Friday 30 October 2015

Tokyo Day 7: Ameyayokocho

27 Oktober 2015

Last dah hari ni. Kami tak bangun awal sangat hari ni sebab tak ada specific agenda. Pukul 8 lebih tu bangun buat kerja sikit, mula packing beg. Aihhh… Penuh pulak beg aku ni, padahal banyak dah souvenir aku bagi kat family di Jepun ni. Pasai apa? Pasai sepupu aku hari tu clearkan baju-baju lama anak dia bagi kat anak-anak aku. Punyela banyak!

Aku belum pun shopping sejak sampai Jepun ni, jadi plan hari ni nak pi perabih duit sikitlah. Sepupu aku kedengaran sedang busy bersiap ke office di bawah. Aku turun siapkan anak-anak, breakfast semua. Tunggu Zohor dulu baru kami keluar. Baru hari ni dapat peluang menguji kebolehan survival di Jepun. Haha.

Naik bas ke Stesen Tsurumi, then dari Tsurumi kami ke Ueno. Hari ni kami nak ke pasar yang kami lalu Ahad lepas, Ameyayokocho. Round-round tengok barang. Aku terjumpa jacket vest harga ¥1000 bersamaan RM36. Sambar sudah!

Husband dok sibuk belek kasut, tapi bila bendanya ada di Malaysia pada harga yang lebih murah, memang tak payahler nak beratkan beg beli bawak balik.

Lepas tu dia ajak masuk ke bangunan Uniqlo. Barang Uniqlo tu sendiri kami dah belek dari hari 1st di Ginza lagi. Tapi Uniqlo tu sendiri ada sister brand dia yang hanya dijual di Japan iaitu GU. Masa di Ginza hari tu sepupu aku dah sebut dan tunjuk kedai GU. Dia kata murah banyak berbanding Uniqlo. Tapi sebab masa tu kami lebih focus kepada sightseeing, kami tak masuk. So hari ni bila masuk, wah, terjojol-jojol biji mata aku!

Murah wehhhh! Sweater pada normal price pun dalam ¥2000 camtu. Di Uniqlo harganya ¥7000 tau! Tengah aku membelek, aku tersampai ke kawasan Clearance Sale. Ya rabbi, lagi tergedik-gedik aku jadiknya. Baju semua harga ¥990. Walaupun aku ni sejak azalinye menyampah bab shopping ni, tapi bila masuk bab shopping barang MURAH, aku rajin. Mula-mula cari baju anak-anak dulu. Dapat jaket sepasang sorang untuk diorang. Aku nak beli lebih, jaket winter segala untuk kids, pastu husband aku kata “Bilanye diorang nak pakai. Kalau pun kita pergi setahun dua lagi, by that time dah kecik untuk diorang.” Ok, point noted. Letak balik.

Husband aku beli 2 pasang sweater, dan aku pula terjumpa bubble jaket yang dah lama aku cari-cari. Nasib baiklah saiz aku, sebab ada sepasang aje dekat situ. Kaler pun comey, purple gelap. In total 5 pasang baju tu dlm ¥6000 lebih. Murahla. Kalau kat Uniqlo baru dapat sehelai, kau. Memikirkan beg yang dah sarat dan padat dekat rumah, aku tahankan hati nak beli lagi.

Jalan lagi di pasar-pasar tu, lepas tu lapar pulak. So kami singgah di kedai takoyaki hari tu, Gindaco. Makan-makan. Lepas tu sambung perjalanan. Masuk kedai Yodobashi Akiba, cawangan sini, tapi takde apa-apa yang menarik pun. By that time dah pukul 5 camtu, jadi kami gerak balik. Flight kami malam ni 11.45 malam, sebab tu rilek je.


Sampai di rumah, masih kosong. Semua belum balik skolah, balik keje. So kami terus mandi, packing semua siap-siap. Pergi belakang rumah sidai baju, nampak bulan mengambang penuh belakang rumah sepupu aku tu. Dahla view belakang tu terbaik sebab rumah dia tinggi, nampak bandar sampai ke Tokyo. Pastu ada bulan pulak kat atas. Kalau bukan sebab angin kuat dan sejuk, memang aku bercanda dekat situ. Sementara nak naik ambil kamera segala, bulan dah bersembunyi di sebalik awan. Takde chance nak merakam detik tu.

Sepupu aku dan anak-anak dia sampai balik 6 lebih. Dia terus masak dinner. Kami dinner ramai-ramai, dalam pukul 8.30 tu kami gerak ke Haneda Airport. Sekejap aje sampai, tak sempat setengah jam pun. Panjang juga beratur nak drop baggage. Selesai drop baggage kami pergi lepak dengan sepupu aku, husband dan anak bongsu dia. Bergambar sikit. Dalam pukul 10.30 kami masuk dalam, scan beg semua. Airport dia tak perlu jalan jauh macam KLIA2. Sempatlah aku manfaatkan Wifi free di situ. Kerja masuk bertubi-tubi pulak, deadline singkat.

Flight kami terlewat dalam 30 minit. Dalam pukul 12 baru boarding. Naik je atas, selamat sampai di tempat duduk, terus terbongkang anak jantanku. Bila terbang je, anak dara ku pun hanyut sama. In fact throughout the flight tu kami memang tidur best. Lampu kapal ditutup most of the flight, jadi selesa la. Duduk bahagian bontot kapal pun rasa lapang sikit, dan sunyi sikit.

Flight touchdown di KL jam 6.40 pagi.


Hari ni gambar sikit, macam biasa. Dah jadi pattern dia gitu. Hari last je takde mood nak ambil gambar. Haha.

No comments:

Post a Comment