara sudah bersih berseri.

Perjalanan akan mengambil masa 7 jam, dan akan tiba di Haneda jam 10.30 malam waktu Jepun.
Kali ni kami beli tiket koboi aje. Takde pun pilih-pilih seat. So kami berempat duduk agak terpisah. Dua orang dapat duduk seat tepi tingkap, lagi 2 seat di row tengah. Jadi pakat berebutlah anak-anak nak duduk tepi tingkap dengan Ayah. So dalam tempoh 7 jam perjalanan tu, diorang bergilir-gilir tukar tempat duduk. Merasa sorang sikit.

Bekal sandwich aku dah bawak siap-siap. Makanan dalam flight pun beli. Sebagai mak, aku paling risau trip kali ni sebab walaupun dipujuk beratus kali, anak-anak aku langsung tak pernah nak jamah sushi. Nasib baik nak tumpang rumah sedara. Bolehla masak hari-hari…


Jadi semasa aku menaip ni aku masih dalam flight. Akan bersambunglah apabila ada sambungannya nanti… sekian…

No comments:

Post a Comment